Pembaca Setia Fiksyen Shasha

“Pembaca Setia Fiksyen Shasha” Assalamualaikum . & salam sejahtera . Cukup lah aku perkenalkan nama aku (yaya,bukan nama sebenar)Hehehe 😁 . Maaf , kali ni aku bagi tajuk atas nama page niy bukan ada tujuan lain dan tak tahu lah kenapa sejak rajin follow page niy macam macam terjadi dekat aku . Ye , memang aku tertarik dengan semua cerita cerita dekat page niy . Memang setiap hari aku baca . Sebelum tidur baca , sanggup Oo selak selak yang bawah bawah tu , aku rasa maybe dah berpuluh puluh cerita aku baca 😁 . Dah bangun tidur pun sambung balik belek belek bawah tu . Punya lah having fun nya . Padahal aku bukan minat sangat pun membaca . Novel pun tak berapa minat nak baca . 😥

Ok start about story . (Bab 1) Aku ni tak bekerja, dan suka jadi burung hantu . hihihi . Tergerak nak bukak page niy (macam best je), bermula la baca dan terus baca . Dengan lampu pun tak tutup sebab aku dah start rasa seram . Yelah kan , dah seram tapi tetap nak baca jugak (mesti pembaca setia fs ni pn sma kan hehehe) Baca dan baca lagi tetiba tingkap bilik aku diketuk sampai tiga kali ? Oh Tuhan memang terkejut dup dap dup dap jantung niy . Ok buat tak tahu jerk , dan sambung baca . Dia buat pulak bunyi selipar “seret seret” ( ala mcm bila nk keluar pakai selipar kan ada bunyi tu ) Aduyy .

Untuk pengetahuan korang . Rumah aku ada tiga blik, Bilik aku yg first sekali so bila bukak pintu masuk , belah kanan terus bilik aku . So memang dekat sesangat dengan luar rumah la kan . Nak kata abg aku keluar , mmg sebelum aku masuk tidor mmg tahu dah dia tidur dekat bilik dia , bilik yg no 3 . Asyudahh . Aku pun buat bodoh lah . Terus je layan page niy . Okay settle bab usik usik manja .

Ok ( Bab 2 ) Macam biasa lah aku jadi burung hantu tiap malam . Then macam biasa layan page niy . Tapi kali ni tutup lampu . Kali nie dia usik (Hp husband aku pulak 😑) Masa tu dalam pkul 3 lebih macam tu lah . Tengah syok syok layan . Husband aku terjaga . Husband aku amik lah hp dia . Lepas settle dia main hp tu (mcm biasa lah tekan home lepastu lock) dia letak sebelah dia agak jauh sikit lah dari kami . Dalam 10 minit mcm tu . Tetiba hp husband berbunyi , kebetulan dia terbalikkan screen hp tu . (Ala bunyi bila kita nk dail org) Haaaa boleh pulakk tekan bintang **** ni . Tapi masa husband tgok hp dia lepas bunyi tu , mmg betul masuk dekat tempat nak dail org dan masuk tempat log call . Yg jadi persoalan sekarang niy? Dah semestinya bila dah lock , dan nak bukak mesti lah kena masukkan password . Dah macam mana pulak boleh terlepas kesitu .

Oh sudahh . Kecut perut aku dengan husband masa tu agak kebingungan 😥 . (Dalam hati, dia marah aku main henset n baca cerita seram dia ke pun) Aku pun letak henset terus tido . Hahahaha . Sumpah memang rasa nak nangis je masa tu . Haha mngalah nampak je 😩 . Ok masih cerita yg sama . Kali niy aku tak berjaga malam . Aku tido awal , jam yg sama jugak pukul 3 lebih . (Kali ni husband pulak kena) Dia tersedar hp yg diletak tempat yg sama macam kisah tadi , taktahu lah katanya dengar bunyi alarm ataupun ada org call . Nak kata org call , tengok tak ada siapa pun call . Nak kata alarm ? Mustahil sebab sentiasa set pukul 5:30 pagi je . Husband pun buat bodoh je lepas tgok tak ada pape kt hp dia , dia pun suluh sekeliling bilik (taktau lah apa yg dia nak cari). Kebetulan pulak husband boleh kata yg aku tetiba menangis dalam tidur dan seolah olah aku menangis betul tapi mata aku tak bukak .

Husband tak gerak aku pun , tapi dia tepuk tepuk badan aku . Bagi aku diam and teruskan tido balik . (Masa tu mmg aku tak sedar langsung aku nangis masa tido, tapi tak heran pun , bukan baru ni je menangis masa tido dah byak kali dah , hehehe) Ehh tetiba pulak kucing kami tido atas kepala , kucing tu pulak mengiau banyak kali macam nak bagitahu sesuatu kata husband sebab kucing tu mengiau masa yg sama husband terbangun & aku menangis masa tidur tu. Kali niy nervous skit (bab 3) Hari jumaat minggu lepas – 14/10 , macam biasa jadi burung hantu . Pagi tu dapat berita yg sedih , sepupu aku whatsap bagitahu opah belah ayah dia meninggal pagi tu jugak dalam pukul 4 lebih kot (Al-fatihah 😔 yg dah aku anggap macam opah aku sendiri). So aku decide taknak tidur sebab lepas husband pegi kerja nak pergi ke rumah opah sepupu aku ni . Aku pun layan kisah kisah seram dalam page niye.

