Pelalau, Penunduk dan Pengasih Part2

Part 1

Salam Warga FS. Maaf terpaksa buat part 2 sebab rasa panjang sangat. Aku rasa masih sempat lagi aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca Fiksyen Shasha.

Sepatutnya aku dah sihat tanpa gangguan jin selepas berubat dengan Pakcik Tahir. Aku fikir ini adalah pengakhiran tetapi sebenarnya permulaan bagi episod baru.

Aku semakin rapat dengan Haqim. Kejadian aku dimaki hamun oleh isterinya aku lupakan begitu sahaja. Padahal sebelum tu aku pernah meminta untuk bertemu dengan isterinya untuk aku bertanyakan hal ini, apakah benar dia memberi keizinan kepada suaminya untuk mencari isteri yang baru? Jikalau Haqim menipu, aku akan menjauhkan diri daripadanya.

Tapi tidak, aku menjadi semakin lupa diri. Hanyut dengan arus percintaan. Kata-kata orang aku tidak hiraukan. Aku semakin percaya dengan kata-kata Haqim. Menurut sahaja apa yang dikatakannya.

“Mereka bukan hakim kita”. Itulah ungkapan yang selalu Haqim katakan padaku yang bermaksud orang sekeliling tidak memahami apa yang berlaku antara kami berdua.

Kalau kami sama-sama tidak bekerja. Kami akan habiskan masa bersama. Tengok movie, makan-makan, berjalan. Pergi Cameron, Melaka, Genting, dia pergi ambil barang dan hantar barang kepada customer pun aku ikut jugak. Pendek kata macam lirik lagu Backstreet Boys:
I’d go anywhere for you,
Anywhere you asked me to,
I’d do anything for you,
Anything you want me to

“Sejak bila ye saya sayang awak?”
“Mungkin jin tu merapatkan kita” kata Haqim.

Ada suatu kejadian di Melaka. Dah puas berjalan di Bandar Melaka dan makan-makan. Petang tu kami ke Muzium Kapal Selam di Klebang. Pergi hari orang bekerja jadi tak ramai orang. Lagi pun agak lewat dan muzium dah nak hampir tutup. Dalam kapal selam tu sempit sangat. Tak boleh jalan beriringian. Kena seorang-seorang. Sampai di ujungnya ada pintu keluar. Ada sorang budak lelaki lingkungan umur 4 atau 5 tahun bersama ayahnya. Dia berhadapan dengan Haqim dengan riak muka takut.

“Hantu…hantu..” kata budak lelaki tu sambil memandang Haqim.

Rasa nak tergelak pun ada. Ye la, Haqim tu tinggi badan tegap takkan sebab tu dia nampak macam hantu. Lagi pun hari tu kami sedondon pakai kemeja putih. Kami pun keluar dari situ dan tak hiraukan pun apa yang dikatakan oleh budak lelaki tadi.

1 Februari 2017

Aku cuti pada hari tu. Cadang nak ikut Haqim dengan Kharil keluar bershopping. Nak cari kasut dan kebetulan pula tali handbag aku putus. Petang tu kami keluar pekena Satay Willy di Kajang dulu sebelum bershopping. Aku terperasan sesuatu. Haqim pakai cincin. Selama 7 tahun aku berkawan dengan dia, rasanya tak pernah dia pakai cincin. Cincin berwarna perak bertatahkan batu merah gelap. Sekali pandang batu tu nampak berwarna hitam. Bila terkena cahaya, baru aku tahu batu tu berwarna merah. Aku tengok dia asyik main-main dengan cincin dia. Buka, pakai balik. Belek-belek. Entah kenapa, aku rasa cemburu. Rasa tak sedap hati macam ada bala yang bakal melanda. Dia pakai cincin kahwin ke?

Baru dalam perjalanan menuju ke shopping mall, isteri Haqim telefon tanya dia ada di mana suruh cepat balik. Baru masuk shopping mall, isteri dia telefon lagi. Sambung lagi di whatsapp. Aku sempat jeling.

“Menipu je keje”, tulis isteri si Haqim.

Kami balik awal memandangkan isteri Haqim sudah mula mengamuk. Habis semua kawan-kawan Haqim dia call. Kecoh di ofis kami. Haqim hantar aku balik dan meminta maaf berkali-kali kerana terpaksa balik awal. Sempat juga la aku sambar Handbag berjenama Voir. Murah-murah je. Haqim belanja.

Esoknya. Pagi-pagi lagi aku terima sms:
“Tahniah la betina s*al..ko baru je runtuhkan rumahtangga orang. S*ndal sangat ko ni b*bi! Dengan laki orang pun nak menyondol”

Banyak lagi kata-kata dan maki hamun dari isteri Haqim. Namun aku tidak pedulikannya. Tidak terasa hati. Haqim ambil MC hari tu sebab dikehendaki hadir ke mahkamah untuk proses perceraian mereka. Haqim tidak mahu ceraikan isteri dia tetapi dia ingin berkahwin lagi dengan aku. Ye, aku bakal isteri nombor dua dia. Madu isterinya. Lewat petang, aku whatsapp Haqim.

“Macam mana tadi?”
“Hahahaha..salah mahkamah. Silap tempat la pulak”

Aku tidak kisah mereka bercerai atau pun tak. Emak aku pun ada kata antara Haqim dengan isterinya, pandai-pandai la dia selesaikan. Lagi pun hal ini kami dah bincangkan.

Selepas daripada peristiwa tu, kami tetap berhubung seperti biasa seperti tiada ada pun yang berlaku. Bercinta. Keluar bersama. Berdating. Indah sangat.

“Fie..awak sayang saya tak?”
“Sayang!”
“Cinta tak?”
“Ye..cinta. Sayang sangat!!” kata ku malu-malu.
“Betul ke sayang ni? Kalau tak..orang guna jin. Hahahaha” balas Haqim bergurau.

Aku tak sangka aku boleh mengaku perasaan aku macam tu kepada dia. Tak tahu dari mana dan macam mana aku boleh sayangkan dia.

Ramai kawan-kawan ofis dah tahu pasal hubungan kami dan jadi perbualan hangat. Yang dah berhenti kerja pun tahu.

“Fie..biar betul kau dengan Haqim. Bukan ke dulu kau benci dan menyampah dengan dia? I know u very well Fieya” whatsapp si Kimi.
“Betul..aku dengan dia sekarang” balasku senyum-senyum depan skrin telefon.
“Cerita la..apa yang kitorang tak tahu tentang Haqim. Macam mana kau boleh turn ke dia?”

Aku blur. Tak tahu nak jawab apa. Lama aku fikir. Nak kata dia baik. Baik ke? Baik la kot sebab tolong aku berubat.

“Dia baik dengan aku, Kimi. Dia tolong aku”
“Tah-tah dia yang sihirkan kau” kata Kimi.
“Tak la. Tak kan la dia. Dia sendiri yang tolong hantar pergi berubat”.

Awal Februari itulah kali terakhir kami keluar bersama kerana selepas itu dia ada kursus selama hampir 3 minggu. Aku pula menghabiskan cuti tahunan selama seminggu pada akhir bulan Februari. Bermakna hampir sebulan kami tidak berjumpa! Walaupun setiap hari kami berwhatsapp, call dan videocall tapi bagi aku tak cukup. Aku rasa resah gelisah. Hati tak tenang selalu teringatkan Haqim. Jiwa terasa terseksa sangat.

Aku sudah mula fikir yang bukan-bukan kerana sebelum ini asalkan aku mula menyayangi seseorang itu sepenuh hati, orang tu akan menjauhkan diri dan akhirnya meninggalkan aku. Sama seperti apa yang Sham lakukan kepada aku. Aku tak sanggup lagi nak hadap rasa sebegitu. Wajah Sham dan Haqim silih berganti bermain di mataku. Rasa macam nak gila. Cuti seminggu, aku sia-siakan begitu sahaja. Memerap di dalam bilik. Murung. Jiwa tertekan. Kadang sampai menangis-nangis menanggung rasa sakit kepala yang teramat sangat. Berdenyut-denyut. Tambahan pula Haqim main-mainkan aku. Katanya selepas kursus, dia akan ke jabatan lain. Tidak sama ofis dengan aku lagi. Aku rindu dia. Faham tak..aku rindu dia sangat. Macam mana akan datang? Aku tidak lagi dapat berjumpa dengan dia?

Jin suka kacau kalau orang tu dalam keadaan serabut kan? Masa ni juga aku diganggu lagi. Aku boleh rasa, jin tu tak kena sembelih pun hari tu. Cuma mungkin menghilangkan diri untuk seketika. Kali dia dia datang lagi. Satu pagi aku terjaga. Aku rasa diri aku dipeluk seseorang. Rasa macam best pula tidur sambil dipeluk orang. Tangan tak ada rasa berbulu pun. Licin je, rasa sama macam kulit manusia. Aku biarkan. Makin lama, tangan dia merayap ke buah dada aku. Aku buka mata sambil menepis dan meronta. Dia lepaskan aku. Aku sambung tidur balik. Dia buat lagi benda yang sama. Sampai kali ke tiga, aku baca Al-fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul. Baru boleh sambung tidur dengan tenang.

Cuti sudah habis. Rasa berdebar hendak melangkahkan kaki ke ofis. Haqim ada lagi ke atau dia betul-betul dipindahkan ke jabatan lain? Aku nampak kelibatnya di ofis. Lega rasanya. Walaupun begitu, aku rasa Haqim sudah mula berubah. Sudah tidak lagi keluar bersama seperti dulu. Dulu kami seperti belangkas. “Kepit kaw” bak katanya. Whatsapp, call, video call pun dah kurang. Hati aku masih lagi rasa terseksa walaupun dia ada di depan mata. Aku rasa seperti dia tiada. Dia lebih banyak diam. Termenung.

Masa berlalu. Haqim bercuti lebih seminggu bersama isteri dan anak-anaknya ke luar negara sempena hari jadi anak sulungnya yang ke 6 tahun. Tahu tak rasa menanggung rindu tu macam mana? Haqim langsung tak menghubungi aku. Whatsapp tak, apatah lagi call. Hari-hari aku lalui dengan penuh seksa. Bak kata orang, sehari bagaikan setahun lamanya. Itupun Haqim bercadang nak tambah lagi cuti dengan mengambil MC. Aku nak jumpa dia. Aku rindu dia. Hati aku menjerit-jerit. Malam sebelum dia bertolak aku sempat whatsapp. Ucapkan selamat bercuti tetapi di balas oleh isteri dia dengan maki hamun. Dia langsung tidak memujuk aku seperti sebelum ni. Balas whatsapp pun tidak.

“Padan muka. Buat hal lagi,” tu Haqim balas bila aku tanya kenapa dia senyap sahaja. Luluh hati aku tahu tak. Dia semakin dingin dengan aku. Kawan pun ada bertanya tak keluar lagi ke dengan Haqim? Dulu bukan main lagi beriya nak kahwin sangat sampai dah mencari rumah sewa baru.

“Fie..aku tak nampak pun dia nak kawin dengan kau.”
“Kata nak kawin lepas raya. Tak lama dah ni. Tak nampak pun dia kumpul duit nak kawin. Move on la. Orang nak kawin..dia tak macam tu” Kata Yana seorang ibu muda beranak empat.

Haqim sibuk nak upgrade motor dia sebab ada ride bulan 4 ni ke Siam. Haqim pun dah mula meminta-minta duit dari aku.

“Jangan berkira dengan buah hati. Jangan mengungkit. Buah hati awak kan standard tinggi”.

Aku tak suka di desak. Aku tak suka di beri kata-kata yang membuatkan aku terasa bersalah. Akhirnya aku menurut kehendaknya, bank in RM400 untuk beli barangan motor. Hari yang lain dia minta tolong aku lagi. Aku terperangkap dengan kata-katanya yang berbelit-belit. Dia meminta aku dahulukan RM500 untuk barangan motor dia lagi. Dia janji akan bayar balik kemudian secara ansuran.

“Tolong kena ikhlas. Tak boleh berkira. Tak boleh meminta-minta”.

Entah kenapa ada satu malam aku terasa teringin sangat hendak whatsapp isteri dia. Mungkin hendak mengadu pasal dia berkenaan duit. Malam tu Haqim ada cakap dia pergi Melaka. Aku rasa dia menipu, biasanya Khamis malam Jumaat dia akan ke rumah ibunya di Kuala Selangor untuk menyediakan barang yang dipesan pelanggannya. Aku cuma meminta Haqim kirim salam kepada isterinya.

“Jangan nak mengada-ngada sangat!”, marah Haqim bila aku minta kirim salam kepada isterinya.

