Nurse Menjaga Seorang Atuk

Assalamualaikun.. Ni Kali pertama terjadi sesuatu yang Seram dalam hidup Saya sampai sekarang masih terasa Dan trauma lagi. Senang cerita nama samaran Saya firla tapi Saya bahasakan diri sebagai aku dalam cerita ini. Cerita benar.

Aku adalah seorang jururawat di hospital swasta di melaka. Aku jenis yang Suka kerja overtime senang cerita Jadi private Nurse.

Aku telah menjaga seorang atuk ini. Dekat rumah hanya atuk Dan Nenek sahaja yg ada dan anak-anak duduk jauh atas alasan kerja. Kalau ikutkan dah beberapa Kali jaga atuk dekat rumah Dia tapi cuma Ada satu Hari ini yang aku tak bernasib baik. Aku jaga atuk masuk pukul 3 petang sampai 10 malam.

Cerita Dia bermula bergini jam Sudah masuk pukul 8 malam macam biasa atuk nak makan ruang makan terletak di Bahagian luar masa itu menantu Dan cucu Ada di rumah.

Akuberbual dengan cucu atuk nama fiya tengah berbual aku terpandang Dari sudut tepi nampak macam putih dekat atas pokok mangga. Aku pun Pandang tapi putih itu hilang Kali kedua muncul lagi warna putih itu aku Pandang Kali kedua hilang juga. Aku pon pikir dalam hati ” eh apa benda itu” cucu atuk fiya cerita asal cerita hantr Dan cakap dekat aku yang Kawasan rumah atuk Dah Ada ustaz pagarkan.

Aku pun syak meat dulu Ada apa-apa yang terjadi tapi Malas nak cakap banyak. Lepas itu Kami semua pun makan Dan sampai pukul 10 aku nak blik. Masa aku keluar Dari pagar rumah atuk nak Pergi ke kereta aku Dah rasa lain tapi aku buat tak tahu Saja. Masa perjalanan blik Dari rumah atuk aku terdengar sesuatu dekat seat belakang seperti Ada bunyi orang bercakap aku pandang 3 Kali cermin Pandang belakang tapi tak Ada apa-apa.

Lepasitu semakin kuat bunyi aku da rasa lain macam seolah Ada benda yang Cuba nak masuk badan aku.. Terasa bulu roma meremang Dan panas sampai ke tengkuk.

Aku Azan dalam kereta tapi tak Jalan aku jaga ayat kursi sepanjang perjalanan. Punyalah pecut kereta aku Bawa. Sampai dekat rumah aku tengok seorang pun tak Ada. Aku tarik brek mengejut dengan tak tutup aircond, radio,enjin kereta aku Terus keluar.

Alhamdulilah rumah aku berjiran dengan makcik sedara. Aku TerUs panggil makcik sedara aku. Cakap yang badan aku terasa Seram sejuk. Makcik aku ini pandailah berubat juga jadi Dia pegang ibu jari kaki aku Cakap Ada benda ikut ko ini. Kuat benda ini. Makcik aku terus Telefon mak aku Cakap yang aku Dah terkena. Dalam setengah jam mak Dah balik.nenek Dan abang sedara semua Ada makcik aku panggil.

Abang sedara Dan Nenek sampai Tanya kenapa aku tunjuk dekat arah kereta, abang sedara aku Ada ilmu sedikit Dia Cakap benda ni dekat bonet Kau. Mak masuk je rumah makcik terus senyap. Aku tengok Muka mak Dah lain macam berubah tiba-tiba. Mak terus Lari keluar. Masa ini ayah pon baru balik Dari Kerja sebagai pemandu teksi Cari mak dekat luar. Rupa-rupanya mak Ada dekat atas pokok mangga. Puas makcik sedara panggil mak turun.. Tapi srbenarnya itu Bukan mak tapi benda yang mengikut aku masuk dalam badan mak.

Pastu mak terus Pergi masuk dalam kereta Dan menjerit-jerit dalam kereta. Puas makcik sedara Bawa masuk rumah. Aku dekat dalam rumah kuatkan semangat baca ayat Al Quran. Semasa mak masuk rumah mak macam bernyanyi seperti mengilai. Seram sangat masa ini. Makcik sedara tak kuat nak melawan Lepas itu telefon pakcik sedara aku yang juga merupakan pakar berubat orang Sakit. Pakcik sedara sampai dalam setengah jam Dan merawat mak Tanya dekat mak tapi benda itu yang jawab. “sapa kau” Tanya pakcik aku Lalu benda itu mengilai Saja Dan Susah juga nak keluar.

 

Akhirnya benda itu Cakap Dia Pontianak Dan pernah kena rogol Dan mati dibunuh. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku. Seram. Akhirnya benda itu tak tahan Sakit kerana pakcik sedara aku tekan Bahagian ibu jari kaki Dan benda itu pun keluar. Alhamdulilah sepanjang malam aku kuatkan semangat supaya benda itu tak masuk dalam badan aku. Kecian mak Lepas jer benda itu keluar mak terus kepenatan.

Ayah Dah bising-bising jangan Kerja overtime lagi. Sampai sekarang aku terasa trauma Bila berada dalam kereta keseorangan. Tapi sekarang aku Cuba kuatkan semangat diri Allah mana mengetahui Dan aku tawakal kepada Allah. Sejak Dari Hari aku terkena aku Dah tak jaga atuk lagi. Kalau nak jaga pun aku buat overtime senyap- senyap Dan masuk dari pukul 7.pagi sampai 3 petang sahaja. Kalau fikir balik srbenarnya aku tak tersengaja terpandang benda ini sampai mengikut aku balik ke rumah. Harap boleh terima cerita aku yang bagi aku boleh buat trauma dalam hidup aku. Sekian cerita benar.

hantar kisah anda:

[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]

Firla

37 comments

  1. tak tau nk komen apa, huruf kecil dan huruf besar tunggang-langgang, noktah pun tak letak. baca terus-menerus. Apa-apa pun tahniah sebab cerita disiarkan FS.

  2. Yg tulis cite tu x salah pon. Even penulis International pn byk taip salah, pening kpale kalau bace manuskrip asal. Yg jd masalahnye tu EditorFS tu. Ko phm x ape maksud jd editor? Keje ko la yg edit tulisan penulis asal. Bkn asal suke je, asal best je tros post. Edit la woi. Baru betul editor. Ni name nk gempak, EditorFS, tp maksud editor pon x tau agaknye

    1. hahaha.. aku da komplen banyak kali kat editor bodoh fs ni.. dia publish buta2 je cite yang sampai then skang aku syak dia tak baca pon dah sebab da sendu orang takmau anta cerita kat fs lagi.. aku skang da jarang bukak fs.. sebab editor bodo ni.. ko tengok contoh arkib angket negara tu.. semua tersusun.. takda satu pon cerita yang tunggang langgang.. sbb apa? sebab diorang faham apa maksud editor.. ko baik jangan gelar diri editor la kalau tak paham apa maksud editor.. dah sendu cerita lama pon kau post balik.. dulu orang anta kat ko cite best2 kau reject.. haha skang rasa la kau semua cite macam tahik..

      1. faham apa yg cuba disampaikan..
        cuma dah serupa baca 1 napas..xdak nada..
        ni mcm draf yg x di edit pastu trus hantar..
        next time letak tanda baca bg betul..

        editor fs korang mmg nak tutup web ni dah ke mcm mna???
        buat keja elok skit..fs ni dh xmcm dulu…xdak kualiti..ke geng IK dah take over fs??
        maaf la sebab IK ramai org dh bpaling tadah dari fs pastu skarang editor fs plk buat hal..
        aku rasa xlama dah web ni nak tutup..(sori la masih dendam dgn IK & fans dia)

  3. Nurse biasanya BM x berapa bagus…sbb diorg byk membaca subjek biologi n sains dlm english …masa BM mmg kelaut sikit..tp tahniah…aku paham jln citer dia…mayb dia x sempt nk edit sbb nk pi kje overtime kottt..

  4. Lantak la banyak typo ke hape. Kenapa layout background website fs ni dah tukar. Kantoi la baca fs time kerja dah ade background camni. Yang dulu tu ok lagi huhu nak baca pon tak fokus rasa nak tengok bulan kta tepi je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *