#nana-Muzium

  • MUZIUM –

Assalamualaikum, sudah lama saya tidak hantar cerita di Fiksyen Shasha. Rindu rasanya. Tidak mengapalah, untuk tidak memanjangkan mukadimah, saya hendak berkongsikan satu kisah benar. Kisah ini berlatar belakangkan tahun 90 an. Tetapi kisah ini saya olah semula dijadikan sebuah cerpen. Baiklah mari kita mulakan…..

……………………………………….

Pakcik Jai cuba membetulkan jaring jebak burung terkukur yang hampir terkoyak di sebabkan burung terkukur yang baru ditangkapnya awal pagi tadi yang mengelepar kerana tersangkut di dalamnya. Lalu burung terkukur yang baru sahaja dapat ditangkapnya itu diletakkan di dalam bakul rotan. Manakala si juara pikat terkukurnya itu sudah di tambat di dalam sangkar layang.

Sedang ralit membetulkan jaring jebak di ruang tamu rumah, terdengar pakcik Jai seseorang sedang memberi salam dari luar.

“Assalamualaikum….!!”

Pakcik Jai memanjangkan leher menjengah ke luar. Malas rasanya untuk bangun melihat siapa yang datang, cukup sekadar mengintai dari dalam.

“Waalaikumsalam…!! Masuk, masuk…!!”

Hanya sekadar mempelawa dari dalam rumah. Walaupun begitu caranya menyambut tetamu, tetapi hatinya tetap ikhlas menerima walau sesiapa pun tetamunya saat itu.

“Buat apa tu…?” Baru sahaja duduk, tetamu itu terus bertanya pada pakcik Jai aktiviti yang sedang pakcik Jai lakukan itu.

“Kau Kamal. Ingatkan siapa. Tak ada apa cuma betulkan jaring jebak ni. Kau tak kerja ke….?” Pelik pakcik Jai melihat Kamal jiran selang dua buah rumah datang menjenguknya seawal 10.30 pagi, sempat Pakcik Jai melirik jam di tangan.

“Kerja…. Lagipun baru balik kerjalah ni. Kerja malam. Lambat sampai rumah, sarapan kat kedai mamak dulu….” jelas Kamal dengan wajah tidak cukup tidur.

“Bukan kau kerja dekat kilang Nasional tu ke…?” sambil bertanya sempat pakcik Jai membelek-belek jaring jebak terkukur yang sudah dibetulkannya.

“Kilang Nasional saya baru dua minggu berhenti abang Jai. Sekarang saya dapat kerja baru. Itu yang berhenti kat Nasional tu….” jelas Kamal.

“Sudah kerja elok-elok dekat situ, kenapa pulak berhenti….?”

Seakan tidak mengerti pula Pakcik Jai dengan tindakan Kamal berhenti di kilang Nasional itu memandangkan kerja dan pendapatannya yang tetap di tambah pula di zaman yang serba mencabar ini.

“Kau kerja dekat Nasional tu dah berapa tahun…?”

“Baru setahun…” seakan segan Kamal ingin menjawab soalan Pakcik Jai.

“Jadinya setiap satu tahun kau akan bertukar kerjalah. Sekarang tahun 1992 kau berhenti kat kilang Nasional. Lepastu sekarang sudah dapat kerja lain. Jadi tahun depan, tahun 1993 akan tukar kerja lain pulak lah ya…..” Pakcik Jai tersenyum sinis sambil terkeluar ayat-ayat berbaur sindiran.

“Perli nampak…..” Kamal mula terasa.

“Bukan perli. Nasihat…….” Pakcik Jai tersenyum lagi sambil menepuk-nepuk bahu Kamal, agar Kamal tidak mudah terasa dengan kata-katanya tadi.

“Habis tu kau kerja apa sekarang….?” Sambung Pakcik Jai lagi bertanya.

“Saya jadi jadi jaga di Muzium….” ringkas jawapan dari Kamal.

“Baguslah macam tu. Engkau jenis orang yang tidak terlalu memilih kerja. Tetapi terlalu kerap bertukar kerja…. Seronok kerja dekat Muzium…..” Ayat sindiran versi kedua pula yang Pakcik Jai cuba lontarkan.

Nampaknya seakan terkulat-kulat kali ini Kamal untuk menjawab pertanyaan Pakcik Jai itu. Soalan pedas yang diutarakan oleh Pakcik Jai itu tidak dapat dijawab dengan soalan yang manis. Kamal hanya mampu mencuka.

“Muka nampak macam tak seronok saja. Ada masalah dengan tempat kerja baru ke….?” Pakcik Jai seakan mengerti dengan raut wajah Kamal yang seakan terendam di dalam cuka tumpah di pinggan.

“Menyesal pula berhenti dekat kilang Nasional hari tu. Tapi…., tak kan saya nak berhenti lagi pula…..” terukir rasa menyesal dari kata-kata Kamal.

“Cuba cerita apa masalahnya….” Pakcik Jai mohon pencerahan dari Kamal.

“Tak sangka pulak kerja malam dekat Muzium tu angker. Boleh tahan angkernya tu….!”
Kamal mengerut dahi sambil memandang tepat ke wajah Pakcik Jai.

Dengan wajah kelat Kamal memulakan cerita.

“Ini hari kedua saya bekerja malam. Malam pertama lagi saya sudah di gangguan. Tapi ganggguan yang masih boleh di terima lagilah. Seperti biasa, baru masuk kerja saya sudah di suruh jaga malam bersama dua orang kawan lagi. Saiful dan Tajuddin. Dia orang ni kiranya sudah lama berkhidmat dengan Muzium ni. Jadi banyak tunjuk ajar di beri pada orang baru seperti saya. Memandangkan Muzium ni ada tiga tingkat, jadi setiap seorang jaga satu tingkat. Malam pertama saya jaga tingkat atas iaitu tingkat satu. Sebab Muzium ni pintu masuknya dari tingkat atas iaitu tingkat satu kemudian terus turun ke bawah, iaitu tingkat tiga, tingkat paling last sekali……”

“Masuk kerja pukul 7.00 malam sampai pukul 10.00 malam, masih ok lagi keadaan. Tapi bermula dari pukul 10 lebih tu, sikit-sikit gangguan tu datang….” Sambung Kamal lagi.

“Gangguan yang macam mana tu….?” Pakcik Jai bertanya lagi mohon lebih penjelasan cerita dari Kamal.

“Saya jaga tingkat atas, ada area patung-patung kecil sedang berlawan. Dekat situ saya terdengar bunyi mereka sedang berlawan. Sampai dengar bunyi orang bersorak lagi. ‘Lawan, lawan, lawan…’. Tapi bila saya jengah area tu, senyap semula. Tapi tak apalah mungkin bunyi tu datang dari radio kawan-kawan saya dari tingkat bawah. Saya abaikan dulu. Lepas tu saya masuk dekat area yang ada replika patung di kafankan baring dalam kubur dekat dalam peti dan ada perkakas jenazah sekali di satu area ni. Saya lalu saja di area tu, saya terbau kapur barus kuat sangat. Itupun saya tak fikir sangat sebab dekat situ bukankah ada perkakas untuk siapkan jenazah, sudah tentulah ada kapur barus. Saya abaikan juga. Tapi bila saya jalan masuk ke dalam satu bilik ni, bilik yang ada ruang untuk menonton di satu screen besar…., saya masih lagi terbau kapur barus. Bau dia pun masih kuat lagi sama macam tadi. Sehinggakan saya berjalan di seluruh area di tingkat satu, masih lagi terbau kapur barus tu. Seolah-olah bau tu macam ikut saya pulak…..” Cerita Kamal dalam nada pelik.

“Kau ada tegur ke?” Pakcik Jai bertanya lagi.

“Entahlah, tak perasan pulak. Cuma dekat area yang ada letak replika patung berkafan dalam kubur tu je yang saya tercakap… KUATNYA BAU KAPUR BARUS…!!”

Pakcik Jai tersenyum sambil menggelengkan kepala.

“Patutlah…..” monolog Pakcik Jai dalam hati.

“Malam tadi saya jaga di tingkat dua pula. Dia punya gangguan lebih sikit dari malam pertama saya kerja. Takut betul…!”

“Saya jalan di satu area yang ada patung pakai pakaian tradisional yang berdiri di dalam kotak cermin kaca. Pada mulanya saya lalu situ masih lagi ok, check apa yang patut. Nanti orang ingat saya tak buat kerja pulak. Melintas sahaja dekat depan patung-patung tu, saya terdengar bunyi cermin kaca tu diketuk- ketuk. Dua tiga kali juga saya dengar. Hati saya sudah rasa tak sedap. Lepas tu dia ketuk lagi. Bila saya toleh, tak ada apa pun. Tapi masa ni saya dah menyumpah kawan-kawan saya, sebab saya fikir dia orang yang buat. Kemudian saya terdengar bunyi orang main muzik gamelan. Sedap je bunyinya. Lagipun memang dekat situ ada gamelan. Tapi bila saya sampai sahaja dekat situ, keadaan sudah seperti biasa, sunyi saja. Sedangkan bukan main kuat kuat lagi gamelan tu berbunyi tadi. Seolah-olah seperti main dua tiga orang. Tapi kali ni, satu ketuk bunyi gamelan pun tak ada. Tidak lama tu kawan saya walky talky saya, dia tanya saya…, KAU OK KE KAT TINGKAT 2 TU…. Saya kata OK JE, SEMUA TERKAWAL, ROGER…..”

Sambil bercerita sempat Kamal mengeluarkan rokok sebatang jenama Winston.

“Kemudian saya lalu dekat area replika patung perempuan sedang buaikan anak di dalam buaian. Lalu sahaja disitu, saya terdengar suara perempuan sedang mendodoikan anak. Macam lagu klasik. Kali ini bulu roma saya betul-betul dah mencanak naik. Dahlah dia nyanyi, lepas tu saya terdengar dia boleh cakap dekat anak dia dalam buaian tu…, SAYANG JANGAN NANGIS YA, NANTI KITA IKUT PAKCIK TU JALAN-JALAN…. Saya apa lagi, terus blahlah dari situ. Takut…..”

“Tapi saya ingatkan dia dah tak kacau lagi dan saya juga ingatkan itulah gangguan yang paling hebat…! Rupanya ada lagi gangguan yang paling hebat…!!!”
Terbeliak mata Kamal saat menceritakan pengalaman seramnya di Muzium.

“Apa dia…?” Pakcik Jai semakin berminat.

“Selepas saya rehat sekejap dalam 10 minit, sebab penat lari dari kena kacau dengan suara perempuan tadi. Saya lalu pula dekat area replika patung perempuan tua sedang memegang teko dan secangkir cawan, kononnya sedang menjamu tetamu minum petang dalam pondok buruknya. Kali pertama saya tengok, replika patung tu dia sedang tunduk memandang teko yang sedang di pegangnya. Lepas saya sudah check bahagian situ. Lalu sahaja saya di depan replika patung perempuan tua tu…., saya terdengar satu suara perempuan bercakap dari arah belakang saya. Seolah-olah dia sedang bercakap dengan saya. Dia cakap…..,
JEMPUT MINUM NAK…, MARILAH TEMANKAN MAKCIK…. Terkejut saya dengar suara tu. Bila saya toleh je, saya nampak kepala replika perempuan tua tu seakan sudah tersedia naik ke atas seperti sedang merenung saya. Tapi posisi kepala dan badan dia tetap kaku. Ialah…, sebab dia patungkan. Saya apalagi mencanaklah lari macam tak cukup tanah. Terus saya pergi dekat kawan saya si Saiful yang berjaga di tingkat atas….”

