Patung Kayu

Seronok membaca fiksyen Shasha menyebabkan aku rasa nak berkongsi sebuah kisah. Memandangkan ini pertama kali aku bercerita, tahap keseraman ni dari 5 bintang mungkin aku dapat tahi bintang jer. Untuk memulakan cerita yang ada pelbagai watak, aku letakkan dulu nama aku sebagai A. Ketika dalam tahun 2011-2013 masa bujang dulu aku aktif dalam sebuah NGO. Salah satu fokus NGO ini adalah berkaitan hutan dan masyarakat orang Asli. Banyak penerbitan dan mini dokumentari yang telah kami buat berdasarkan trip2 masuk hutan dan tinggal di perkampungan orang asli.

Tahun 2012 kami ditugaskan membuat kajian dan tinjauan di sebuah kampung orang asli. Lokasi kampung, nama kampung, daerah, DUN, parlimen dan negeri dirahsiakan bagi menjaga dan menghormati privasi masyarakat orang asli tersebut. Kalau ada dikalangan pembaca boleh meneka atau mengagak kat mana lokasi tu, korang diam2 jer la. Dalam tugasan itu, badan NGO itu telah menghantar ramai delegasi dan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kumpulan aku mempunyai 5 orang. Aku (A), seorang ahli jawatankuasa NGO tu (D), seorang penyelidik (H), seorang photographer (R) dan seorang intern (S). A, H, R lelaki manakala D dan S wanita. Kami berlima akan menetap dalam kampung tu selama 5 hari bagi melengkapkan tugasan.

Kami bertolak dari ibu kota melalui beberapa ladang kelapa sawit, hutan dan sungai dan akhirnya sampai ke kampung tu. Ceh, macam adventures sangat perjalanan. Kami sampai dalam pukul 5.30 petang dan disambut oleh Tok Batin kampung. Kami diberi dua buah rumah untuk tinggal sementara melengkapkan tugasan di situ. Kampung itu agak jauh dari penempatan. Bekalan elektrik daripada generator manakala bekalan air terus dari sungai.

Malam pertama kami di situ dijamu makan malam oleh orang kampung. Penduduk kat situ majoritinya mengamalkan kepercayaan animisme dan yang selebihnya beragama Kristian, Islam dan ada juga yang atheis. Untuk memudahkan tugasan kami, Tok Batin telah mengarahkan 2 orang anak buahnya menjadi penunjuk arah sepanjang kami berada di sini.

Ok, fast forward ke hari ketiga. Pagi tu kami dah bersiap nak buat pemerhatian melalui jalan air plak. Setelah semua kelengkapan siap dipunggah ke dalam bot, semua ahli kumpulan berkumpul kat jeti bersama 2 orang pemandu arah kami. Semua dah ada kecuali D. Nak telefon, line pun tak dak. Selepas setengah jam tunggu, baru la muncul kelibat D. Rupanya dia pergi meronda dulu kampung orang asli sambil sound orang asli kat situ sebab buang sampah merata sampai masuk sungai. Memang gaya macam cikgu disiplin betui la mokcik D ni.

Setelah habis pusibg sungai, kami balik semula ke kampung dalam pukul 6 petang. Petang tu suasana kampung tu sangat suram. Orang kampung hanya perhatikan kami dari jauh. Tiada lagi teguran atau sapaan mesra. Budak2 kecik pun mengelak daripada bertemu kami. Ni mesti punca kena sound sebab sampah ni.

Malam tu dalam pukul 8 sorang wakil Tok Batin panggil kami ke rumah Tok Batin. Kami semua pergi rumah Tok Batin. Memang betul sangkaan aku. Beberapa orang kampung kat situ dah tersinggung sebab kena sound dengan D. Tok Batin menasihati kami selesaikan semua urusan esok dan balik segera. Malam tu kami terpaksa buat brainstorm kat dalam rumah tumpangan bagi perancangan untuk menghabiskan kerja kami.

Hari keempat. Kami siapkan kerja kami sehingga tengahari saja sebab dah kena “halau” oleh orang kampung. Terpaksa la kami cepatkan kerja kami walaupun perancangan asalnya nak duduk sini 5 hari. Sebelum balik, salah seorang penduduk kampung ni bagi D satu cenderamata berupa patung kayu bewarna hitam. Ukurannya dalam 15 cm tinggi. Ukiran patung tu sangat kemas dan teliti. H siap bagitau untung la D dapat souvenir. Tepat pukul 2 petang kami bergerak keluar dari kampung tu.

