Panggilan Misteri

Assalammualaikum. Apa yang aku tulis ni sebahagian dari kisah benar yang pernah mengemparkan di Malaysia suatu waktu dahulu. Bila baca cerita di laman ni, aku rasa terpanggil untuk bercerita semula kerana aku salah seorang saksi kejadian yang berlaku pada saat itu. Korang mesti keliru dengan maksud aku kan?

Kisah nie adalah kisah panggilan misteri yang dibuat dan ke udara dalam siaran radio. Berlaku pada tahun 1996 kalau tak silap. Zaman-zaman lagu jerat percintaan tengah havoc. Zaman teknologi telekomunikasi tak seberapa nak canggih. Zaman handphone sebesar botol air baterinya, takde camera dan line pun hanya ada di bandar besar.

Pada waktu itu ada dua tiga siaran radio yang popular. Antaranya THR dengan segmen rancangan ‘Detik 12 Malam’. Rancangan tu biasa start jam 12 malam dan berakhir jam 4-5 pagi macam tu. Dalam rancangan tu DJ akan memutarkan sebuah lagu diselang seli dengan pemanggil yang akan bercerita live tentang pengalaman seram mereka. Aku jarang jarang dengar sebab aku taklah berani mana.

Pagi itu seperti biasa aku pergi kerja naik bas kilang. Aku bekerja sebagai QA dibahagian Dropship. Disebabkan aku masuk keje awal pukul enam pagi, maka aku tak kuasa nak naik motor pepagi buta jadinya naik bas kilang satu solution yang baik dan jimat. Haha. Biasa aku naik bas jam empat pagi.

Naik jea bas adalah dalam 11 penumpang yang dah sedi ada dalam tu. Aku ambil tempat duduk third last sebab aku nak tidur dan maklumlah masa tu muda trendnya makcik makcik jea yang duduk depan nie ahahahhaa. Masa naik bas tu memang dah ada orang tengah cerita hantu tapi aku nie dengar tak dengar jea tak ambil peduli.

Sedang layan kepala supaya dapat lena sekejap niat aku, telinga aku masih menangkap suara DJ tu kata nak ambil satu panggilan telefon. Takala dengar desir suara di hujung talian bergema dalam bas tu tetiba bulu roma aku tegak berdiri. Sumpah suaranya sangat seram… macam suara merintih, sayu dalam payah untuk bercakap.

Lebih kurang begini perbualannya:

DJ : Detik 12 malam, ya siapa di hujung talian? Mahu kongsi kisah anda?

PM (Pemanggil Misteri) : Saya… (sorry namanya saya tak ingat tapi yea dia ada sebut nama penuhnya) saya bukan nak bercerita tapi saya nak minta pertolongan.

Suaranya sangat mendayu-dayu, terhenti-henti, seolah-olah berada dalam keadaan kesakitan… tersekat sekat.

Talian juga agak terganggu. Aku yang dah keseraman melompat dari tempat duduk dan berlari berkumpul di kerusi depan. Bukan aku aje, satu bas macam tu. Driver pun ada curious yang tinggi, dikuatkannya volume radio agar terdengar jelas. Kami semua memasang telinga.

DJ : Yea cik, ini siaran radio cik.

PM : Tolonglah kami encik. Kami baru terlibat dalam satu kemalangan di Highway Karak. Kereta kami terhumban ke gaung encik. Tolonglah kami (menangis).

DJ : cik jangan bergurau cik… nanti saya hubungi polis.

PM : tolong hubungi polis encik, hantarkan pasukan selamatkan kami.

DJ tersebut meneruskan perbualan dengan pemanggil misteri tu sambil menghubungi polis. Pada perkiraan awal semua menyangka panggilan tu hanyalah panggilan gurauan dari pendengar nakal yang nak menyakat. Tapi rondaan yang dibuat oleh pihak keselamatan mendapati memang ada kemalangan terjadi di sana. Kami mendengar panggilan itu yang berlanjutan lebih kurang hampir sejam. Kami balik kerja jam dua petang membuka kembali siaran radio yang membuat liputan kejadian tersebut.

Beritanya sebuah kereta telah terbabas ke dalam gaung semua penumpangnya m**i tapi tiada gadis di dalam kereta itu. Gadis tersebut dijumpai m**i terpacak tunggul pokok yang panjang diperutnya menandakan dia m**i on the spot.

Misterinya :

*siapa pemanggil telefon tu?

*macam mana dia dapat menghubungi siaran tu, walhal pada zaman itu alat perhubungan tak secanggih sekarang?

Mana ada public phone dekat higway karak tu? Kalau pun ada telefon kecemasan. Mana boleh call siaran radio?

