Pendamping tu Saka ke?

Assalamualaikum. Nama aku Nurul. Berumur 28 tahun dan masih belum berkahwin. Serius sedih bila orang asyik tanya bila aku nak kahwin. Aku nak ceritakan tentang pengalaman hidup aku dan berharap sangat tak ada yang kenal aku. Maaflah kalau cerita ni tak best. Apa yang penting, ini kisah benar yang pernah aku lalui.
Terima kasih admin sebab siarkan cerita aku sebelum ni. https://fiksyenshasha.com/bayi-hilang-rasuk-berubat/ & https://fiksyenshasha.com/rasa-diekori-sesat-panahan-cinta-budak-comot/

Kali ni aku takde nk cerita panjang-panjang macam sebelum ni. Pertama sekali, alfatihah untuk arwah ayah. 4 bulan dah ayah pergi tinggalkan kami. Cerita yang aku nak ceritakan ni berkait dengan cerita yang mula-mula aku share kat fiksyen shasha. Tentang family aku nak ubatkan aku, tapi sampai sekarang tak buat lagi.
Untuk pengetahuan korang, dah lima orang cakap pasal benda ni. Diorang cakap aku ada yang jaga, ada pendamping.

Mula-mula sekali aku dapat tahu, masa aku belajar dulu. Tapi orang tu tak ubatkan aku. Dia cuma cakap ada yang jaga aku. Dia taknak aku kahwin, kalau kahwin pun, dia taknak aku ada anak. Masa tu aku tak kisah sangat. Yelah kan, umur pun baru 18 tahun. Mana ada nak pikir sangat pasal kahwin. Tapi bila sekarang umur dah 28 tahun pun tak kahwin, stress pulak rasanya.

Orang kedua hingga ke empat bagitahu, masa tahun lepas. Dalam bulan 9 kalau tak silap. Orang kedua ni, dia adik kepada kawan mak aku. Mak aku cerita kat kawan dia yang aku ni keras hati. Sebenarnya tak keras mana pun. Hehehe. Mak aku pelik, kenapa aku tak macam anak kawan2 dia yang lain. Life aku masa tu Cuma tempat kerja & rumah je. Fon aku ni pun guna untuk online fb je. Tak lama tu, datang la adik kawan mak aku ni ke rumah. Pada awalnya, aku yang kena pergi ke rumah kawan mak aku ni. Tapi last minit mak aku cakap tak payah pergi. Bukan aku yang cancel tau. Aku rilex je. Bila orang tu datang pun aku buat biasa je. Dia suruh aku duduk depan dia. Tapi dia panggil mak aku jugak. Pelik kan? Yang masalahnya aku, tapi mak aku pun kena panggil. Rupanya, mak aku pun ada gangguan.

Gangguan yang pada mak aku ni dah lama. Dari mula kahwin lagi. Sebab tu kandungan mak pernah hilang. Benda ni berkait. Dan hari tu jugak ada rahsia terbongkar. ‘Benda’ yang ada pada mak aku ni, tak suka pada ‘benda’ yang ada pada aku. Dan ‘benda’ yang ada pada mak aku ni, tak suka aku. Mak cerita kat kawan adik mak aku ni, mungkin dia tak sedar masa tu. Mak cakap benda tu dah cuba nak ‘hancurkan’ aku. Sejak aku dari dalam perut lagi, macam2 dia buat utk mak gugur. Tapi akhirnya, mak tumpah darah. Aku lahir tak cukup bulan masa tu. Doktor pun cakap 50/50. Tapi alhamdulillah alu hidup sampai sekarang. Bukan tu aje. Sampai aku umur 28 ni pun, benda tu masih lagi tak suka aku.

Masa kau kecik dulu, mak aku pernah perosok aku bawah kerusi. Nak bagi aku lemas (ni mak yang cerita). Tapi nasib baik ayah ada. Ayah yang selamatkan. Tapi mak cakap dia memang tak sedar apa dia buat. Kalau aku kena pukul, walaupun bukan salah aku, sampai separuh nyawa di pukul. Aku tak ingat semua tu. Mak yang cerita semula. Selalunya ayah yang selamatkan aku. Rindunya kat ayah…..
Tapi ada satu kata yang keluar dari mulut mak yang buat aku sedih sangat. Mak cakap “sampai sekarang pun perasaan tak suka tu ada”. Perasaan aku masa tu, tuhan je yang tahu. Walaupun pakcik tu cakap mak tak sedar apa yang dia cakap, rasa sedih tu memang tak boleh nak gambarkan. Menitik jugak air mata aku kat situ. Tapi pakcik tu just ubatkan mak je. Dia cakap benda yang pada aku ni Cuma nak lindung aku. Mungkin lindung aku dari mak aku. Sebab pakcik tu cakap mak aku susah nak ubat. Mak lemah semangat, benda tu mungkin boleh datang semula.

Orang ketiga ni, dia dari seberang. Memang pandai ubatkan orang. Mula-mula dia pandang aku, dia dah cakap ada yang damping ni. Tapi aku dah tak terkejut la. Dah ada yang bagitau sebelum ni kan. Tapi, dia tak cakap kat aku berdepan. Dia Cuma sampaikan pesan kat adik aku, suruh aku berubat. Bila dia datang umah aku, dia Cuma ubatkan ayah je masa tu. Sebab masa tu ayah sakit kat bahagian perut.

Masa dia ubatkan ayah tu, aku ada tengok. Dia pecahkan telur, dalam telur tu ada satu bungkusan kain putih. Dalam kain tu ada batu nisan kecik, buat dari besi kot. Tapi saiz batu nisan tu dua kali ganda lagi besar dari telur tu. Dekat baru nisan tu, ada kain kapan di ikat kat tengah2 batu nisan tu. Lagi ada helaian bulu, tapi bukan rambut. Sebab dia kasar. Macam misai pun ada. Ada tanah jugak kat dalam. Pakcik tu cakap tu tanah kubur. Lagi, ada beberapa batang jarum & paku. Dah berkarat habis. Pakcik tu cakap benda ni dah lama orang hantar. Tapi ayah tak sedar. Tak lama pun ubatkan ayah. Dua bulan lepas tu ayah meninggal. Yang aku pelik tu, pakcik ni beria nak ubat aku, last2 dia cakap aku ok. Takda apa-apa masalah.

Lepas ayah meninggal aku jadi makin down. Yelah, sebelum ni ayah ada nak backup. Mak pun, kadang ok kadang tak ok. Bila mak ok, mak cakap jugak dia serba salah. Dia pun tak tau kenapa buat aku macam tu. Tapi aku nak cakap apa kan. Bukan mak yang mintak. Aku jadi makin pendiam. Aku banyak buat hal sendiri. Aku tak ada kawan. Serius aku tak ada contact dah dengan mana-mana kawan aku dulu. Sekarang ni aku dah malas nak keluar rumah. Aku asyik pikir nak tidur je. Sebab dalam mimpi, aku jumpa ayah. Dalam mimpi je aku boleh nampak ayah senyum kat aku.

Sampailah tiba orang ke empat ni suruh aku ubat cepat-cepat. Orang ni pun dari seberang. Pandai ubatkan orang jugak. Dia cakap benda ni ‘lelaki’. Benda ni dah makin rapat ngan aku. Dah macam bayang aku. Mana aku pergi, dia ada. Takut kalau dibiarkan lagi lama, lagi susah nak buang. Dia nak tolong ubatkan aku, tapi masa tu dah lambat. Dia kena balik seberang dah masa tu.
Orang ke lima ni pulak, mak aku tolong tanya. Dia boleh ubat dari jauh. Mak aku call, just bagi nama je. Dari situ dia boleh tahu. Katanya orang ni dari keturunan arab. Panggilan pun sheikh. Sheikh ni cakap masalah utama aku ni ialah “aku pernah alami frust yang sangat-sangat teruk”. Yes, yang ni aku mengaku. Aku tak cerita pun kat siapa2 masa tu. Just pendam, dan lama-lama jadi dendam. Bukan frust dengan lelaki je, tetapi dengan perempuan jugak. Kawan yang tidur sebantal, makan sepinggan, tikam aku belakang sebab sorang lelaki. Masa tu dia pijak2 maruah aku, dia anjing2kan aku. Sebab tu, aku pikir kalau takde kawan pun tak masalah. Hati tak sakit, duit tak habis. Yelah kan, kalau tak, merayap je keje aku.

