Muhammad Juri- Syaitan Camellia

Assalamualaikum. Nama aku Muhammad Juri, 27 tahun berasal dari Selangor. Aku ada sebuah kisah untuk diceritakan kepada anda semua. Harap anda semua mengambil iktibar dari kisah ini.

Aku berkenalan dengan seorang gadis yang ayu dan cantik di laman sosial. Izzah namanya, kami sama umur. Kami hanya berbual-bual kosong di sebuah laman blog. Awalnya aku selalu bergaduh dengan Izzah di alam maya. Namun lama-kelamaan, hubungan kami menjadi semakin akrab. Perkenalan kami tidak lama, sebelum kami mengambil keputusan untuk membawa hubungan kami ke tahap yang seterusnya.

Aku memberanikan diri untuk meminta kebenaran bertemu orang tua si Izzah walaupun aku sendiri tidak pernah berjumpa dengannya secara berdepan melainkan di alam maya sahaja. Kata orang, kalau dah serious, buatlah benda yang elok dan sebetulnya. Aku tak mahu persiakan hidup Izzah, aku nak hubungan kami diredhai.

Setelah mendapat lampu hijau dari dia, aku meminta alamat rumah Izzah melalui media sosial sahaja disebabkan aku tidak ada pun nombor telefon dia. Nampak macam penipu bukan? Tapi itulah realitinya. Izzah pun memberikan alamat rumah orang tuanya kepadaku dengan selamba, disebabkan dia tidak percaya yang aku betul-betul mahu hantarkan rombongan meminang.

Aku nekad, aku sudah punya wang simpanan yang mencukupi untuk memperisterikan dia. Tanpa berlengah, sebentuk cincin sudah aku beli untuk disarungkan ke jari Izzah. Aku sudah menyatakan hasrat aku kepada ibu ayahku. Mereka pun bersetuju dan pada suatu hari yang indah, aku serta kedua orang tuaku pergi ke rumah untuk meminang Izzah.

Sesampainya aku di rumah Izzah, aku nampak seorang gadis muda sedang menyiram pokok di luar rumah. Dalam fikiranku ‘’ Gila ke hapa minah ni? Pokok durian yang besar macam pokok balak pon ko nak siram?’’. Namun naluri aku kuat mengatakan yang itu adalah Izzah.

Aku membunyikan hon kereta aku dua kali. Izzah mengecilkan matanya untuk melihat siapa yang datang ke rumahnya. Mungkin dia tak nampak ke dalam kereta sebab kereta aku tinted gelap namatey. Minta JPJ tak baca cerita aku ini. Aku keluar kereta dengan sambil melemparkan senyuman ke arah Izzah. Izzah memandang aku yang berbaju batik Terengganu ni. Mungkin aku sedikit handsome pada haritu ditambah pula rambut disisir rapi selepas dicalit segenggam Pomade, Izzah berlari masuk ke dalam rumah sambil menjerit-jerit memanggil mak dan ayahnya.

Terkejut parents aku melihat kelakuan Izzah yang pelik itu. Mungkin dia malu waktu tu. Yalah, pakai kain batik, baju pun t-shirt lusuh berlubang di ketiak (aku rasa la). Tapi aku waktu itu terasa seperti di awang-awangan kerana itulah pertama kali aku melihat Izzah berdepan mata dan face-to-face.

Tidak lama kemudian, keluar ibu bapa Izzah. Menanyakan siapa aku.

Bapak Izzah: Assalamualaikum, siapa anak ni ye?
Aku: Saya Juri, kawan Izzah. Saya datang ni ada hajat pakcik (Aku hulur tangan untuk bersalam)..
Bapak Izzah: Kok ye pun jawab la salam dulu..hhahaha.. jemput masuk.. eh ajak parents awak masuk sekali.. Minah( mak Izzah) buat air…! ada tetamu..!

Itulah pertama kali aku diperli oleh bapak Izzah akibat dari kegelojohan aku yang tidak menjawab salam. Haha. Setelah kami masuk rumah dia, maka ibu dan ayah aku pun membuka hajat kami untuk menyatukan aku dengan Izzah. Tiada halangan dari kedua orang tuanya. Aku berasa lega.

Bapak Izzah: Izziiiiiiiiii….. keluar ni meh salam tetamu…!
Izzah: Baik pak! Kejap, tengah pakai tudung!

Peerghh sopan betul ye depan parents aku ko nak pakai tudung.. (bisik hatiku). Kemudian keluarlah Izzah dari biliknya. Dia pun datang bersalam dengan ibu ayahku. Aku juga menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Namun hampa, bapak aku memukul belakang kepala aku sebelum sempat kami membatalkan wudhu.huhu

Bapak Izzah: Izzi..ni haa ada orang datang nak merisik kamu.. kamu kenal tak budak Juri ni?
Izzah: Kenal pak.. kenal gitu-gitu je..
Bapak Izzah: Kalau dah kenal, kamu setuju tak?
Izzah: Sayee…sayee.. (Izzah tersipu-sipu malu menahan senyum)
Ayah aku: Emmm kalau dah begitu tu.. setujulah tu. Hahaha.
Bapak Izzah: Hahaha. Beginilah kita tunangkan mereka harini juga, lepastu kita tentukan tarikh perkahwinan mereka terus. Senang dan cepat. Kita mudahkan urusan baik ini.
Ayah aku: Haaa.. molek lah tu.. Juri? Ada bantahan tak?
Aku: Lagi cepat lagi bagus, pak. Hehe.

Sekali lagi kepala aku dicepuk oleh ayah aku sambil disambut dengan ketawa riang semua orang.

Long story cut short, aku dan Izzah pun selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz (Aku memang power dan tenang).

Maka bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri yang baru. Kami ni boleh dikira bercinta selepas kahwin la jugak. Sebab lepas kahwin ni baru la aku dapat jumpa dia hari-hari. Baru lah tahu kuku jari kaki belah kiri, jari nombor dua dia bercagu.. Nak buat macam mana, sebelum kahwin tak check…Terima jelah..

Korang ingat ini cerita Disney Fairytale ke happy ending bagai? Oh tidakk…. Kisah kehidupan rumah tangga kami dihujani pelbagai misteri….

Izzah masih belajar di Universiti Malaya dalam jurusan perubatan, budak medical lah kiranya. Manakala aku sudah bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di bawah Syarikat Terlajakkk Laris..
Jadinya aku dan Izzah masih tidak tinggal sebumbung, dia tinggal di Universiti, aku pulak masih menyewa rumah bujang. Kami memang jarang bertemu, kadang-kadang seminggu sekali pun susah, jumpa pun waktu hujung minggu. Yelah dia ni sibuk memanjang belajar di sana.

Aku pun mengambil keputusan untuk menyewa sebuah rumah berdekatan dengan Universiti isteri terchenta. Cari punya cari, semuanya harga mahal, waima apartment pun sewanya mencecah RM 1500 sebulan! Mana mampu? Yelah kami kan baru nak mulakan hidup bersama. Ceeewahh..

Sedang aku scroll-scroll Mudahnye.my, laman web cari-cari barang tu untuk cari rumah sewa kosong, aku terjumpa satu iklan rumah teres dua tingkat yang sangat murah sewanya, hanya 700 sebulan. Aku tanpa berlengah lagi menghubungi nombor tuan rumah yang tertera di iklan itu.

Aku: Hello, Ah Hong ke tu?
Ah Hong: ya ya. Ah Hong sini.. lu sapa?
Aku: Saya Juri.. saya nak tanya lumah sewa you dekat dengan UM tu still available?
Ah Hong: Oooo… En Juliii… ala ala.. rumah ala.. you mau ka? Kalau u mau u masuk deposit lua latus, kila lu book sama itu lumah la.. amacam?
Aku: Aiyaa apek.. gua belum tengok itu lumah lagi macam mana mau book?
Ah Hong: Lu mau ka tak mau? Lu takmau ala olang lain mau ni. You mau kasi book cepat la..
Aku: Yeke? Haaa you bagilah you punya account number. Nanti gua masuk luit sama lu.
Ah Hong: Ok2. Nanti gua wassep akaun number gua. Lepas lu bank in gua kasi alamat lu latang angkat kunci lumah.
Aku: Haa yelah..

Aku yang bodoh waktu itu pun bank in 200 ke dalam akaun Ah Hong tanpa berfikir dua kali. Yelah murah kot! 700 ratus dapat sewa rumah landed dua tingkat kat dalam bandar lagi. Mana nak dapat? Aku nak berikan keselesaan untuk isteri aku..emmm..

Selepas aku bank in duit ke akaun, Ah Hong bagi alamat rumahnya kepadaku. Malam tu jugak aku cakap kat Ah Hong yang aku nak pergi tengok rumah dan ambil kunci.

Malam tu aku jumpa apek tua tu. Selamba je dia, pakai singlet dan seluar pendek, tapi naik Range Rover Evoque. Aku pakai hensem-hensem siap jacket kulit bagai malam tu naik myvi je. Huhu. Ah Hong setuju dengan aku yang deposit hanya satu bulan sewa sahaja. Tapi dia cakap rumah ni dia malas nak buat agreement. So sebab tu dia bagi kawtim deposit murah dan cepat.

Aku sekali lagi tak fikir panjang setuju je.. Aku tengok rumah macam baru je.. Macam tak pernah orang duduk. Kiri kanan rumah pun tak ada orang duduk. Sunyi semacam je kawasan perumahan ni. Sesekali je dengar bunyi kenderaan lalu lalang disulami bunyi anjing menyalak sayup.