Macam-macam lagi persoalan. Tapi serius nada suaranya memang seram.

Mas

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

47 thoughts on “Panggilan Misteri”

    • Sangat tanda tanya sehingga sekarang. Walaupun liputan kejadian penuh telah dibuat. Banyak benda yang tak masuk akal berlaku masa tu. Sebab tu rasa misteri sangat.

      Reply
      • yeah ikot kan bnyk lagi isi2 dalam dunia ni ‘luar’ dan ‘dalam’ yang tak abis lagi dikaji oleh bngsa mnusia..jenis saya memang addict dgn prkara2 misteri ni rasa cam nak lagi tahu nk lagi hahah selain alam ghaib, benda aneh yg lain contoh mnusia ‘cannibal’ tempat2 yang belum diterokai smua yang tak pernah mnusia ambil berat itu yang saya minta hee

        Reply
  1. Ye cte ni mmg pemes dlu.. sape tau mcmne nk dgr blk siaran langsung pbualan dj n pemanggil misteri?

    So, penulis xnk cte ke liputan2 akhbr bkaitan call misteri ni

    Reply
    • Ahahahahhaa .. kalau sy cite lebih lanjut dah jadi mcm page sy pulak dek panjangnya. Lepas dari kejadian tu memang panjang cerita belakangnya lagi. Yang sy nak kisahkan kat sini pengalaman sy dengar sendiri suaranya tu.
      Mak aaaiiii .. sumpah seram.

      Reply
  2. Yeahh, nama DJ tersebut Patrick Teoh. Seram beb…the best part; pihak radio nak cari balik rakaman panggilan tersebut tapi x dgr apa2 dah time dia playback. Damn…

    Reply
    • Owh … yea ke??!! Patutlah … xde lagi kalaau nak cari. Kire untung + malang lar sy berpeluang dengar suara org dah m**i yea ahahahhahaa.
      Susah nak clasifiedkan nada suaranya. Sy sifatkan kalau tengah terberak tu bleh terpadamlah nafsu nak berak dan terus klua jamban ahahhahhaa..

      Reply
      • Isma halil mase tu sebab ad kluar kt tv temuramah dy pasal kejadian tu.. mmg diorg try cari balik rakaman panggilan tu n diorg jumpa,,tapi syg bila playback,,rakaman tu kosong tanpa suara.. sampaikan isma halil bertegang urat jugak laaa dgn pihak pengurusan sebab dikatakan sebagai prank semata,,tapi ternyata kisah tu mmg betul² terjadi kt dy

        Reply
  3. Legend siaran ni… Malangnye Aku Baru 10 tahun time Tu. Bila da besar skit Baru dpt layan versi isma halil hamzah punya. Sekarang plak layan MJ12 DJKC

    Reply
    • Giler tak legend. Semenjak kejadian tu semua siaran lewat malam mana pernah lagi terima panggilan dari pendengar secara live. Semua baca nota jea tak pun rakaman suara. Paling banyaknya pasang lagu ulang2 sampai pagi ahahhahhahahahha

      Reply
    • Cik Peah .. sy kire nie ‘Detik 12 Malam’ version pertama. Sy jenis workaholic ditambah pulak dengan adanya sifat penakut jadinya sy tau segmen nie tapi tak penah amik port ahahahhaa

      Reply
  4. Mengarut je cite ni .. Xcident yg jd tu pn sbb kebetulan je, x de bukti sahih pn.
    Mmg dorang dh ‘kawtim’ baeekkk pnyer sbb nk naikkan lg rating radio time tu
    Dlm cite ni pompuan yg tlpn .. jp lg mai yg len ckp laki plak yg tpn. Yg sohehnya sume pakat cedok cite2 mulut org

    Reply
    • Senahkecut : pendapat orang sy tak boleh nak sangkal tp siapa aje yang nak humbankan kereta dengan 3 mangsa t******h dalam keta manakala seorang terpacak tunggul pokok di tengah perutnya. Pokok m**i yang masih tegak berdiri ok. Semata2 nak naik kan rating pendengar??!! What a nonsense!! Dan lagi pada zaman itu telekomunikasi tidak lah secanggih sekarang untuk menzahirkan sebuah kebetulan yang fake. Nama penuh mangsa perempuan itu sama dengan mayat perempuan yang dijumpai m**i tu. Memang tak dapat buktikan wujudnya panggilan tu sebab pihak radio bila ulang rakaman suara pemanggil misteri tu tak dengar. Tapi kami (bukan saya seorang) dan ramai lagi diluar sana yang turut sama mendengar pasti akan mengakui suara itu perempuan, ianya berlaku dan wujud. Beritanya juga mendapat liputan meluas waktu itu. Agak susah juga nak menerangkan hal ini dizaman serba canggih sekarang sebab dunia berkembang pesat terlalu cepat. Peace

