Nenekku Sayang

Assalam dan salam sejahtera semua.

Aku nak kongsi sebuah cerita pd pembaca fiksyen shasha sekalian. Ini adalah seperti yg diceritakan oleh kawan aku tentang pengalaman yg dia alami sendiri. So pada yg tengah kerja ke study ke, apa kata relaks kejap and baca kisah ni ya. Hehe.

Kisah seorang gadis bernama Saleha atau lebih ramah disapa Sal. Sal ialah anak ke 3 dari 4 orang adik beradik lelaki yg lain. Yang sulong nama Kamal, nombor 2 Farid dan yg bongsu nama Haris. Sal dan adik beradiknya dibesarkan oleh nenek mereka yang tinggal bersama sbb ayah dan ibu mereka sibuk bekerja. Jadi cucu perempuan tunggal ni syok beb. Semua yang Sal nak, dia dapat. Nenek dia sangat sayangkan Sal. Pada Sal, perhatian drpd nenek dia disebabkan dia sorang je perempuan dlm adik beradik dia. So nenek dia nak prevent dari dia dibuli oleh abang-abang dan adik dia yang gemar mengusik Sal ni. Tp takde la tahap teruk sangat.

Tahap pilih kasih yg paling abang-abang dia terasa bila Sal sorang je dapat handphone. Ketika itu Sal baru berumur 14 tahun. Masa tu zaman nokia 3310. Kira siapa yg ada tu kira kaya la.
“Senang kalau Sal nk maklumkan apa-apa. Dia kan perempuan,” itu yang nenek diorg cakap kalau adik beradik Sal tak puas hati sbb Sal terlalu dimanjakan. Bingitlah abang-abang dia yang lain.

Mereka ni tinggal di sebuah kampung. Tp dek peredaran masa, banyak perubahan yg berlaku di sekitar kampung. Antaranya, Jalan raya dari 2 lane dibesarkan kpd 4 lane. Rumah mereka turut mendapat kesannya. Kalau dulu ada banyak ruang untuk mereka lakukan aktiviti riadah pd waktu petang, kini tidak lagi.

Di depan rumah mereka ada sebatang pokok pelam. Nenek melarang untuk pihak berkuasa menebang pokok itu. Sudah berkali-kali ayah meminta izin nenek untuk menebang pokok pelam itu namun nenek tetap bertegas.
“Pokok tu istimewa! Jangan berani nak tebang pokok tu. Dia istimewa!” Jawapan itu kerap kali diulang nenek bila persoalan mengapa pokok pelam itu tidak boleh ditebang dibangkitkan. Ayah naik buntu. Dia meminta pihak berkuasa supaya meneruskan pelebaran jalan tapi jangan sehingga pokok pelam itu ditebang. Pihak berkuasa tidak ada pilihan lain. Mereka perlu melencongkan sedikit pelebaran jalan tanpa mengganggu kawasan rumah mereka.

Hari itu, usai pulang dari sekolah, Sal duduk di beranda rumah memerhati pekerja-pekerja sedang sibuk melebarkan jalan. Neneknya datang mendekati sambil membawakan air nescafe panas kegemaran Sal.
“Nek, Sal nak tanyalah. Sebenarnya, apa yang istimewanya pokok pelam tu nek?” Neneknya hanya tersenyum mendengar pertanyaan cucu kesayangannya itu.

“Nanti bila sampai masanya, Sal tahulah. Nenek buat semua ni untuk Sal jugak. Nenek tak akan buat apa-apa yang menyusahkan Sal,” kata nenek seraya mengusap tangan Sal.

“Nenek masuk dulu. Nak sediakan makan malam. Sekejap lagi ayah kamu balik,” nenek terus berlalu ke dalam rumah membiarkan Sal termangu mendengar jawapan neneknya. ‘Apa maksud nenek..’ getus hatinya.

Suatu hari Kamal,pulang awal dari sekolah kerana latihan bola dibatalkan. Selepas memberi salam Kamal terus masuk ke dalam biliknya. Cuaca yang membahang petang tu membuatkan dia mahu segera mandi untuk menyegarkan badan. Untuk pergi ke bilik air di perlu lalu di hadapan bilik neneknya. Dia lihat pintu bilik neneknya terbuka sedikit. Ikut hatinya mahu menegur neneknya,namun niatnya terhenti apabila terdengar seperti neneknya berbual dgn seseorang di dalam bilik.

