Pemancing Solo di Empangan Tasik Subang

Assalamualaikum semua, terima kasih kepada FS kerana sudi menyiarkan kisah aku. Ini kisah aku yang kedua selepas Misteri Lubuk Pusing. Banyak komen membina yang aku terima dan aku akan cuba memperbaiki cara penulisan supaya korang lebih seronok membaca ok.

Aku memang seorang kaki pancing, banyak tempat aku dah pergi. kat parit, kat lombong, sungai, laut, dan macam-macam lagilah. setiap tempat ada keunikan dan setiap kali memancing aku rasa tenang. Hilang stress jap. Aku ni suka memancing malam, sejuk sikit.

Dalam tahun 2004, kalau tak silap. Aku dengan kawan-kawan dah set nak memancing dekat Empangan Tasik Subang, kalau korang nak tahu, alaaa….tempat seseorang pernah kena bom suatu masa dulu. tapi aku pergi ni sebelum tu. Sekarang tempat tu dah ditutup, tak blh masuk lagi.

Ok, berbalik pada cerita, last minit, kawan-kawan aku cancel, tak guna betul, aku dah siapkan semua barang, umpan dah beli. rugi…rugi…jadi, aku pun gerak solo. Masa tu pukul 12 tengah malam. Yup, walaupun tanpa kawan-kawan, aku memang boleh gerak solo. takde hal punya.

OK, sampai je kat sana, terus aku set up batang pancing dan rilek sambil berasap. kat situ ada pokok besar, memang besar dan sesekali ada angin malam yang menghembus, sejuk je terasa. Aku pandang ke tengah tasik, tiba-tiba ada sesuatu sedang melintas permukaan tasik tersebut. Aku tengok lagi betul-betul. Lepas tu sejuk tadi terasa seram jap, rupa-rupanya penanggal. nasib baik dia tak pandang ke, jeling-jeling ke. kalau tak, tak taula apa jadi.

Lepas tu, batang pancing aku ditarik, dah makan umpan dah. Alhamdulillah rezeki aku malam tu, aku dapat 4 ke 5 ekor talapia besar-besar. Tak lama lepas tu, aku rasa tak sedap hati, kalau ikutkan lagi lama aku nak memancing. Tapi, tiba-tiba aku terdengar suara tangisan, mana ada orang tengah-tengah malam macam ni. Jam pun dah pukul 3 pagi, aku bingkas bangun dan mengemas alatan memancing. Bunyi tangisan tak lagi kedengaran.

Aku cepat-cepat start motor dan bergegas keluar, aku dah fikir dan nak masak apa ikan-ikan talapia ni. goreng pun sodap. Tengah aku memulas motor untuk keluar dari kawasan tu, tiba-tiba jalanku dihalang oleh seekor makhluk yang besar, berbulu dan bermata merah. Tubuhnya memang besar dan kelihatan seperti marah. Aku hampir saja jatuh motor kerana terlalu terkejut.

Ah sudah…aku kalut tak tau nak buat apa, tiba-tiba aku ternampak mercun bola dalam raga motor aku. aku selalu bawak untuk halau monyet atau untuk apa-apa kecemasan, yang ni pun boleh jugak. Aku nyalakan mercun bola dan menjerit Allahuakhbar. Sebaik saja mercun tu meletop, benda tu dah takde, aku pun terus pecut keluar dari situ. Jantung ni rasa mcm nak meletup. Tapi aku tenangkan diri balik dan beristighfar banyak-banyak.

Sampai di rumah, aku segera simpan semua kelengkapan memancing dan membawa bekas beirisi hasil tangkapan aku tadi ke sinki. Tapi, bekas tu kosong. yes…kosong. mana pegi ikan aku tu semua, takkan benda tadi dah amik? sebab tu ke dia roadblock aku tadi?Alaaa…kempunan aku nak makan talapia besar goreng ngap ngap…

Oklah semua, maaf kalau tak menyeramkan, ini sekadar secebis pengalaman .. In Shaa Allah, aku akan post cerita yang lain di FS. Terima kasih atas sokongan semua. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 thoughts on “Pemancing Solo di Empangan Tasik Subang”

  1. xder rezeki laa tu kut…bertabahlaa…btw seram weh alami sorg2 lak tuu..beraninya lahai….pasni cerita lagi pengalaman2 yg ada ya…

    Reply
  2. adeiiii mana pegi talapia tu… perghhh goreng garing2, wat sambal belacan makan ngn nasi panas2… perghhhhh boleh bertambah nasi ni

    Reply

Leave a Comment