      Reply
      • Ko ni wartawan ke? sume komen org ko rply, mcm ko pnh ada kt tmpt kejadian lak.
        Dr thn 1992 aku cari keratan akhbar utk pengesahan cerita ni .. tp x pnh jumpa pn.
        yg ada cuma cerita2 dr mulut org yg mcm2 version .. merepek manjang

        Reply
        • La… Biarlah die reply. Time die lontarkan prncapat die, ko kondem die !cm wartawan plak… Hahaha xpe2 senahkecut punya pendapat dihormati, penulis punya cerita pun Kita hormat. Nk percaya bole, xpercaya pun xpe. Terpulang. Sailing menghormati

          Reply
        • Cik Senah Kecut : tentulah aku reply sebab cerita nie cerita aku, pengalaman aku. Aku yang dengar dan aku yang berada disituasi atas nie. Ko cari dari tahun 1992??? Ahahhahha .. cerita nie berlaku pada tahun 1996. Berita nie klua dalam buletin utama masa tu. Tapi hal nie kemudiannya senyap jea bagaikan semua orang nak melupakannya. Bukan cerita dari mulut ke mulut bagai yang awk sangkakan.
          Sama lar macam cerita kapal terbang MAS yang terhempas di Johor masa tahun 70an (ok, yg nie aku dengar cite jea dan tengok kereatan akhbarnya diperpustakaan negara).

          Reply
  5. Pernah terdengar kisah ni…..x sangka pulak betul..ingatkan org duk cerita kosong jaa…husnudzon jerlaaa….mgkin yg call tu saksi yg ternampak kejadian atau lain2…

    Reply
    • Yup darl .. cuba juga bersangka baik, memang boleh diterima akal kenyataan yang mvm anda fikirkan dizaman sekarang tapi 22 tahun dulu ia adalah sesuatu yang mustahil. 22 tahun dulu handphone tidak secanggih hari ini.
      *Perempuan aje yang menghubungi stesen radio dijambatan tinggi highway karak pada pukul4 pagi dan mengunakan apa?? Handphone dizaman itu hanya ada line kat tengah Kuala Lumpur dan bandar2 utama jea.
      *Jika saksi kejadian yang lalu bagaimana dia boleh mengaku nama penuhnya seperti nama arwah si m**i yang terpacak ditunggul kayu pokok??
      *Bagaimana pemanggil boleh discribe siapa2 yang terlibat dalam kemalangan dan berapa orang sedangkan kereta dah jatuh dalam gaung??
      Banyak lagi persoalannya yunk oiii .. itu yang buat gempar.. makin dipikirkan makin seram

      Reply
    • Peristiwa nie berlaku tahun 1995. Saya tak pasti nama DJnya yang saya pasti DJ nya lelaki. Dan Ini rancangan versi yang pertama dimana pemanggil akan bercerita secara live diudara.

      Reply
  6. Makhluk ni mmg boleh merentasi isyarat gelombang radio, melalui d***h dsb.. so xpelik kalau mmg betul yg menelefon tu makhluk tersebut.. Wallahualam..

    Reply
  7. Tak pelik bagi yg pernah alami situasi pelik dlm hidup..sdg kan akak dan abang aku (sepasang suami isteri yang merupakan family angkat aku) pernah menerima panggilan daripada pakcik abang aku yang telah meninggal dunia meminta abang aku menghalalkan hutang nya..hutang arwah agak banyak..hutang beli lori 3 tan..masa tu abang dan akak aku tinggal berlainan negeri..merantau kerana kerja..diorang tak tahu yang pakcik tu dah meninggal sebulan sebelum call tu..

    Reply
  8. Ingat sangat pasal ni…time tu lepas spm..tabiat saya dengar lagu tengah mlm…apa yg di ceritakan memang betul…bila dj tanya mcm mana pemanggil boleh tahu…dia ckp dia kat sana sambil gelak mengilai…lepas tu memang tak la bukak radio mlm2..

    Reply
  9. Betul.. Aku pun salah seorang pendengar radio seram ni.. Masa mula2 call tu, aku ingat ada budak nakal nak prank radio.. Penghujung tu mmg betul dia betul2 serius apa yg dicakapkan..

    Lepas dngar je, trus off radio jap.. Pastu on balik.. Radio pasang lagu jer smpi ke pagi.. Xda dah crita seram detik 12malam…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.