Nuna (2) – Kawan Kakya

Salam 1 Malaysia warga FS. Aku nak sambung pasal Nuna.

Minggu lepas hari Jumaat Nuna demam. Pagi tu bawak pergi klinik check suhu semua boleh tahan panas badan budak tu. Tapi baru hari pertama so Doktor suruh makan ubat dulu nak tengok macam mana keadaan dia. Balik tu aku suruh Nuna tidur bawah dekat ruang tamu. Aku bawak turun tilam nipis dengan bantal anak gajah anak penyu dia semua lah nak bagi dia selesa. Mama kat dapur tengah masak sebab baba balik solat Jumaat nanti nak makan. Aku tengok Nuna dah lelap aku jenguk mama nak tolong apa patut. Tengah kacau sup ayam atas dapur tu aku tanya mama, slow je lah sebab tak nak Nuna bangun.

“Mama, rumah ni dulu tapak tanah kubur ke hehe?”. Saja aku tambah hehe kat belakang supaya mama tak syak apa apa dan tak nampak serius.

“Heshh mengarut apa kakya tanya gitu”

“Tanya je la hehe”, Aku diam jap sebab cari ayat nak tanya pasal Nuna.

“Mama, budak kecik kan memang dia boleh nampak ke benda halus?”

Mama tengok aku pastu berkerut je, tak jawab tapi tanya aku balik.

“Ha boleh kot mama tak pasti kenapa kakya? Nak tanya apa sebenarnya ni?”

“Oh takdelah saja tanya lama tak cerita cerita dengan mama”. Aku diam lagi sambil susun pinggan.

“Nuna kan ma dia kan cam pelik sikit…” Tak sempat aku habiskan ayat aku tu aku dengar Nuna menangis macam panggil panggil nama aku. Aku berlari pergi depan tengok dia baring mata pejam. Tuala kecik kat dahi dah kering nampak sangat badan dia panas. Aku ambik tuala tu rendam air kat tepi, pastu Nuna tanya aku. Mata dia pejam tau tak gerak pun.

“Kakya cakap pasal Nuna eh tadi?”

“Eh mana ada, perasan lah. Kakya masak sup lah dengan mama”. Aku dah tak sedap rasa weh macam mana dia tahu. Ruang tamu dengan dapur jauh kot selang 2 buah bilik dengan ruang keluarga, takkan lah dia dengar. Aku dah la cakap slow je tadi. Letak tuala atas dahi dia terus pergi dapur.

Malam tu mama baba semua tidur ruang tamu lah sebab nak teman Nuna. Aku kat ruang tamu atas. Aku baring meniarap online guna laptop, membelakangkan tangga. Lampu semua tutup kecuali lampu ruang tamu atas tu je. Aku tengok jam dah pukul 12.30 malam, sunyi sepi. Aku layan running man, pakai earphone sebab takut bising kan. Tengah gelak sakan tengok kwang soo tu aku dengar macam ada orang naik tangga. Rumah batu tapi tangga untuk naik tingkat atas tu kayu. So walaupun aku pakai earphone aku dengar derap kaki macam nak naik tingkat atas, dup dup dup. Aku pause kejap video, toleh belakang kat tangga kot kot mama ke naik nak berleter suruh tidur. Takde pulak.

Aku sambung lagi video aku. Bunyi lagi kat tangga tu, dup dup dup, aku toleh lagi. Masa tu ada terpikir jugak yang pelik pelik tapi tak sempat feeling sebab tengah layan running mana (peminat RM tahulah macam mana kan rasa dia). Kali ni aku nekad taknak peduli lah bunyi tu, aku nak habiskan episod ni pastu tidur. Tapi lain pulak jadi dia. Bunyi derap kaki tu makin laju, macam orang berlari naik atas pastu berhenti pastu turun balik pastu naik balik, tapi memang laju. Dup dup dup dup dup. Aku rasa macam bising, aku bukak earphone. Bunyi tu hilang.