Setelah menyerahkan kunci, Ah Hong pun blah macam tu saja seperti tergesa-gesa. Aku tutup semua suis lampu dan kunci kembali rumah sewa tu elok-elok. Teruja waktu itu membayangkan kehidupan rumah tangga yang bakal kami tempuhi di sini.

Dipendekkan cerita, kami pun pindah masuk barang-barang kami ke rumah baru ni. Dibantu oleh kawan-kawan aku dan kawan-kawan Izzah. Malam tu kami buat makan-makan dan bacaan Yassin untuk menandakan kami penghuni baru disini dan memohon keredhaan Ilahi. Aku nak jemput jiran aku ke bacaan Yassin ni pun serba salah sebab semua rumah pagar berkunci, gelap, dan banyak jiran yang bukan beragama Islam.

Izzah dan rakan-rakannya sedang sibuk mengemas di dapur. Manakala aku dan rakan-rakanku besembang di ruang tamu.

Singkong (Bukan nama sebenar) memulakan bicara..

Singkong: Juri, sunyi jugak eh kawasan rumah kau ni?
Aku: Itulah kong.. tapi aku suka..privasi lah sikit..
Singkong: Kau tak takut ke duduk sini? Rumah ni macam lama orang tak duduk je.
Aku: Nak takut apa? Hahahaha!

‘’Prannnggggggggggggggg….Arghhhhhhh!!!…”
Serentak dengan jawapan aku itu, terdengar bunyi kaca jatuh di dapur dan jeritan seseorang. Aku dengan pantas bergerak ke arah dapur ditemani Singkong dan lain-lain.

Aku: Kenapa ni?
Izzah: Entah ni Cikbam (kawan Universiti Izzah) ni.. tengah basuh pinggan, tiba-tiba menjerit dan terbaling pinggan ke bawah.. Ko kenapa Cikbam?
Cikbam: Aku… aku..
Izzah: Aku ape? Sawan? Haha
Cikbam: Aku nampak something la kat belakang rumah kau.
Aku: Nampak apa CikBam?
Cikbam: Errr..tak ada apalah. Wei Izzah sorry lah pecahkan pinggan kau. Nanti aku ganti balik.
Izzah: Eh takpe…no problem lah. Ko OK tak ni?
Cikbam: Aku ok. Aku nak berehat sekejap la kat depan.
Izzah: Haa..pergilah.

Cikbam kelihatan menggigil dan dia berehat di ruang tamu sambil ditemani rakan mereka, Maira dan Fatin Farhah. Isteri aku mengutip pinggan yang pecah di lantai.

Aku, Singkong dan tiga orang lagi pergi ke belakang rumah untuk memeriksa. Aku petik on suis lampu dan bukak pintu belakang. Kosong.. Tak ada apa-apa, selain penyidai baju dan laman kosong yang agak luas berumput karpet. Kami keluar dan memerhati kawasan sekeliling. Di luar pagar rumah aku ada sepohon pokok mangga yang agak besar saiznya.

Dengan tiba-tiba kami terdengar bunyi seakan-akan sesuatu melompat dari dahan pokok mangga itu dan berkuak-kuak terbang dari situ. Namun kami tak nampak mahkluk apa yang terbang tu sebab keadaan yang gelap. Jadi kami anggap itu mungkin burung atau kelawar.

Kami masuk ke dalam rumah semula dan pergi bertanyakan Cikbam apa yang dia nampak.

Aku: Cikbam, ko nampak ape? Cakaplah janganla takut..kita kan ramai.
Cikbam: Nantila aku cakap, aku tak berani, kejap lagi siapa nak hantar aku balik rumah? Aku drive sendiri tau datang sini..haaa
Singkong: Alaa aku boleh tolong hantarkan.. hehe
Aku: Aii Singkong, baru kenal harini dah pandai masuk line nampak..haha
Singkong: Ala kau ni Juri… kacau la..haha
Aku: Cikbam, takpe ko cerita je kat kitorang ni..

Setelah dipujuk oleh aku dan Izzah, Cikbam pun membuka mulutnya:

Cikbam: Time aku basuh pinggan tu, aku dengar orang menyanyi sayup-sayup. Macam lagu cina. Aku ingat salah seorang dari kami yang menyanyi. Tapi aku tengok semua orang sibuk bersembang je. Tambah-tambah si Maira yang dok potpetpotpet dari tadi. So aku syak suara tu dari luar. Aku perati la kat luar. Aku tengok tak ada sape pun.. Sedang aku tengok kat luar tu.. aku ternampak ada satu kain putih atas tembok pagar rumah korang. Aku perati la kain putih tu. Tiba-tiba pulak kain putih tu terbang melintas depan cermin dapur ni. Terkejut lah aku. Tercampak pinggan. Nasib baik tak kena perut si Izzah tu. Kalau tak kesian baby..huhu

Aku: Hah baby? Sayang you tak bagitahu pun?
Cikbam: Alah aku terpecah rahsia ke? Huhu
Izzah: Ah ko ni Cik Bam. Kan dah kantoi. Tak jadila plan surprise aku nanti.
Cikbam: Hehehe sorry la Cak..

