Pakcik Tua Berjubah

Pakcik Tua Berjubah

Aku bekerja sebagai jurumekap sepenuh masa. Sebelum ni aku bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat insurans yang agak gah di Malaysia. Oleh kerana minat yang mendalam dalam seni solekan ni, sanggup aku berhenti kerja yang sudah stabil untuk mengejar impian menjadi seorang jurumekap/jurusolek. 6 bulan pertama selepas berhenti kerja, kerjaya aku kurang stabil. Dugaan barangkali, namun aku cekalkan diri dan kuatkan semangat demi mencapai impian.

Selepas 6 bulan, makin hari makin ramai yang berminat dengan khidmat aku. Setiap customer yang aku solek, aku akan ambil gambar dan masukkan di media sosial untuk rujukan pada bakal2 customer. Alhamdulillah..makin mengembang. Aku juga ada mengadakan kelas solekan secara personal, nak buat kelas yang dihadiri ramai student rasanya masih belum mampu ke tahap tu.

Satu hari aku dapat request untuk kelas solekan secara personal. Selalunya kelas solekan akan diadakan di rumah aku sendiri. Ada bilik khas untuk barang2 solekan dan juga untuk customer mahupun untuk diadakan kelas solekan. Student yang request tu nak aku pergi ke rumah dia. Sanggup dia nak bayar lebih untuk cover minyak kereta dan makan minum. Pertama kali aku nak pergi mengajar di tempat lain selain rumah aku, excited pulak rasa. Dan aku setuju dengan tawaran dia.

Student tu aku namakan Sisi, mudah untuk difahami. Sebelum bertolak, sempat aku mengajak kawan baikku, Jiha untuk teman aku pergi sana, memandangkan alamat yang diberikan oleh Sisi tu agak asing bagi aku. Dah set gps semua, kami memulakan perjalanan, jauh jugak kalau ikutkan gps tu ada la dalam 53km. Kami bertolak awal2 pagi memandangkan perjalanan tu jauh, dan nak cari lagi rumah Sisi pasti mengambil masa. Hampir jam 10 pagi kami makin jauh perjalanan. Selepas melalui beberapa buah kampung, kami lalu pula ladang kelapa sawit. Jalan tar pula berbukit2. Jalan nampak sunyi walaupun siang hari. Tak banyak kereta yang lalu jalan tu, kami hanya terserempak dengan sebuah motorsikal yang dipandu oleh seorang lelaki tua memakai jubah putih. Itupun sebab Jiha yang tegur, sebab moto pakcik tua tu pakai plat number besar gedabak.

Kami tiba di sebuah pekan kecil. Pekan nampak suram je. Jiha kata, maybe sebab pendalaman kot sebab tu tak ramai orang. Kedai2 plak macam kedai zaman dulu. Macam bangunan lama tahun 80an. Ada sebuah kedai kopi yang nampak usang tapi full dengan customer. Kedai kopi tu ala kedai kopi macam dalam movie chinese tahun 80an. Sewaktu melalui kedai kopi tersebut, sempat aku memandang keluar memerhati keadaan dalam kedai kopi, anehnya waktu aku pandang tu semua customer dalam kedai kopi tu angkat kepala dan pandang aku. Semua sekali. Aku sedikit terkedu, terkejut pun ada. Sebab semuanya serentak pandang aku. Tanpa fikir apa2, aku abaikan walaupun rasa sedikit pelik.

Menurut gps, perjalanan kami hanya berbaki 7km lebih kurang. Dah tak jauh. Matahari dah tegak atas kepala. Jauh benar nak sampai rumah Sisi, memang sepatutnya pun kalau aku charge lebih untuk minyak dan makan minum sekali. Kami melalui pulak kebun getah. Jalan nampak sunyi sepi sama macam keadaan ladang kelapa sawit yang kami lalui sebentar tadi. Jiha pula sibuk layan telefon, sedang aku fokus memandu, tiba2 Jiha separuh menjerit. Aku pandang dia dan dia tuding jari kat depan kereta. Aku pandang kearah tersebut dan sedikit terkejut. Kelihatan Pakcik Tua Berjubah putih menaiki moto yang sama Plat number besar gedabak tu ada kat depan kami. Serius aku hairan, aku sendiri fokus kat depan sambil memandu, tapi aku tak perasan langsung pakcik tua berjubah tu. Bila Jiha tunjuk barulah aku perasan. Yang peliknya tu macam mana Pakcik Tua Berjubah tu boleh ada semula depan kami?

Kereta aku memotong pakcik tua tersebut. Kali ni kami sama2 nak pandang pakcik tu. Masa pandang tu, terkejut tengok pakcik tu sedang senyum pandang kami. Macam dapat mengangak yang kami akan pandang dia. Jiha suruh aku laju sikit pandu kereta. Aku pandu makin laju, ada la dalam 5 minit macam tu masih dalam kawasan kebuh getah, sekali lagi kami terserempak dengan Pakcik Tua Berjubah tadi. Masa ni masing2 dah mula tak senang duduk. Macam ada benda tak kena. Aku dan Jiha berdiam diri walaupun mulut masing2 tak sabar nak bercakap pasal pakcik tu. Tapi macam kena gam, tertutup rapat mulut kami berdua.

Kami abaikan hal tersebut hinggalah kami sampai pula di sebuah pekan kecil. Ada signboard nama pekan tersebut yg aku namakan Pekan A. Sampai dekat pekan A awal2 Sisi dah bagitahu untuk tunggu dia dekat situ, sebab kawasan nak masuk rumah dia tu takde dalam gps, memang gps pun stop kat situ saja. Hampir setengah jam menunggu dalam kereta, Sisi sampai dekat kami, dia datang naik skuter.

Kami ikut Sisi kat belakang dengan kereta, Sisi bawak masuk kampung dia, kampung dia dalam kawasan hutan dan kebun getah. Jalan nak masuk rumah dia memang totally hutan. Hutan jenis semak2 tu je. Jalan pun tanah merah. Dari jalan tar ke rumah dia, ada la dalam 20 minit. Maybe rasa lama sebab jalan pun tak okay, berlopak dan naik kereta pulak tu. Kalau naik motor macam Sisi maybe ambil masa 10 minit dah sampai.

Ibarat macam masuk hutan jumpa istana, macam tu la yang terjadi. Rumah Sisi besar giler. Besar macam banglo. Tapi reka bentuk rumah macam rumah batu kat kampung tu je. Kami turun dari kereta, Jiha memang excited teruk tengok keadaan sekeliling, dia nak selfie tapi Sisi tak benarkan, cuak je muka Jiha. Tepi rumah Sisi tu, dalam 20 meter ada gaung. Kedalaman gaung tu aku agak dalam 20-30 meter la kot. Tak pasti sebab bawah2 tu macam ada semak2 hutan. Tak tahu nak describe macam mana kawasan tu tetiba boleh ada gaung. Permandangan pulak serius cakap, memang tip top. Berdiri dekat gaung tu sambil menikmati keindahan hutan keliling memang sangat2 best. Yang tak bestnya kalau pandang bawah gaung tu memang scary je rasa. Gayat kot.

Kami masuk dalam rumah Sisi, dalam rumah ruang luas, ofcoz la kan. Tak banyak perabot so ruang nampak sangat2 luas macam lapang futsal. Rumah dia 2 tingkat, kat bawah macam biasa ada ruang tamu dan dapur termasuklah beberapa buah bilik. Bilik Sisi kat atas, nak naik tangga tu tangga dia macam dalam filem hindustan. Berukir bagai. Dekat tingkat atas, ada dapur kat hujung sayap kanan dan ruang tamu kecil kat tengah dikelilingi oleh bilik2 macam dorm. Setiap bilik ada number. Aku tanya Sisi kenapa ada number dan dapur setiap tingkat. Sisi bagitahu number2 tu mudah untuk diingati setiap orang, dapur tu sebab ayah sisi kawin 3..bini pertama kat tingkat bawah, bini kedua dan ketiga kat tingkat atas. Sebab tu ada dapur asing2 macam tu. Kami senyum je dengar. Dan setiap bilik tu berpenghuni, bilik anak2 ayah Sisi. Ada banyak bilik bermakna memang ramailah anak2 ayah Sisi, dan Sisi pulak anak isteri ketiga.

Oleh kerana kami sampai pun dah tengah hari, makanya kelas solekan tu bermula lewat dan habis pun lewat. Dalam pukul 6 baru selesai. Kebetulan Sisi takde model yang nak disolek, so Jiha offer diri untuk disolek oleh Sisi. Sepatutnya model tu dicari sendiri oleh Sisi, tapi tak jadi sebabnya adik dia yang dia minta jadi model tu terpaksa hadiri kenduri kawen kawan dia. Mujurlah aku bawak si Jiha ni, dapat juga merasa sumbangan dia.

Oleh kerana kawasan rumah Sisi ni dikelilingi hutan, pukul 6 pun dah nampak gelap macam pukul 7. Sisi suruh kami cepat beredar sebelum maghrib. Dia nampak kelam kabut sikit lepas tengok cuaca mendung semacam je. Siap pesan suruh kami bawak laju sikit untuk keluar dari pekan dekat rumah Sisi. Pekan A. Waktu nak keluar, Sisi tak temankan kami. Gara2 Jiha terlebih confident kononnya dia ingat jalan yang Sisi bawak masa nak masuk kawasan rumah Sisi. Macam aku cakap, totally hutan. Sekeliling hutan. Bila dah makin gelap ni keadaan sekeliling nampak tak best, gelap semacam je. Jalan rumah Sisi ni kalau ikut jalan tanah merah tu memang takde simpang2 bagai. Jalan tak straight tapi ikut je jalan tanah merah tu nanti sampai la kat jalan tar.

Hampir 30 minit kami cuba keluar dari kawasan situ, anehnya masih tak jumpa2 jugak jalan keluar. Macam takde penghujung. Mujur minyak kereta dah isi full sebelum start perjalanan pagi tadi, takde la nak risau sangat bab minyak kereta habis. Jiha dah mula membebel. Aku banyak diam je, sebab mata kepala dok fokus nak keluar dari situ. Tiba2 kami nampak sebuah rumah kayu. Macam pondok pun ada, Jiha pulak pergi tegur. “Sejak bila pulak ada rumah kat situ.” Lepas Jiha cakap macam tu, terus aku tampar peha dia. Jari aku letak kat mulut, buat isyarat supaya diam dan jangan tegur. Jiha Cuma balas dengan mata terbeliak. Tiba2 telefon berdering, Sisi call aku. Dia tanya dah sampai mana, aku cakap terus terang yang aku masih dekat dalam hutan area rumah dia. Masih tak jumpa jalan tar iaitu jalan keluar. Suara Sisi dengar macam kelam kabut. Dengar suara lelaki kat belakang Sisi macam cakap something tapi tak jelas. Sisi cakap, lagi 5 minit dia call semula.

Sedang kami berusaha nak keluar dari situ, Jiha tetiba cuit bahu aku. Dia suruh tengok sebelah kiri dia. Aku paling kepala nak tengok, terkejut sangat tengok Pakcik Tua Berjubah putih tu tengah berdiri dekat pokok. Yang peliknya tu Pakcik tu berdiri seiring dengan kereta yang sedang berjalan. Dia berdiri statik je, kereta pulak tengah berjalan tapi dia still berada dekat pokok sebelah kiri kami. Jiha dah mula nak menangis, aku ni dah macam jantung nak luruh bawah. Takut tak usah cakap la, meremang bulu roma bagai. Keadaan pulak makin gelap macam dah malam disebabkan cuaca mendung. Jam aku tengok dah pukul 7.30 malam. Dah maghrib. Bermakna hampir sejam lebih dah kami terkandas kat situ tak dapat keluar. Pakcik tua jubah tu dah hilang. Keadaan reda sikit. Tapi aku still memandu. Badan dan letih sangat. Dengar phone bunyi dan Sisi call. Dia tanya aku kat mana, masih sama aku bagitahu dia, kat dalam kawasan hutan area rumah dia. Dia cakap cuba call aku berulang kali tadi tapi tak berjawab. Padahal langsung takde bunyi telefon pun, macam mana aku nak jawab. Sisi suruh aku berhenti dulu dan jangan pandu dah. Katanya dia akan datang kejap lagi dengan ayah dan abang dia.

Aku berhenti dekat pokok besar. Keadaan sekeliling gelap gelita, nampak batang pokok je yang besar, tu pun sebab suluh dengan lampu kereta. Sementara tunggu Sisi sampai, aku bukak radio. Time2 maghrib macam ni selalu kat radio ada orang mengaji. Dah tetiba pulak radio macam takde siaran, ataupun kawasan tu takde coverage radio. Mujurlah line telefon ada. Jiha bukak bacaan Al-Quran dekat telefon dia memandangkan telefon aku bateri tak banyak dan nak jimat bateri sementara tunggu Sisi sampai, takut kang dia call nanti tak dapat pulak.

