Nenek Aku Jahat

Assalamualaikum Semua Pembaca Fiksyen Shasha ๐Ÿคฃ Hahahahahahaha . Aku dah banyak baca pengalaman orang orang yang share cerita diorang dekat sini, tiba tiba aku pun nak cerita jugak. Sorry kalau aku cerita kadang-kadang berbelit sana sini sikit ๐Ÿ™„. Okay kita mula. Masa tu aku umur 12 tahun. Aku selalu ulang alik balik kampung mak akuย dekat negeri Kelantan. Masa tu kecik lagi aku taktahu apa-apa. Aku ikutkan je lah. Aku berulang alik kelantan sampai aku form 2. Takde lah sampai setiap minggu balik ๐Ÿ˜‘ย .

Dalam sebulan dua bulan macam tu lah. Huk aloh mung ni ๐Ÿคฃ. Tapi masa aku balik Kelantan, macam-macam jadi dekat keluarga aku. Semuanya angkara harta. Aku ada dua atuk dan dua nenek. Kiranya macam atuk betul dengan tiri lah. Ha macam tu. Ceritanya sekarang pasal atuk kandung dengan nenek tiri aku. Diorang kawin dekat Thailand. And bila diorang balik sini, diorang tak daftar secara sah. So kiranya bila atuk aku meninggal, dia akan dapat harta sikit je. Hahaha padan muka.

Nenek tiri aku ni boleh di ategorikan jahat lah bagi aku. Sebab dia memang jahat. Sanggup buat macam-macam dekat keluarga aku. Sebab nak duit. Arwah atuk aku ni kaya. Masa dia ada, dia buatkan rumah untuk mama aku dekat Kelantan. Besar wey, memang selesa lah. Tapi masa rumah tu tengah buat, nenek aku ada masukkan something ( aku taktahu apa dia masukkan ) dalam simen tu. Kiranya benda tu nanti ada dalam simen tu. Lebih kurang macam tu lah .

Masa rumah tu dah siap, adik mak aku duduk situ. Sebab yelah, aku kan duduk Seremban. Takkan nak pindah sana sini. Benda berapa tahun je kan. Hahaha kecoh lah. Masa cuti barulah aku akan duduk situ. Masa aku duduk situ, macam-macam benda pelik jadi. Bila bukak peti ais, tiba-tiba ada banyakkkkkk semut ๐Ÿ˜ฅ. Macam mana semut boleh ada dalam peti ais dengan jumlah semut yang banyak. Kau tahu tak banyak tu apa ๐Ÿ˜ฑ. Okay takpe, fikir positif lagi. Lepast u masa tu tengah malam. Aku tengah main puzzle dengan nenek aku ( nenek aku hispter sikit ). Tiba-tiba dekat tingkap, aku nampak orang tengah berdiri tapi dia potong leher dia pakai satu benda. Lepas tu kepala dia jatuh ๐Ÿ˜ญ.

Gila aku tak menangis, hilang suara bhai nangis. Lepas tu setiap kali arwah atuk bagi aku duit banyak2, mesti malam-malam ada benda terbang terbang dekat atas syiling ๐Ÿ˜ญ. Apa dosa aku woii. Benda ni berulang kali berlaku sampai aku dah serik ๐Ÿ˜ž. Aku ada pergi berubat dengan mama papa aku. Tapi tu lah semuanya temberang. Otak dia lah. Nak cari yang betul2 fuh susah beb ๐Ÿ˜. Sampai aku jumpa sorang ustaz dekat Sungai Pelek. Kiteorang semua berubat dekat situ. Ustaz tu cakap, nenek aku nak salah seorang daripada keluarga kiteorang mati, barulah dia rasa puas. Tapi atuk aku pergi dulu ๐Ÿ˜”. Hmm, tapi itu semua Allah yang tentukan. Kan ?

Bila arwah atuk aku dah takde, semua buat keputusan untuk tak duduk dekat rumah tu. Biarkan je rumah tu ataupun bagi diorang duduk. Harta atuk aku semuanya memang untuk kiteorang. Dia dapat ciput jeย sebab dia tak layak. Hahahahaha. Nenek tiri aku ni tahap tamak dia, fuh, tak boleh bawak bincang. Pernah masa kiteorang sekeluarga nak balik kampung, tiba-tiba papa aku kena stroke. Kau tak pelik ke. Nasib baik baru jalan sikit dari tol terus kena. Buatnya masa bawak kereta laju-laju, aku rasa aku tak wujud dah kot. Alhamdulillah panjang lagi umur den ha.

Aku pernah jumpa nenek aku sekali dua je. Sebab semenjak atuk aku kawin dengan dia, tak pernah balik rumah atuk aku. Sebab ada orang tua gila dengan anak-anak dia. Atuk aku je selalu datang rumah situ. Mungkin atuk aku pun tahu kot. Tapi before atuk aku meninggal, atuk aku jadi lain. Dia macam orang bodoh. Macam lembu dicucuk hidungnya ๐Ÿ˜ž. Aku kesian dekat atuk aku ๐Ÿ˜ญย . Tiba-tiba rindu pulak masa cerita ni. Haih. Hmm, ha atuk aku macam kene cucuk hidung. Dia bercakap pun kurang. Macam sepatah-sepatah je. Nampak sangat perubahan.

Aku ni takde lah kuat semangat. Sebab tu apa-apa, aku je yang kena. Sampaikan aku pernah nampak ada benda bertenggek atas tiang elektrik. Apa benda lah hantu tu sampai duduk atas tu. Mau kena renjatan elektrik, aku gelak je ๐Ÿ˜‚. Kadang-kadang aku nampak dia duduk dekat pokok mangga. Oh aku lupa, kawasan rumah kiteorang niย banyak pokok. Memang luas. Ceritanya boleh bercucuk tanam lah. Memang luas. Main bola pun takde hal. Belakang rumah kiteorang ada laluan keretapi. Rumah aku ni Kelantan dekat Tanah Merah. Orang Kelantan je tahu kat mana. Hello sikit orang Kelantan.

Cerita aku ni takde lah seram mana. Tapi aku yang lalui semuanya aku yang rasa. Korang baca takyah seram sangat lah. Kang dia ikut korang padan muka. Tapi Alhamdulillah semuanya dah elok. Mungkin sebab dah takde apa-apa talian perhubungan kan. Sebab atuk aku dah takde, rumah tu pun dah takde apa-apa kene mengene dengan kiteorang. Terima kasih yo sudi baco cerito den. Bahahahaha, cerita aku ni macam sempoi-sempoi je kan. Tak payah lah marah ๐Ÿ˜”. Aku bosan duduk rumah. Bye semua. Muahhhhhhhhhhhh sikit. Nanti aku cerita lagi. Tapi dalam Negeri Sembilan pulak okies. Assalamualaikum.

19 comments

  1. Sorry tetbe akk bluurrr sket…
    Atok+nenek+rumah ko yg banyak,akk yg kompius kena ulang bace nk tau ko tgh mksdkan yg mane satu…
    Pastu yg kes tanam benda dlm dinding tu xkan xde detail bbrpa kejadian yg blh dikaitkan…
    Pastu bior je ke xde bwk ustaz memane bersihkan umh???
    Sorry dik…
    Kekompiusan membunuh perasaan serem hakak…

      1. Akk ingt akk je yg penuh tanda tanye, ghupenyer ade gak manusia yg dlm tanda tanye die tu menimbulkan berlapis2 lg tanda tanye…
        Kuih lopis btollah…

    1. betul tu kak… sy pun konfius…yg dia kata main puzzle dgn nenek hipster tu sapa plak?? nenek jahat tu ke?? yg tertanam tu tak dibuang ke?? ish… xpaham…

      1. Haaa…
        Part nenek hipster tu pn akk kena berpikir gak…
        Kate nenek jahat tapi hipster leh main puzzle sesame…
        Pastu pikir plak td kt ats die ade mention ke nenek kandung stay ngan die…
        Tup2 xde plak…
        Kaannnn…
        Psl benda kena tnm tu xkan xde benda mistik yg jd…
        Klu xde kesan, cmne tau psl benda tertanam tu…
        Klu xde kesan buruk, maybe nenek jahat tu sbnrnye tanam perasaan dengki je kot…

    2. Keme ingat, keme sorang je yang blur. Ghopernye Kak Yulie pon blur gak.
      Kejap atok, kejap masuk citer lain, pastu petik lak citer sinun.
      Dek non, kalo nak citer, olah ler citer tu kasik ikut flow.
      Baru ler keme ni paham apa jadah citer yg mengkeme nak nyampeykan.
      Ajer tumpo ler budok ni..

      1. Hakak kompius skrg dh ni…
        Ni citer serem ke atau SOALAN UJIAN BAHASA SANSKRIT…????
        Akk cube seramkan diri tp kekerutan di dahi mengatasi…
        Harap penulis jgn surender atau merajuk tau…
        Keep sharing…!!!

  2. ntah, kau banyak melalut……aku faham kau nak cerita nenek tiri kau tu jahat, ada buat benda tak baik sebabkan gangguan2 yg kau hadapi tu…tapi cara ko tulis tu berbelit, dah ada tanda noktah pun kau sambung lagi..kau boleh dah kot daftar untuk repeat SPM bahasa melayu

  3. Cite die ni mcm lbh kpd nak bgtau pmbace yg die dr fmly kaye je..haha. Stakat cmtu..baik xyah share..xseram pn..nyampah je sb bbelit2 n syok sdri

  4. Haha.. dia excited sgt ni nk share kisah dia smpaikn dia bnyak skip part2 isi penting tu… y penting dia da bgtau atuk dia kaya, nenek tiri dia tanam benda dlm simen, tup2 rmh y ada benda dlm simen tu xtaw apa status…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *