Office

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama aku L. Aku selalu follow cerita-cerita kat FS ni dari dulu lagi, dan paling aku tak sangka aku berjaya habiskan 1700 cerita yang ada kat FS. Nampak tak betapa setianya aku dekat FS ni, sampai berapa cerita yang ada pun aku boleh kira. Boleh dikatakan semua best-best belaka. Sekiranya korang dapat baca, maknanya admin FS dah published cerita aku. Thanks admin FS, sayang korang. Kalau ada typo atau apa-apa awal-awal nak minta maaf, mungkin terlepas pandang. Semoga korang boleh faham dan dapat rasa apa aku nak cerita.

Aku baru berkerja di satu company ni. Company dah lama, tapi di bangunan yang baru. Dah sebulan jugak la aku kerja kat sini. Sebelum tu biar aku jelaskan dulu keadaan office aku kerja ni macam mana. Office ni ada 3 tingkat. Bawah sekali stor, tingkat 1 ada 4 orang pekerja, dan tingkat atas sekali ada 5 orang pekerja termasuk aku.

Office ni memang jarang-jarang ada orang sebabnya kebanyakan pekerja outstation, jumpa client dan sebagainya. Tingkat 1 yang selalu ada kat office cuma Ann dan Bad. Tingkat 2 pulak cuma aku, Catt dan Eman. Dean kadang-kadang ada, kadang-kadang tak sebab dia salesman, kalau ada client dia keluar, kalau tak, ada la kat office. Selama aku berkerja, aku tak pernah balik lewat dari diorang. Selalunya memang akan keluar serentak.

Office ni tak ramai pekerja, so memang agak sunyi. Nak rasa meriah pun kalau bukak radio. Kejadian yang berlaku kat aku ni baru lagi, dua minggu lepas. Dua minggu lepas hujan agak teruk. Boleh dikatakan hari-hari hujan tiap kali petang. Dan minggu tu jugak Catt cuti seminggu sebab anak dia sakit. Tinggal la aku berdua dengan Eman kat tingkat 2 ni.

Ada satu hari tu hujan lebat sangat-sangat, siap guruh petir kilat semua la, tetiba blackout. Aku memang tak berapa biasa lagi dengan tempat baru walaupun dah sebulan aku kerja sini. Eman ajak aku turun pergi tingkat 1 kumpul sekali dengan Ann dan Bad. Kami berempat cuma harapkan lampu handphone je untuk suluh mana-mana.

Melepak la aku dengan Ann dekat tangga depan pintu grill nak keluar tu sementara tunggu Eman dengan Bad betulkan apa yang patut. Lupa nak bagitau, kalau nak masuk office ni, ada grill dan kena guna access card baru boleh masuk. Lepas tu ada bunyi tett baru boleh tarik grill dan straight naik tangga. Kat bahagian atas ada CCTV. Dan skrin untuk tengok CCTV ni tingkat 1 ada, tingkat 2 pun ada. Sesiapa keluar masuk, naik turun tangga akan nampak. Harap korang boleh imagine la macam mana.

Aku ni penakut, sangat penakut. Kalau tengok reaksi muka memang macam takde apa-apa tapi dalam hati jantung dah berdegup laju gila. Tak lama lepas tu, elektrik semua dah ada. Aku pun naik atas buat kerja macam biasa. Eman bagitau dia nak kena hantar barang dan tak masuk office. Tinggal la aku sorang-sorang kat tingkat 2.

Hujan masih lebat, petir kilat sabung menyabung, ditambah pulak dengan guruh yang kuat. Tetiba radio yang selalu di pasang tu m**i. Aku pun bangun la pergi tengok radio, dah kenapa m**i tiba-tiba. Aku tak pandai guna radio lama, entah apa aku tekan, hidup semula radio tu. Tapi tak lama, sebab bila aku nak pergi kat meja aku, radio m**i balik. Tak sempat aku nak sentuh radio tu, tiba-tiba bunyi macam yang takde siaran tu. Kuat, bingit telinga aku. Terkejut sampai melompat aku tepi radio. Dah tak tau nak tekan apa, aku terus tutup plug radio. Siap cabut fused lagi.

Aku sambung buat kerja. Selalunya kalau ada orang intercom dari bawah, tingkat 1 yang akan jawab call dulu. Tapi kalau yang kat tingkat satu takde orang atau pergi toilet, akan direct ke tingkat dua. Aku rasa Ann dengan Bad ada je kat tingkat 1, tapi tak tau kenapa dapat kat tingkat 2. Aku tengok kat skrin, takde sesiapa pun. Tapi bunyi call. Aku buat tak tau jela.

Sekali lagi berbunyi, aku tengok kat skrin ada sorang lelaki. Aku jawab call, katanya nak jumpa Eman. Aku bagitau Eman takde, kena call handphone dia apa bagai semua la. Dia pun cakap okey. Lepas aku letak telefon, tiba-tiba grill kat bawah berbunyi. Aku tengok kat skrin, takde siapa pun. Tapi, grill terbukak sendiri tanpa ada sesiapa yang masuk. Aku terus lock pintu yang kat tingkat 2. Hati aku dah berdebar laju bagai nak gila. Aku tak rasa aku silap pandang. Sebab terang-terang aku nampak takde orang langsung. Macam mana grill boleh terbukak sendiri. Grill tu lepas bunyi baru boleh tarik. Aku dah tak tentu arah, tunggu time nak balik je ni.

Esoknya aku masuk kerja, Eman dah ada dalam bilik dia. Dia tegur kenapa sebelum balik semalam tak tutup radio. Dari bawah dah dengar bunyi radio. Aku mampu cakap sorry je. Padahal aku dah tutup plug siap cabut fused lagi. Eman bagitau dia halfday harini. Dalam hati aku dah sakit sangat-sangat. Aku ni dah la penakut, tinggalkan aku sorang-sorang pulak. Dengan musim hujannya lagi, bunyi guruh apa semua, seram la.

Lepas Eman balik, hujan turun dengan lebatnya. Lebih lebat dari semalam. Dalam hati dah berdoa, jangan la radio buat hal lagi macam semalam. Aku takut tau. Alhamdulillah radio baik-baik je, tapi benda lain pulak yang bunyi. Aku asyik dengar bunyi pintu bukak tutup. Kuat. Selalunya kalau pintu yang bunyi macam ni pintu toilet je sebab pintu toilet memang kena tekan kuat sikit baru boleh lock. Eh siapa pulak yang masuk toilet ni.

Bunyi tu berterusan sampai aku jadi rimas. Nak tak nak aku gagahkan jugak kaki aku ni pergi tengok toilet. Takde sesiapa. Memang takde tanda-tanda ada orang dalam toilet ni. Dua langkah je lepas aku keluar toilet, aku dengar bunyi orang flush toilet. Berdesup aku lari terus turun jumpa Ann dengan Bad. Terkejut diorang aku tiba-tiba muncul dengan muka pucat, berpeluh.

Siapa tak terkejut kalau kau baru lepas tengok toilet takde orang, lepas tu elok je kau nak gerak kau dengar bunyi orang flush toilet tu. Agak-agak berani ke nak pandang belakang? Memang tak la kan. Aku mampu senyum sumbing je kat Ann dengan Bad. Aku tak naik atas dah lepas tu, sampai Ann tegur aku ni takde kerja ke apa bukan main melepak dekat tingkat 1 ni. Lantak la diorang nak cakap apa pun, janji aku rasa selamat duduk dengan diorang. Masa nak balik tu, aku paksa jugak Bad teman aku naik atas ambik barang-barang aku nak balik.

Hari seterusnya aku masuk kerja, aku nampak Dean dah ada kat meja dia. Eman cuti. Nasib baik Dean ada dengan aku harini, lega la sikit. Takde la aku tinggal sorang-sorang lagi. Tapi kelegaan aku tak lama, sebab Dean kata nak jumpa client dan tak masuk office dah. Aku masa tu memang dah nak menangis. Kenapa la aku kena tinggal lagi dan lagi.

Disebabkan semua takde kat office, aku tak rasa nak buat kerja langsung. Takde mood nak buat kerja. Macam mana nak buat kerja kalau hati tak tenteram, rasa takut-takut semua tu. Konon nak hilangkan keresahan di hati, aku layan la running man. Radio aku tak bukak. Aku kuatkan volume kat pc, takde la macam library sunyinya. Tengah aku gelak-gelak tetiba aku dengar macam ada suara yang ikut gelak. Aku memang tak pandang belakang kiri kanan, aku tengok je pc depan mata aku ni.

Nak turun tingkat 1 dekat Ann dengan Bad pun kaki aku macam tak kuat nak berdiri. Aku slowkan sikit volume, ada part lawak tapi aku tak gelak sebab nak dengar betul-betul tu suara dari pc atau apa. Rupa-rupanya ada benda lain yang ikut gelak sama. Aku tak peduli apa, dengan keadaan terketar-ketar tu aku turun cari Ann dengan Bad. Ann takde, mc. Tinggal Bad sorang je. Baru nak bukak mulut bagitau apa yang aku dengar kat atas, tapi tak terkeluar suara aku. Dia pun macam busy aku tengok, tunduk je. Elok aku pusing nak keluar, Bad tanya, “kenapa? Kau takut ke?”. Aku tak pusing balik sebab aku dapat rasa tu macam bukan dia. Suara pun lain. Aku cuma cakap, “saja nak tengok kau. Naik dulu la, maaf ganggu”. Dengan lemah longlainya aku paksa kaki aku naik atas semula.

Slow-slow aku jalan nak pergi meja aku sambil-sambil mata tengok kiri kanan. Memang takde sesiapa. Elok je aku duduk letak bontot kat kerusi, aku dengar suara orang batuk. Makin lama rasa macam makin dekat batuk tu dengan aku. Masa tu aku dah rasa kejang satu badan, sejuk, tapi aku berpeluh. Aku buntu, blur, kaku, langsung tak boleh fikir apa aku patut buat. Aku pandang kiri arah suara batuk tu, aku tengok kerusi bergoyang-goyang kiri kanan. Aku rasa macam nak gelap dah pandangan ni sebab aku terlampau takut, seram. Mulut aku cuma terkeluar perkataan, “Allahu akbar”. Dalam menggigil aku shut down pc, ambik handbag, aku terus keluar nak masuk kereta.

Aku langsung tak boleh nak fikir apa-apa, rasa macam fikiran kosong. Aku masuk kereta, aku sandar kepala, pejam mata. Tiba-tiba cermin kereta kena ketuk. Aku rasa jantung aku macam dah stop berdegup. Takut aku yang tadi tak hilang lagi, dah tambah terkejut yang baru. Aku nampak Bad. Pecah jugak tangisan aku.

Bad tanya, kenapa dia panggil masa aku turun tangga, aku buat tak tau je? Straight je jalan. Tak pandang kiri kanan pun. Sumpah aku tak dengar sesiapa pun panggil aku masa tu. Aku nak balik, aku tak larat sangat. Aku rasa aku macam orang tak betul pun ada. Seumur hidup, langsung tak pernah kena benda-benda yang macam ni. Bila dah kena, tak tau nak cakap macam mana.

Esok tu aku tak masuk kerja, aku mintak cuti sebab aku betul-betul tak kuat. Seminggu tu berterusan aku kena kacau. Parent aku pun risau tengok aku asyik termenung. Sampai bawak jumpa ustaz, ustaz bagi air penawar. Aku dah rasa nak berhenti kerja, sebab aku tak sanggup nak kena macam tu lagi, sungguh aku tak kuat. Bos aku merayu tak bagi aku berhenti. Katanya dalam tempoh aku cuti ni, dia akan ikhtiar macam mana nak selesaikan apa yang dah jadi kat aku dan nak buat doa selamat kat office. Dia mintak aku datang sekali, tapi aku tak dapat datang sebab masih takde keberanian. Macam-macam ayat bos pujuk aku, lagipun jawatan yang aku pegang sekarang, susah nak cari orang. Aku cuma mintak bagi aku masa sampai aku betul-betul okey.

Aku bukan mengada, cumanya aku tak kuat. Aku pun tak pasti benda tu jadi kat aku sebab saja nak mengusik aku pekerja baru atau office aku ni memang berhantu. Ada di antara penulis-penulis FS pernah cakap, selagi benda ni tak jadi kat kita, selagi tu kita tak rasa apa. Tapi cuba kalau dah jadi atau kena kat diri kita, baru kita tau perasaan tu macam mana, dan itu la yang aku rasa. Harap korang doakan aku kuat semangat. Aku masih bercuti, dan masih berfikir patut atau tak aku kerja situ lagi. Thanks korang sebab baca cerita aku yang tak berapa ni.

-L-

L

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

13 thoughts on “Office”

  1. Betul ke L dh habiskan 1700 cerita dalam FS ? sbb story ni pernah publish before ni .hihi maybe L punya story ni ‘hantu’ yang kacau L yang pergi taip sebelum ni . sebiji pulak tuu !!! hahahhhhhahahahaahah

    Reply
  2. Kira berani sket la dr aku… klu aku dh kena sekali, smpi bila² aku xnk jejak kaki kt tmpt tu lg.. ko boleh lg balik office ambik barang pastu keluar.. agak² klu aku terus balik rumah tinggal segala barang kt office tu.. huhu

    Reply
  3. Wah, seramnya cerita diatas. Sepertinya saya pernah membaca cerita ini sebelum di blog ini, apa benar? Tapi overall ceritanya cukup untuk membuat bulu kuduk berdiri, saking seramnya..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.