Aku bangun duduk bersila, shut down laptop sebab dah rasa tak boleh teruskan. Tiba tiba aku dengar bunyi esakan halus, macam bunyi budak tengah menangis. Serius masa ni bulu roma dah naik weh. Aku bangun masuk bilik buka lampu. Ni memang perangai aku bila dah takut, aku tak boleh dah tengok ruang gelap. Pastu aku berdiri kat ruang tamu tu pandang tangga. Ruang tangga tu memang cerah. Aku jalan slow sebab ye lah weh dah takut takkan nak laju laju jenguk. Tangga rumah aku tak corner corner dah, dia straight je sampai bawah. Aku tarik nafas, jenguk. Nah sekali nampak Nuna tengah merangkak kat tangga bahagian tengah, mata tajam tenung aku lepastu dia macam merangkak cepat cepat nak naik atas!

Pertama kali dalam hidup aku jerit kat Nuna, “arghh bodohhh!” Memang kuat gila aku jerit. Takde dah astaghfirullah ke Allahuakbar ke, aku berlari masuk bilik tutup pintu pastu lompat atas katil. Aku duduk dekat kepala katil rapat kat bucu dinding, rasa tak boleh bernafas. Berpeluh tak payah cerita, lencun. Masa tu jugak tombol pintu macam kena pulas dari luar. Masa tu lah aku jerit panggil mama aku macam histeria. Lama aku jerit panggil mama tapi tak ada siapa pun datang. Tombol tu masih bergerak gerak, aku menangis menjerit takut gila sebab aku baru teringat aku tak kunci pintu! Itu last aku ingat sebelum aku pengsan. Ya pengsan sampai esok pagi, mama aku cerita.

Mama cakap dia kejut aku pukul 9 pagi tu tengok aku tidur depan almari baju. Aku tanya mama kenapa tak naik masa aku panggil dia malam tadi. Mama cakap,

“Mama ngan baba pergi unit emergency sebab Nuna panas sangat sampai meracau”

Okay.

“Pastu tinggal orang sorang?” Aku bahasakan diri orang bila aku nak marah ke merajuk ke so mama boleh detect la. Mama explain balik,

“Mama naik nak ajak kakya tengok kakya dah tidur depan laptop masa tu dah pukul 12. Mama kesian nak kejut lagipun balik lewat pukul 5pagi baru dapat result darah”.

Okay. Maksudnya aku sorang je dalam rumah malam tadi. Aku nak cerita dekat mama tapi aku penat lagi. Jadi aku biarkan je dulu. Aku berehat dalam bilik sampai lah petang mama ajak pergi hospital. Dia kata nak melawat Nuna dalam wad. Oh budak tu dalam wad rupanya. Aku ikut je sampai sana nampak baba yang temankan Nuna. Mama mintak tolong aku stay dengan Nuna malam tu sebab esoknya dia dengan mama ada kursus dan baru nak apply cuti jaga Nuna. Aku kan budak baik jadi memang aku stay la dengan Nuna walaupun aku takut. Maghrib tu aku balik kejap ambik baju pastu baba hantar kat hospital.

Masa jalan dari unit depan tu ke wad budak budak rasa macam aku sorang je kat hospital tu, sunyi sepi. Aku jalan cepat cepat sebab wad budak paling hujung dekat taman permainan. Sebelum sampai wad Nuna kena lalu wad bersalin dulu, sampai depan wad tu bulu roma aku naik rasa macam ada sesuatu follow aku dari belakang. Rasa, sebab tak ada bunyi kasut ke apa kan. Aku peluk kuat kuat beg baju aku, bukak langkah seribu tapi benda tu lagi cepat dari aku. Dia melayang sekilas dari tepi memang aku tak nampak tapi rasa angin tu kuat. Menggigil aku masuk wad Nuna.

Masuk wad Nuna hairan pulak aku tengok nurse ramai je dengan suara budak menjerit menangis, tadi aku jalan macamlah aku sorang je manusia dekat hospital ni. Aku pergi dekat katil Nuna, nampak dia tengah makan muffin sorang sorang. Kesian aku tengok dia. Aku dah cakap kan aku sayang dia, rasa nak nangis tengok wayar kat tangan dia. Bila nampak aku terus dia senyum lebar.

