Nenek dan Bunga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua readers. Aku Damia. Sebelum ni aku ada cerita pasal “Kawan Dalam Almari“.

Seram sejuk dibuatnya bila aku baru je tekan butang ‘submit’ cerita “Kawan Dalam Almari” tu dekat FS, aku dengar macam ada benda jatuh dengan kuat dalam bilik stor tu. Tapi sebab aku memang dah terbiasa bunyi-bunyi pelik dalam rumah ni, aku try buat relax je.

Rupanya tak cukup dengan tu, malam tu aku cari-cari anak aku tak jumpa. Tiba-tiba aku terdengar anak aku gelak terkekek-kekek dalam bilik aku. Bukan main suka lagi.

“Aqif…” aku panggil. Tapi aku tak nampak pun anak aku dalam bilik.
“Ya, ibu?” Eh, ada suara. Tapi mana budak gendot ni?

Tiba-tiba terpandang bawah, ada kaki gemuk-gemuk dekat bawah katil. Lah, main bawah katil rupanya. Muat pulak tu?

“Eh Aqif, kenapa baring dekat situ?”
Aqif yang tengah senyum, menoleh ke arah aku, “dia ni yang ajak Aqif, ibu…”

Gila tak meremang? Aku suruh anak aku keluar dari bawah katil, dan aku pasang ayat-ayat suci al-Quran.

Alhamdulillah, lepas tu aku tak nampak lagi anak aku main macam tu. Sebenarnya aku nak cerita pasal kejadian lain. Tapi disebabkan hari tu lepas aku submit je terus rancak dia kacau, alang-alang tu aku cerita sajalah, kan? OK, habis cerita yang tu. Aku nak share sikit kejadian pertama yang paling aku pelik terjadi dekat rumah aku ni.

Aku pernah buat majlis doa selamat masa aku baru duduk rumah ni. Tetamu yang datang kira-kira 100 orang. Time tu la aku baru nak berkenalan dengan jiran-jiran terdekat.

Masa jiran-jiran tengah makan, aku perasan ada sorang nenek ni duduk dekat celah-celah jiran lain. Aku tak nampak muka dia sebab dia terlampau menunduk sangat. Selendang yang dia pakai pun terlalu ke depan, hampir tutup dahi dia. Sambil-sambil berborak dengan jiran, sesekali aku tengok nenek tu. Tapi dia tetap tunduk. Aku saja nak kenal muka dia. Yalah, jiran kan?

Sibuk layan tetamu, sampai terlupa pasal nenek tadi. Aku pegi luar rumah untuk bungkuskan plastik sampah yang dah penuh untuk dibuang. Tiba-tiba nenek tu datang…

“Acik balik dulu ya,” kata dia sambil hulurkan tangan.
“Ya, OK cik. Terima kasih datang ya!” Aku terus sambut tangan dia dan cium tangan dia, tanda hormat dia sebagai orang tua. Tangan dia sejuk macam ais!

Memori aku tentang nenek tu terhenti sampai situ je. Serious aku tak boleh ingat langsung muka nenek tu. Yang peliknya, suami aku datang tegur aku. Katanya aku tunduk cium pokok bunga kertas yang ada dekat luar rumah aku tu. Padahal aku rasa tadi aku tengah tunduk salam cium tangan nenek tu. Aku jadi blur yang sangat-sangat blur. Lagi blur daripada masa jawab paper addmath masa SPM dulu.

Suami aku suruh aku masuk rumah dan rehat sebab badan aku tiba-tiba panas. Tapi nak tak nak, kena tunggu sampai tetamu semua balik. Bila semua tetamu dah balik, baru aku perasan ada bunga kertas dekat tempat nenek tu duduk tadi. Takkanlah bunga kertas tu terbang-terbang termasuk sendiri dalam rumah?

Malam tu aku tidur dalam kesejukan yang amat. Demam panas. Entah kenapa aku terjaga, terus aku bangun, selak langsir dan tengok luar. Aku nampak nenek tu betul-betul sebelah pokok bunga kertas dekat luar rumah aku ni. Berdiri tegak menghadap ke arah aku sambil tangan dia macam tadah tangan. Dekat tangan dia ada banyak bunga kertas. Tapi muka dia tetap aku tak nampak, sebab lampu pun malap je dekat luar. Cuma nampak rambut-rambut uban dia yang terkeluar dari selendang dia.
Dengan slow motion dia makin dekat dan makin dekat menuju ke tingkap tempat aku berdiri.

Terus aku lompat naik atas katil, selubung. Keras kejung aku sebab rasa macam nenek tu tengah perhatikan aku je. Punya la takut nak bergerak masa tu. Aku zikir dan baca surah-surah pendek sampai aku tertidur. Itulah kejadian yang seram bagi aku dan kejadian pelik pertama jadi dalam rumah ni…

Aduh, nak tekan butang ‘Submit’ ni..
Sekian….

#Damia
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

17 comments

    1. Hi Delu.. sorry.. cerita ni bukan Maira yg tulis. Admin buat kesilapan berulang dengan guna nama Maira untuk cerita orang lain.

  1. hai maira cucu nenek…. yg pastinya nenek tu buka nenek ye…hahaha..faham dak ayat nenek..kikhihkih…
    p/s : jaga2 ada yg memerhati..

    1. Hai nenek kebayan. Lama tak nampak. Tapi sorry. Ni bukan cerita Maira. Admin suka-suka hati guna nama Maira without my permission.

          1. kenapa korg berpindah..ala nek da lama tak mengikuti perkembangan kat sini..mana pegi juri, fazz, tgk nama korg pon nek da lupe…tu sape lagi sorg yg dok sebok d;u terkejor2 nak ranking atas tu? lupe da nek;…meh nek add cpt

  2. Dulu pernah ada pengalaman ni jugak tapi lelaki tua disebelah pokok pisang sambil pandang rumah. Alhamdulilah, sekarang dah takde

  3. Saya bukan org baru di FS nenek..lama dah follow FS ni..cuma baru nama saya terpampang di top list slps top komen yg lain tiada lagi kelihatan di ruang komen..cita disini saya jadikan panduan..tq pada pengirim cita di FS ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.