Layan layan sampai tak sedar dah nak dekat pukul 7 . Hehehe . (Nampak tak betapa setianya aku) hahaha . So dalam pukul 8 lepas husband pegi keje aku pun pegi lah mandi bersiap semua . Dan tergerak pulak hati aku nak whatsup kawan aku nie . Aku nak cerita apa yg terjadi kat aku . Sebab kwan aku niy dpat lah rasakan benda benda nih . Masa aku whatsup kwan aku ni aku belum mandi lagi. So , aku whatsap tapi tak balas . Aku pun mandi lah . Maybe kwan aku tu busy kot . Taknak berlengah lengah lgi aku pun bersiap . Masa bersiap tulah baru kawan aku ni balas . Aku pun bukak lah. Kwan aku tnya ” kenapa ” . Tapi masa tu rasa tak sedap hati sangat sangat . Perasaan libang libu je . Rasa mcm tak selesa sangat sangat! Rasa nak keluar dari bilik tu cepat cepat , nak keluar rumah tu cepat cepat . Tah lah taktahu nak cakap macam mana .

Aku pun dah siap pakai tudung semua . Panas kan enjin kereta . Masa dalam kereta tu baru lega yg teramat lega rasanya ! So aku pun balas lah whatsup kwan aku tu n ape yg aku nak cerita dekat dia . Aku cerita A-Z . Lepas tu mulakan perjalanan pergi ke rumah opah sepupu aku niy . Dah sampai sana , perasaan takut nak masuk rumah tu makin menjadi ! Apa yg aku takutkan aku pun taktahu . Padahal bukan rumah yg tak kenal pun . Opah , atuk , mak cik pak cik semua ada . Kebetulan masa tu atuk aku duduk luar rumah . Aku teman kan aje lah atuk aku niy sebab takut nak tengok arwah . Dan dah selesai semua bermula lah semua bertolak pergi ke tempat pengebumian . Pada mula nya aku tak nak ikot . Tapi disebabkan sepupu aku ni beria ajak pergi jugak . So aku pun ikut tumpang diaorg sekali . Dah sampai kubur . Aku ok lagi . Settle baca doa semua , kami pun balik lah . Tapi masa sebelum tinggalkan tempat perkuburan tu , sakit teramat sakit sangat tengkuk aku niy . Berat sangat sangat .

Ya Allah tuhan je yang tahu masa tu berat dan sakitnya macam mana . Sakitnya sampai lah aku dan semuaa yg dari kubur tuh sampai ke rumah arwah . Aku pun baca surah surah apa yg patut . Aku pun sambung lah whatsap kwan aku ni . Masa tu tgah sakit lagi . Aku bagi tahu kat dia . Dia pun suruh aku basuh kaki and kalau boleh mandi terus . Tapi tak boleh nak mandi just boleh basuh kaki je . Yelah kan dekat rumah arwah . Mana boleh mandi . Huhuhu . Masa yg sama jugak aku bagitahu kat husband aku. Dia pun ingat aku dah balik rumah. Dia pun suruh aku basuh kaki sebelum masuk bilik. Yelah, baru balik kubur kan . Kita pun tak tahu ape yg ikut kita balik . Bila dah lama tu, sakit pun kurang.

Petang tu baru aku balik rumah mandi apa semua terus tidur. Penangan sehari suntuk tak tido 😅 sampai tahlil malam tu pun tak dapat nk pegi 😢. Okay ni part last (bab 4) lepas je husband pegi keje, pukul 8 macam tu aku bangun mandi siap, tunggu kakak dan abg ipar datang amik nak pegi beli barang, sebab malam tu nak sambut birthday anak diaorg . Dah siap semua . Kakak dan abg ipar aku ni pulak alahai lambat nau dtg nye. Sampai aku pun dah naik bosan . Bukak lah fb dan baca page fs niy . Kebetulan masa ni aku baca smbil baring dekat bilik mak aku , (bilik no 2 dekat tengah antara bilik aku dan bilik abg aku ) masa masuk tu aku tutup pintu bilik sikit je . Tapi pintu tu rosak pun. So baca punya baca . Tetiba “pangggggg” pintu tu tutup dengan kuat nya dah rupa ada org tolakk. Tercengang 3 minit aku tengok pintu tu sambil berfikir 😥.

