Muka Sebelah Buruk

Salam dan hai Fiksyen Shasha,

Terima kasih kerana sudi menerbitkan cerita pertama aku. Nama aku Julia. S, berasal dari Brunei. Selalu jadi pembaca, kali ini aku nak kongsi pengalaman seram yang aku alami sendiri.

Aku anak kedua dari enam beradik. Sejak kecil, aku dibesarkan oleh nenek dan atuk, parents’ mak. Aku tak panggil nenek/atuk, aku panggil mereka Mak & Bapa Sejak umur tiga bulan, aku diasuh mereka di kampung, manakala keluarga sebenar aku tinggal di Seria, Daerah Belait. Pada masa itu, perjalanan dari Daerah Brunei-Muara ke Belait mengambil masa sekitar sejam setengah hingga dua jam, melalui jalan kampung.

Aku memang rapat dengan Bapa. Ke mana dia pergi, aku ikut — memancing, masuk hutan cari umbut, dan sebagainya. Belakang rumah Bapa ada dusun. Ditahun tu kawasan kampong/rumah masih banyak hutan.

Rumah tempat aku dibesarkan itu menyimpan banyak cerita seram, dari zaman mak aku belum berkahwin hinggalah ke hari ini. Sekarang, rumah itu dijaga oleh anak dan suami arwah mak saudara aku.

Peristiwa Tahun 80-an.

Peristiwa ini berlaku hujung tahun 80-an, sekitar tahun 1987. Ketika itu, umur aku baru enam tahun.

Pada satu tengah malam, aku sedang tidur nyenyak. Tiba-tiba, aku terjaga kerana terdengar bunyi tapak kaki berlari di dalam rumah. Dalam keadaan mamai, aku nampak pakcik saudara aku, adik mak – Uda Itam, berlari masuk ke bilik tamu dengan wajah panik, membawa bantal.Kebetulan malam tu Mama, Bapa & aku memang tidur di bilik tamu.

Di ruang tamu, Bapa sedang duduk bertasbih, mungkin baru selesai solat. Mama terus bertanya, “Kenapa Tam?”

Dengan nafas tercungap-cungap, Uda Itam menjawab, “Ada urang melatuk tabuk.” (ada orang ketuk tingkap)

“Tabuk? Siapa?” tanya Bapa. (Tingkap? Siapa?)

“Aku atu nyaman tidur, sekali mendangar ku bunyi tabuk kana katuk. Bangun ku singkap tabir, ku liat ada orang dapan tabuk. muanya ani buruk setampik. Masih ditabuk ia tu, Pa.”
(Aku sedang nyenyak tidur, tiba-tiba dengar bunyi ketukan di tingkap. Aku bangun dan membuka langsir. Aku nampak ada orang berdiri depan tingkap dengan muka sebelah buruk. Dia masih ada di tingkap)

Mendengar itu, Bapa bangun ke dapur, mengambil parang. Tak lama kemudian, dia masuk semula ke bilik tamu dan terus membuka pintu. Suara Bapa bergema di dalam gelap malam:

“Mana ko? Lari ko? Mengacau ko keluarga ku? Ku tatak ko mun ku dapat kau!”

Entah berapa lama, rasa macam sekejap je, aku mendengar bunyi Bapa naik semula ke rumah.

Mama bertanya, “Siapa tah?”
Dengan nada serius, Bapa menjawab, “Nada jelama. Bukan jelama tu. Antu tu. Rumah tinggi miani nada jelama kan meniang naik. Tangga pun nada.”
(Takde orang. Bukan orang tu. Tu Hantu. Rumah tinggi macamni takde orang nak panjat naik. Tangga pun takde)

Rumah kami ni bertiang tinggi, mana mungkin orang nak panjat kalau tak mengunakan tangga.

Keesokan harinya, aku terdengar Uda Itam bercerita kepada abang & adik – adiknya. Dia kata, wajah yang dilihatnya di tingkap malam itu ialah lelaki — sebelah muka normal, sebelah lagi buruk dan hitam.

Masa itu, aku rasa takut juga, tapi biasalah budak-budak. Takut hari ini, esok dah lupa. Itulah pengalaman seram pertama aku di rumah kampung.

Kami tahun yang menganggu tu bukan lah manusia. Takde lah Bapa, Uda dan yang lain nak mencari siapa. Bagi dorang gangguan ni perkara biasa sudah. Tapi apa yang pasti, untuk beberapa hari tu Uda Itam tidur berkepit jugalah dengan kami.

Ini cerita pertama dari aku. InshaAllah akan share lagi cerita yang lain.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

• Lai / alai – untuk budak kecik/orang yang lagi muda
• Mun – kalau

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4]
Julia. S

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Light
Dark