Padah Apartment RM100

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga fiksyen shasha. Terima kasih admin sebab publish cerita aku . siapa yang belum baca boleh cari Apartment RM100 port Dickson. Macam yang korang semua tahu nama aku Zi.

Macam yang aku janjikan nak cerita pasal keturunan aku tapi harini aku tak cerita pasal keturunan lagi, tapi sambungan apa yang jadi dekat Hasif lepas balik dari sana. Kami ingat semua dah selesai lepas ubatkan Jai dengan Fiqa . Rupanya kami terlepas pandang.

3hari lepas kejadian, aku datang lawat Fiqa. Biasalah demam manja. Alhamdulillah keadaan dia dah pulih Cuma terkejut lagi.

“aku kadang malam ngigau weh pasal haritu.” Fiqa mulakan bicara.
“nanti kau okay lah, biasalah lemah semangat. Tapi nasib baik tak ada apa-apa. Aku tengok Jai pun dah boleh lepak mamak main ML dengan diorang.” Kami berdua gelak.
“tapi kan, aku tengok Hasif senyap je lepas balik PD.” Tanyanya.
“menyesal lah tu cakap tak tengok kiri kanan,padan muka kan aje.” Fiqa angguk.

Tak lama tu aku balik singgah rumah Hasif, sebab rumah dia dengan Fiqa dekat-dekat. Masa dia keluar rumah pun tengok muka pucat je.

“okay tak ni? Nak jumpa pak lang?” Tanya aku, risau juga lepas Fiqa cakap tadi.
“ish, jangan percaya sangat benda karut ni. Haritu punya cerita biar jelah.” Hasif capai helmet nak keluar sebab aku bawa motor masa ni.
“Auh!” jerit Hasif terus buka helmet.
“siapa yang kotorkan aku punya helmet ni, tengok penuh semut api siap bertelur lagi.” Hasif menggaru kepalanya, gatal kena gigit kot.
“pakai helmet adik dulu, bawa helmet tu sekali orang bersihkan dekat rumah nanti. Nanti balik orang bagi helmet lain.” Arah aku. Masa ni tak fikir apa sebab tengok si Hasif ni rilek je lagi walaupun muka je pucat.

Satu hari keluar Hasif asyik main telinga je. Bila aku Tanya kata gatal kena gigit dengan semut tadi. Tiba-tiba dia panggil aku

“semut tadi masuk telinga, dia main gigit-gigit ni.” Aku capai handphone dan buka tourchlight. Suluh dekat dalam telinga Hasif. Ya! Memang ada semut. Lepas suluh dia keluar pastu masuk balik. Menjerit lah member kata kena gigit.

Tak fikir banyak pergi lah ambil air titiskan sikit. Dekat 10minit macam-macam cara buat akhirnya keluar lah semut tu. Tapi dalam keadaan menyayat hati. Hahaha. M**i kami kerjakan. Tetap sama, masa ni tak fikir apa langsung. Hanya sekadar semut.

Malam tu aku ambil helmet tadi nak bersihkan, hilang. Semut-semut tadi hilang. Dengan telur-telur bersih macam tak ada apa. Bangang juga sebab ingat mak yang bersihkan. Jadi aku abaikan.
Lepas seminggu tak ada kejadian pelik yang jadi. Aku pun sibuk kerja. Petang lepas balik kerja aku tergerak nak singgah rumah Hasif sebab seminggu ni tak jumpa, rindu pula. Muka dia masa ni memang pucat sangat, tapi boleh gelak lompat-lompat jadi aku abaikan.

“orang dah seminggu tak lalu nak makan, sakit tekak. Ingat nak pergi klinik takut tekak luka. Nak telan makanan sakit sikit.” Hasif memberitahu.

Aku iakan je, budak ni bukan senang nak pergi klinik. Bila dia serah diri maknanya sakit sangat lah tu. Kami pun pergi klinik. Doktor bagi ubat itu ini, kami balik. Masih macam biasa.

Sampailah satu haritu aku dapat whatsapp. (Maaf kotor sikit)
– Orang berak keluar d***h tadi
– Ni nak kencing tapi tak boleh kencing .
– Makan tak lalu lagi, tekak tak baik lagi.

Aku tak cakap banyak terus pergi rumah dia. Nak ajak jumpa Pak Lang aku. Tapi kena marah pula.

“kan dah kata jangan percaya sangat benda-benda ni. Tak ada apa lah. Takkan semua awak ingat hantu hantu tak berhabis lagi dengan PD haritu ke?” marahnya.
“habis tu dah camni, muka pucatnya. Makan pun apa tak.”
“pergi klinik jelah. Orang sejuk ni. Dengan laparnya lagi” katanya terus capai sweater.
“mana ada klinik buka, pukul berapa dah ni. Pergi hospital jelah.” Arah aku. Kami pun bergerak ke hospital.

3kali cucuk ambil d***h, Hasif pun dah nyawa ikan tengok rupa dia. Biasalah hospital kerajaan kan memang lama lah. Nama dia dipanggil, doktor kata result normal Cuma demam biasalah tak lalu makan. Doktor pun suruh ambil ubat itu ini.

Malam tu tak tidur sebab fikir apa sebab Hasif macam tu. Malam tu juga dia telefon aku ajak pergi berubat. Tak tahan sangat katanya. Masa ni dah dekat pukul 12pagi. Aku bagitahu mak aku minta tolong bagitahu Pak Lang yang kiteorang nak datang. Mak aku iakan terus call pak lang aku.

Sampai dekat rumah Hasif, adik dia dah pimpin dia keluar dari rumah.

“kak, along muntah-muntah tadi dekat dalam.”
“letak along dalam kereta, siapa yang nak ikut ni?” Tanya aku. Adik dia seorang je sebab yang lain balik kampung sebab ada kenduri katanya.

Dalam perjalanan tu Hasif dan mula meracau, risau juga takut jadi apa-apa. Kami pun sampai. Tapi Hasif tak nak turun

“Kenapa bawa aku pergi sini!!” jeritnya. Terkejut lah aku tak pernah dia nak memaki aku tiba kemain dia. Siap meludah lagi. Adiknya pegang pun dah tak larat, apa sangat lah budak 14tahun boleh buat. Baru nak membesarlah katakan.

“kamu pegang dia. Bawa masuk dalam rumah.” Arah pak lang pada budak-budak dia.

Macam tadi Hasif masih meronta-ronta minta dilepaskan. Kejap menangis kejap maki hamun. Yang maki hamun tu aku jadi konfius dia kena rasuk atau memang dia sendiri yang bercakap. Hahaha jahatnya aku.

Sesi bersilat menyilat dilakukan. Bergaduh lah mereka malam tu. Bila ditanya kejap menangis, kejap ketawa lepastu marah-marah.

“Dari mana kau ikut dia” Tanya Paklang aku. Peluh jangan cakap dah basah satu baju.
“jangan dikacau ini budak. Dia aku punya.” Suara Hasif mendayu.
“aku Tanya kau dari mana!! Kenapa kau ikut dia” lada hitam ditenyeh. Menjerit jerit lah si Hasif.
“dia yang bawa aku!!!” jeritnya.
“apa maksud kau!!” sakit telinga aku mendengar, semua nak menjerit jerit. Cakap elok-elok tak boleh ke?
“mereka mahu bermain sama aku, tapi mereka tidak melayan aku. Budak ni ada kata kalau aku mahu aku boleh ikut dia untuk bermain.”

Pang! Macam satu tamparan hinggap terkenang masa kejadian dekat PD. Masa kami nak lari dekat dalam lif hasif ada cakap sesuatu tapi kami tak sangka benda ni boleh jadi

“kau nak main sangatkan bangsat! Kau ikutlah aku. Tak payah nak kacau sangat macam ni. Baruah betul!!”

Suara Hasif menjerit mengejutkan lamunan aku. Tiba-tiba dia menangis pula.

“saya suka dia” dah sudah macam pondan pula aku tengok si hasif.
“Kau ikut dari mana pula!!” Paklang aku masih bersilat. Anak buahnya tetap memegang erat tangan dan badan hasif.
“dia tidak takut dengan aku, aku sukakan dia.” Kini Hasif menangis mendayu-dayu. Meremang jangan cakap aku istigfar banyak-banyak.

Silat menyilat kembali bersambung tapi kini suara hasif bertukar menjadi garau

“aku mahu ajar budak ini! Tiada adab!” matanya merah memandang Paklang aku. Hasif meronta minta dilepaskan. Anak buah paklang sudah membaca beberapa surah. Aku hanya ditepi terkebil melihat apa yang jadi.

Dekat 1jam barulah si Hasif ni diam. Paklang menyapu air ke muka Hasif. Aku hanya melihat paklang aku membaca beberapa ayat lalu ditepuk-tepuk lantai sebelah telinga Hasif. Paklang aku menghembuskan nafas kelegaan.

“Alhamdulillah.” Semua mengangguk . masing-masing sudah terduduk keletihan.
“bangunkan dia. Tanya macam biasa.” Seorang budak pak lang mengejutkan Hasif. Tanya beberapa soalan ringkas, semuanya Hasif dapat menjawab dengan betul. Semua tersenyum. Maknanya selesailah tugas mereka malam ini. Jam aku kerling, dekat pukul 3:30am dah.

“nasihat tunang kamu ni zi. Paklang tak tahu lah nak kata apa. Jangan berani sangat jangan takut sangat.” Aku duduk bersimpuh didepan paklang aku. Nak tahu punya pasal aku tanyalah

“kamu semua seronok sangat masa pergi, pergi pula dengan keadaan kumpulan macam tu. Masing-masing tunjuk berani. Patutlah senang sangat masa ubatkan kawan kamu siapa tu yang haritu?”
“Jai, Paklang” jawab aku
“ha si Jai tu senang sangat. Rupanya dah sedap dalam badan tunang kamu. Ada 3ekor semuanya. Nasib baik tak jadi apa-apa. Benda tu dah makan dalam sebab tu tunang kamu makan pun tak lalu, dia duduk dekat saluran kencing tak nak kasi keluar. Kalau lama lagi tak tahu lah apa yang jadi.”

Paklang aku menyerahkan beberapa barang. Dipesannya supaya lepasni mulut kena jaga, jangan sembarangan tempat orang.

Dalam dunia ni bukan kita sahaja makhluk Allah yang wujud, masih ada yang lain walaupun kita tak nampak. Maka kawallah mulut anda, terutama yang macam Hasif.

Alhamdulillah lepas selesai semuanya tak ada lagi kejadian yang pelik-pelik jadi. Ada masa nanti aku ceritakan pula kisah pantang larang kain kuning yang benar terjadi dekat kampung aku, teluk intan. Masa ni umur aku baru 3tahun tapi cerita ni lah asal balik kampung belah abah diorang akan throwback sampai kepagi. By the way kisah kami yang PD ni jadi masa awal tahun . nak bagitahu yang kami dah nikah bulan 6 haritu. hehe

zi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

13 thoughts on “Padah Apartment RM100”

  1. Alhamdulillah dah nikah. Allah bagi teguran dengan pelbagai cara. Bukan setakat kerana mulut saja. Semoga jodoh anda berkekalan sehingga ke akhir hayat.

    Reply
  2. Dahsyat ya dia boleh buat sehingga mudarat begitu. Hanya Allah tempat kita berlindung. Apa pun, cerita ini bagus. Selain seram, ada pengajaran. Jagalah akhlak walau di mana kita berada dan sentiasa beringat akan kedudukan kita di bumi milik Allah ini. Terima kasih kongsi cerita dan tahniah atas pernikahan anda, Zi. Semoga berkekalan hingga jannah.

    Reply
  3. kalau dia celupar lagi. mohon kau tamparkan muka dia kuat2. aku tak berkenan dgn org perangai bengong mcm tu. ego berlagak poyo tak kena tempat. degil pulak tu. aku baca ni pun sambil byg kalau dpt mmg aku tampar je mamat ni. maafla ye emo pulak dgn suami awak..

    dan btw, selamat pengantin baru!

    Reply
  4. alhamdulillah da nikah..till jannah’ ya~hee,anyway yep aku setuju dgn kau ‘first’ mulut memang paling penting kena jaga kalau dah tahu pergi tempat asing yang belum kita jejak..jangan ‘haruk’ org kata ‘just’ rilek benda tu takkan tertarik kalau kau tak tarik perhatian dia..even kalau ‘dia’ sakat sekali pon buat rilek melainkan kau betul ada ‘isi’ ilmu yang ‘dalam’.

    Reply
  5. Tahniahhh!!…:-D
    Selamat pengantin baru…
    Seram citer adik zi ni…begitu sekali akibat setan tumpg dlm bdn kite?.. berak brdarah..tak boleh kencing.. nauzubilah… lpas jga baik2 suaminya jgn trlpas ckp ok…

    Reply
  6. Dah kawin yaa..alhamdulillah…cite best…btul mut kene jaga…selain jaga mulut sesama manusia, kene jugak jaga mulut dgn makhluk Allah yg lain….In Shaa Allah semua akan terjaga…

    Reply
  7. aku pnh duduk kat regency PD..dia duk tenjenguk2 muka dia kat blkg pintu…trus aku shoot ngan kaki aku..minta maaf trus dia…siap jadi balaci aku kat sana…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.