15 minit kami tunggu Sisi, still tak nampak bayang, Jiha dah terlena dibuai mimpi dan aku plak gelisah menunggu. Dah la tak solat maghrib lagi ni, Jiha takpe la uzur. Sedang aku belek2 FB, tetiba macam ada bayangan melintas depan aku, means depan kereta. Aku pandang depan tengok takde apa, pandang keliling pun takde apa2 jugak. So aku abaikan, maybe perasaan aku kot. Aku teruskan belek FB semula. Sekali lagi aku rasa macam ada bayangan tapi kali ni sebelah kanan aku. Aku pandang tengok takde apa2. Tapi kali mula rasa tak sedap hati. Aku kejut Jiha suruh bangun, Jiha bukak mata je terus dia terjerit, muka dia kalih tengok aku dengan keadaan takut. Aku tanya dia kenapa, dia cakap ada benda depan kereta. Aku pandang depan tapi kosong. Tak ada apa2 pun. Jiha menangis takut. Aku cakap kat dia, tak ada apa2 pun kat depan kereta. Tapi dia still cakap ada benda. Ada perempuan. Aku mula serabut. Dah la Jiha dalam keadaan uzur. Macam2 pulak dia nampak benda yang aku tak nampak. Aku telefon Sisi, tak dapat. Berkali2 try call semula tapi tak dapat. Terputus senyap je, takde voicemail ke apa. Jiha goyang bahu aku, ajak aku pergi dari situ. Aku pulak serba salah nak tunggu Sisi. Takut kalau2 Sisi dah nak sampai, tapi aku gerak makin jauh dari dia. Jiha makin meraung menangis. Aku makin serabut rasa macam nak keluar dari kereta dan pergi jauh2 dari Jiha. Aku punya serabut dengar Jiha meraung tu macam nak sepak2 je Jiha tu. Jadi nak marah baran semua ada masa tu.

Tetiba dengar bunyi ‘gedebuk’ atas bumbung keta. Macam buah kelapa jatuh. Tapi macam besar je buah kelapa tu. Jiha diam, aku turut terdiam. Kami pandang muka masing2 cuak. Kemudian dengar bunyi cakar. Cara cakaran tu macam rakus sangat2, silap2 boleh terkopak bumbung kereta. Aku telan liur, Jiha cengkam lengan aku kuat. Tangan aku dah menggigil pegang phone. Bacaan Al-Quran dekat phone Jiha boleh plak time tu jadi tersekat2 macam Cd rosak tu. Masing2 dah berpeluh dingin. Aircond pun dah tak rasa waktu ni. Then kereta pulak bergoyang macam kena ribut. Bergoyang kiri kanan. Padahal pokok2 kat sekitar tu tengah statik elok je takde kena goyang ribut pun.

Time ni baru teringat nak baca2 bagai. Entah apa benda aku baca pun tak tahu. Melalut berterabur semua. Ada la dalam 5 minit kami melalui keadaan tu, bumbung kena cakar berselang seli dengan ribut yang membadai kereta then secara tiba2 semuanya reda. Sunyi sepi. Aku rasa lega sikit. Ingatkan dah selasai. Kali ni dia muncul pulak depan mata. Tadi Jiha je yang nampak, ha..yang ni aku pulak dia buat bagi nampak. Betul2 sebelah aku tapi kat luar kereta. Ada cik adik baju lusuh tengah berdiri statik pandang depan. Tapi betul2 sebelah aku kiranya jarak antara kami hanya dipisahkan oleh pintu kereta. Mengucap aku tengok. Jiha dah menangis sekali lagi. Aku ni bukan tak rasa nak menangis, tapi terlampau takut rasa macam nak tercirit pun ada. Masa tu jugak kami nampak cahaya lampu datang dari depan kereta. Makin lama makin dekat, rupanya lampu kereta jenis storm. Keluar seorang lelaki sebaya umur ayah aku, dalam 50an, diikuti seorang lelaki muda dan Sisi. Waktu nampak muka Sisi ni barulah aku rasa macam nak menangis. Macam nak serbu keluar peluk Sisi. Baru gaya2 nak keluar dari keta, Sisi buat isyarat tangan suruh tunggu dulu. Ayah Sisi dok terkumat kamit baca something, jarak kami dan Sisi dalam 7-8 meter tak silap. Dorang bertiga masing2 pandang atas. Macam pandang atas kereta. Serentak tu jugak dengar semula bunyi cakaran atas bumbung. Tapi kali ni dah kurang rasa takut sebab ada Sisi dengan ayah dia sekali dengan abang dia kot.

Selesai semua Sisi datang dekat aku. Bukak pintu kereta, dia suruh kami naik kereta ayah dia, kereta aku tu abang dia pandu. Aku ikutkan aje. Aku dan Jiha keluar serentak dari kereta. Sisi pesan jangan pandang belakang. Tapi oleh kerana sikap spontan aku yang menyusahkan ni, automatik aku terpandang belakang. Patutlah dia tak bagi pandang belakang, rupanya cik adik baju lusuh yang berdiri sebelah aku tadi tu tengah melekat dekat batang pokok besar sebelah keta aku berhenti tu.

Sisi bawak kami balik rumah dia. Tak jauh pun wei. 200 meter je dari situ. Yang kami pandu dekat sejam tu menda apa tak sampai2. Sampai rumah dia, kami bersihkan diri dan solat. Aku sorang je la solat sebab Jiha kan uzur. Family dia jamu makan malam apa semua dulu. Then lepas isyak nak hantar balik diiringi oleh ayah Sisi dan abang dia. Selesai makan tu kami duduk berkumpul dan berborak tentang kejadian yang berlaku. Menurut ayah Sisi, kawasan hutan tu memang keras. Cik adik baju lusuh tu katanya ponti. Ada aku bagitahu rumah kayu yang kami jumpa tu, ayah Sisi bagitahu rumah tu dulu ada orang tua duduk sorang diri, takde anak dan isteri dah meninggal. Dia pun baru meninggal tak sampai setahun. Orang tua tu membela, lepas dia meninggal belaan dia tu macam layang2 putus tali.

Sebut pasal orang tua, Jiha bukak mulut bagitahu pasal Pakcik Tua Berjubah naik moto plat number besar gedabak. Sebut je plat number besar tu terus abang Sisi gelak. Abang Sisi cakap memang moto orang tua yang duduk rumah kayu tu plat number dia besar gedabak jugak. Maybe orang yang sama. Dia tanya ada tegur apa2 tak, aku cakap si Jiha ni pegi tegur number plat moto pakcik tu besar sangat. Maybe sebab teguran tu kot belaan dia ganggu kami yang menyerupai Pakcik Tua Berjubah tu masa berdiri dekat pokok2 dalam hutan. Cik adik ponti tu penghuni dalam hutan tu jugak. Aku tanya Sisi, tak takut ke duduk situ, dia cakap dia dah biasa dengan semua tu. Lagipun kawasan rumah dia dah berpagar, so makhluk2 tu tak boleh masuk ganggu. Lagi pulak ayah dia ada pondok tahfiz dekat belakang rumah. Manalah nak seram sangat. Aku tak perasan part pondok tahfiz tu sebab duduk belakang rumah. Tapi patutlah keliling kawasan rumah dia ada pagar besi macam pagar kat sekolah tu.

Lepas Isyak, abang Sisi pandu kereta aku, Sisi pun naik sekali dengan kami. Ayah Sisi ikut belakang, sampai la kami keluar jumpa pekan A, tapi abang Sisi tak berhenti. Dia cakap dia akan berhenti selepas bertemu dengan pekan kedua. Pekan kedua tu pekan yang aku bagitahu ada kedai kopi zaman 80an tu. Masa kami sampai situ, keadaan berubah. Pekan kat situ hanya tinggalan kosong. Bangunan pun dah banyak runtuh. Kedai kopi yang kami nampak full dengan customer tu pun dah runtuh, bumbung pun takde dah. Aku diam je. Abang Sisi cakap situ pekan lama, bangunan2 situ pun dah lama, pemilik bangunan taknak naiktaraf bangunan situ jadinya dibiarkan begitu saja la. Jiha pula bagitahu, kenapa masa kami lalu siang tadi tengok elok je pekan ni, Abang Sisi gelak je. Dia cakap maybe masa tu kami memang dah kena ganggu. Mata kami disajikan dengan permandangan yang sebaliknya. Aku diam je, tak berani cerita nak pasal kedai kopi tu. Taknak sebut dah pasal tu.