Tapi memang aku perasan sekarang ni aku dah tak peduli dengan orang lain. Aku tak kisah pun takde kawan. Bukan aku tak pernah nak hang out dengan kawan-kawan. Tapi selalunya mesti aku cancel last minit. Kalau whatsapp pun, Cuma 2,3 mesej je. Lepastu aku biarkan mesej tu krikk krikk macamtu je. Dengan lelaki pun sama. Mesej 2,3 lepas tu aku biarkan krikk krikk. Aku jadi cepat bosan.
Sheikh tu pun tau yang ayah baru meninggal. Tau yang kandungan mak pernah hilang. Tau yang ada damping aku. Sheikh tu cakap benda ni dari keluarga. Saka mungkin?? Keturunan bidan. Masalahnya, mak aku tak tau keluarga mana yang ada bidan. Tapi kos ubatnya sampai 7,8 ratus. Bila aku ajak mak cari orang pandai ubat, mak taknak bawak. Mak suruh pergi sendiri. Huhu.

Aku nak ubat, tapi takut.
SEKIAN,
LOVE,
NURUL.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

28 comments

  1. pergilah berubat dgn darul syifa yg terdekat. Kan tak payah membazir beratus ribu. cuba sajalah insyallah allah membantu.

  2. According to gugel..

    Saka adalah yang diturunkan dari nenek moyang..(Hak milik keturunan)
    Pendamping adalah yang dipanggil untuk tujuan yang tertentu..

    apa pun dia.. berubatlah secepat yang mungkin..

  3. Bertabah yaa sis . Setiap yang terjadi dalam hidup kita hanya ALLAH saja yang tahu . Mungkin lepas ni ada sinar mentari yang terang dan bahagia.

  4. Hmm.. berat btul dugaan hdup ko ni.. kesian pulak aku baca kisah ko.. nak tolong, tp tak tau mcm mana nk tolong ko.. td lps solat asar aku ada tanya kat sorang ustaz ni.. member aku jugak.. aku citerla psl kisah hdup ko.. dia kata, apakata kalau ko cuba ubat diri ko sndiri.. caranya, lps solat sunah dhuha, ko buat solat hajat.. pastu ko baca manzil or al mathurat.. dlm kul 3 pagi lebih kurang, ko buat solat sunat taubat.. pastu buat solat hajat lagi.. kmudian ko buat la solat tahajud n mengaji al quran.. dia kata, doa org yg terdesak & teraniaya ni takder hijab.. ko cuba la.. tp iktiqad tetap dgn Allah.. doa dn solat sunat tu sbg usaha jer.. ko tawakkal jer..

    1. Makcik setuju gan isa.
      Dik..klu kita kuat mental..ilmu agama.. ikhlas..xpe hidup sorang..sbb setan tu licik.
      Tapi kalu tak..better hidup bmasyarakat.
      Xperlu nk berbesfren sgt..cuma perlu adanya orang lain.
      Cuba start dgn solat kt masjid..mula2 janggal..lama2 ok la..ada jugak group msjid utk referance..
      Xnk group msjid, group NGO ke..group pendaki ke..bila byk bgaul..bru kita tau kita msh lg brtuah bbndg y lain.

  5. Dear, sis rasa mcm nk peluk u kuat2..life is so beautiful, enjoy it, go out n have fun..jgn diturutkan rasa hati u..takut yg merupa ayah u dlm mimpi tu actually makhluk yg nakkan u..make some effort, pergi berubat..berusaha selagi mampu..love u dear!!

  6. sabar ya nurul. kita sama umur masih single jgk. tp takda pn masalah saka ke pendamping or yg berkaitan tu. tp kalau bab hubungan dgn laki sama mesti cepat bosan. asal baru ja kawan, terus jd bosan. mungkin tak sampai jodoh. sama2 kita doa bertemu jodoh yg soleh, aamiin

  7. Jika rajin buat amalan spt mengaji tiap hari..berzikir dan solat2 sunat saka atau pendamping akan keluar sendiri..benda2 ni tak tahan dgn manusia yg kuat dan istiqamah amalannya

  8. kesian pulak dekat kau. tapikan nak tanya dekat yang komen komen kat sini. Apa maksud dia kalau kita mimpi menyusu bayi eh?

  9. U know what, kes anne sebijik cmni. Byk kali org suruh pegi berubat sebab dia nampak something bila tgk anne, anne pun ade backpain makan tahun x baik2… Tp bertahun2 jugak anne ignore sebab tak pernah percaya bnda2 cmni.
    Tapi lepas 3x gagal setiap kali nk kawen, backpain pun tak penah baik,
    i know something wrong with me somewhere.

    Pegi jugak berubat 3/4 tmpt tp still same.. Sekarang just slow n steady je rapatkan diri dengan allah..

  10. baca cerita ni buat aku jd takot sbb ada org pnh ckp sy pon ada pendamping…smpai skrg umur da 27 tp tak kawin lg..kwn sekejap je pastu org nye lari..hilang tanpa berita…

  11. Hmm..saya pun ade mslh sebijik dgn admin,kawan tikam blkg, ada bf curang. Lepas semua tu jadi kat saya,saya xde minat nk bergaul dgn org.saya lebih suka duduk dekat rumah, kdg2 kalau ada org laki yang cuba ngorat sy, sy langsung xambil peduli.Wasap dua tiga patah perkataan lepas tu dibiarkan krikk krikk, sbb tu sy masih xjumpa lagi org yang serious nk brknln dgn sy pdhl umur sy ni nk dikatakan dah patut ada “calon”..mak sy pn kdg2 same mcm mak admin kdg2 dia bnci sy duduk kat rumah sampai 2,3 kali halau saya walaupun masa tu sy berkerja.Tapi sy xpernah dgr pulak kalau sy mungkin ada pendamping macam admin..kdg2 sy rasa pelik bila sy tgk mak saya buka dompet dia sy ternampak kertas apa entah ditutupi dgn kain kuning..mungkin tu tandanya dia membela saka?

  12. baru baca cerita awk, saya pun ada orang bagitahu ada benda berdamping dengan saya… ustaz tu bagitahu benda tu da lama dengan saya, da sebati dalam diri.. dia bagitahu suruh berubat cepat tapi saya macam ni je… bulan 11 ni nak kahwin…hopefully jadi la… sebab benda ni penah ugut tunang saya tuk tinggalkan saya… so sekarang ni tak tahu nak cari siapa yang boleh bantu sebab kebanyakan jumpa cakap tak mampu nak tolong…. apapun saya doakan awak jumpa seseorang yang boleh bantu…

  13. tau tak jodoh pertemuan hidup dan mati semua dari-Nya..
    Husband sy lagi lah.. sy kadang2 kuat merajuk, kadang2 tak kesah.. bila saat sy kuat merajuk je dy kata ada saka nak pecah-belahkan hubungan.. padahal bagi sy merajuk ke beleter ke.. tu mmg mood perempuan.. betul tak..?

    1. Ya memang semua nya dengan izin Nya tuan , tetapi “Dia” adalah salah satu sebab ketentuan/takdir kita terhalang/lambat , “Dia” penyekat rezeki yang diberikan oleh Nya , jangan pandan remeh tuan , Jin&Syaitan ni banyak tipu daya untuk membuat kita kurang yakin terhadap Allah S.W.T .

  14. Situasi yg sama mcm saya..sy berumur 26 tahun..masih xberkahwin..jarang msj kwn2 kecuali pnting..habis keje terus balik umah…xda nak pikir benda len..pnah berubat dgn ustaz, ustaz kate ada bnda yg berdamping dgn sy dan sush nk dpt jodoh..da berubat tp skejap saje..xlame..rasa seriau bile bace kisah mcm ni…

  15. tiada apa yang boleh melawan ketentuan tuhan namun sebagai hambanya kita kena usaha dengan niat dihati barulah timbul tawakal. Banyak zikir zikir dan ayat ayat suci al quran boleh dijadikan ikhtiar untuk melawan yang tak mampu dilihat oleh mata kasar melainkan dengan izin Allah untuk menyembuhkannya.
    Amalkan surah manzil didalamnya tersusun surah surah yang perlu dibaca dan juga surah al mukminun ayat 105-118 berdoalah dengan Allah bersungguh sungguh.Semoga Allah memberi setiap yang diuji dengan kesakitan jalan keluar dari gangguan jin dan syaitan hendaknya.aamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.