Ketawa berdekah pakcik Jai apabila mendengar cerita Kamal yang dianggap lawak.

“Kenapa abang Jai ketawa…, lawak ke cerita saya…..” Kamal mengerut dahi melihat gelagat Pakcik Jai.

“Cerita kau dah seram, tapi cara penceritaan kau tu tadi, macam tersampuk dengan patung perempuan tua tu. Penuh gaya… Ok, ok… Kau sambung balik cerita, lepas tu apa jadi….?” Pakcik Jai kembali serius selepas puas ketawa di hadapan Kamal.

“Sampai sahaja saya dekat Saiful, dia sudah dapat agak kenapa saya lari. Sebab itulah dia tanya saya OK atau TIDAK di walky talky tu. Sebab dia kata tingkat 2 keras sikit dari tingkat 1. Tapi tidak sampai beberapa minit, walky talky saya berbunyi lagi. Saya ingatkan Tajuddin yang cakap, tapi suara perempuan pula yang saya dan Saiful dengar. Suara
perempuan tu cakap…, KATA SEMUA OK, TERKAWAL TAPI DENGAR SUARA AKU KAU DAH LARI….. HA HA HA HA HA……..
lepas tu saya dan Saiful dengar dia mengilai dalam walky talky tu. Betul-betul saya terkena malam tadi. Saiful kata, dia kalau jaga malam memang kerap kena ganggu. Tapi sebab nak cari makan, terpaksa hadaplah semua tu. Tajuddin kata malam pertama saya baru kerja tu dia nampak saya di area tempat dia jaga, sedang duduk di sebelah replika perempuan tua yang pegang teko tu di tingkat 2. Tapi saya jaga tingkat 1, langsung tak turun pun tingkat 2. Malam tadi betul-betul saya kena kacau. Tapi Saiful kata tingkat 3 lagi keras dia kata. Sebab ada keris-keris lama di pamer kat situ, ada khadam yang jaga. Waallahualam, saya pun tak pasti. Terpaksalah saya bertugas jaga di tingkat 3 malam ni…..” terdengar sedikit keluhan dari nada suara Kamal.

“Sabar sahajalah Kamal. Anggap ini satu dugaan untuk kau mencari rezeki. Tapi sebelum mula kerja tu bacalah surah Al Fatihah, ayat Qursi dan surah 3 Qul tu sebagai pendinding diri. Ayat-ayat itu pun mempunyai kekuatan tersendiri selain surah-surah yang lain….”

“InsyaAllah…, abang Jai. Akan saya amalkan. Cuma dua malam tu saya terlupa nak baca satu surah pun….” ujar Kamal tersimpul malu.

Sudah selesai meluahkan rasa seramnya kepada Pakcik Jai, Kamal mohon diri untuk pulang. Tetapi sebelum sempat Kamal melangkah keluar, Pakcik Jai telah berkata sesuatu kepada Kamal.

“Kirim salam dekat kakak yang sedang dukung anaknya tu. Dari tadi dia tengok kau Kamal. Lama dia menunggu kamu kat tepi pokok mangga tu. Malam nanti hantar dia balik….!” Gurau Pakcik Jai.

“Kakak yang dukung anak…..?”

  • tamat –

#hasilkarya
#cerpen
#suhanamatlazim

NANA
FOLLOW FB KAMI.

102 comments

  1. Barang2 lama dan bersejarah semua d simpan di situ.
    Memang tak mustahil ‘benda’ tu ada.
    Nakal yer pak cik Jai menyakat Kamal time ending tu.

  2. Rombogan school pergi Museum Negara, masuk satu bilik tu. Baru perasan aku sorang, rasa memang macam ada org perhatikan. Patung tu hidup! MEMANG TAK SELESA! Ape lagi terus lari keluar!

    1. Aku pun tak suka prgi muzium.. Tp prnh pegi rombongan sekolah wktu skolah mnengah dlu rasa seram sejuk bila msuk bilik brg2 lama.. Rasa mcm seram sejuk dan diperhatikan

    1. Kannnnnn. Dulu pernah pergi Makam Mahsuri, power sgt kot rasa diri ni sampai selpie tak igt dunia. Balik jalan jalan scroll gambar oh bukan selpie rupanya tp wefie ???

        1. Kita pun nak tukau identiti jugak, haha. Owner tempat nak interframe lerr cikbambam. Aku syak dia bengang asyik tempat dia je femes, so dia interframe la. aku syak je

    1. muzium mana boleh bagi tau tak? saya peminat no 1 muzium. Waktu studi dekat UM, mahu lebih 10 kali lawat even pameran yg sama.

      Rindu nak ke muzium lagi. Sekarang dah ada kecik susah nak pergi, risau kena ganggu.

    1. hye abang singkong..cikbambam sihat..
      abang singkong da mkn mekdi arini?

      sini line clear kan?xde yg kecam?hahaha

      7.3/10

      #donecomment

        1. sepaisi ciken mekdilaks..hahaha..kelaka oii..
          mana mekciken & air seperait yg cikbambam kirim td?

          **harap2 komen disini tenang2 saje..

          1. Haha abang singkong ambik ala carte je td.. Murah sikit..

            Cikbambam makan la nasik goreng smlm..

          2. sampai ati suruh cikbambam mkn nasi basi..hahaha

            erm..makan mekdi sorg2..bia die gemok sorg2..

            cikbambam nak g mkn kentakifredciken la..lg sodapp..

          3. Takkan gemok la.. Da mmg mcm ini je.. Haha sumpahan makanan ni kot..

            Abang singkong makan mekdi.. Cikbambam makanlah hati abang singkong..

            Ciaciacia

            **background music (lagu aiman tino)
            **off main switch sebb culture shock dgr lagu maman tino

          4. cikbambam xnak mkn hati abg singkong..
            cikbambam nk pegang hati abg singkong je..

            ciaciacia

            **tertido cikbambam tggu abg singkong masuk komen
            **background music (bayang..mekar di dalam hatiku…)

  3. Bes kisah nie,
    Suka ssngat ke Muzium,
    Bersama anak2
    Sbb suka bahan2 bersejarah…
    Tp sblm tu,
    Yg penting bca AlFatihah,3Qul&Ayatulkusi…
    Kalo nak kemane2…
    Insya’Allah…

  4. Bergurau pulak pkcik jai yer ? kawan tu la tengah cuak…haha..

    Kt muzium mmg keras.. sbb ade byk brg2 lma kt situ…brg2 lma dh tentu2 ade penunggunyer..

          1. Betul la tu.. Tapi x ke haru tu.. Effort sangat dia nak masuk muzium g shave satu badan.. Haha

  5. Best best syeramm..Paling best benda tu cakap kat walkie talkie sambil membahan kamal..hahaha.. Tapi tabah jugak si kamal ni, tak demam tak apa,hadapp ajela… Meiyo kasi empat bintang!

  6. Aku suka masuk muzium. Best dapat tengok barang2 lama. Siap imagine macam mana la keadaan dulu2. Tambah bila tgk barang2 mcm keris dan seangkatan dengannya. Feel tu tak dapat nak luahkan. Seakan2 berada pda zaman dulu. Part patung tu tak best. Tak menarik. Pegi muzium dulu masa sekolah rendah. Lepas tu 2 tahun lepas teringin sgt2 nak pegi muzium, tapi barang2 dlm muzium tak mcm dulu2 , dah hambar. Excited nak masuk tapi frust bila keluar.

  7. Kita dah lama tak pergi muzium. Cerita tu penjaga muzium tu yg cerita sendiri. Paling seram masuk bahagian replika patung perempuan tua duduk kat pondok sambil pegang teko… Terasa macam nak joint sekali..???