Maka, bermula la kisah angker pada D. Kisah ni diceritakan oleh D kepada aku dan R.

Sebaik sampai rumah pada jam 9 malam, D terus bawa masuk beg dan segala perkakasan dalam rumah. Patung tu dia letak dekat rak buku di ruang tamu. Malam tu D tidur awal sebab suaminya outstation. Malam selepas balik dari kampung orang asli, D bermimpi berjalan di sekitar sungai dan hutan dekat kampung orang asli. Sedang dia berjalan2 tiba2 dia disergah oleh makhluk yang badan macam mawas, tapi berkepala macam serigala. Terus dia terkejut dan terbangun dari tidur. Selepas tu dia tidur balik dan kali ni dia mimpi ular hitam yang besar membelit badan dia dan bawa dia masuk sungai. Sekali lagi dia terjaga dari tidur. D sampai takut nak tidur sebab diganggu dengan mimpi yang pelik2. Hampir seminggu dia dapat mimpi ngeri dengan pelbagai makhluk nak bunuh dia dalam mimpi.

Rupanya hantu tu baru dalam proses perkenalan. Selepas seminggu, hantu tu memulakan sesi perkenalan dengan gangguan yang cliché yang biasa hantu Melayu buat. Bunyi guli atas lantai, bunyi benda bergolek atas bumbung, bunyi tapak orang lari atas tangga, main suis lampu, main paip air, bunyi orang tabur pasir dan bunyi orang ketuk pintu malam2. Habis satu keluarga D kena kacau. Husband dan 2 anak perempuan dia pun tak terkecuali. Pernah D panggil anak dia kat bilik atas, siap ada yang menyahut. Bila naik tengok bilik, takde orang. Bila D call telefon, rupanya anak dia pergi tuisyen. Dalam dua bulan gangguan tu berlaku, D panggil ustaz buat pagar rumah dan buang hantu tu. Seminggu jugak la hantu tu cuti selepas ustaz buat pagar.

Selepas seminggu, gangguan kembali. Dan kali ni makin brutal. D dan anak2 selalu dicakar dan adakalanya ada kesan lebam bekas digigit di tangan atau kaki. Setiap malam mesti ada bunyi ketuk2 di tingkap dan pintu sampai atu rumah boleh dengar. Setiap malam diorang baca yasin tapi gangguan tak juga kurang. Mimpi ngeri D pun dah berjangkit ke anak2 dia sampai terganggu persekolahan. Paling tak tahan masa nak solat pun benda tu boleh main cuit2 dan tarik kain telekung. Anak2 D pun selalu nampak macam kelibat budak kecik main lari2 dalam rumah. Masakan kat rumah selalu cepat basi siap berulat2 walaupun baru lepas masak.

D makin tak tahan. Dia panggil sorang lagi ustaz dan ustaz ni pun mengubat D dan anak2. Rumah D pun dipagar berkali2. Hantu tu cuti seminggu. Selepas seminggu D selalu jumpa bangkai binatang kat laman rumah dia. Mula2 dia sangka kucing dia punya angkara sebab dia ada bela 3 ekor kucing. Tapi dia pelik sebab binatang yang mati tu makin lama makin banyak dan saiz makin besar. Mula2 tikus, burung, tupai, lepas tu ada bangkai biawak, monyet, dan last kali paling ngeri bangkai kucing D sendiri. D punya la sedih campur geram. Dia cerita bangkai kucing dia macam kena gigit dan darah kucing tu macam kena sedut sampai kering.

Malam tu suami dia balik outstation lari lintang pukang masuk rumah sebab kena sergah dengan satu lembaga dekat pokok mangga depan rumah. Makhluk tu punya la tinggi berwarna hitam dengan mata warna merah. Disebabkan lampu jalan ada dekat situ, memang suami dia nampak jelas makhluk tu.

Masuk bulan keempat gangguan, D mula demam dan sakit badan terutama lepas waktu maghrib. Dah macam orang kena santau plak. Selera makan pun hilang tambah pulak makanan selalu cepat basi. Gangguan dah semakin buruk sehingga menggangu jiran. Jiran2 mengadu terdengar bunyi orang bercakap dan bunyi perabot dialih macam nak pindah rumah di tengah2 malam ketika keluarga D tiada di rumah. Ada jiran ternampak lembaga putih bertenggek atas bumbung rumah D. Ada pulak jiran yang nampak lembaga hitam memanjat dinding rumah D macam spiderman. Jiran depan rumah pun pernah kena kacau dengan lembaga hitam kat pokok mangga menyergah sambil goyang2 pokok.