Keesokkan harinya..
23 Mac 2018

Aku baru masuk kerja pukul 1 petang. Haqim dah pergi solat Jumaat. Tiba-tiba Haqim call marah-marah.

“Turun la cepat. Ni akak mengamuk ni. Tah kenapa tah tetiba. Dia kata kita ada whatsapp semalam kata bersayang sayang. Dia tunggu kat lobi”
“Tu la semalam..kirim salam la. Apa la. Buang tebiat betul. Nanti bincang dengan akak elok-elok. Kata kita tak ada apa-apa dah”, kata Haqim suruh aku menipu isterinya.
“Kenapa nak tipu? Terus terang je la. Saya akan turun kalau awak ada sama”
“Jangan degil boleh tak. Masing-masing keras kepala. Boleh tak mengalah? Apa salahnya mengalah kalau nak kita bertahan lama”, kata Haqim

Aku pun menurut kata Haqim, turun ke lobi berjumpa dengan isteri dia yang tengah mengamuk sakan. Mujur orang tak ramai sebab pergi Solat Jumaat. Mujur juga tak ada sorang pun kawan kami lalu di situ. Isteri Haqim pun bekerja dekat kawasan situ juga cuma jabatan yang berbeza. Kawan mereka suami isteri adalah kawan aku juga. Dia angkut anak-anak dia sekali dalam kereta.

“Apa masalah kau ni ha? Nak bersayang-sayang dengan laki aku?!”, jerit isteri Haqim bila sahaja dia nampak aku di lobi.
“Bukan ke kau sendiri suruh dia cari lain?”, balasku.
“Tak kisah la aku suruh dia cari lain ke tak..yang kau nak bersayang-sayang dengan laki aku dah kenapa?”

Beberapa security guard datang hendak menyuraikan kami. Tah berapa lama aku tercegat di situ tadah telinga di maki hamun oleh isteri dia

“Kau tahu tak aku pregnant? Nampak tak!!” kata isteri Haqim.

Aku diam. Padan la aku nampak dia buncit lain macam je bila dia keluar dari kereta. Haqim tak suka perempuan buncit. Dia suka perempuan yang seksi, cantik bergaya macam amoi-amoi. Aku terkejut bila dia kata dia mengandung. Sebelum ni Haqim ada cakap, dia dah tak ada perasaan dengan isteri dia. Dah tepu. Hari-hari selisih di rumah pun tak ada rasa apa. Bercakap pun hanya soal anak-anak.

Haqim masuk kerja lewat petang tu. Buat muka toya tak ada perasaan. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Pujuk aku pun tak.

“Tadi suruh buat lain kan. Lain pulak yang dibuat,” kata Haqim.

Ye la, Haqim suruh bincang baik-baik. Suruh bagitahu yang kami dah putus. Tapi aku bagitahu isteri dia yang aku sayang dia. Hanya menunggu masa sahaja untuk ibu Haqim berjumpa dengan emak aku.

Hari berganti hari Haqim mula menjauhkan diri dari aku sejak daripada kejadian tu. Whatsapp dah kurang. Call dan video call langsung tak ada. Sebelum ni dia rajin bagi aku tudung dan barang makanan. Sekarang sudah tiada lagi. Walaupun dia ada di depan mata, aku rasakan seperti dia sudah tidak wujud. Nak bermesej dengan aku pun guna wechat sebab takut kantoi dengan isterinya kalau guna whatsapp.

Aku cuba berbincang dengan dia kenapa dia mula menjauhkan diri tetapi dia suka mengelak. Cakap pun suka lari dari topik dan merepek-repek sampai aku tak faham. Hati aku cukup rasa resah gelisah masa tu. Serabut selagi tak jumpa kata putus. Dia suruh kami slow down sebab orang rumahnya tengah panas hati lagi. Hati aku macam mana? Aku rasa terseksa.

Awal bulan April aku bercuti ke Sabah dengan Nori dan adiknya. Tiket aku dah beli setahun yang lepas. Murah je RM80 untuk pergi balik. Aku rasa tak ada mood untuk bercuti. Nak je aku burn tiket flight tapi kesian pula dekat Nori. Bertahun-tahun kami teringin hendak bercuti ke Sabah. Haqim pun nak ikut tapi dia suruh aku belanja tiket flight. Last minute punya tiket flight mesti la mahal. Terbang lagi duit aku RM300.

Tiada siapa tahu Haqim turut ke Sabah kecuali emak aku. Haqim pergi lewat 2 hari daripada aku. Lagi pun dia bersama kawan-kawan dia untuk bermain golf. Aku bersama kawan-kawan aku. Aktiviti asing-asing. Risau juga aku, mulanya Haqim cakap isteri dia hendak ikut juga. Hari terakhir baru kami berjumpa. Masa flight balik lebih kurang sama. Di airport, Haqim mesej aku ingin berjumpa dengan aku. Gembiranya aku bukan kepalang. Nama je sama-sama ke Sabah tapi selama di Sabah kami tak jumpa pun kecuali hari terakhir di sana.

“Pinjam la RM100. Duit dah kering dah ni. Sampai je KL nanti nak terus gerak ke Siam”
“Alaa..orang pun dah abis duit laa..” kataku.

Aku rasa kesian. Aku bagi juga seperti mana yang dia minta

“RM200 la. Boleh la yee..tak ada duit langsung ni. Macam mana nak makan kat sana nanti”

Aku pun bagi dengan berat hati sambil memandangnya pergi meninggalkan aku untuk masuk ke perut kapal terbang. Flight aku lagi sejam selepas dia.

Esoknya aku dah mula bekerja tapi Haqim bercuti panjang. Ride ke siam pula dia dengan kawan-kawan dia. Rindu tu tak usah cakap la. Tak terucap. Seperti sebelum ni, dia dah kurang bermesej dan call aku. Aku ni tak ubah seperti perempuan simpanan je. Masa nak, datang. Bila taknak, tak pandang pun.

Aku dah cukup bersabar. Satu hari tu aku meletup. Aku luahkan semuanya. Aku hendakkan perhatian darinya. Aku hendakkan keputusan dan jawapan darinya. Akhinya pada 26 April 2018 dia melepaskan aku. Katanya bukan dia buang tapi terpaksa lepaskan. Ada orang lain lagi yang memerlukan perhatian lebih daripadanya. Dia akan beri 100% perhatian kepada anak-anaknya dan baby kecil yang bakal lahir pada bulan Julai @ Ogos nanti.

Aku menangis semahu-mahunya. Bukan ini jawapan yang aku hendak. Tapi katanya semuanya adalah aturan dariNYA. Kita hanya merancang. Tuhan yang tentukan.

“Nori..tolong aku..aku tak kuat. Macam mana aku nak hadap muka dia esok. Aku dah putus dengan Haqim. Dia dah taknak aku lagi”, aku mengadu kepada Nori.
“Sabar la. Celaka betul dia main-mainkan orang. Dulu dia cakap kat aku dia serius dengan kau. Bukan main-main”, balas Nori.

Aku menelefon ibu Haqim mengadu pasal anaknya. Aku terkejut yang ibunya tak tahu langsung berkenaan hubungan kami. Padahal aku sudah menyuruh Haqim memberitahu hubungan kami kepada ibunya dan Haqim kata ibunya ok. Tiada masalah.

“Kau tahukan Haqim dah kawin. Yang gatal lagi melayan dia buat apa”
“Haqim ajak saya kawin makcik. Dia yang terkejar-kejarkan saya”
“Haa..sama la tu dua-dua gatal. Kalau kau tak melayan. Tak akan menjadi. Laki, biasa la. Kita ni perempuan..kena jaga diri. Makcik tak terima kamu. Dahh..jangan kacau makcik lagi dengan anak makcik!”. Ibunya menghempaskan ganggang telefon.

Aku kecewa. Balik-balik aku yang dipersalahkan. Aku cuba tenangkan diri untuk menerima kenyataan. Malam tu aku dah mula rasa tenang. Hilang rasa sedih tidak seperti petang tadi.

Esoknya aku masuk kerja dengan hati yang riang. Hilang semua rasa resah gelisah serabut. Kepala terasa ringan seperti terlepas satu beban yang berat. Ye, Haqim ada depan mata. Tapi aku langsung tak ada rasa sedih. Rindu? Sayang? Semua perasaan tu terbang entah pergi ke mana. Timbul balik perasaan menyampah padanya seperti sebelum ni.

Aku diberitahu oleh Khairil bahawa Haqim sudah ada teman wanita baru. Budak wechat. Ayat tepuk kepala juga. Raisya namanya.

Genap seminggu selepas Haqim “melepaskan” aku.
3 May 2018

Bangun sahaja daripada tidur aku terima whatsapp daripada nombor yang tidak dikenali. Bagaikan tidak percaya, pada gambar profile whatsapp terpampang gambar Sham berpakaian uniform lengkap dengan senjata. Di sisi bawah gambarnya tertera namanya “Sham”. Aku juga terima sms menyatakan nombor tersebut cuba membuat panggilan tetapi gagal kena aku mematikan telefon semasa tidur. Aku cuba mesej dia. Tapi seperti biasa dia cuma “read” sahaja tanpa balas dan itulah kali terakhir aku nampak dia online dan yang membuatkan aku tidak faham, selepas itu dia menukar gambar profile kepada gambar lelaki lain yang tidak aku kenali. Nama dia pun dia padamkan. Apa tujuan dia cuba menghubungi aku dengan nombor barunya?

Aku merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Jadi aku menceritakan semua masalah aku kepada Irsyad. Aku dah kenal Irsyad ni dah agak lama daripada tahun 2017 lagi semenjak aku terkena banyak gangguan. Aku kenal dia di facebook sebab dia berminat ingin tahun kisah aku. Aku dan dia dah macam kawan baik walaupun kami tak pernah berjumpa. Aku senang berkawan dengannya. Selalu buat aku gembira. Dia pun bukan calang-calang orangnya. Pandai mengubat orang. Asalnya dulu aku ingin berubat dengannya tapi Haqim pula beriya nak berubatkan aku dengan Pakcik Tahir.

Irsyad suruh aku amalkan Surah Yasin ayat 82: “Inama Amruhu Idza Arada Sya’ian An Yaqula Lahu Kun Fayakun”. Baca 11 kali dan amalkan setiap kali selepas Maghrib. Niatkan supaya diberi petunjuk. Nanti kita mimpikan orang tu atau pun orang tu datang sendiri mengaku.

Seminggu sebelum puasa..

Setelah beberapa hari aku amalkan. Masih tiada apa-apa petunjuk. Pada hari Khamis malam Jumaat. Aku buat solat hajat supaya diberi petunjuk. Aku amalkan juga ayat yang diajarkan oleh Irsyad. Aku niatkan supaya diberi petunjuk dalam mimpi. Sebelum tidur aku berwuduk. Baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul.

Malam tu aku mimpikan Haqim. Kami dalam kelas training dan nak kena bawa alat tulis sebab ingin berpindah ke kelas lain. Kami satu kelas yang sama. Dalam mimpi tu aku langsung tak bercakap dengan dia. Menyampah. Biar la dia buat hal dia sendiri. Malas aku nak pergi kelas sama-sama dengan dia.

Aku tak pasti sama ada ini mainan tidur atau pun tidak. Irsyad kata, ini petunjuk. Aku buat tiga hari berturut-turut. Malam kedua dan ketiga aku tidak mimpikan Haqim tetapi mimpi yang berkaitan dengan dia.

23 May 2018 – lebih kurang 1 pagi.

Aku tak puas hati. Takkan la dia? Aku cuba google untuk cari jawapan. Ciri-ciri macam ada terkena sihir pengasih. Tak tahu la, angau lebih kot aku ni. Biasa la masa orang tengah bercinta kan? Aku terjumpa seseorang yang berkebolehan untuk scan orang. Aku terjumpa dalam satu forum di internet. Nama dia Encik Arash. Aku meminta dia scan sebab scan free. Katanya “masih ada sihir + jin yang dihantar”. Aku tak cerita detail pun cuma kata ada gangguan dan bagi gambar untuk scan.

Sihir ape?
“Ada sihir untuk sakit-sakit dan ganggu emosi”
“Sihir begini juga kadang-kadang dijadikan sebagai penunduk”

Ah sudah. Terkena sihir penunduk rupanya. Siapa yang bagi? Kesemua perawat tak tahu siapa yang hantar. Tak tahu la samada mereka tahu tapi saja tak nak bagitahu.

Apa itu sihir penunduk? boleh refer sini:
http://yourresolves.blogspot.my/2016/09/sihir-penunduk.html

Ni aku highlight sikit cerita daripada blog tu.

“Pada peringkat awal, anda akan bermimpi perkara-perkara yang mengarut dan menakutkan seperti di datangi makhluk halus dan mengganggu tidur anda di waktu malam.

Antara bentuk mimpi yang mungkin adalah seperti jatuh dari tempat yang tinggi, pergi ke tempat atau rumah yang usang dan menakutkan, diganggu dimasa dunia lain secara kerap hampir setiap malam khususnya pada waktu tidur anda, atau dikejar oleh makhluk halus dan anda melarikan diri sehingga anda boleh terbang bagi menyelamatkan diri dari ditangkap oleh makhluk tersebut.”

Sebiji tak dengan kisah aku yang aku pernah ceritakan sebelum ni? Rupanya tu baru peringkat awal!

Selepas bersahur dan subuh, aku sambung tidur balik. Rasanya baru sahaja aku lelapkan mata tidak sampai sejam, aku kena tindih. Badan tak mampu nak bergerak langsung. Lidah pun kelu. Sedaya upaya aku cuba gerakkan, tak boleh. Aku cuma mampu menyebut Allah..Allah..Allah..Allahuakhbar beberapa kali, baru aku boleh bergerak sedikit. Apa lagi..aku baca ayat lazim yang biasa aku baca kalau diganggu; Surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul. Aku hembus ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan. Baru aku boleh tidur lena tanpa gangguan. Masa mandi baru aku perasan, nahh..sebiji lebam dia bagi bawah lengan kanan. Kecil je macam kena cucuk dengan jari kelingking. Bila aku sentuh pada lebam tu tak ada rasa sakit pun. Kena sleep paralysis ke? Tak mungkin..

Petang tu juga aku meminta Encik Arash untuk mengubatkan aku secara jarak jauh. Katanya malam nanti selepas terawih baru dia buat. Proses berubat tu mungkin mengambil masa selama 3 jam bergantung kepada keadaan “penyakit” aku tu.

24 May 2018 – 3 pagi.
Encik Arash whatsapp aku katanya baru selesai semuanya. Dia berjaya buang sihir dan jin. Dia minta aku snap gambar botol yang berisi air untuk dia buatkan air tawar. Zaman moden dah kan. Berubat jarak jauh je guna whatsapp. Ini la gunanya teknologi. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat akhirnya dah selesai. Malam tu aku plan dengan Nori nak tengok Dealpool.

Tengah hari tu aku masuk ofis dengan wajah yang ceria. Aku mengenakan blouse putih dan seluar jeans hitam pekat. Kawan ada menegur aku katanya aku nampak cantik hari tu. Katanya aku pakai simple tapi ada style. Padahal aku pernah je pakai baju yang sama sebelum ni. Hari yang sama juga ada kawan lain menegur aku. Dia ingatkan aku pakai kasut baru sebab putih bersih. Padahal aku selalu je pakai kasut tu dah setahun lebih dah pun. Putih bersih sebab aku baru basuh! Pada masa yang sama Haqim memerhatikan aku dengan pandangan yang tajam.

25 May 2018 – 1 pagi

Selesai menonton wayang, dalam perjalanan hendak menghantar Nori balik aku sudah mula merasa tidak sedap badan. Terasa macam nak demam. Sampai di rumah sudah agak lewat, dalam pukul 2 pagi baru aku pergi mandi. Semasa mandi tiba-tiba aku terdengar bunyi bising di atas bumbung bilik air seperti ada benda bergerak. Bunyi macam bercakar pun ada. Aku cuba fikir positif. Aku anggap mungkin ranting kayu jatuh atau musang berjalan. Bunyi tu masih ada memekak di atas bumbung. Dalam hati aku menjerit “Oii bunyi apa tu..memekak je. Blah la..orang nak mandi pun tak senang”. Terus senyap. Semalam pun pada waktu lebih kurang sama aku mandi ada bunyi bising atas bumbung. Mujur aku tak pengsan. Dah la demam. Badan dah mula lemah, rasa sakit badan, bisa-bisa, sengal-sengal semua ada.

Selepas mandi, pukul 2 pagi tu juga aku mengadu dekat Encik Arash. Tak ada balasan. Dia dah tidur dah kot. Aku cerita dekat kawan aku sorang lagi – Irsyad tu. Tunggu punya tunggu, masing-masing tak balas whatsapp. Aku pun masuk tidur. Malam tu aku bermimpi yang orang tu dah tau aku pergi berubat dan dia nak hantar balik sihir pada aku. Dalam mimpi tu juga aku berwhatsapp dengan Encik Arash sambil dia pun tengah struggle merawat aku dan lawan balik sihir yang di hantar.
Tok..tokk..”Bangun..sahur..”. Mimpi tak sempat habis, mak dah kejutkan untuk bangun sahur. Irsyad kata, mimpi aku tu petunjuk.

25 May 2018 – 7 pagi.
Irsyad rawat aku. Aku masih tidur lagi masa ni. Telefon aku letakkan dalam flight mode. Jadi aku tak tahu Irsyad ada balas whatsapp aku pagi tu. Dah tengahari baru aku on. Irsyad ceritakan kepada aku yang dia belasah si jin tu, bungkus dengan guni dan ikat dekat menara speaker masjid. Rupanya selepas waktu Isyak sebelum aku demam tu, dia pun kena “attack” sebab “benda” tu tahu Irsyad nak bantu aku. Encik Arash pula lambat bertindak. Jin tu dah kena bungkus dengan si Irsyad baru Encik Arash tu balas whatsapp aku dalam pukul 11.40 pagi katanya tak ada apa gangguan. Irsyad bagitahu aku, jin tu berwarna hitam, besar, bertanduk panjang dan mempunyai mata yang besar berwarna merah.

Mujur aku cuti. Aku demam hari ni. Badan terasa panas dalam. Aku mengadu pada Irsyad petang tu dalam pukul 3.
“Sekarang rasa macam mana”
“Ada rasa panas sikit”
“Kejap ye..saya cuba”
“Cuba apa tu?” tanya aku untuk kepastian.
“Untuk clearkan la. Kata panas bahang dalam kan?”

Setelah beberapa ketika

“Hilang ke tak panas bahang tu?” tanya Irsyad lagi.
“Panas tu hilang..rasa sejuk pula ni. Macam redup-redup. Padahal kat luar sana panas”, jawab aku.
“Haa..Alhamdulillah. Rasa lapang dada tak?” Irsyad tanya lagi
“Ada la kot. Rasa macam mood ok je ni”

Petang tu aku sekeluarga berbuka puasa di salah sebuah restoran makanan segera di Setapak. Aku rasa hairan. Bila aku dan keluarga aku menjejakkan kaki ke dalam restoran, semua mata memandang. Apa salah aku? Kami pun duduk di meja yang dah di”reserve”kan. Aku bangun untuk pergi membasuh tangan. Sekali lagi, ramai mata memandang. Aku pelik. Seluar terlupa hendak zipkah? Tudung sengetkah? Make up macam badutkah? Kawan pun puji-puji padahal aku dah pernah pakai baju dan kasut tu sebelum ni. Aku tanyakan hal ini kepada Irsyad.

“Cuba ingat balik start hari Khamis sampai Jumaat tu sebelum keluar rumah pegi berbuka apa yang dah berlaku?” tanya Irsyad
“Tu kan aku baru je lepas buang segala sihir dan jin tu”, jawab aku.
“Haa..tu la dia! Bila dah bersih positif semua tu auto akan timbul seri muka ke apa entah yang akan buat orang nak pandang kita”
“Selalu ni..biasa lah. Ok la tu, lepas ni beratur la calon-calon menantu emak. Hihihi..” usik Irsyad lagi.

Irsyad ada pesan dengan aku untuk tengok-tengokkan keadaan si Haqim. Kot-kot ada sakit-sakit ke, dia minta untuk aku update kepadanya. Masalahnya, hari Sabtu Ahad Haqim cuti. Isnin pula aku cuti. Selasa Haqim cuti balik. Hari Rabu baru aku boleh tengok keadaan Haqim. Rabu tu aku nampak dia lesu je. Diam. Tak bangun langsung dari meja dia sejak aku masuk kerja tengah hari sampai la petang. Aku tengok dia tidur je di meja dia. Bila bangun, mata merah.

Aku ada tanyakan pada Amar, kawan yang duduk di sebelah meja Haqim. Amar bagitahu, Haqim tak sihat sejak minggu lepas dalam hari Jumaat. Haqim mengadu sakit-sakit badan, kepala dan balik awal. Yana pun ada cakap yang Haqim nampak tak sihat samada hari Jumaat atau Isnin. Aku bagi tahu keadaan Haqim kepada Irsyad.

“Nak tahu kenapa aku tanya keadaan Haqim? Ni masa Khamis malam Jumaat tu memang aku nampak dah yang dia sakit. Muka pucat. Riak muka pun sedih macam tak tertanggung sakit yang dialami. Muka macam merayu pun ada”
“Jika betul makanya surat tak salah alamat lah” kata Irsyad.

Malam tu aku mimpikan Haqim. Haqim datang mendekati aku. Aku nampak dia pakai kemeja agak besar berwarna maroon. Dia cuba tarik tangan aku, nak peluk aku. Konon nak pujuk aku balik dan nak berbaik-baik. Berkaca juga mata aku masa tu. Rasa sedih, kecewa, marah semua bercampur. Huh..aku tepis. Aku tak pandang langsung muka dia. Aku terus melarikan diri jauh-jauh daripada dia.

Aku tak percaya. Betul ke Haqim yang lakukan semua ni? Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Haqim “Alhamdulillah. Setakat ni semua yang saya nak..semuanya dapat”.

Seminggu berlalu…
4 Jun 2018 – 5.46 pagi

Selepas bersahur. Aku check telefon. Irsyad whatsapp aku.

“Malam tadi dah la jinlake kacau aku tido”
Aku tanya “muka dia macam mana?”
“Lebih kurang macam venom dalam cerita spiderman tu”
“Tapi nampak berasap tau”
Sebelum ni lembaga hitam kan? Aku tanya “hitam la dia?”
“Tak pun..ada kaler macam asap putih kebiruan sikit”
“ni mungkin high level jinlake ni”

Aku ingatkan dia bermimpi tapi dia kata tak pun. Kali pertama dia nampak dengan biji mata dia sendiri.

Seperti biasa, aku sambung tidur selepas subuh. Aku mimpi lagi si Haqim. Dia cuba memujuk aku lagi. Dia cuba bercakap dengan aku. Tanya macam-macam dan buat lawak. Sikit pun aku tidak layan. Kejung kaku buat pekak. Sampaikan aku hendak buat kerja pun tak boleh nak fokus. Dia tak habis-habis bising ajak menyembang. Sampai ke sudah mimpi tu aku tak layan dia. Aku biarkan dia bercakap seorang diri.

Kenapa selepas seminggu tiba-tiba ada balik? Aku tak pasti sama ada ini kebetulan atau pun tidak kerana 2 hari sebelum tu (2 Jun) aku memaki hamun Haqim dalam whatsapp kerana dia masih lagi tidak membayar hutang-hutang aku.

“Kau ingat sikit kau ada anak perempuan. Kau akan tau macam mana rasa kalau anak kau tu kena main dengan laki bangsat macam kau ni!”

Dia buat-buat tak baca sampai pukul 2 pagi (3 jun) baru ada “blue tick”. Petang sebelum tu semasa di ofis. Tidak ramai yang bekerja pada hari tu, maklumlah hari Sabtu. Ofis sunyi. Nori dan Yana cuti. Di meja aku, tinggal aku, Haqim dan Khairil yang bekerja. Daripada aku mula masuk bekerja pada waktu tengah hari, Haqim tak senang duduk. Tak lekat di ofis. Kerap keluar masuk. Aku whatsapp Irsyad, membawang pasal Haqim. Bosan berkerja pada hari Sabtu.

“Tak tau la. Dia panas aku ada kat sini ke apa. Tak reti duduk diam”
“Mungkin lah kot. Tadi ada juga aku bantu dari sini mohon perlindungan untuk kau”
“Padahal kalau kita ni duduk dalam tempat sejuk kan tapi panas gelisah, macam tak kena, memang ada sesuatu lah tu” balas Irsyad lagi.
“Aku nampak dia camni la. Padahal baru keluar tadi. Buat kerja sikit. Paksa-paksa kawan ikut keluar lagi. Kawan tu bising la. Dia nak buat kerja jugak..aku dengar kawan dia kata..nak beli kuih seketul pun nak paksa-paksa sekarang”
“Hahaha..lawak la paksa-paksa orang” balas Irsyad
“Ok terima kasih bantu aku. Tadi pun aku baca apa yang kau ajar tadi”
A’uudzu bikalimaatillahit taammati min kulli syaithonin wa haam matin wa mingkulli ‘aiinin laammah 3x
Lepas tu Bismillahil-ladhi la yadurru ma’as-mihi shai’un fil-ardi wa la fis-sama’i, wa Huwas-Sami’ul-‘Alim 3x
“Tu yg lagi kepanasan tu kot” tambah Irsyad.

5 Jun 2018
Aku malas nak cerita panjang-panjang pasal mimpi aku. Cuma dalam mimpi tu aku dan Haqim seperti sudah mula berbaik-baik. Aku tumpang kereta dia. Dia hantarkan aku ke satu tempat macam shopping mall. Sepanjang perjalanan kami tak bercakap langsung. Diam membisu. Dia bawak kereta laju-laju mencecah lebih 200 km/j, perasan bawa GTR la tu.

Masuk kerja, aku pergi ke meja kawan aku, Nad untuk bertanyakan hal urusan jadual disamping mengadukan hal aku sering mimpikan Haqim. Tiba-tiba Nad suruh aku pandang dia.

“Fie, pandang aku. Jangan pandang belakang”
Aku pelik. Tengah berborak tiba-tiba kata begitu. “Kenapa?” tanya aku.
“Haqim tengah pandang kau”

Hari yang lain pun begitu. Asalkan aku berjumpa dengan Nad di meja dia, Haqim mesti berdiri dari tempat duduk dia dan memandang aku. Seterusnya dia mesti keluar dari ofis sambil mata masih memandang aku.

7 Jun 2018
Hari ni aku mimpi Haqim lagi. Ada buat aktiviti di luar ofis. Ramai-ramai tengah berkumpul. Dalam ramai-ramai tu semua aku tak kenal, tak ingat pun muka kecuali Haqim sahaja selaku ketua aktiviti. Bila semua sudah siap berkumpul, kami semua bergerak ke satu restoren makanan segera macam A&W. Kami dah reserve satu kawasan tu untuk buat aktiviti. Di sebabkan aku tidak kenal orang lain maka aku duduk berdekatan dengan Haqim. Kiranya aku duduk bertentangan dengan Haqim. Kami sudah berbaik-baik cuma masih diam membisu.

Ada yang kata aku terkena ilmu pengasih tak kurang juga makcik-makcik bawang ni kata aku angau. Aku tak ada perasaan langsung pada Haqim sekarang apatah lagi nak teringatkan dia sebelum tidur. Baik aku tidur bermimpikan putera katak!

“Kimi, betul la apa yang kau cakap dulu. Aku rasa ni semua kerja Haqim”, aku whatsapp Kimi.
“Macam mana kau tahu?”, balas Kimi.
“Macam-macam petunjuknya Kimi”. Aku pun cerita kan semua yang berlaku pada aku.
“Kimi, kau ingat tak tahun bila dia bagi coklat kat aku yang dia baru balik dari Langkawi tu”
“Tahun 2016” balas Kimi.

Bermaksud, semenjak tahun 2016 atau mungkin sebelum tu lagi Haqim sudah mengejar aku. Haqim pernah memberitahu aku, mereka sudah ada krisis rumahtangga semenjak tahun 2015 lagi.

9 Jun 2018

Selepas sahur, aku bermimpi aku berada di dalam satu kelas kursus bersama Haqim. Hari raya bakal menjelang tiba. Sesudah selesai kelas tersebut, ada seseorang sponsor duit raya – sampul berisi banyak not RM100 diberikan kepada ketua kumpulan. Dalam keadaan kalut dengan orang ingin bersurai, entah macam mana Haqim terlanggar aku. Aku tak pasti sama ada dia terlanggar atau sengaja langgar.

“Kau pehal ha?!” Jerit aku pada Haqim. Haqim diam tidak membalas. Sebelum keluar kelas aku ke tandas dulu ingin membuang air.

Aku terjaga. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Aku terjaga kerana ingin membuang air. Sesudah selesai, aku menyambung kembali tidurku.

Mimpi aku bersambung daripada mimpi pertama tadi. Selesai kursus di dalam kelas, kami di berikan tugasan untuk menonton video di sebuah rumah. Homestay barangkali. Semua sudah sedia berkumpul di hadapan televisyen untuk menonton video tetapi Haqim masih lagi di meja komputer. Diam. Sibuk dengan kerjanya atau mungkin buat-buat sibuk kerana merajuk dengan aku? Ye la, dah kena jerit dengan aku dalam mimpi pertama tadi.

Aku terjaga dalam pukul 11 pagi. Aku tidak bekerja pada hari tu jadi aku bermalas-malasan sahaja sepanjang hari. Esoknya bila aku masuk kerja. Aku terkejut bila tengok ada orang login guna ID aku semalam pada pukul 10.30 pagi dan tolong sign memo-memo yang ada. Aku syak ini mesti kerja Haqim kerana dia tahu login ID aku. Aku login guna ID dia. Sah..waktu login dia dan aku semalam lebih kurang sama. Cuma beza dalam 1 minit sahaja. Jadi, waktu aku termimpikan dia bermakna dia tengah teringatkan aku?

Jadi betulkah selama ini orang kata, kalau kita termimpikan seseorang, bermakna orang itu tengah teringatkan kita? Aku kerap mimpikan Sham. Hampir setiap bulan. Bila aku mula hampir melupakannya, dia hadir dalam mimpi aku. Keesokkan harinya dan hari seterusnya membuatkan aku sentiasa mengingatinya setiap hari. Paling aku tak boleh lupa bila aku termimpikan Sham semasa aku sedang bercuti di Sabah. Dia whatsapp aku, katanya dia ada masalah lagi. Kemudian aku terima lagi whatsapp darinya:
“Saya masih lagi belum ada pengganti. Tapi awak dah ada yang lain..”

Sampai sekarang ayat tu masih lagi bermain-main di fikiranku. Aku rasa ralat. Aku rasa bersalah dengannya. Aku rasa tidak tenang selagi tidak menjelaskan semua yang berlaku padanya. Sempena Hari Raya yang bakal tiba, aku bercadang ingin mengirimkan kad raya. Puas aku cari di bandar namun hampa. Zaman sudah canggih, mana ada orang jual kad raya lagi. Beberapa hari lagi Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Kad raya tak jumpa lagi. Jadi aku mengambil keputusan untuk menulis sahaja surat kepadanya. Tulis tangan. Aku menceritakan semua gangguan yang berlaku padaku. Terpulang kepadanya ingin mempercayainya atau tidak. Aku masukkan surat ke dalam sampul duit raya.

12 Jun 2018 (27 Ramadhan)
Selesai menyiapkan tugasan aku, lebih kurang pada pukul 10 malam aku mengajak Nori ke balai polis, tempat Sham bekerja. Aku ingin menyampaikan sampul raya tu di pondok balai tetapi mereka tidak boleh menerimanya dan menyuruh aku sendiri menyampaikan kepada Sham. Kata mereka, Sham sudah balik. Dia bekerja shif pagi. Pegawai polis di pondok balai kemudiannya menyuruh kami masuk ke dalam balai. Di kaunter balai, sekali lagi mereka tidak boleh menerima sampul aku kerana menyangkakan “duit raya”. Tidak, aku bukannya hendak merasuah anggota polis. Itu cuma “surat cinta”. Akhirnya pegawai polis menerima sampul aku setelah dia menghubungi Sham untuk mengambilnya malam tu juga!

Keesokkan harinya, aku menelefon balai. Niat untuk bercakap sendiri dengan Sham samada dia sudah menerima sampul aku ataupun tidak.

“Selamat pagi. Balai Polis P*****”
“Boleh saya bercakap dengan Shamsul Sukri?”
“Dia tak ada kat balai”
“Aiikk..Kata semalam dia kerja pagi”
“Betul dia kerja pagi tapi dia tak duduk di balai. Dia pergi meronda. Ada apa cari dia? Nama siapa ni?”
“Saya Saidatul. Saje je cari dia”
“Oo..saje je ye. Untung la dia..” usik pegawai polis tu.
“Untung la sangat! Hmm..sampaikan salam raya pada dia”, pesan aku.
“Sayang betul awak pada dia ye”
“Hehehe..terima kasih” aku meletakkan telefon.

Sampai ke hari ini, aku masih belum terima apa-apa balasan daripada Sham. Tiada langsung khabar berita. Haqim? Aku pun sudah tidak mimpikan dia lagi. Walaupun kami masih lagi bertemu di ofis, dia langsung tidak menegur aku. Pandang pun tidak. Aku harap ini episod yang betul-betul terakhir. Aku masih lagi mengharap agar Sham kembali kepada aku. Aku pun ingin hidup bahagia sepeti orang lain. Doakan aku ye. Terima kasih kerana sudi membaca.

-TAMAT-

Kredit:
http://yourresolves.blogspot.my/2016/09/sihir-penunduk.html
http://bentengjiwa.blogspot.com/search/label/Pelalau

Fieya
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

51 comments

  1. Cerita awak hampir sama dgn cerita saya. Part haqim be sungguh2 nak tackle. Janji nak nikah sampai sgp jumpa ibu bapa saya. Rupa2 sy terkena ilmu penunduk. Angau tak bertempat. Sakit tak tertahan. Kena sumpah kena calar maruah pun tak berkesan. Sehingga sy berubat. Skg. Masih teringat. Tp tak seperti mula2 dulu. Hampir2 membunuh diri

  2. kes awak yang kena sihir pelalau lebih kurang sy.boleh bagi contact no orang yg awak berubat dari jauh tu tak ?

  3. Cerita lengkap dan penuh perincian. Penulis suka tidur!! 😀
    Jalan cerita yang menarik, kagum dengan Irsyad dan En. Arash. Bahagian penulis bercinta dengan Haqim, memang dah agak ada sesuatu yang tak kene. Hati Haqim memang sangat busuk.
    8/10

  4. hmm pelik la kan..masih ad mnusia yg jenis cmni!guna2 org cmtu ,die xtkot mati ke.. mati itu pasti, sy selalu mmbaca ayat talkin spya mngingati mati

    1. Kan…da la ex pun rmai..bole “u turn”..psl sham tu,kesian dia si penulis smpai call tmpt krja.balai bukan cam opis2 lain.silap sikit,tatatertib la jwbnye.

  5. macam yg sy sedang alami skrg. sy cuba pulangkan balik sihir kepada yg empunya. tapi baru 2 hari sy usaha pulangkan, bahu saya dah mula sakit2 lenguh. Sy cuba berubat sendiri. Ada sesiapa yg lebih pakar yg boleh tolong tak?

    1. sama la. benda tu mcm dtg balik. ingatkan dah habis. tp kesian kawan2 ofis yg duduk area haqim..smua sakit2 termasuk sy. ada yg demam malam je..sakit2 badan. aritu sy sakit blkg lepas mgrib. smpai rumah sihat. yana tetiba sakit kepala. nori demam batuk sebulan..on off on off. jumpe doktor..doktor pun pelik xtau sakit ape. sy aritu pun batuk sebulan..yg xde kahak tu. mcm2 ubat+petua try. yg pelik masa baca yasin batuk stop

      1. itulah. tapi sy paksa juga diri ini untuk teruskan. sekarang bangun tidur, dada rasa sakit je. mcm ada org tekan. lagi usaha, lagi teruk kena. mungkin yg menghantar sedar sy usaha.

  6. alah, gantung la cerita pasal Sham tu. nak sambungan, haha. Mesti orangnya romantik kan, penuh dengan kesabaran. Hihi. Untunglaaaa awak. Hihi

    1. mls la buat sambungan. org bosan kang. tp sbnrnya crita xabis lg. ada org boleh detect lg sy terkene sihir. irsyad pun ckp ada sikit2 lg. hidup penuh dgn twist. dia detect sy ada saka. so ada 2 masalah. saka+sihir. try gi berubat dgn tok batin mggu lepas. mmg konfem dia ckp haqim yg buat. dia nak sgt2 kat sy tp buat dgn cara salah. bbrapa ari lepas tu..sham contact mlalui fb messenger. dia bgtau dia dah kawin. dia xnak sy tggu dia. bila tnya bila dia kawin..taknak jawap. masih tak bleh hadam lagi. dlu sy check jpn status dia..bujang. masa bulan okt 2017 pun bos dia ckp dia bujang. xpe la..dah tau jawapan

      yes..sham lemah lembut orgnya. xpenah tgk dia marah. xpenah tgk dia carut2 tp syg..cinta tak semestinya memiliki

      1. Boring betul crita awk…
        Style crita mcm awk laa gadis hot..byk btul nama jantan….mana family awak..xkn xbantu… Haiishhh buang masa baca

  7. Nak tanya…adakah org yg amal ilmu pengasih selain dpt duit…jiwa raga pun mrk dpt sekali? Bahaya betul ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.