Kamal kehairanan. ‘Nenek berbual dgn siapa pulak tu? Adik-adik tak balik lagi. Ayah dgn ibu pun keluar waktu yang sama pergi kerja pagi tadi.. ‘ getus hatinya. Kamal cuba menangkap butir-butir perbualan mereka.

“Kau jangan risau. Bila aku tak ada nanti kau akan ada penggantiku. Yang akan..” tiba-tiba suara neneknya terhenti. Hati Kamal berdegup kencang tiba-tiba. ‘Apa maksud nenek? Pengganti?’ Pelbagai persoalan bermain-main difikirannya. Telinganya semakin ditekap ke pintu bilik neneknya untuk cuba mendengar lagi.

Pakkk!

“Kamal. Awal balik hari ni. Tak jadi latihan bola?” Neneknya membuka pintu seraya menegur Kamal dengan senyuman di bibir. Kamal yang terkejut terundur kebelakang sehingga hampir tersadung apabila neneknya tiba-tiba membuka pintu dan menyapanya. Dadanya berombak menahan terkejut.

“N.. nek. A.. aah Kam.. Kamal tak jadi latihan bo..bola” neneknya hanya tersenyum melihat Kamal yg sudah bermanik peluh.

“Sudah pergi mandi kemudian makan. Nenek masak ayam kari dgn sayur campur. Kamal makan ya cu. Nenek ada kerja dekat belakang rumah kejap,” Kamal hanya memandang neneknya dengan pandangan yg kosong.

“Nenek bercakap dengan siapa tadi?” Kamal mengumpul kekuatan dan bertanya.

“Tak ada siapa. Lupakan apa yg Kamal fikirkan. Buat apa yg nenek suruh,” neneknya terus berlalu pergi meninggalkan Kamal yang masih tertanya-tanya.

Dengan kehendak-Nya, nenek jatuh sakit. Ianya bermula selepas nenek jatuh ketika sedang menyapu halaman rumah. Nenek dikejarkan ke hospital dan ditahan untuk rawatan lanjut. Sal dengan rela hati ingin menemani neneknya di hospital.

Setelah semua ahli keluarganya pulang, tinggallah Sal dan nenek sahaja di dalam bilik itu. Atas permintaan ayah, nenek ditempatkan di ward kelas 1 hospital besar di sebuah negeri.

Seorang nurse masuk membawa makan malam dan memberi ubat kepada nenek.

“Puan, ini makan malamnya. Kalau dpt cuba habiskan ya puan. Selang 10 minit selepas makan, puan makan ubat ni. Adik tgkkan nenek ya,” pesan nurse bertugas sebelum melangkah keluar.

Sal menemani nenek sambil makan makanan yg dibeli oleh ibunya di cafe hospital sambil girang berkongsi cerita. Usai menjamu selera, Sal meminta izin untuk melakukan kerja sekolah di meja dan sofa yang ada di dalam bilik itu.

Tanpa sedar jam sudak menunjukkan tepat pukul 11.45 malam. Sal memandang nenek sekilas yang sudah lena diulit mimpi. Kelopak matanya semakin memberat. semua buku latihan ditutup dan dikemas masuk ke dalam beg sekolahnya.

‘Nasib baik bilik air dalam bilik je. Mampos kalau dekat luar. Dah la gelap’ getus hatinya. Sal berlalu ke bilik air. Suis di petik. Pintu bilik air dibiarkan terbuka. Dia memandang pantulan wajahnya di cermin lalu mengeluh melihat wajahnya yang kusam kerana kepenatan.

Tiba-tiba sekilas terasa seperti ada sesuatu yg laju melintas di belakangnya. Sal tergamam. “Nenek ke?” Perlahan-lahan di menoleh. Namun ternyata tiada apa-apa selain dalam samar terlihat neneknya masih lena diulit mimpi.

‘Hmm penat sangat la ni. Astaghfirullahalazim..’ berkali-kali Sal melafazkan istighfar di dalam hati. Meredakan debar yang terasa. Sal segera memberus gigi dan membasuh muka. Entah bagaimana, tiba-tiba dalam samar pantulan cahaya lampu bilik air, Sal terlihat satu susuk makhluk berambut panjang sedang memerhatikannya dari luar bilik air.

Dadanya berombak kencang. Terlihat makhluk itu seperti mahu menghampirinya. Sal benar-benar ketakutan. Suaranya seperti tersekat tidak terluah. Sal menutup mata lalu mencangkung. Badannya sudah menggigil. “Jaa.. jangan.. jangan kacau a..aku.. jangann..”

Tiba-tiba terasa tangan sejuk menggenggam tangan Sal. Hampir sahaja Sal mahu menjerit, “Sal” Sal membuka matanya setelah mendengar suara neneknya. “Nek! tolong sal! Sal takut,” neneknya memimpin Sal keluar dari bilik air dan duduk di atas sofa tempat Sal melakukan kerja sekolah tadi. Neneknya membuka lampu bilik sehingga keadaan bilik jadi terang benderang. Dia menghampiri Sal yang masih menggigil ketakutan.

“Sal nampak apa tadi?” Neneknya bertanya?”

“Sal nampak ada perempuan rambut panjang tadi nek. Dia pandang Sal.. sal takut..” neneknya memeluk Sal cuba menenangkannya.

“Dia nak kenal Sal je tu..” sayup jawapan nenek menyinggah ke telinga Sal.

“Apa nek?” Nenek hanya menggeleng.

“Tak ada apa. Perasaan Sal je tu. Tidurlah Sal. Tadi nenek ingat nak ke bilik air. Sebab tu nenek terjaga. Jangan fikir-fikir sangat ya cu..” Sal akhirnya tertidur dek keletihan.

Dlm enak melayari mimpi, tiba-tiba sayup Sal terdengar seperti orang mengerang. Matanya berkedip-kedip melawan antara enak dibuai mimpi dengan realiti suara yang semakin kuat kedengaran.

“arghhhhh.. arghhhhhhh….”

Mata yang layu terus sengar apabila melihat neneknya seperti cuba melawan sesuatu ketika terbaring. Besi kiri dan kanan katil neneknya dipegang sambil matanya galak memandang atas.

“Argggghhhh..”

“Nek! Nek kenapa ni nek? Ya Allah..” mata nenek meliar sambil dadanya tercungap-cungap. Sal segera menekan butang kecemasan untuk memanggil nurse bertugas.

2 orang nurse masuk dan cuba menenangkan nenek. Nenek cuba melawan dan meronta. Sal turut membantu dengan membisikkan kalimah syahadah. Hatinya diselubungi ketakutan dan kesedihan. Namun entah bagaimana tenaga nenek cukup berbeza. 2 orang nurse itu terpaksa memanggil doctor on call pd mlm itu dan dua orang nurse untuk membantu. Wayar di tangannya cuba nenek cabut.

“La ilaha illallah..” Sal terus membisikkan kalimah syahadah di telinga nenek.

“Tepi, lepaskan aku! Aku ada perhitungan dgn tuan aku! Jangan kamu ganggu aku!” Suara nenek bertukar garau dan kasar. Nurse cuba memberi menyuntik ubat penenang beberapa kali namun berjaya ditepis oleh kekuatuan luar biasa nenek. Sal menangis tidak henti. Sekilas dia melihat jam di dinding. 3.40 pagi. Namun akhirnya percubaan itu berjaya.

Nenek mula tenang. Peluh di dahi nenek menitis sambil matanya terkebil-kebil menahan lelah. Sal termangu. Tidak tahu apa dan di mana dia harus berada. Ketakutan semakin menyelubungi dirinya.

Nurse bertugas menasihati Sal supaya tunggu di luar sahaja sementara membiarkan nenek stabil. Sal tidak membantah dan berlalu membiarkan nenek sendirian.

Dek kerana keletihan akhirnya dia tertidur di ruang menunggu. Dia bermimpi dia berada di sebuah taman yang cantik. Penuh dengan bunga berwarna-warni. Di sampingnya ialah nenek.

“Sal, sal adalah cucu kesayangan nenek. Sebab itu nenek akan beri Sal hadiah ini,” Sal melihat sebuah kotak berukir kayu di tangan nenek.

“Untuk Sal nek?” Nenek mengangguk dan tersenyum. Sal mengambil kotak itu lalu dibuka. Di dalamnya ada sebuah kain kuning. Di sebalik kain kuning itu ada sebuah keris berukuran kira-kira 8 inci. Dahinya berkerut.

“Untuk apa ni nek?”

“Keris ni Sal perlu sentiasa jaga dan simpan. Kalau nenek dah tak ada nanti keris nilah yang akan ganti nenek untuk sentiasa jaga Sal. Tak susah jaga dia. Setiap khamis malam jumaat sal perlu ‘mandikan’ dia dgn kemenyan dlm bilik nenek. Dan yang paling penting ini rahsia kita sahaja tau..” sal mati akal. Tidak tahu adakah perlu untuk dia menerima pemberian neneknya.

“Tapi nek, Sal.. Sal takut.. kalau Sal taknak mcm mana?”

“Selama ni nenek jaga Sal, tatang sal bagai minyak yang penuh. Nenek tak harapkan apa-apa daripada Sal kecuali terima pemberian nenek ni..” nenek menggenggam tangan Sal sambil menatap mata sal penuh pengharapan.

Bahunya terasa berat. Jika kasih sayang neneknya menjadi ukuran, tentu tak terbalas.Dia sayang neneknya. Namun hatinya berat menerima pemberian neneknya. Namun entah bagaimana tangannya terus mencapai kotak dari tangan nenek. Neneknya tersenyum.

“Sekarang nenek boleh pergi dengan tenang..”

“Adik.. adik.. adik..” sal terasa badannya digoncang. Dia cuba membuka matanya. Digosok matanya sambil cuba mengingati apa yang berlaku sebelum dia tertidur.

“Adik.. adik ni cucu pada nenek di bilik 3 kan?” Sal mengangguk sambil memandang seorang nurse yang duduk di sebelahnya.

“Aah nurse. Nenek sy dah ok? Boleh saya masuk sekarang?” Nurse itu mengeluh kecil.

“Adik.. akak harap adik bawa bertenang ya.. nenek adik baru sahaja meninggal dunia beberapa minit lepas. Doctor dan nurse dah cuba buat sebaik mungkin tapi Allah lebih sayangkan dia adik..” sal terpaku. Cuba memproses apa yang di sampaikan oleh nurse itu. Air matanya laju mengalir. Mimpi yang dia alami tadi terasa benar. Dan seraya itu Sal teringat kotak pemberian neneknya tadi di dalam mimpi. Apakah ianya benar atau mainan tidur semata-mata?

TAMAT BAHAGIAN 1.
In shaa Allah jika cerita ini diluluskan oleh admin saya akan sambung. Terima kasih para pembaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

31 thoughts on “Nenekku Sayang”

    • Tu yg dirisaukan tu…
      Mimpi org yg kita syg bg hadiah, rasenye mesti x teragak2 nak terima…
      Tapi bile terima rupenye akad serah saka plaakkk, adeehhh paraaahhh…

      X aci ar kan…
      Patotnye klu serah saka tu jgnlah dlm bentuk hadiah, mane ade org takot ngan hadiah…
      Lengkali serah saka mestilah dlm bentuk saka, baru laju jer kepala tu geleng geleng kan…

      Reply
      • Kalo bole kan jgn laa d ambil bendalah nie, Kak Yulie
        Bkn mnyenangkan idup,
        Mnghuru harakan keadaan adalah…
        Mntk djauhkan…
        Nauzubillahiminzalik

        Reply
      • Nauzubillahuminzallik…
        Jauhkanlah Ya Allah…

        Akk ni bela pokok kaktus pon fail, inikan plak nk soh membela benda tak tentu pasal ni…
        Nayooo…

        Reply
          • Camtu akk nk paw pokok nenas dr ladang asben jelah…
            Tanam keliling umh, usahkan natang, kucing nk berak pn pikir lapan belas kali takot bontot koyak, hahahahha…

            Dik…
            Mak akk kate akk ni panas baran tahap maximum…
            Tangan jd panas…
            Sbb tu bela kaktus yg sonang pon boleh mati…
            Huwaaa…!!!

  1. Sebut pasal pokok kaktus, teringat pulak ada segelintir melayu yg sangkutkan kaki ayam or bangkai ikan puyu yg dh kering kat atas pintu depan umah dorang… Konon nk usir setan… Bukan apa, risau jatuh syirik plak nnt…
    Wallua’lam…

    Reply

Leave a Comment