Aku: Takpe kita lupakan dulu hal itu. Sayang.. betul ke ni dah ada baby? Yahuuu!!!

Setelah Cikbam cerita kisah dia tu. Aku nasihatkan Singkong untuk menghantar Cikbam ke rumahnya. Sukalah Singkong tu, bagaikan orang mengantuk disorong bantal. haha. Yang lain juga turut pulang.

Namun aku? Izzah? Kami masih di sini. Masih tinggal di sini untuk mengharungi hidup kami di rumah baru ini. Banyak persoalan yang masih belum terungkai. Selepas kejadian itu banyak lagi peristiwa-peristiwa misteri dan seram yang aku dan isteriku alami. Korang memang tak akan percaya. Tunggu… nanti aku sambung lagi..

Takdelah aku cerita kasi habislah terus. haha. Setelah semua orang pulang, kami pun kemas-kemas bilik kami di tingkat atas untuk tidur. Malam ni malam pertama kami tidur di rumah ni. Seram, takut, eksaited semua sudah bercampur baur.

Sebelum tidur sempat kami solat jemaah bersama. Sweet, kan? Selepas solat, aku pun pastikan segala pintu, tingkap dan pagar berkunci, kemudian, aku naik balik ke bilik untuk tidur.

Aku buka je pintu bilik… ‘Ya Allahhhh…..!!!! siapa kau ni??’

Izzah: Ko tak payah nak over sangat boleh tak? Ni aku la..pakai bedak sejuk je..haha

Aku: Hahaha. Astaghfirullah..ingat jembalang albino tadi. Fuhh! Jom tido sayang.

Izzah: Ok.. jom!

Malam tu tidurku tak lena. Mungkin sebab tempat baru.. aku tak selesa. Izzah sudah berdengkur macam apa lagi dah. Menyesal aku kali kedua sebab baru tahu dia ni jenis berdengkur. Kalau aku tahu awal, dah lama aku mintak diskaun duit hantaran. Hmm.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Aku yang masih tergolek ke kiri dan kanan tak boleh tido. Tiba-tiba terdengar bunyi pintu pagar rumahku seakan-akan dibukak. ‘’kreekkkkk’….begitulah bunyinya.

Aku terkejut, aku sudah kunci tadi. Siapa pulak yang bukak? . Bergegas aku ke tingkap untuk melihat kebawah. Dalam samar-samar, aku lihat ada susuk seorang lelaki berhoodie hitam sedang berdiri tegak disebalik pagar belah dalam rumah aku. Lelaki itu tidak membuat sebarang pergerakkan.

Aku cuak, aku dah syak ini mesti penyamun. Aku capai pedang samurai aku untuk sebarang kemungkinan. Aku bukak tingkap. Aku perhati gelagat mamat tu mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu.

Aku jerit. ‘’Hoi!! Penyamun!!’’ . Mamat tu pandang atas, terus dia lari lintang pukang terkejut tengok aku acah-acah libas pedang dari tingkap. Dia hilang dalam kegelapan malam. Alhamdulillah selamat.

Aku kemudian turun ke bawah untuk mengunci semula pintu pagar. Hairan betul macam mana penyamun tadi boleh masuk sedangkan aku dah kunci rumah tadi. Aku sampai kat bawah, check pagar. Eh, elok je bertutup dan berkunci? Ilmu apa yang dia pakai boleh masuk dalam rumah aku.

Aku libas pedang aku sekali dua ke arah pagar bagi memberi amaran kepada penyamun itu. Aku tahu dia masih memerhatikan aku dari jauh. ‘’Hiyahhh…hiyahhh’’ (pedang dihayun).

Lepas kejadian itu, tak ada lagi gangguan-gangguan lain untuk hari kedua, ketiga, keempat dan kelima kami menghuni rumah itu. Izzah sibuk dengan kuliahnya, aku sibuk dengan kerja aku mempromosikan set produk Aura Tujuh Bunga..Pilihan Hati Dinda ~.

Namun pada hari keenam iaitu malam jumaat, sesuatu berlaku kepada aku dan Izzah. Jangan fikir bukan-bukan ye. Malam tu hujan renyai-renyai. Aku dan isteri tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah kat Astrok Citra, sengaja kami tutup lampu semua bagi keadaan macam di panggung wayang.

Tiba-tiba, kami terdengar derapan tapak kaki dari tingkat atas rumah.
‘’prapp..prap..prap..prap..’’ ‘’prapp..prapp..prappp.’’

Aku pandang Izzah, dia pandang aku balik. Aish comelnye die..
Aku kuatkan bunyi speaker televisyen untuk tak endahkan bunyi tapak kaki tu. Izzah cubit paha aku suruh aku pergi check kat atas. Aku bukan taknak check. Tapi aku tahu tu bukan bunyi orang.

Aku dengan belagak jantannya pergi on suis lampu tangga dan ready untuk naik ke tingkat atas. Izzah ikut belakang sambil pegang kain pelikat aku. Sedang kami menapak ke atas, terdengar satu ketawa mengekek dari dalam sebuah bilik di tingkat atas.

‘’Hihihihi…hahaha..hehehe..’’ Begitulah lebih kurang suara ketawa itu. Suara wanita. Aku dah cuak. Pergerakan kami terhenti di tangga. Aku signal Izzah untuk patah balik dan turun ke bawah. Kami berlari turun ke ruang tamu. Risau jugak aku tengok dia berlari kat tangga ni. Yelah dalam perut ada isi. Huhu

Lama jugak la aku dan Izzah buat-buat bodoh tak layan bunyi tadi. Kami sambung layan Kak Limah je. Dah sampai part Bomoh siam dok ‘’ Keh..keh..kehh.kehh!’’ dalam cerita tu. Tiba-tiba kilat menyambar berdekatan rumah kami. Aku rasa kena pokok mangga depan rumah kitorang tu.

Letrik pun terpadam. Blackout. Gelap gile. Tak sempat nak habiskan movie feveret ni.
Dalam gelap-gelap tu aku dengar bunyi tapak kami perlahan-lahan turun ke bawah dari tingkat atas melalui tangga.
‘’Tap..Tap..Tap..Tap..Tap…’’

Kemudian dia naik atas balik. Aku dalam hati ‘’ Asehmen, ko main tangga pulak ye setan’’.. Izzah ketakutan, dia peluk aku erat. Aku capai handphone dari poket dan On Torchlight dan suluh ke tangga.

Demm!!! Terkejut gila.. nampak satu manusia berbaju lusuh warna putih kusam sedang duduk membongkok atas tangga memandang tepat ke arah kami. Makhluk itu punya hodoh tak payah cakap la. Muka putih, rambut kusut, mata berlubang kosong je. Mulut pecah-pecah macam reput.

‘’Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh………!!!!!!!!!!!!!!!!!’’

Izzah menjerit kuat. Kemudian terus pengsan dekat situ dek kerana ternampak hantu itu. Aku dah panik. Nak lari tak boleh dah bini pulak pengsan. Nak usung tak larat, berat kaki aku waktu tu macam digam ke lantai. Aku ambik keputusan untuk call Si Singkong je.

Aku: Bro…aaaa..ada mana… datang rrrruu.. rumah aku sekarang please..ada hantu…
Singkong: Oi Juri kenapa? Aku ada kat kedai makan ni.. Ok.Ok ko tunggu kejap. Aku sampai. Tak jauh pun ni dari rumah ko. Truutt.. trutt.. (Singkong matikan panggilan).

Aku meraba-raba dalam kegelapan mencari switch box, nak On balik lampu. Aku raba-raba dinding. Sedang meraba, aku terpegang satu benda macam rambut, macam kepala. ‘’Hah Sudahhh… Kepala siapa pulak niii’’.. Getus hatiku. Aku cepat-cepat tarik tangan dari pegang benda yang macam kepala tu.

Seraya aku terdengar orang cakap, ‘’Shijou xiang zong che zong fu fu keh puih maa siciicicici…huuuuuuhuuuuuu’’. Aku tak faham hantu tu cakap apa, sebab Bahasa cina. Tu aku hentam je asalkan bunyi cina. Sorry kalau termencarut.

Lepas je aku dengar suara orang bercakap dalam Bahasa Cina, kemudian suara itu menangis mendayu-dayu. Aku percepatkan langkah ke Switch box untuk On lampu. Aku On, rumah kembali terang. Aku tengok tak ada pun kelibat hantu tadi. Izzah je ada terjelopok kat lantai, pengsan.

Selang seminit ja dari lampu rumah kembali terang, sekali lagi rumah aku black-out. Entah kenapa tah. Waktu ni aku tak tahu nak buat apa dah. Dah dengan tiba-tiba aku nampak samar-samar makhluk macam Pontianak duduk bertenggek kat atas pagar rumah aku. Dia hayun badan ke kiri ke kanan.. Sesekali cahaya kilat menyambar menerangi tubuh Pontianak tu, nampak jelas lah rambut panjangnya dan corak kain lusuh yang dia pakai tu.huhu

Lama betul Singkong ni nak sampai.. Aku dalam hati dah beratus kali maki seranah Singkong ni, lambat betul dia nak datang. Tapi hati aku yang ada secebis iman ni terniat untuk melaungkan azan bagi menghalau hantu Cina dan Pontianak yang bertenggek di tembok pagar rumah aku ni.