“Eh kakya datang dah yay yay”. Comel sangat dengan rambut lurus macam anak jepun dia tu. Aku senyum je cakap aku teman dia malam ni kat wad. Ruang katil Nuna tu ada lapan katil, empat kiri empat kanan, tengah tu ruang jalan lah, alah standard wad biasa tu. Untuk sampai ke ruang Nuna tu kena lalu 1 ruang yang mana ada lapan katil jugak dan 1 ruang lagi sebelum sampai bilik mandi dan pintu keluar hujung. Harap korang boleh bayangkan wad ni macam mana. So memang agak jauh lah kalau nak pergi tandas tu sebab Nuna kat tengah tengah. Katil no.9 sebelah kiri dan ruang tu kosong cuma ada Nuna. Kesian dia sorang, aku jenguk ruang pertama kot kot ada katil kosong, semua penuh dari katil 1 sampai 8. Tak apa lah boleh aku tidur kat katil kosong tu kan.

Pukul 10.30 nurse datang check, pastu aku tanya nurse pukul berapa pulak datang check dia kata pukul 3-4 pagi. Aku pun suruh Nuna tidur. Aku tidur kat katil no.10. Aku tersedar tengok jam phone dah pukul 3.15pagi, gelap je wad tu. Hairan jugak biasanya lampu terpasang je dalam wad kan, tapi ni semua tutup. Cuma samar samar lampu kat luar yang masuk ikut tingkap. Aku suluh Nuna, nyenyak je dia tidur. Aku baring, tunggu kot kot nurse datang check lagi tapi tertidur. Sedar sedar bunyi whatsapp masuk, gila betul Bella whatsapp pagi buta. Dia say hi sebab dia bangun sahur nak ganti puasa, aku senyum je reply whatsapp Bella. Aku bangun bersila atas katil. Aku pandang katil Nuna kat sebelah, pastu katil depan aku. Eh! Ada pesakit, bila pulak masuk. Katil sebelah dia pun ada pesakit jugak. Berkerut dahi aku dalam samar samar tu. Aku pandang ruang sebelah kanan sana. Empat empat katil penuh dan semua pesakit duduk bersila atas katil macam aku buat sekarang!! Aku terkedu.

Pesakit paling hujung turun dari katil dia, berjalan ke katil aku, perlahan. Macam orang tua. Pesakit katil kedua hujung pun turun dari katil dia tapi merangkak! Pesakit katil katil lain macam tadi lagi, bersila tapi menghadap aku. Aku nak bangun tapi ada orang pegang lengan aku, kuat. Bau busuk menusuk hidung macam bau bangkai. Rasa nak termuntah sebab memang kuat bau tu. Aku rasa macam tak mampu nak bergerak, menjerit tapi tak keluar suara. Aku tutup mata sambil menangis, aku panggil mama tapi suara aku tak kuat.

Tiba tiba kepala aku rasa berat, rasa macam ada orang duduk atas batang tengkuk. Makin lama makin berat, kepala aku makin rapat ke tilam, jadi macam bersujud. Aku menangis lagi, aku tak tahu apa jadi dengan orang orang yang tadi tu. Aku tak sedar bila aku terlelap. Bila bangun tu nurse dah kat tepi tengah check Nuna. Dia tanya aku okay ke, aku diam. Aku baring mengiring hadap ke Nuna, Nuna pun baring menghadap aku. Aku nampak Nuna menangis, aku nak tanya tapi suara aku tak keluar. Nuna cakap dekat aku,

“Kakya tidur, jangan tengok belakang”

Aku tutup mata sebab aku dah tak kuat. Aku tak sanggup dah nak tengok benda tu semua. Aku tak faham. Aku tertidur, sedar sedar dah pukul 8 pagi. Subuh entah ke mana. Aku tengok sekeliling, katil masih lagi kosong. Cuma ada katil Nuna yang berpenghuni. Aku ambik baju lepastu pergi mandi dan lap badan Nuna. Tengah hari tu mama call tanya okay ke tak, nak makan apa nanti habis kursus dia singgah. Aku tak ada selera tapi aku order jugak nasi ayam. Nuna nampak happy main ipad, aku serba salah nak tanya dia pasal malam tadi. Tapi Nuna macam tahu, dia tanya aku, “kakya nak cakap apa kat Nuna?”. Aku ambik masa reka ayat, yelah takkan nak terus terjah kan.

“Nuna tidur nyenyak ke malam tadi? Panas tak?”

“Okay! (Sambil tunjuk sign okay guna jari dia). Sejuk”

“Nuna tak tersedar ke, nak kencing ke haus ke?”

Nuna diam je tak jawab tapi nampak muka dia macam sembunyikan sesuatu. Aku rasa something dah tapi aku tak nak paksa Nuna cakap. Malam tu lagi kuat aku kena. Malam tu aku stay teman Nuna dengan mama, mama suruh aku balik berehat tapi aku kesian pulak mama sorang situ. Mama keluar pergi solat isyak kat surau, aku duduk atas kerusi membelakangkan tingkap tepi katil Nuna suap bubur kat Nuna sebab dia kata tangan dia lenguh tak boleh angkat. Masa tu aku cuma pakai tuala kecik ke letak atas kepala sebab dah malam kan takde orang lagipun tudung dah keronyok.

Tiba tiba aku rasa macam rambut aku kena tarik dari belakang, perlahan je tapi memang rasa ada tangan tarik rambut aku. Aku tengok Nuna, dia buat muka takut. Aku tak gerak sikit pun. Nuna jerit, “Jangan!” Aku pegang katil Nuna kuat. Lepastu aku rasa ada orang pegang kaki aku, kuat dia cengkam dua dua belah kaki aku. Aku takut nak tengok bawah. Kerusi aku bergoyang macam ada orang tolak tolak. Aku nak menangis tapi aku fikir aku kena kuat depan Nuna. Lama aku rasa dalam keadaan tu, lepastu hilang. Aku panjat katil Nuna, baring sekali dengan Nuna. Dia bisik tanya aku,

“Kakya, kawan kakya bawak baby. Muka dia hitam buruk, Nuna takut”

“Nuna jangan takut eh kakya ada”

“Dia nak tarik rambut kakya. Tapi tak boleh”

Aku dah start menangis. Aku dengar mama datang panggil nama aku, cepat cepat aku bukak mata. Bukak je mata, ada perempuan rambut panjang duduk mencangkung dekat kaki aku. Aku tak nampak muka dia sebab rambut dia panjang tutup muka. Aku meraung sekuat hati sampailah aku rasa muka aku basah kena air. Masa tu mata aku berpinar, aku nampak mama dengan beberapa orang lain kerumun katil aku. Tubuh aku rasa penat sangat, rasa macam baru lepas berlari. Mama suruh aku rehat .Sepanjang malam tu mama baca yassin tepi katil aku. Aku pulak jadi pesakit.

Mama bawak aku jumpa ustaz Badhri. Nanti aku sambung lagi. Eh macam pantun pulak. Nanti aku send lagi, Nuna tahu aku cerita pasal dia kat sini, korang jangan komen pelik pelik ya aku tak jamin apa apa.

******************************

Aku baca komen korang, ramai suruh aku bagi ending. Aku kalau boleh memang nak kisah ni berakhir jugak. Tunggu tau dan doakan aku sembuh. Salam, kakya.

9 thoughts on “Nuna (2) – Kawan Kakya”

  1. kakya muncul lagi..bila kakya ckp kakya syg nuna tuh..alolo so sweet..untung nuna dpt kakak caring loving gini..huhu..

    cecepat sambung cite nih lagi kakya..

    Reply
  2. yesss…ang xsambung aku report kat tok mudin..baik kau sambung…aku tggu…best sangt baca story kau,.,sampai lupa kambing aku blum bg makan lagi.….

    Reply
  3. Nak gak ckp psl Nuna…
    Biarlah die tau pon xper…
    Heheheheheh…

    Dpt bygkan Nuna ni mesti jenis gugurl yg sweet, lemah lembut, sopan santun, nice talker…
    Kaya jenis brutal2 tp sensitif dlm hati ade taman…
    Tp kesian Nuna ble die jenis sng nampak…
    Mesti mcm takot2 jer die kan…

    Reply

Leave a Comment