D telefon aku dan H bagitau masalah dia. Gangguan tu dah semakin teruk sampai dia dan ahli keluarga dah sakit. H teringat pasal patung kayu tu. Dia minta D buang. D pun ikut nasihat H dan buang patung tu dalam tong sampah depan rumahnya. Malam tu D sekeluarga diganggu dengan bunyi tangisan mendayu2 kat luar rumah. Esok pagi, D mesej aku dengan H. Dia cakap patung kayu yang dia buang tu ada depan pintu. Elok jer diletak berdiri mengadap pintu. D dah tak keruan tak tau nak buat apa. Dah ramai ustaz dipanggil sepanjang 4 bulan ni tapi gangguan tak juga reda.

Malam tu D panggil ustaz yang lain. Aku dan H pun dipanggil sekali. Cuma R dan S tak dapat datang sebab ada tugasan di luar. Kat rumah D aku tengok dah macam stokis jual air mineral. Berbotol2 air mineral yang dah dirukyah ada kat rumah dia. Aku kesian tengok D. Dah cekung, tak lalu makan, dan selalu terbatuk2. Ustaz tu cuba mengubati D dan minta patung kayu tu. Selepas dibacakan beberapa ayat ustaz tu diam dan membelek2 patung kayu tu. Kemudian dia menggeleng kepala. Dia bagitau kami tak pernah lagi dia mengubat gangguan macam ni. Memang power rangers punya gangguan. Setelah kami cerita apa yang berlaku, ustaz tu minta kami pergi minta maaf kepada pengirim dan pulangkan patung tu. Ustaz tu cakap gangguan dihantar ni banyak sampai berlapis2. Patung tu sebagai medium. Ada satu family jin, hantu raya, polong, pelesit dan santau angin. Aku dengar pun melopong. Biar betik ustaz ni. Ustaz tu bagitau ilmu dia tak cukup nak halau hantaran dari orang asli ni.

Aku dan H ni dah malas nak gi kampung orang asli tu. Ye la. Dah kena halau. Kang mampus aku kena sumpit. Lagi pun kalau kami pegi pun bukannya kami kenal siapa yang bagi patung tu. Jadi kami cari alternatif lain.

Esoknya aku telefon member aku J seorang orang Asli berketurunan Mahmeri. Aku kenal dia masa buat kerja dalam NGO ni la. Dia cadangkan aku jumpa kawan dia T seorang orang asli kat Kampung S****. T ni kenal sorang bomoh orang asli yang agak super duper power kat kampung S**** tu. Pendek cerita aku, J dan T berjaya membuat temujanji dengan bomoh ni. Dia bersetuju untuk datang ke rumah D pada malam minggu depan.

Tiba la malam yang dijanjikan. Gangguan dah masuk bulan kelima. Aku, J dan T datang bawa bomoh tu ke rumah D. Bomoh tu mengasap patung tu dengan kemenyan dengan membaca mentera jampi yang aku pun tak paham. Kemudian dia menurun. Tiba2 dia mendongak dan memandang D dengan muka bengis. Dia membebel dalam bahasa orang asli suku Temiar, Semai, Senoi dan Bateq campur bahasa dialek tempatan kampung orang asli yang kitorang pegi tu. Mujur ada T boleh jadi translator.

(Lebih kurang begini la dialog dia.)
“kau, aku benci sama kau” sambil bomoh tu tunding jari kat D.
“kau orang luar buat huru hara kat kampung kami”
“aku nak kau mati” bla bla bla

Sebenarnya panjang lagi bebelan bomoh tu. Aku dah lupa. Selepas selesai upacara, aku telefon H. “Kita takde pilihan la H. Kita kena gak pulangkan patung tu dan minta maaf kat si penghantar tu.” H pun setuju. Bomoh ni pun bahaya gak. Menurut T, jin pendamping bomoh ni BFF dengan jin dalam patung kayu tu. Karang bala lain pulak yang datang kat D.

Esoknya hari Ahad, aku, H dengan R bawa patung tu pergi masuk kampung orang asli tu. Kami sampai dalam pukul 2 petang dan terus ke rumah Tok Batin. Kami pun cerita la kisahnya kat Tok Batin dan dia cadangkan kami pergi jumpa bomoh orang asli situ yang duduk tak jauh dari situ. Kami pergi rumah dia tapi takde orang. Menurut orang kat situ, dia ni selalu masuk hutan. Kami jadi buntu. Terpaksa tunggu juga la. Taknak balik tanpa hasil.