Nak kata angin, masa tu dah pukul 10 lebih, dan masa tu dah semestinya panasss. Mana datang anginnya. Kipas syiling kat ruang tamu dah mesti ler tutup sebab takde siapa pun kat rumah tinggal aku sorang je. Oh sudahhh. Tak pikir panjang dah. Keluar dari bilik mak terus masuk bilik aku . Terus kunci pintu. Nak layan fs pun takde mood dah takut plus terkejut punya pasal. Sampai terlelap aku tunggu kakak aku . Erghh 😑. Dari peristiwa2 ni. Pagi ke siang ke tido mesti bukak lampu. Hahahaha . Tapi masa husband takde je. Ada lah satu malam tu husband tak ada. Ada kerja luar. Jangan ditanya lah kenapa tak bukak lgsg page fs niy. Dan tidur pun berlampu. Tv pulak sentiasa on. Hahaha. Takut nokk ! Tapi seram macam mana pun. Baca tetap baca! Hahaha . Tambah takut baca bila malam jumaat. Macam malam semalam. Huhuhu

Tapi apa ada aku kesah . Layankan ajee . Heeee . Sorry ye admin . Tak pandai sangat nak karang cerita . Takat ni je aku mampu kongsikan kisah aku selepas follow page ni . Nak pulak bila terbaca komen komen pembaca setia pasal bila baca link kat fs tetiba bunyi whatsup group masuk tak henti2 . Bila bukak tak ada pun mcg masuk . Kalau terjadi kat aku lah , mybe demam aku . Sebab setiap group yg ada aku akan buat silent . So bila bukak whatsap je tahu ada whatsap masuk . Soooo? Korang pikir lah sendiri . Dan nak bagitahu jugak . Husband aku pun terjebakk jugak dgan follow page niy . Hehehe . Dia pun kata best and ada kala nya terasaa seramm tersangat seram. Wkakakaka 😁😝 . Pape pun admin n pembaca setia kat page FS the besttt 👍. #Sesiapa yg pernah terjadi macam aku , boleh comment ye kalau cerita aku ni di publish kan . Kalau lahh . Hihihi . Kita kongsi kan pengalaman yg kita ada ni sesama 😅. Maaf terpanjang lebar pulak . Huhuhu . Pembaca setia fiksyenshasha.com

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 comments

  1. Haha.. MG pun dh terjebak. Lps tu mlm2 lari tdo dgn anak kalau laki outstation. Tapi ikut pengalaman org yg pernah ada saka, ‘kawan2’ ni mmg suka kalau kita cerita psl dia. Ala2 retis gitu… suka dpt perhatian. Jadinya… kalau dh seram2 tu rasa2nya kita break dululah… nanti2 baca lagi FS ni . Disclaimer: FS bkn Fasha Sanda taw….

    1. Usaha gak nk menterjebakkan asben tp gagal…
      Satu, sbb die x suke membace novel…
      Dua, die mmg jenis x suke carik masalah…
      Heheheheheh…
      Tapi sllu gak bini yg degil ni gigih ulang cerita kesah2 dlm ni kt die time borak2…
      Iye tak iye jer kang die dengor, hahahahah…

      1. hahahahahha kak den rasa apa yang yaya ni rasa tapi mcm biasalah kan apo yang den cite….ado x cite pasal pengomen yang selalu folow akak tuh hahahahah…

  2. sy pn pembaca tegar fs ni…sll kne gangguan bunyi bunyian…apakh maksud semua ini. sampai bt sy xtinggal doa stp kali tido n pg mn2 je. tapi still layan fs terbaik.

  3. Huhu… samala.. lpas baca fs ni mmg slalu rasa takut je la.. sbb slalu ingt mende2 tu..

    Bak kata MG mmg kna take break skejap dari baca..

    Saya pn bru take break sehari.. ni da mmbaca balik. Haha.. paling lama take break pn sehari…

    Husbnd saya xmnat baca2 citer, jd xleh nk jebakkn dia.. n dia xtahu pn sya baca fs ni, sbb dia xsuke saya baca bnda2 y bt saya sndiri takut… jd sya bt2 brani je la klu kna gngguan pape n bt xtaw je… slagi xtruk sgt gngguan, bt biasa je..

    Benda ni pn, klu kite melyan takut dia, makin dia mnjdi2 mengacau.. skrg sya da bt xtaw je kalau dia main ketuk2 pintu dgn tngkap…

  4. Uishhh samelaaaa.. :'( sampai nak masuk toilet paling takut… Tambah pula bunyi pintu kena tiup angin… kreeeeekkkkkkkk.. dem

  5. Kalau saya,hari2 baca FS ni..kalau tak bukak FS, saya bukak novel online, tapi carik cerita seram..sepanjang saya baca semua pengalaman yang di sharekan dlm FS ni, belum lagi or tak pernah mengalami perkara2 mistik, bukan nak takbur @ riak..tapi jenis saya ni, kalau baca,baca mcm tu jer..baca mcm tak der perasaan langsung..

  6. adehhh..same la..sejak da terjebak dgn FS,ari2 mesti baca and opkos la time mlm2..hahaha.. pastu bile g mane2 sorg2 msti ade perasaan lain macam je..nk g toilet kt ofis pun seriau plus kt ofis mmg slalu sy sorg je yg ade..agknye ‘die’ tau kot kite tgh baca pasal ‘die’? hehehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *