Orang Hitam Berbadan Besar

Hai, assalamualaikum.. First sekali, time kasih sudi share cerita ni. Aku kenalkan diri dulu. Org yg rapat sume panggil aku Han. Cerita yg aku nak cerita ni mostly masa aku baru masuk sekolah menengah. Walaupun dah lama, tapi still fresh lagi dlm otak aku.

Ok, aku start dengan masa aku baru naik Form 1. Masa ni, aku still tinggal dekat sebelah rumah nenek. Sekarang dah arwah la. So, kalau esok tu Sabtu, Jumaat malam confirm aku pegi tolong nenek buat kuih, sbb dia meniaga depan umah. Ibu aku bagi je sbb sebelah umah je kan. Cuma satu hari tu, ibu aku cakap tak payah la pegi, ayah pegi mancing, tak balik rumah.

Tapi biasa la, degil kan. Aku pegi gak. Tapi Jumaat yg ni nenek aku buat kuih banyak sangat, smpi aku balik pukul 1 pagi. Cuma aku tak pikir pape la, balik je macam biasa. Umah sebelah je, ape nak takut. Bila smpi je kat umah, sume org dah tido. Kitorang jenis tido kat ruang tamu ramai-ramai kalau ayah pegi mancing. Dah jd macam habit. Aku pun dah penat, ape lagi terus tido sebelah ibu. Tapi, tengah2 tido tu aku terbangun & aku terus tengok jam.

Walaupun ruang tamu tu gelap, aku boleh nampak lagi jam pukul berapa. Masa tu pukul 3 pagi. Masa tu la aku nampak ada orang badan besar tengah duduk kat meja makan. Dia duduk diam je, tertunduk tak buat pape pun. Tapi bila aku pandang dia lama-lama, tiba-tiba dia angkat kepala. Hitam. Tak ada muka. Walaupun aku dah rasa takut, tapi aku still pandang dia lagi sbb nak confirm dia siapa. Aku pun tak paham.

Tiba-tiba, dia bangun. Menggelupor aku amik bantal tekup muka. Aku membelakangkan badan, aku dekatkan dengan belakang ibu aku. Tiba-tiba aku dengar orang mendengus kuat “huff, huff, huff” dekat je dengan aku. Aku dah rasa macam nak pengsan masa tu. Dalam hati memang menyumpah ‘kenapa la aku pegi tenung dia lama-lama, kan dia dah tau.’

Aku still buat keras kat situ, tapi aku dah tak dengar pape. Diam je, tu lagi aku takut. Aku cuba alih sikit bantal dari muka, korang boleh bayang tak dia kat bawah kerusi mengiring menghadap aku. Kerusi aku kerusi rotan, pakai kusyen yg kena basuh sarung kalau nak raya tu. Bayangkan, dia kat bawah tu. Aku terus menjerit “HANTUUUUUUUU!!!!!!!”

Ibu aku bangun, terus bukak lampu. Capai penyapu lidi belakang pintu, libas lantai depan belakang aku. Aku intai bawah kerusi, dah takde pape. Ibu aku terus suruh aku cuci kaki pastu tido. Esok pagi tu, aku tanya ibu, Ibu tau ke?

Ibu cakap, ibu perasan dia kat meja bila aku melekat belakang ibu. Tapi selagi dia tak kacau, ibu tak buat pape. Bila dia da start buat hal, tak kan la ibu nak diam. Pastu dia campur la sekali bebel kat aku, “Sape suruh balik tak cuci kaki. Terus tido je. Ibu dah cakap ayah tak ada. Nak jugak keluar”. Aku diam je la. Da memang salah aku kan. Ibu ni tau je aku terus tido tak cuci kaki. Haha. Moralnya, jangan bantah cakap ibu. Sebelum tido, cuci kaki dulu.

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment