Salam semua pembaca FS. Terima kasih admin sebab siarkan cerita aku. Nama aku Dea umur 20, bertubuh sederhana, berhijab dan agak lawa. Ya, tak salah baca dah. Masa aku umur 10tahun papa aku meninggal, jadi tinggal aku dengan mama je. Mama aku cikgu, lawa jugak. Masa umur aku 14tahun mama aku kawen dengan seorang lelaki, teruna lagi masa tu ha hebat kan mama aku. Lepas kawen mama aku ikut bapa tiri aku, aku panggil baba ke Kelantan sebab baba transfer ke sana, dia pun cikgu jugak. Aku stay Perak lagi sebab aku sekolah asrama dan aku taknak pindah sekolah sampai tingkatan lima.
Tak lama lepas tu aku dapat adik, perempuan nama Nuna. Lepas aku habis tingkatan lima aku balik cuti kejap masa tu Nuna umur dua tahun. Dia tak suka aku, mesti nangis kalau aku nak dukung ke apa. Last aku malas baik baik dengan dia sebab dia tengok aku cam nampak hantu. Lepas tu aku sambung form 6 dekat Terengganu sebab nak tinggal rumah pak su aku, sekolah sama dengan sepupu aku. Lepas stpm aku kerja sana jugak sebab mama busy sambung belajar selalu tak ada kat rumah. Buat apa aku balik Kelantan kan, ada Nuna tu je. Cuma selepas beberapa bulan mama suruh balik sebab dia rindu aku. Aku balik lah so cerita ni baru nak mula.
Sekarang Nuna dah nak masuk lima tahun kot, mulut tengah becok suka tanya itu ini dan dia masih dingin dengan aku. Rutin aku tengah hari pergi ambik Nuna kat nursery, tak jauh dalam 1km je. Aku tengokkan dia sampai petang je lah sebab malam mama dengan baba dah ada kat rumah. Haritu aku ambik Nuna lambat sikit sebab aku terlelap, dia punyalah merajuk sampai petang tak nak makan. Lepas asar tu aku jenguk dalam bilik nak pujuk makan, seriously aku tak pernah masuk bilik dia even sebelah je bilik aku (tengah tu bilik air-connected room). Aku ketuk tapi dia tak jawab, ye lah merajuk kan. Aku buka pintu slow2 lah kot kot tengah tidur. Sunyi je dan aku tak nampak Nuna, atas katil tak ada dekat meja belajar tak ada. Aku buka almari dia, tak ada. Jenguk bawah katil, tak ada. Aku nampak box tepi katil, baru je nak buka
“jangan bukak kakya bahaya”
Aku sikit lagi nak mencarut sebab terkejut tiba tiba dia ada kat belakang. Aku tengok dia berdiri pegang buku cerita.
“Nuna pergi mana kakya cari tak ada tadi? Tak lapar ke?”
“Nuna duduk sini”, sambil tunjuk belakang pintu
Aku memang tak nampak dia dan yakin dia takde tapi malas nak bergaduh dengan budak aku diam je pastu ajak Nuna turun makan. Masa kat meja makan dia senyum je (dia tak pernah nak happy ke senyum ke bila berdua dengan aku) so aku pelik. Aku mood baik sikit jadi saja test dia sembang
“Tak ada kerja sekolah ke kakya boleh ajar kalau Nuna nak?”
“Mana ada. Teacher suruh kaler kaler je” . Senyum lagi sambil makan.
“Happy nampak, kenapa? Sebab esok cuti eh?
“Nuna suka kakya cari Nuna”
Aku diam.
Siap makan aku suruh dia naik mandi lepastu turun tengok tv sambil tunggu mama baba balik. Mama sampai je Nuna bercerita pasal aku cari dia tadi. Mama senyum je sambil gosok bahu aku bila Nuna cakap,
“Mama, kakya sayang Nuna. Nuna ingat kakya tak sayang Nuna”
Aku tersentuh jugak ye lah mungkin sebab aku tak endah dia sebelum ni jadi dia pikir aku tak sayang dia, budak. Malam tu aku layan cerita kat laptop. Layan youtube aku jumpa video budak budak buat drama pendek, aku download sebab nak tunjuk kat Nuna. Aku jenguk bilik dia dulu sebab dah pukul 10.30 kot kot dah tidur. Aku tengok bilik dia dah gelap tapi lampu meja study masih menyala so aku masuk je. Nuna macam dah tido, aku tutup lampu tu pastu keluar. Aku masuk bilik aku, terkejut nak mati nampak Nuna atas katil aku pakai baju tidur elsa frozen sambil senyum.
“Nuna buat apa sini? Kakya masuk bilik Nuna tengok Nuna dah tido”
“Nuna tahu, tapi Nuna tak tidur lagi lah hihi. Nuna nak tidur sini boleh?”
Hah nak tak kan nak cakap tak boleh. So malam tu aku tidur dengan si Nuna. Esoknya aku bangun subuh Nuna dah tak ada, mungkin dah masuk bilik dia balik. Masa turun sarapan tu nampak Nuna dah kat meja makan, makan honey star. Pakai baju tidur jugak lagi tapi Angry Bird. Berkerut dahi aku tapi aku taknak fikir sampailah mama cakap
“Nuna, malam tadi last tau tidur dengan mama & baba. Nuna dah besar kan kena belajar tidur sorang dah”
Aku senyap, minum milo panas. Tengok Nuna.
“kakya cari Nuna eh malam tadi?”
Aku tak jawab, aku tanya balik.
“Nuna tidur dengan mama?”
Mama pulak jawab,
“Ha ah setiap malam tidur dengan mama. Tu mama cakap malam tadi last dah, kena belajar la” pastu mama gerak pergi depan. Tinggal aku dengan Nuna.
“Mana Nuna tahu kakya cari?”
“Kawan kakya cakap”
Aku diam sampai habis makan. Baru tanya lagi.
“Ye ke Nuna tidur dengan mama. Bukan ngigau masuk tidur dengan kakya ke malam tadi?”
Nuna sengih pastu gelak kecil. Biasa budak gelak bunyi comel tapi kali ni aku seriau.
“Tu kawan kakya lah, dia nak tidur dengan kakya lama dah”.
Ha sudah aku bingkas bangun pergi basuh tangan pastu blah. Lepas dari haritu banyak benda pelik jadi dekat aku. Mungkin sebelum ni pernah jadi tapi aku tak perasan or mungkin ni jadi sebab aku banyak fikir.
Kali ni jadi dekat kampung pak su aku. Kami pergi Terengganu sebab pak su buat majlis kesyukuran. Kat sana aku sebilik dengan Hani sepupu aku yang sebaya aku & adik dia Sarah sebaya Nuna, & mestilah Nuna sekali. Malam tu kami tidur ramai ramai atas 1 katil sebab Sarah & Nuna kecik je so muat muat 4 orang katil queen tu. Posisinya Hani, Sarah, Nuna & aku. Kira yang kecik berdua kat tengah lah. Pukul 2 macam tu Nuna kejut aku nak pergi tandas. Berleter jugak aku dalam hati sebab tandas jauh ke belakang.
Nuna dalam tandas aku duduk di kerusi meja makan tahan mengantuk. Nuna keluar kami jalan ke bilik selisih dengan Hani, nak masuk tandas jugak agaknya. Aku tersedar lagi pukul 3 sebab sejuk gila & bangun nak tutup air cond. Bangun je kaki aku terpijak benda, macam tangan orang tapi tak nampak sebab gelap. Cepat cepat aku buka suis lampu, tengok Nuna berdiri tepi katil. Gila terkejut nak arwah.
“Kenapa buka lampu, Nuna tak suka”
“Oh erm kakya nak tutup suis aircond, sejuk”
“Tutup lah”
Aku tak tahu kenapa macam berat je nak tutup sebab kepala dah terbayang yang pelik pelik. Nuna still berdiri situ & pandang aku. Dengan serba salah, aku tutup suis. Tapi tak bergerak. Aku on balik suis nak pastikan Nuna dah naik atas katil, tapi Nuna dah tak ada! Aku terus lompat naik atas katil selimut sampai pagi dengan lampu tak tutup. Subuh tu Hani kejutkan aku tanya siapa buka lampu. Aku tak jawab. Aku tengok kat tepi, ada Sarah je tengah tidur. Nuna memang tak ada.
Dalam pukul 10 pagi macam tu aku dengan Hani tolong mak mak dekat dapur, potong bawang potong daging semua. Sibuk kat dapur aku lupa pasal semalam sampailah waktu zohor aku masuk bilik sebab nak mandi & solat. Aku tengok Nuna tengah main ipad atas katil sorang diri, aku tak hiraukan dia terus mandi & solat. Siap bagi salam terus Nuna tanya aku.
“kakya, kawan kakya tu tak takut ke tidur sorang?”
“kawan mana Nuna cakap ni?”
“kawan kakya lah”
Aku still tak faham.
“malam tadi dia tidur bawah katil”
Aku terbeliak, Nuna tak pandang aku dia pandang ipad.
“nanti ajak lah dia tidur atas katil, kesian dia sejuk”
Aku fikir Nuna nak mainkan aku tapi aku fikir Nuna kecik lagi tapi budak sekarang banyak akal tapi dan tapi…
Petang tu family pak ngah sampai. Ada sepupu aku Shifa sekali. Hani terus cakap boleh la tidur sama malam ni. Aku sambung,
“tapi kena bentang tilam kat bawah dah la mana muat 5 orang”
“muat lah, Nuna bukan tidur dengan kita pun kan malam tadi pun dia tidur ngan mama cik (mama aku)” – Hani
Malam tu kami borak sampai tengah malam. Aku, Hani, Sarah & Shifa. Entah macam mana boleh cerita pasal cerita seram & Hani cakap dekat aku
“kau berani jugak eh tengah malam tadi pergi tandas sorang sorang tak kejut orang teman”
Aku diam lagi sebab seingat aku memang sekali tu je aku pergi tandas tengah malam, & aku tak pergi sorang & aku selisih dengan Hani. Mengantuk sangat ke masa tu sampai tak nampak Nuna? Aku masih tak boleh fikir dengan waras. Aku taknak cerita dengan orang lain jugak.
Hari nak balik Kelantan tu kami bertolak pagi. Baba dah start enjin, mama pun dah naik. Aku salam dengan semua terus masuk kereta, tunggu Nuna masuk. Dia lambat sebab tertinggal ipad dalam bilik. Dia masuk je baba terus jalan. Tiba tiba Nuna cakap
“Eh…” pastu dia toleh belakang pastu cakap lagi
“ohh nasib baik tak tertinggal”
Aku toleh belakang tengok makin jauh dah rumah pak su, kerut dahi tanya dia tertinggal apa, dia jawab
“Kawan kakya, dia ikut dah”
Aku tak cakap apa dah, toleh pun tak.
*******************************
Cerita ni macam tergantung. Aku pun tak boleh nak buat ending sebab aku sendiri tak tahu apa benda ni semua. Banyak lagi benda jadi tapi nanti lah aku tulis lagi. Aku sayang Nuna, cuma aku tak pernah bagitahu dia je. Salam.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
gempak ah cerita kamu
misteri… nuna tu ade something ke cmne?? hmm
Misteri bin aneh… Kenapa kau tetiba ada kawan ghaib tu? Cer tnya Nuna elokĀ²… Dtg dr mana si ‘dia’. Den pun seriau rasa p lah jumpa Ustaz ka…
Ko pernah tengok ap ad dlm kotak tu….. Kotak tu mcm semacam jer…. Seram… Sambung lagi… Terbaik
Cubeee.. Cube ko g jmp3 ustad…mgkin yg pelik tu bukan nuna..tp ko..sbb tu dr kcik dia ngis xnk ngn ko.. Sbb tu dia ckp tu kwn ko…. Ko xpelik ke…
Cer carik punca. Kot2 ad benda menumpang ke kat awk. Lgpun kesian kat nuna. Xkn nk tros cm2 je?
P/s : seram sket sbb kwn2 pn pgl saye nuuna
Jgn buat endah xendah je..mgkin akal budak tp kalo bru 5 thn tu leh pakai lagi ckp dia..cube selidik dgn nuna tu..ade ke dia bersembang dgn nuna? Lebih byk tau lebih byk kelebihan n tindakan yg boleh diambil..pastu leh inform mama ko tu..suh bwk ke ustaz minta pendapat
Kakyong dedek dh xde…
Skang ganti kakya nuna plaaakkk…
Patah tumbuh ilang berganti selagi ade warranty, hahahahaaa…
Serius sereeeemmmm…
Bak kate org atas ni, rasenye mse kecik nuna xnak ngan kakya sbb ade yg berdamping…
Kes ni xleh senyap2 dh ni…
Kena jumpe pakar yg boleh membantu…
Takot sok lusa nuna tu plak yg jd mangsa idop dlm dunia yg die sdri tau…
Kakya patern cam kak yulie gak…
Sayang tapi x gheti nk zahirkan…
Huhuhuhuuu…
Dik…g la brubat dik..mn tau ad bende numpang awak
anak jin , rasanyalah . tapi kawan kakya tu ,hmm tataulah
Ni species tasnim ni. Puji diri sendiri. Nasib baik lah citer ko best dik. Nek jah bagi 5bintang. Sambung lg ye.. jgn kecik ati nek jah cakap gurau gurau je.. sambung sambung nek jah tunggu
Penulis sibuk dgn dunia hipster. P la bawa berubat. Jumpa ustaz tanya apa yg patut
seram cite ko kakya..jangan amek mudah je kakya benda2 cenggini..bgtau kt mama n baba tuh pasal nuna..pegi berubat..samada sesuatu suka kakya or nuna something..kesian nuna jd psyco cenggitu..kecik lg tuh..
ade yang berdamping nie
aq pon x taw nak describe cam mne cite nie…ape2 pon best