Parking Lot Serviced Apartment Seksyen 14 (bhg. 2)

Aku minta maaf kepada yang mengulas cerita aku tergantung. Aku merasa tidak sedap badan semasa menaip cerita ‘Parking Lot Serviced Apartment Seksyen 14’ bahagian 1, walaupun aku berada di pejabat masa tu. Disebabkan ada permintaan untuk aku menyambung cerita aku, aku try okay?

Pada malam itu bila aku sedar yang ‘benda’ tu dah hinggap ke badan aku, tapi aku buat bodoh je sebab orang kata jangan dilayan. And malam tu, kawan aku call aku sebelum aku tidur. Aku berasa aku diperhatikan, ada yang sedang memerhatikan aku diluar jendela. Tapi, aku malas nak layan perasaan aku walaupun aku tau, ‘dia’ memang ada. Aku bagitau kawan aku, yang bunyi statik tu tadi adalah masa aku tengah baca ayat kursi dalam hati aku. And bila aku dengar bunyi tu masa aku baru start baca “Allahulailahaillahual hayyul qayyum” aku tau, yang memang ada ‘benda’ tu dalam kereta aku. Kawan aku terkejut, and dia cuma boleh diam bila aku bagitau pasal tu. Sebab dia masih terngiang-ngiang lagi bunyi tu. Aku tak dapat nak gambarkan macam mana bunyi statik tu. Memang bunyi yang menyeramkan, ala-ala bunyi statik dalam filem d@bbe tu kalau ada yang pernah tengok cerita tu.

Sekarang walaupun dah hampir setahun, aku masih lagi terngiang lagi bunyi tu, and aku masih lagi merasa ‘dia’ ada dengan aku. Even sekarang aku menaip ni, bulu roma aku meremang dan badan aku sakit.

Untuk pengetahuan semua, badan aku memang akan sakit kalau ‘benda’ tu ada dekat dengan aku. Sebelum ni aku boleh nampak ‘benda’ tu, tapi Allah dah tarik dah keistimewaan tu and bagi aku rasa sakit ni kalau ‘benda’ tu ada dekat dengan aku. Rasa sakit tu, macam bahu rasa sengal dan berbunyi-bunyi bila aku gerak kan. Pernah sekali, aku ada kem di Jugra dan aku collapse. Aku cuma boleh gerakkan mata aku je sebab ‘benda’ tu terlalu kuat disana. Mak aku pernah bagitau yang Jugra tu tempat orang dulu-dulu buang ‘benda’ tu.

Okay, sambung kepada cerita tadi. Dalam seminggu macam tu, kawan aku bagitau yang dia call mak dia and dia dengar lagi bunyi statik yang menyeramkan tu. And yang paling epik adalah, dia call mak dia di parking lot tu juga. Di tempat yang sama aku langgar ‘benda’ yang aku tak nampak tu. Mungkin tempat tu, memang tempat ‘dia’. Dan ada lagi yang paling kebetulan, rupanya ada kes b***h diri baru terjadi disitu betul-betul sebelum kejadian yang terjadi pada aku. Kawan aku pun tak tahu kerana kes tu tertutup disebabkan apartment tu masih baru lagi.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

waniesyazwany

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

19 thoughts on “Parking Lot Serviced Apartment Seksyen 14 (bhg. 2)”

  1. kenapa sibuk msg2 nk bgtau dia first comment la, second comment la etc??? tak leh ke fokus kpd cter penulis je di komen ni.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.