“Allahuakbar…Allahuakbar…’’’

Baru je aku nak start azan. Si Izzah ni dah terjaga. Mata dia terbeliak pandang aku. Macam nak terkam aku. Mata dia buntang melihat sekeliling.

Izzah: Lu diam!!! Jangan bising!!!

Izzah melarang aku dari azan. Aku tahu itu bukan Izzah. Aku tak kira, aku teruskan laungan azan. Izzah bangun dan merangkak seperti labah-labah nak terkam aku. Aku tepis dia.

Aku: Izzah!! Ni abang ni! Sedar Izzah!! Jangan biar makhluk tu kuasai awak.
Izzah: Hahahahahha.. Lu takut kee…heee heeee~~~

Izzah senyum menyeringai. Cuba menyerang aku lagi. Aku lari keluar rumah. Nasib baik waktu tu ada satu lampu cahaya kereta menyuluh ke dalam rumah aku. Aku perhati ke arah kereta tu. Aku nampak Singkong datang. Cikbam pun ada? Aitt diorang ni dari mana? Dah pandai keluar sama. Ada seorang lagi pemuda keluar dari kereta Singkong, dia datang salam aku.

Singkong: Juri, ni aku kenal kan, Ustaz El Idrus.
Ustaz El: Assalamualaikum. Ana rasa awak ada masalah? Mana isteri awak?
Aku: Errr.. ada kat dalam ustaz.. dia kene rasuk kot. Ustaz masuk la tengok-tengok kan kejap.
Ustaz El: Izinkan ana masuk ye.

Ustaz El masuk kedalam rumah. Dia petik switch box dan bacakan sesuatu. Alhamdulillah lampu kembali terang. Dia terus ke dapur mencari garam dan lada hitam. Dia kembali ke ruang tamu dan bersila sambil membaca sesuatu. Izzah hanya duduk mencangkung memerhatikan Ustaz El.

Aku: Ustaz ape ni ranggi semacam je Kong? Pakai jeans, baju kemeja, kasut converse koyak je?
Singkong: Ko jangan nak judge orang Juri..
Aku: Macam mana aku tak judge? Baju pun tak reti nak butangkan..huhu.mana ko jumpa Ustaz ni?
Singkong: Dia jiran aku la. Dia ada kebolehan berubat dari kecik. Ko diamlah tengok je..
Aku: Ko pegi mana dengan Cikbam tadi?
Singkong: Shhh. Diamlah.

Aku tengok Ustaz El membacakan sesuatu pada garam dan lada hitam. Ustaz kemudian melempar sedikit garam ke arah Izzah. Dia menjerit seperti kesakitan. Izzah mengeliang liut seperti cacing kepanasan akibat dirukyah oleh Ustaz El. Aku dalam hati rasa kesian dan risau kepada Izzah yang sedang mengandung tu.

Aku: Ustaz, isteri saya pregnant. Hati-hati sikit ye.
Ustaz El: Ye..awak jangan risau.
Ustaz El: Aku nak kau keluar dari badan manusia ni sekarang!
Izzah (hantu): Gua tak mau!!!
Ustaz El: Siapa kamu? Kenapa kamu ganggu mereka?
Izzah(hantu): Aku Camellia! Aku tak ganggu mereka! Ini rumah aku! Mereka yang ganggu aku!

Suara Izzah bertukar garau. Dia cuba mencakar muka Ustaz El, namun seperti ada dinding yang menghalang Izzah dari menghampiri Ustaz El.

Ustaz mengarahkan aku dan Cikbam untuk pegang tangan Izzah agar dia tak bergelut. Kami pun pegang tangan Izzah. Dia mengamuk tu kuat gila. Dah macam pegang seekor lembu dah.

Ustaz mengeluarkan sebatang pen dari poket dia. Dia melapikkan sehelai kain di leher Izzah, dan melakukan aksi seperti sedang menyembelih leher Izzah menggunakan pen seperti pisau untuk menyembelih. Izzah muntah-muntah dan mendengus seperti betul-betul disembelih.

Ustaz El: Singkong, awak tolong ambil apa-apa baldi, dia akan muntah lagi ni.
Singkong: Baik Ustaz

Izzah muntah-muntah dengan banyaknya. Muntahnya berbau hanyir. Aku menepuk belakang Izzah membantunya. Selepas muntah, Izzah kembali seperti biasa.