Tunggu punya tunggu, pukul 6 bomoh tu balik baru keluar hutan. Kami pun terus jumpa dia minta maaf dan nak pulangkan patung tu. Dia pulak mati2 tak mengaku dia punya patung. Adoiii… bala ni. Macam2 cara kami pujuk bomoh ni tapi tak berhasil. Takde pilihan kami balik dengan hampa. Balik malam tu macam2 kami kena. Keluar kampung tu kami sesat dalam ladang sawit. Dah pukul 8.00 malam tak jumpa jalan keluar. Akhirnya kami 3 orang orang kelaur kereta dan azan kuat2 di tengah ladang sawit tu. Pukul 8.30 malam baru jumpa jalan keluar masuk ke jalan kampung. Sepanjang perjalanan tu jangan cakap la gangguannya. Aku pasang cd al quran kuat2 dalam kereta nak tenangkan perasaan. Kami buat keputusan nak tido kat RnR malam tu. Adalah sangat tak bijak balik rumah tengah2 malam ni bawa tetamu tak diundang. Jadi kami pilih RnR yang terdekat dan lepak kat situ sampai siang. Pagi tu semua orang call opis masing2 untuk cuti emergency.

Kami semua terus ke rumah D membawa berita buruk. Nampak muka D hampa. Tapi kami tak habis lagi ikhtiar. H telefon keluarganya di utara dan diberi nombor telefon sorang ustaz pondok yang mahir dalam skill ghost buster.

Tiba hari temujanji dengan ustaz tu. Ustaz tu telah melihat terlebih dahulu kat rumah D dan menetapkan dia perlukan beberapa hari untuk mengubati D. Suami D mencarikan sebuah homestay yang dekat dengan rumahnya untuk ustaz tu bersama beberapa orang muridnya.
Ustaz tu memulakan dengan mengubati D. Setelah dibacakan doa dan dibacakan beberapa potong ayat suci al quran, D tiba2 muntah mengeluarkan darah kehitaman beserta dengan miang buluh, tanah dan macam2. Menurut D baunya sampai beberapa anak murid ustaz tu lari keluar termuntah2. Selepas itu ustaz tu akan “mengubati” patung kayu tu untuk menghalau makhluk yang menetap dalam tu. Selepas beberapa hari baru la bersih rumah D dari gangguan dan D semakin pulih. Ustaz tu menyerahkan patung kayu tu kepada aku dan H untuk dibuang. Kami buang patung tu kat dalam Sg Klang.

Selepas ustaz tu pulang, ternyata gangguan telah berakhir. Tetapi D masih perlu meneruskan rawatan disebabkan kesan buatan orang tu masih berbaki dalam badan. Hampir 6 bulan juga la D berubat sehingga benar2 sembuh.Selepas kejadian tu, kami lebih berhati2 supaya tak mengguris hati orang asli di setiap trip kami. Kali terakhir aku D dan H menyertai program NGO tu pada pertengahan 2013. Selepas tu kami semua bawa haluan masing2. Tapi masih lagi berhubung sampai sekarang dengan program NGO lain yang suka tanam pokok pulak.

Oh, pasal patung kayu tu. Menurut sumber yang sahih (orang asli situ gak) kayu tu diambil dari teras pokok cengal di dalam hutan dan dipuja dengan korban darah haiwan. Kalau korang jumpa patung kayu pelik kat Sg Klang tu jangan la kutip yer.

Sekian. Nanti kalau ada masa lagi aku cerita lagi pengalaman yang lain. Majulah fiksyen shasha untuk negara.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Loading...

10 comments

  1. salah D jugak sebab main bantai je sound org kat situ. tak pasal2 kena ‘sound’ balik. sebab tu org selalu pesan. kalau datang tempat org kena jaga diri especially jaga mulut. elok2 org kpg ramah mesra tak pasal2 org kpg kecik hati.

  2. Umaaakk aaiii…
    Org asli ni mmg sensitif orgnye…
    Klu nk berkawan pon kena slow motion xleh trs terjah nk mesra2, inikan plak nk menegur…
    Tapi kesimpulannye org asli ke, org biase ke nk menegur tu biarlah kena dgn caranya…

  3. Dah beberapa post disini saya baca, ustaz tu suruh buang benda2 di sungai. Macam mana kalau org lain jumpa dan ambil benda tu ye? Huuuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *