Ribuan terima kasih FS sebab sudi menyiarkan sambungan kisah seram aku. Hi pembaca! Terima kasih kerana anda sudi follow up walaupun part 1 agak kelaut. Hihihi. Aku akan jawab kemusykilan korang okay. Aku Ann, non-muslim yang berkawan dengan Nazri (Melayu Muslim) dan aku belum convert.
Kepada pembaca yang tak tahu hujung pangkal, sinopsis kisah aku ini (chewah, sinopsis :p) adalah pasal pakcik PM yang ingin menurunkan saka nya kepada Nazri (boyfriend aku). Part 2 ditamatkan dengan gangguan sebelum Nazri berubat. Entry 3 ini aku akan sambung gangguan selepas Nazri berubat. Sudi – sudilah baca ye.
Ustaz SH selain mengatakan yang pakcik PM sebenarnya dah mati dan belaannya yang “menjaga dia yang membuatkan pakcik PM seakan – akan masih hidup”, ustaz SH juga melarang Nazri untuk kembali ke rumah pakcik PM di Kpg Dulu. Tetapi sebelum kitorang tahu hal sebenar, Nazri masih lagi menjenguk pakcik PM walaupun selepas insiden WWE antara mereka kerana kami (Nazri, aku dan keluarga Nazri) masih mengenang jasa pakcik PM yang menjaga dia sejak dari bangku sekolah. Untuk pengetahuan korang, pakcik PM memang tak berkahwin dan tak mempunyai anak. Oleh kerana Nazri dijaga nya dari kecil dan dianggap sebagai anak nya, lantas dia ingin mewariskan kepada Nazri.
Pakcik PM pandai mengubat, mengurut dan “memberi minyak perlindungan” kepada rumah yang meminta, silap pakcik PM tidak “menjaga dorang berdua” kerana dia meminum minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Setelah keluarnya Nazri dari rumah Kpg Dulu, pakcik PM pun sakit (sakit kaki, sakit kulit yang macam kulit mengelupas dan tiba – tiba rupa kulitnya tampak gelap). Yela, nama pun “membela tapi tak mengamal yang betul”, harus ada kesan buruknya.
Ustaz SH melarang Nazri kembali ke rumah pakcik PM mahupun berhubung disebabkan niat pakcik PM yang ingin menurunkan sakanya kepada Nazri. Jikalau Nazri kembali ke rumah itu walau dengan niat ingin menjenguk maka “menanglah saka” tersebut. Gila kan? Itulah punca gangguan yang kami alami sebelum berubat kerana “belaan itu” mengharapkan Nazri pulang ke rumah itu dan berubat dengan “pakcik PM”.
Aku selitkan sikit bahagian sebelum berubat yang tertinggal ye. Sorry. Sebelum berubat dan mengetahui pantang nya untuk Nazri kembali ke Kpg Dulu, Nazri ada je balik ke Kpg Dulu untuk mengambil barangnya. Nazri menceritakan balik dengan aku alkisah suatu pagi masa dia kembali sebentar ke Kpg Dulu macam biasa untuk ambil barang, Nazri kata pagi itu muka pakcik PM bersinar – sinar, rupa dia pun tak macam orang sakit (masa dia sakit kaki tu, dia jalan tempang) elok je dia jalan. Jeng Jeng Jeng…! Korang rasa?
Aku dengan Nazri kenal sebab kitorang kerja dekat bangunan yang sama tapi tingkat lain – lain. Nazri la yang tackle aku dulu, hehehe. Dah, tak nak merepek. Selepas berubat, Nazri berhenti kerja sebab sebelum dan semasa berubat tu dia asyik cuti. Mana tak nya, asyik kena kacau je. Tidur tak lena, makan tak kenyang, tak larat dia nak turun kerja. Lagipun kitorang yang rapat dengan dia pun tak berani biarkan dia drive ke sana sini seorang. Kesian kan sehingga mengganggu pencarian rezekinya, tapi sekarang dia dah kerja.
GANGGUAN SELEPAS NAZRI BERUBAT
Setelah berubat dengan ustaz SH baru rasa lega sikit, sikit je. Lagipun ustaz SH juga memberi Nazri perlindungan diri seperti air untuk diminum dan ayat – ayat suci. Nak dijadikan cerita. Hijab Nazri pula terbuka tapi kitorang tak rasa ustaz SH yang bukakan, Nazri pun jenis lemah semangat dan kitorang pernah pergi berubat dekat beberapa tempat yang berlainan, kemungkinan masa salah satu proses tersebut kot. Setakat nampak pocong, ponti, toyol, budak kecil, lembaga hitam, Nazri macam dah lali je. Kecuali kalau dia tetiba siku aku, yang itu gerenti gerun (tapi aku tak pernah tanya dia nampak apa, terima kasih je la hahaha). Selepas berubat jugalah aku dengan Nazri kerap bermimpi. Kadang – kadang bila dah terkena gangguan baru nak cerita perihal mimpi masing – masing “ketika normal kembali”. Sakit beb kena dengan benda macam ni. Hmm.
Aku kesian sebenarnya dengan Nazri sebab hidup dia macam kucar – kacir seketika dengan semua dugaan yang dialaminya. Sebagai girlfriend “most wanted” (hahaha), aku sentiasa ada dengan dia dan bagi semangat untuk lawan. Yela, kau gila nak sambung kerja bela – membela ni, dahla dosa lepastu makan diri. Tsk! Macam – macam cerita yang didengari sesudah Nazri keluar dari rumah pakcik PM dan pergi berubat dengan ustaz SH (sebabnya dekat Kpg Dulu pun ada saudara Nazri jadi kitorang dapat info dari gossip Joyah xoxo). Contoh macam, pakcik PM tinggal seorang jadi keluarga/saudara dia akan menghantar makanan untuknya. Dengar cerita habis semua pinggan mangkuk makanan tersebut ditikam oleh pakcik PM ke jalan.
Kawan lama Nazri (aku namakan dia Sam) pada bulan 9 yang lalu telah menghubungi dan memberitahu bahawa Sam pernah terserempak dengan pakcik PM berjalan kaki menuju ke ofis lama Nazri (Nazri pindah ke kawasan lain dan kitorang tukar no telefon supaya pakcik PM mahupun keluarganya tidak dapat menghubungi Nazri). Kata Sam juga, rupa pakcik PM sangat menakutkan dan hitam. Gaya jalannya pun tempang. Sam tanyakkan pakcik PM nak kemana dan kalau dia ingin ditumpang tapi pakcik PM hanya tanya “Nazri mana?’ Kalau diikutkan, jauh perjalanan orang tua tu dari Kpg Dulu nak ke ofis lama Nazri. Aku dengan Nazri membuat andaian bahawai sekiranya rupa pakcik PM hitam dan sakit, itu memang dia. Jikalau nampak sihat dan berseri je, korang paham sendirilah.
Cerita orang kampung pula, ada satu malam ni, pakcik PM buat hal. Dia balutkan dirinya seumpama pocong dan betenggek depan tangga rumah orang (rumah orang tu rumah kampung stail lama yang tinggi, bertiang, dan ada tangga). Rupanya hitam sangat sambil mengekek pada waktu malam. Rumah orang itu pula dekat tepi jalan, ramai yang lalu. Ngeri! Sesiapa yang lemah semangat malam tu, aku harap dia dah dapat balik la semangat dia. Fuh!
Ada lagi cerita anak buah Nazri ni ha. Anak buah dia cerita dia nak buang air satu malam ni, lepastu tak tahu kenapa dia menoleh ke arah pintu utama, (kalau keluar dari bilik tidur kat rumah mak Nazri dan toleh kanan memang nampak ruang tamu dan pintu utama) kelihatan bayangan hitam bawah pintu (sebab lampu luar buka). Awalnya, anak buah Nazri sangkakan itu bayangan kucing tapi elok je bayang – bayang kucing tu berposing sebelah bayangan hitam tadi. Bila diamati, bayangan hitam itu menyerupai tangan yang besar dan hitam, bayangan tersebut hanya statik di bawah pintu dengan separuh tangan itu di luar dan separuh lagi di dalam. Aku diam je dan menceritakan balik kepada Nazri. Kitorang mampu diam je lah, huhuhu.
Anak buah Nazri juga mimpikan pakcik PM. Kata anak buah Nazri, dalam mimpi itu pakcik PM bagitau dia “Aku nak Nazri”. Meremang aku takyah explain la. Kalau ternampak kucing kat rumah mak Nazri asyik mengikut je Nazri macam belangkas, kitorang tau la “belaan itu” tengah menggendongkan dirinya dibelakang Nazri. Part kucing ni aku pun geli hati kekadang sebab bila si meow tengah buat perangai macam tu, Nazri akan nampak takut, rasa geli, pastu marah – marah kucing tu suruh jangan ikut. Mana tak geli kalau kita tahu ada momok lekat kat belakang kita. Hahaha. Kesian kekasih hati aku.
Nazri ada mak ayah angkat (Mak Has & Ayah Budi) dan kitorang pun sering melepak dekat rumah dorang. Selepas balik kerja suatu petang ni, aku berpantun dengan Nazri, “lama tak jenguk mak dan ayah”. Nazri pun guna jalan menuju ke rumah mereka. Setibanya, mak Has pun menjemput kitorang duduk minum sambil bersembang. Masa tu, ayah Budi belum balik dari kebun. Mak Has pun menanyakan khabar pakcik PM. Pasal kes pakcik PM, cuma keluarga terdekat Nazri je tau, tak elok rasanya nak kecohkan hal sedemikian. Jadi mak Has dan ayah Budi tak tahu langsung. Tak lama kemudian, ayah Budi pun balik. Nampak je kelibat Nazri, dia pun menceritakan kisah seram di rumah mereka.
Ayah Budi kata dia selalu ternampak kelibat lembaga hitam dan besar serta tinggi mencecah siling rumah dalam rumah. Gaya jalan lembaga itu pula seperti orang mabuk. Nazri diam sambil mengangguk. Rupanya, mak Has dan ayah Budi diberi “minyak pelindung rumah” oleh pakcik PM dulu. Oleh kerana pakcik PM “dah mati” dan “belaannya tak dibagi makan” lalu ia menunjukkan diri. Sebab itulah ayah Budi akan ke kebun sekiranya mak Has bekerja sebab dah fobia sangat nak duduk seorang dekat rumah itu. Patutlah saudara – mara dorang pun lama tak menjenguk kata mak Has. Kata saudara dorang bila ditanya kenapa tak bertandang sebab “rumah mak dan ayah seolah disorok”. Rumah mak dan ayah juga dimasuki pencuri dan mereka sering bergaduh. Rumah macam “panas”.
Sesudah ayah Budi bercerita, Nazri pun memberitahu mereka hal sebenar. Memang terkejut gila lah dorang. Tapi nak terkejut pun dah terlambat, benda dah jadi. Mak Has dah cuak gila. Aku pun mencadangkan ustaz SH kepada mak dan ayah lalu janji temu diatur dan ustaz SH akan datang untuk “membersihkan” rumah mereka. Seminggu selepas itu, mak Has whatsapp aku dan menceritakan kecekapan ustaz SH. Ustaz SH membersihkan setiap penjuru rumah termasuk kipas dan lain – lain. Kata ustaz SH kepada mak Has dan ayah Budi, “benda tu” dah mula nak beranak – pinak dekat rumah dorang. Minyak pun telah ustaz SH “bacakan” dan minta ayah untuk membuangnya ke laut kerana ayah merupakan tuan rumah.
Nazri mengamalkan pendinding diri yang diajar oleh ustaz SH lalu gangguan pun surut. Lembaga tersebut pun tak lagi merayau di luar rumah. Tetapi pakcik PM muncul dalam mimpi untuk memberi amaran. Mulanya aku mimpi yang dua orang budak lelaki ternampak jelmaan pakcik PM dan pakcik PM telah membunuh mereka dan mencari Nazri. Kitorang pun berkumpul dalam satu dewan menunggu kedatangan pakcik PM tetapi dia tak muncul. Nazri pula bermimpi pakcik PM marah kerana Nazri melawan nya dengan pergi berubat, solat dan sebagainya lalu pakcik PM memberi amaran kepadanya.
Sudah aku nyatakan di entry 1 dan 2, kami masih lagi berusaha mencari jalan dan berubat. Gangguan juga sentiasa datang on – off. Aku yakin “evil never wins” dan Tuhan tak pernah tidur.
Kalau sesiapa ada info atau pengalaman pasal penurunan saka dan sebagainya, tolong bagi feedback dekat komen ye? Thank you and till next time! Stay safe, guys!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Banyak btol dugaan korg yer…
Berpanjangan…dh mcm kesah si NINJAMOM jugak…
Harapnye penulis trs tabah di.samping pasangan dan keluarganya…
aq x pasti kat mano tapi add aq dekat fb so boleh aq try tanya membe aq dan gitau dekat hang.
ohhh lupa bg fb hang kt aq
kenkadang dia cerita benda yg sama
peh..jenuh jugak nak hadap pakcik PM ni