  8. tempat kalau ada patung memang seram derrrr…teringat masa buat research rumah lama sensorang dulu..pegi rumah lama y dijadikan pameran.dalam tu ada patung…pagi sampai petang duduk situ.patung tu macam usha ja aku buat research situ.haha..patung akak sedang dodoi anak dalam buaian. dengan nenek tua kat dapur. hahaha..seram ooiii.

  9. korang2 yang selalu komen berjela menggeletis tak tentu pasal aku anggap korang ni spesis kera. yang buang sampah plastik ke dalam tong sampah untuk bahan kertas, atau berak tak reti flush dan batang signal korang pikir tu chopstik. takyah sembang laa kat sni untuk komen hiburan kat fb tu dah komen padu blabla alasan je. aku tak rasa fs letak ruangan komen kat sni untuk korang mengarut tak tentu pasal. nak cakap nanti, ala sukati aku la blabla. kemon la dah besar panjang kut alasan memanjang je. kalau dah desperate nak mengarut sekadar hiburan gak sila open group whatsapp “persatuan orang kesunyian malaysia ”
    lepas ni kalau masih gak mungkin korang tak baca komen ni atau memang korang spesis kera, yelah kera kan tak paham bahasa manusia? kbai

    1. Hahahahahaha
      Toporanjat aku baca komen kau.. Panjang nau.. Haha ingatkan announcement apa da tadi..

      Aku buat group nnt aku nak invite kau..

      Wat lek wat pis yo la.. Kbai

    2. ko kenapa beb? dengki ke? bagi aku lah. aku ckp pasal AKU lah. ko tak suka ko tak payah baca komen. Ni mesti kes busuk hati ni.

    3. Dorang nak komen pon dh kira untung. Kalau tak nak di komen, Jangan POST CERITA! Nama pon section comments! btw, tengok la cerita tahun lepas , komen 1 2 je. Ok what ramai komen , maksudnya ada yg baca. Bukan yg komen maki HAMUM MACAM KAU! Orang yang makin hamun mcm kau ni, lagi teruk dari KERA OR TAK FLUSH TANDAS! MERATA!
      #behave

      1. hahahahahah… nak komen pn kena kecam dh skarang ni. dunia kecam2 ke skrg. hahaha..
        komen jer pun..tu pun nk hanginn.
        kemon la ko pun dah besar panjang kut… ko pun tak payah nk jd KERA sangatt.. hhahaha
        #peningarrrr (baca ala2 gaya shuib sepahtu)

  10. Cik nana kalau boleh ceritakan pengalaman abah cik nana lagi, dah lama tak tulis pasal tu lagi, jangan berhenti menulis. Saya memang selalu follow fb cik nana…???

  11. Korang2 yang komen2 mengarut, melalut ke laut ni nampak nau la kesepian, xde koje or maybe pengangur, or maybe desperate nak cari jodoh, or attention seeker, or xlaku or xde life or baru nk up or….sendiri pikir la..Sila maklumla, sini readers ramai, bukan 3,4, 5, 6 ,7 ketul cam korang tu yg menggangu readers lain bace komen story ni. ade readers yg terus skip ke komen sbb xnk buang mase bace story yg mengarut. so komen yg membina membantu readers yg lain membaca. Segala ketidakamanan ni berlaku apabile ade golongan2 korang2 yang komen2 mengarut, melalut ke laut nampak nau la kesepian, xde koje or maybe pengangur, or maybe desperate nak cari jodoh, or attention seeker, or xlaku or xde life or baru nk up or….sendiri pikir la..Sila maklumla, sini readers ramai, bukan 3,4, 5, 6 ,7 ketul cam korang tu yg menggangu readers lain bace komen story ni. Sila hadam. Xpyah tunggu kena kecam la kera. Sila hormat silent readers yg lain. Ko cikbambam, kalo nk sgt si singkong keju tu mtk la no fon, jgn memalukn kaum hawa tergedik2 di sini. Lame aku perhati, kecik beso kecik beso je.

    1. Lagi lagi lagi.. Bagi la panjang lagi.. Haha
      Bole buat material ni.. Tp kena post kat page krt la.. Insyaallah nnt aku baca pla kalau kau sub.
      Ayat repeat pun aku baca tau ..haha
      Panjangkan sikit x pe.. Cikbambam tu x nak pun kat aku cik oii.. Dia wat lek wat pis yo.. Yg nak marah sangat apsal? Notification kau nonstop beeping ke?..

      **sorry tnya.. Kau laki ke prmpuan?
      **emo nau.
      Mention2 nama lak.. Hahaha
      Doa2 kan je la.. Aku ngan cikbambam ..ada jodoh nnt aku bgitau kau..

      **nak pui tp x yah la..

      **background music (Cakap senang nenek kau pun buat lebih baik. Pantang lihat orang senang pasti merungut)

      1. ???? ini aku sokong.
        Aku silent reader juga tp tak la emosi mcm tu. Best ape baca komen diorang. Takde la kelaut, melaut pun.

    2. “lama aku perhati, kecik beso kecik beso je”
      X pernah nampak hang drop komen..jadi aku rasa hang nie bukan silent reader sperti yg lain..tp silent stalker..?

      “Ade readers yg terus skip ke komen sbb xnk buang mase baca story yg mngarut”..
      Huh..x pernah pula aku jumpa story yg mngarut..lagi pun apasal pula skip ke komen klau cite tu mngarut..baik baca cite lain..?

    3. Sedih pula baca bila tuan hamba mengkorokn org..jgn begitu xbaik…kalau kami2 yg disini terasa hati acaner tu..tpaksa tuan hamba mintak maap pd kami2 disini..itupn klau nk mntk maap la..kalau ada gurauan kami2 disini yang menyakitkn hati tuan hamba harap dimaapkn..kami hanya manusia biasa…jgn sombong sgt yo…….???
      #apopnxblh
      #pedihhatinidikorokn
      #gurauyopn

  12. Kalau akak mmg xbrani jejak muzium..kg akak kt tmpt jww birch mati dibu nuh tu..haaa teka laa kt mn.mmg ada muzium.arwah atok sepupu dulu jaga stu.mlm2 siap diorg bergempur kat atas tu bunyi besi pedang berlaga.mmg dia xbrani naik.lantak korang la nk berperang…byk g ksh2.jumpa tapak kaki bdarah la..tapi sebelah je..tandas muzium berlumpur2..setiap pg makcik akak cuci.pelik mn datang lumpur tu..mcm2 lgla cerita..tp akak lupe da..
    So…muzium ni yg lemah semangat toksah ler gi…

    Bukan xnk jd pncinta sejarah.tapi takut semangat xkuat

  13. Semua muzium serammm?
    Dgn suhu dlm muzium lagi sejok. Lampu malap2. Di tambah lagi dgn barang antik purba yg pelik2. Seram.

    **kalau xsuka dgn comment diorg ni, xpyh baca sampai part comment. Make it simple sudah.

  14. Muzium mana ni ya..3 tingkat lak tu..muzium negara tahun 90an dulu brg pameran masih byk lagi dan open..skrg brg pameran dah kurang dan kebanyakan dlm bekas kaca..mmg dah lama dgr kisah jaga di muzium dgr mcm2 bunyi waktu mlm..biasalah patung ni setan iblis jin akan menghuni..patung ni perumah utk mrk..patutnya waktu malam pihak muzium pasang je surah rukyah sampai subuh dlm muzium tu..kesian lak jaga nak kena hadap hantu hari2..

  15. gaya macam muzium negara. yg dekat tempat keranda tu memang mcm seram2 lain macam. keris2 lama tak mustahil ade kadamnya. kalau ada rasa pelik jangan tegur takut ada yang mengikut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.