Lebih kurang 100 meter dari situ, kami berhenti dan tukar posisi, lepas bersalaman semua abang Sisi pesan suruh kami baca apa yang patut sebelum masuk rumah. Jiha dah cuak, ingatkan masih ada benda yang ganggu, tapi kata abang Sisi, cuma langkah berjaga2. Sisi pulak asyik minta maaf dengan apa yang jadi, kalau tak kerana dia mintak datang rumah dia sejauh tu, mesti takkan terjadi perkara macam tu. Aku senyum je, dalam hati macam nak iyekan saja kata2 Sisi tu. Tapi abaikan saja la, lagipun semua selamat, kena ganggu pun takde la seteruk mana even aku hampir tercirit dalam seluar. No hal la.

Balik tu masa kami lalu dekat ladang kelapa sawit, masing2 diam sepi. Mata liar pandang keliling sebab kawasan tu la kami terserempak dengan Pakcik Tua Berjubah tu. Alhamdulillah. Keadaan tenang tanpa apa2 gangguan hinggalah sampai rumah masing2. Seminggu lepas tu ada kawan ayah aku datang ziarah. Sembang punya sembang rupanya kawan ayah aku tu rumah dia dekat kawasan yang sama dengan Sisi. Ada aku cuba risik2 pasal kawasan situ, sempat jugak aku tanya pasal pondok tahfiz yang ayah Sisi bukak tu, tapi kata kawan ayah, dia tak tahu menahu pulak ada pondok tahfiz kat situ. Rumah Sisi aku pun dia tak tahu. Aku bagitahu rumah Sisi tu besar ada gaung semua la, tapi dia macam pelik sebab tak tahu langsung pasal tu sepanjang dia tinggal situ. Yang dia hairan tu, rumah aku ceritakan dalam kawasan hutan, kalau ada penduduk yang rumahnya besar macam cerita aku tu, mesti akan jadi tumpuan dan buah mulut semua orang kat situ. Aku abaikan saja la, dan sehari lepas tu teringat nak call Sisi, tapi malangnya number dia tiada dalam perkhidmatan.

#CikSha

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 5]

104 thoughts on “Pakcik Tua Berjubah”

  1. Seramnya CikSha tp you berani kan. Kalau aku, time gps tu tunjuk 53km, aku dah give up dah. Apa apa congrats bapak Sisi dapat kawen 3, ahaks.

    Reply
      • pembetulan ye semua.. kak yulie tidak bergosip.. dia mungkin tengah berbincang tentang sesuatu kat sana..

        **Gosip = Bincang (off record)

        Reply
      • kak.. x de la bonzer sangat pun.. compare ngan muka den aritu bonzer lg muka den..
        patut la hotsetap kat skola dlu2.. jambu2 juga kak long kawasan fs ni.. haha

        *tabik

        Reply
      • Akk sajer jerk letak gmbr mse enibeseri aritu pki baju ala2 perantin soo xdelah korg seriau sgt nmpk muke akk…

        Kot akk letak gmbr ala2 nk kuor pagor time nk buang sampah sesambil nyapu garaj, mau korg sume pakat2 left kang…

        Reply
    • Siapa tahu..maybe kak ponti pun teringin nak mekap ala2 doll mcm Alha Alfa. So melalui sisi, dapatlah dorang jadi kak ponti yg cantik tanpa pacak paku belakang leher….hahaha

      Reply
  2. Menarik! Sisi tu kiranya tak wujud jugak ke macam pak cik jubah putih tu?
    Mungkinkah alam bunian?
    Tertanya-tanya jugak kat area mana la kampung ni agaknya.

    Reply
  3. ishhh. Sisi tu xwujud? Sisi tu pun hantu? hantu tu belajar mekap? arghhhhhh
    #CikSha better ko tanya Jiha apa perasaan dia jd model Sisi lepas dapat tau yang Sisi tu wujud ke x hahahahahah i is curious

    Reply
    • Bez…feel tym baca…besar betul rumah, sampai 3 dapur. Bunian ke? (sebab biasa cerita2 bunian, rumah besar2..)

      ad logic
      1. Sisi xbole ke rumah writer ni, n writer yang kena pergi ke rumah die. Kalau memang Sisi xnk sshkan org luar kena kacau kat kawasan rumah dia, mestilah Sisi yang kena kluar cari tukang solek kan..bukan takde duit pun nak p jauh2…ni Sisi trpaksa panggil writer ke rumah dia.

      2. Setiap tingkat ada dapur? memang besar…dream house

      3. Kawan ayah writer cakap. kalau ada rumah besar cenggitu, mesti jadi buah mulut. If org pun xtau, maybe Sisi dari alam lain.