Izzah: Abang.. apa yang dah jadi?
Aku: Izzah kena rasuk tadi.. Tak ada apa lah semuanya dah okay.
Izzah: Izzah letih la bang..
Aku: Izzah baring la dulu. Abang nak pergi tolong Ustaz El pagarkan rumah kejap.

Aku ikut Ustaz El pagarkan rumah aku. Ustaz taburkan garam ke setiap penjuru rumah dan merenjis dengan air yang dibacakan Surah Yassin.

Ustaz El: Juri, ana rasa rumah awak sudah tiada apa-apa. Makhluk yang mengganggu tadi sudah aku bunuh.
Aku: Terima kasih Ustaz kerana membantu. Tapi nak tanya ni.. jembalang yang bernama Camellia tu datang dari mana?

Ustaz: Hmmm macam ni.. Dulu, ada orang pernah membunuh diri di rumah ni. Anak tuan rumah ni. Akibat tertekan dengan tekanan hidup. Camellia namanya.. Ada jin mengambil kesempatan dan menyamar menjadi Camellia dan menakutkan orang yang cuba menyewa rumah ini.

Aku: Ha? Jadinya anak Ah Hong lah si Camellia ni?
Ustaz El: Ah Hong siapa? Tuan rumah ni ke?
Aku: Ye Ustaz. Tak apala semuanya dah selamat.. Terima Kasih Ustaz.
Ustaz El: Tapi..emm.. ada satu lagi jembalang kat luar pagar rumh awak. Lebih tepat lagi kat pokok mangga luar rumah awak. Rupa dia macam Pontianak. Dia ada tu atas pokok tu, tengah tengok kita.
Aku: Ha?? Yeke Ustaz tolong la uruskan lah sekali harung..
Ustaz El: Ana tak boleh. Ana belum mampu mengubati sihir. Jembalang itu dihantar seseorang dengan niat mahu mengganggu keluarga awak. Dia ada tanam sesuatu bawah pokok tu.
Aku: Ha? Siapa? Ooo..malam tu saya nampak ada orang berhoodie hitam menceroboh rumah saya, saya rasa orang tulah yang tanam!
Ustaz El: Mungkin…. Siapa dia ana tak tahu. Mungkin isteri awak tahu. Awak tanyalah dia. Tapi jangan risau ana dah pagarkan rumah awak. Cuma jaga amal ibadah supaya tidak diganggu.
Aku: Baiklah Ustaz. Nah saya sedekah Ustaz (Aku hulur dua ratus)
Singkong: Ko ni Juri.. Ustaz ni Engineer kat Sapura kot. Buat malu je.hahah
Ustaz El: Takpe Juri, ana tolong ikhlas.
Aku: Er.. terima kasih Ustaz..

Cikbam masih menjaga Izzah yang keletihan di dalam rumah. Dah lewat malam, Singkong dah nak balik.

Singkong: B… eh Cikbam! Jom balik!
Aku: B???? Ko panggil Cikbam B? sejak bila ni Singkong? Hahaha
Singkong: Aku tersilap lah.. ko ni kecoh je..haha
Aku: Patut la sekarang aku nak ajak lepak macam-macam alasan ko bagi. Rupanya pergi date yee.. Haa.. Cikbam, thank you lah sudi datang dan tolong.
Cikbam: Takpe, Izzah ni kan kawan aku. Mestilah aku tolong.

Singkong dan Cikbam pun berlalu pergi. Aku kunci pagar, jeling ke arah pokok manga dan say ‘Hi’. Nasib baik tak dijawab sesiapa.huhu. Aku berlari masuk ke rumah.

Keesokan harinya, aku bertanyakan Izzah kalau-kalau dia ada musuh. Yelah aku kan tak ada musuh, aku baik..Izzah recall balik memori. Dia cakap baru-baru ni ada ex-boyfriend dia marah dia sebab kahwin dengan aku. Dan dia ugut untuk ganggu rumah tangga kami sampai kami bercerai.

Aku: Siapa nama ex awak tu?
Izzah: Emmm.. nama dia Ahmad Faz.. awak jangan pergi cari dan serang dia pulak. Saya tak mahu benda ni jadi lebih teruk..

Aku tak bercakap banyak. No mood dengar jawapan tu. Aku masuk bilik, ambil pedang samurai aku, aku asah.. ‘’Shingg..shinggg…shing’’.. bunyi pedang aku diasah. Sambil dalam minda aku membayangkan aku menghunus pedang ini kearah Faz.

Izzah ada telefon seorang pensyarah di Universitinya, untuk datang buang sihir yang diletakkan di rumah kami tu. Nama pensyarah tu Dr Yulie. Dia ni ada belajar di Darussyifa’ kat Bangi tu. Jadinya dia pandailah berubat dalam hal-hal sihir menyihir ni.

Satu hari tu, Dr Yulie ni datang melawat rumah kami dengan suaminya. Dia berhajat untuk membantu kami yang baru berkahwin ni untuk membuang barang sihir yang ditanam dibawah pokok manga tu.

Dr Yulie pun meminta aku untuk mengorek di satu tempat dibawah pokok manga tu sambil dia membaca-bacakan sesuatu dekat air mineral. Izzah dan suami Dr Yulie tengok dari tepi. Setelah seberapa dalam aku mengorek, aku terjumpa satu botol berisi rambut dan paku. Dr Yulie tak bagi aku pegang botol tu. Dia siram botol tu dengan air mineral yang dia dah baca-baca tadi.

Berasap botol tu dan tanah-tanah di sekeliling botol tu berubah menjadi hitam. Dr Yulie mengambil botol itu dan memasukkan ke dalam beg plastic dan mengarahkan supaya aku membakar botol itu di situ. Aku masuk rumah ambil kertas dan surat khabar dan bakar botol plastic tadi sampai hangus. Bau asap dari botol tu dah macam bau bangkai terbakor katekoo..

Kemudian aku diarahkan untuk menanam kembali botol yang dah dibakar tadi.

Dr Yulie: Haaa.. dah selesai. InsyaAllah. Dah tak ada apa-apa.
Aku: Terima kasihlah Dr tolong kami. Huhu
Dr Yulie: No problem.. Kalau korang rasa ada gangguan lagi korang roger je akak.
Aku: Errr.. ok Doktor..

Pelik pulak bila dia bahasakan diri dia sebagai akak.. Tapi yang lagi aku pelik macam si Ahmad Faz ni tahu lokasi rumah kitorang. Sedangkan kami baru pindah ke sini. Aku tanya lah Izzah.

Aku: Sayang, awak agak lah, macam mana eh si Faz tu tahu lokasi rumah kita?
Izzah: Saya rasa sebab saya check-in kat Fesbuk kot haritu. Lupa yang Faz tu ada dalam friendlist awak. Saya dah block dah Faz tu kat fb
Aku: Laaa….patutlah..hmmmm.. no wonder.. tahniah…

Boleh tahan bebal isteri aku ni. Dia pergi check-in kat rumah baru ni siap tag Fb aku lagi dengan caption “New house…new life with hubby..’’ . Si Faz tu pulak entah macam mana boleh friend dengan aku kat fb. Mestilah dia tahu alamat rumah kami dengan tepat. Aku pun terus block si Faz di semua laman sosial. Kalau jumpa depan-depan confirm makan pedang aku budak tu.huuhuuhuu..

Lepas tu aku call Ah Hong. Nak tanya pasal arwah anak dia tu.

Aku: Hallooo bosss.. apa macam sihat ke?
Ah Hong: Wa sehat je. Lu apa pasat? Mau keluar rumah ke?
Aku: Hahahahaha. Ko ni pun satu lah boss. Ko tak cerita kat aku rumah ni ada hantu kenapa?
Ah Hong: Itu bukan masalah gua.. Lu yang mau luduk lumah ni..
Aku: Tapi hantu ni hantu Camelliaa kan boss..
Ah Hong: Lu jangan main-main sama wa punya anak punya nama woo… wa sedih woorrr.. huuuuhuu..
Aku: Dah menangis pulak orang tua ni.. sabar lah Ah Hong.. itu hantu bukan anak lu. Itu Jin punya Camelliaa..
Ah Hong: Huhuhuuuuu,, wa tau wa tau.. Itu hantu lah yang kacau anak wa sampai lia bunuh lili.huhuuhuu,… Wa sorry la talak celita sama lu.
Aku: Takpe Ah Hong, wa sudah kawtim. Itu hantu sudah mati.. Oklah boss. Bye.. trutt..trut…

Aku matikan panggilan..

Begitu lah sedikit sebanyak cerita aku.. Sebenarnya ada lagi cerita lain. Tapi panjang sangat la pulak. Aku nak cerita yang si Izzah ni dapat posting Houseman kat Miri, Sarawak. Dan aku tinggal sorang kat rumah ni. Macam-macam pengalaman pelik aku alami kat rumah ni.huhu

Nantilah aku sambung merepek lagi..

Sekian.
Sila komen dan rate dengan hati yang ikhlas
-Juri-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Muhammad Juri
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

860 comments

  1. engineer sapura kencana? part mna?? mkcik keja stu. mna tahu boleh brkenlan giteww. huhu. pm no ustaz tepi. kekek
    #cumel

  2. time ustaz El tu kata ada hantu camelia pastu ada pontianak pulak.. terbayang pulak hantu camellia tu berlawan ngan pontianak tu.. kahkahkah.. seram wei.. baru kawin jgk ni.. tengak cari rumah sewa.. mintak2 tak kene macam juri.. huhuhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.