Overnight Menakutkan di Melaka

Assalammualaikum and salam sejahtera semua pembaca FS. Okay, aku just tulis macam borak2 jelah senang untuk semua paham. Maaf kalau tak seram, just nak share pengalaman anker aku and thanks admin publish kisah ni.

Kisahnya masa tu tahun last aku study kat sebuah kolej di Bandaraya Melaka. So dalam hostel aku ni ada 7 orang semuanya, macam biasa kalau da bosan mula la aktiviti2 yang merapu antaranya horror movie marathon. Dalam 3 hari tu straight kitorang layan horror movie non- stop. Satu malam kami semua lepak ramai-ramai depan laptop sambil layan movie, salah sorang dari kawan aku ni bagi cadangan ajak overnight round-round Melaka. Semua setuju tapi macam biasa lah tak semua yang ikut. Jadi kami berempat jelah yang overnight.

Tiba lah masa nak overnight sewa kereta apa semua. Kereta pun boleh tahan manual tingkap pun pakai pusing-pusing guna tangan, radio pun tak ada, nk lock kereta pun kne lock dari dalam, but Alhamdullilah enjin minyak air semua okay. Driver cuma seorang, aku pula co pilot and lagi 3 kat seat belakang.Dipendekkan cerita, sesudah round

Bandar Melaka last sekali memang dalam list nak pergi kolam air panas .
Kebetulan malam tu ade kempen mengundi so jem lah jalan nya yang sepatutnya sampai pukul 9 mlm kat kolam air panas tu tak menjadi stuck sampai lah pukul 2 pagi baru gerak ke jalan nak ke kolam air panas. Aku lak celupar pergi cakap pusing2 kang tiba-tiba timbul tempat lain, terpengaruh dengan horror movie yang kami layan tu lah.

Sampai je dekat simpang empat ni aku dah alert kawan aku suruh masuk kiri tapi dia yakin nak straight. so aku mengalah jelah, straight punya straight tak jumpa-jumpa tempat kolam air panas tu, yang jumpa jalan sunyi tanpa lampu jalan. Side miror time tu kalau kau pandang pun memag tak nampak apa – ape gelap wehh. Masa tu semua diam je macam dah rasa ada benda tak kena.

Tiba la 1 saat tu aku ternampak satu signboard lusuh yang macam ade percikan darah kering yang bersepah tertulis “hutan pa” masa tu aku just anggap yang lain pun nampak and paham – paham jelah yang kita ni dah lalu tempat yang sama 4 kali dah. Boleh pulak kawan aku sorang ni tegur “aik bukan kita da lalu ke kat sini tadi”.

haih~ pergi tegur pulak dia, nasib la kereta penuh kalau tak aku rasa ada la sekor dua benda yang tak diingini nk tumpang. So membe aku pun bukak la ayat-ayat Al- Quran kat handphone dia, so kami decide nak patah balik then luckyly kami ternampak sebuah bnglo besar yang ada kereta lampu kat garage kereta . So buat la u-turn kat umah banglo tu and bila makin dekat makin jelas tu bukan rumah banglo but macam bangunan yang terbiar gelap gelita.

Tapi kami macam paksa kawan kami u-turn, so dah u-turn apa semua just go straight again then aku try toleh belakang nak tengok balik banglo tu tapi tak ada apa-apa pun kat situ damn, tak sampai 5mnit jumpa warung kecik yang dari mana entah timbul, tadi tak ada nampak pun. Kami turun then pergi tanya pakcik-pakcik yang ada dalam kedai tu mana jalan nak ke kolam air panas tu sebabnya memang da dekat 2 jam tak nampak jalan nak ke sana, then pak cik tu just cakap pergi terus ni je 2 minit da smpai.

Kami decide memang nak bermalam kat kolam air panas tu je sebab mmg da lewat malam. Esoknya bila nak balik kereta tak boleh start semua sign kat meter menyala, minyak habis, air pun habis. Semalam memang isi dah full, semua okay je. Sampai sekarang aku tertanya kenapa boleh jadi macam tu.

Bila dah isi apa yang patut kereta pun da okay kami terus gerak balik hostel. Sampai je hostel aku terus grab laptop search “hutan p***a melaka” know what tempat tu memag orang tak akan lalu after 6 ptg then signboard yg aku nampak tu memang tempat potianak bertenggek. “sekian”

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

cik pipi
Overnight Menakutkan di Melaka
6 (59.59%) 49 votes

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.