Nak Kawan Dengan Abang Ipar Awak Je…

Hi, jumpa lagi dalam kisah yang baru. Aku pernah submit cerita dekat FS, pasal benda tu jadi roommate aku kat UUM sebab aku tidur petang, kot. Hiks. Ni aku dah balik bercuti kat rumah, benda tu pun ikut sekali. Tapi dia dah tak kacau aku sorang, dia kacau abang ipaq aku sekali. Style menumpang tak habaq, bukan nak share duit tol dengan minyak.

Satu hari tu, petang nak dekat Maghrib gitu, aku tengah baring dalam bilik dengar lagu Aiman Jate. Bilik aku paling dekat dengan pintu rumah. And memang strategik sebab dekat dengan ruang tamu jugak. Tengah syok dengaq lagu, aku dengaq bunyi enjin kereta abang ipaq aku kat porch rumah. Time tu aku duduk sorang, mak ayah aku pi Shah Alam, kakak aku hat last tak balik kerja lagi. So bila dengaq yang abang ipaq aku dah balik, bolehlah aku rasa lega sikit sebab tak payah duduk sorang untuk malam.

Abang ipaq aku tak bawak kunci pulak haritu. So aku pun keluaq laa pi bagi kunci. Guess what? Benda tu dah pi bagi kunci dulu dekat abang ipaq aku. Bila aku sampai depan gate, nak bagi kunci, abang ipaq aku tunjuk kunci kat tangan dia, siap kata, “eh tadi kan dah bagi ni? Nak bagi berapa banyak kunci lagi?”. Aku diam. Kaku sat kat situ tapi tak lama sebab lupa aku tak pakai tudung masa keluaq tu. So aku blah masuk rumah. Terfikir jauh, apahal benda tu sibuk nak jadi aku tiba-tiba ni? Special sangat ka aku sampai dia takboleh nak jadi diri dia? Hmmmmmm. Oh berharganya diriku ini! Yihhhhh!

Tak lama lepas tu, kakak aku balik. Hat tu aku biaq abang ipaq aku yang sambut bini dia. Sebelum abang ipaq aku nak pi bukak kunci pagaq, dia ketuk pintu bilik aku, habaq kata depa nak keluaq makan satgi. Aku pun cakap okay. Lepas ja depa blah keluaq makan, aku dengaq orang bercakap-cakap dekat ruang tamu. Kuat, siap tengah dok gelak gelak kalah pontianak. Pontianak kalau dengaq pun, confirm dia mintak nak join geng. Ambui ambui ambui. Aku slow slow bukak pintu bilik, aku nampak ABANG IPAQ AKU DENGAN KAKAK AKU TENGAH SEMBANG. HABIS TU YANG BLAH NAIK KERETA TADI TU SAPA HABAQ MAI SAT? Aku diam lagi. Slow slow aku masuk gear reverse, patah balik masuk bilik. Sebab dah banyak kali sangat jadi kat aku, aku sampai dah tak boleh nak kata apa. Lain macam game dia.

Aku try cara cliche. Aku mesej kakak dengan abang ipaq aku. Aku menghendap dari lubang kunci pintu bilik aku. Yessss, depa dok baca! Okay tu memang depa. Tapi aku lupa, aku lupa nak check kereta ada ka dak time tu. Sebab aku eksaited depa dah baca mesej aku eventho depa kasi bluetick. Lagi hantu nampaknya perangai depa ni. Aku pun lepas tu sambung baring, sampai tertidoq. Sejam lepas tu aku terbangun sebab pakwe dah mesej. Lepas tu aku terbaca sekali mesej dari kakak aku, “kami balik lambat, ada di hospital, tengok member abang”. BILA MASA PULAK DEPA KELUAQ?!

Aku teruih bangun check kereta. Sah, kereta takdak! Aku slow slow bukak pintu bilik, depa dok ada kat ruang tamu tengah baring tengok tv. Addhhsakxjkskznsjdja. APENI BAWAK GENG KACAU AKU?! Aku dah tak boleh nak diam macam selalu, aku terus capai sweater dengan kunci kereta, aku blah pi tempat lain. Depa sepatah pun tak kata apa cuma time aku nak tutup pintu rumah, depa dua dua pandang aku sekilas, serentak. Cangak lagi, aku teruih blah tak tutup pintu, cuma sempat kunci gate.

Malam tu aku tertidoq dalam kereta. Esok tu aku bangun, ada beribu misscalls dari mak, ayah, kakak 1, kakak 2, kakak 3 and abang ipaq. Semua pakat cari aku, dok ingat aku hilang. Aku balik aku cerita apa jadi. Lepas tu aku ingat aku sorang ja kena kacau, rupa-rupanya depa pun kena. Depa nampak aku duduk dekat seat belakang, padahal aku tak kata pun aku nak ikut. Depa bawak “aku” pi kedai makan apa semua. And mesej dari kakak aku tu, kakak aku tak pernah sent pun. Depa dua tinggai handphone kat rumah masa keluaq semalam. Hantu lani pun pandai dah main mesej. Kemain! Mana cekau handphone pun tak tau laa depa ni.

Sejak dari hari tu, aku dah tak berani duduk dalam bilik time Maghrib/senja. Abang ipaq aku pun tak berani dah nak percaya bulat bulat semua benda yang dia nampak. Kuat betui usaha benda ni nak berkawan. Dekat alam sana dia takda member lain ka cemana cerita?

Leave a Reply

10 Comments on "Nak Kawan Dengan Abang Ipar Awak Je…"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
z

Huhuhu… Best cita. Lawaklah. Ada jg spesies mcm ni

Sakuragi

Amboi.. Setan abihh ni peghangaiii. Sebaik laa depa pandang ja tak tegoq ang. Kalau aku ni meroyan dah kot.. cerita tak panjang tapi seram. Best.

Chulalongkorn

Nasib baik dy x tanya hang pi mana.. hang pi mana…

Penakut Tapi Nak Tau

masa nak kuar umah dia orang stay tengok tv siap pandang ko keluar lagi…. aku rasa cam nak pengsan time nak kuar dari rumah tu…. bila dah tau.. tu bukan family ko…

Aj

Hahhahha…makin moden hantu skrang..patut la bomoh nk santau ke jual minyak pngasih pn kot instagram..

huhu

hahaha..kann. Br jmpe smlm kat ig

Penulis

Mcm cerita reka je…

Darm

xreka aku pernah kena dulu. kena rasuk still boleh call tau.

Mal

Hantu yg pandai main hp ni sebenaqnya panjang citernya…berbalik ke era¬≤ Azazil deduluuuuuuuuu..

apid

langsat…..kak yulie….ko ghaser camne….. hahahaha

klw cite ni ko reka dik…mmg aku santet dr jauh je…kemahin lagi berbalas msg bagai…

wpDiscuz