      4. Part Cik Adik pakai baju lusuh ddk kt sebelah pintu kereta n pakcik berjubah putih brdiri static, seiring dgn kereta tgh bergerak..memang trlalu seram…mcm mana klu tym ponti ddk depan or sebelah kereta, tetiba pandang ke arah kita secara menegejut n menjerit..aaaaaa…haru terkincit n pengsan wei..(over imaginasi..haha)

      Bez…cerita la lagi..

      Reply
  4. “Yang peliknya tu Pakcik tu berdiri seiring dengan kereta yang sedang berjalan. Dia berdiri statik je, kereta pulak tengah berjalan tapi dia still berada dekat pokok sebelah kiri kami” ~~ ni sebenarnya kereta bergerak ke tak atau pakcik tu yg ada disetiap pokok??

    Reply
  5. selame ni bkk FS time lunch je..
    tetibe arini terbukak plak di kala mendung berserta hujan lebat di luar opis…
    dgn printer tetibe berbunyi sendri…
    serammm bhaiii…
    msa juga mempengaruhi mood pembca…
    pape pon #ciksha besttttt cite awk!

    Reply
  6. Haaa tu laaahhh…
    Sllu org gambarkan natang ni dgn ghupe yg huduh2…
    Kan deme dah kecik ati dan membuat satu anjakan paradigma dgn memperbaiki diri belajar mekap…
    Tercabar hakak taauuu…
    Hakak pon belajar mekap kt utube jer…
    Ko siap pggl cikgu lg dtg umah…

    Tp klu yg pggl tu bunian, peerrggghhh makin gempaq arr gambaran org pasni psl puteri bunian…
    Sbbnye dh cantek jd makin cantek sbb pki mekap…

    Writer…
    Die bayar ko upah by cash kaannn…
    Duit tu xde ke berubah jd daun getah ke, daun terup ker…
    Pastu yg korg mkn2 tu xde side effect pepelik ke???
    Xde ke korg g jmpe perawat memane scan kot2 kt korg ade pape keee…
    Huhuhuhuuu…

    Reply
    • Betul2 kak yulie.. Tertnya2 gak psl duit tu cmne.. Sbbnye biasa kalau dlm crte2 hntu je, duit tu btukar… Jadi dedaun nak layuu.. Ehh daun kering.. Hahaha

      Reply
    • Hahahahaha…kelakar lah kak yulie ni. Ni pengalaman sahabat sy,bukan sy kak. Psal duit tu tak sure pulak jadi mcm mana. Maybe duit betul sebab ikhlas dia nk belaja mekap kan, selalu tukar jadi daun tu jenis hantu nak kaco busuk hati punya perangai…huhu

      Maybe kebetulan sisi tukar phone number ke manalah tahu….positif thinking.

      Reply
    • Kaannn…
      Sbb mse kejadian die dok call2 asyk x dpt sooo terserlah line die gune tu hampeh…
      Soo bertukarlah kepada line Celcom plak…
      Pikir positip…

      Tgk…
      Akk is always positiiippp…
      Pecayelaahhh…

      Reply
  7. HahahHa best2 tapi seram gak aaa bila dia berada di tepi secara tiba2 .. Haihhh kalau kayong laa kan .. Kayong say hi and buat senyum joker kat dia hihihiikkk

    Reply
  8. Walawehhh.. Seram siot.. Pgalaman tu.
    Hantu pon dah moden.. Cuma perangai dok kacau org ja x berubah.. Hihihihihi~~~~~

    Reply
  9. Masa writer lalu kt kedai makan,,
    Mcm dah agak si Sisi ni mybe bukan org…
    Siap ngn dapur tiap2 tingkat… Fuhh…

    Bila fmily Sisi mai tolong masa writer kne ganggu,,
    Dalam hati yakin Sisi ni manusia…

    Bila baca part last, nombor xde dalam perkhidmatan…
    Org tak tau pasal family Sisi..
    Ehh… Misteri betolla ko ni Sisi… ?

    Reply
  10. woww best2.. mungkin Sisi bunian.. dah la siap xbagi Jiha ambik gambar kawasan rumah dia.. kat situ dah start pelik dah.. siap ada scooter ngan 4wd lagi tu… huhuhu..

    Reply
  11. something sgt la kalau dh berliku2 perjalanannya dh tu sampai kwsn rmh tetiba bak istana… semedang x bg lak ambik gmbr selfie, mmg dah agak la

    dh syak bunian.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.