Assalamualaikum kepada followers fiksyen shasha. Nama aku Amm kisah kali ini adalah pengalaman seterusnya aku sepanjang bertugas sebagai polis bantuan di sebuah Ipt Di Selangor ini. Pada satu hari tuu waktu dan ketika itu aku bertugas shif malam masuk bertugas pada pukul 2300 sehingga jam 0700.
Pada awalnya takda apa yang berlaku dan bertugas macam biasa buat kerja kawalan keselamatan di pos-pos buat rondaan sekitar kawasan, sehingga lah jam waktu tuu menunjukkan pukul lebih/kurang dalam jam 1 pagi macam tulah and then ketika itu aku sedang membuat rondaan kawasan bersama seorang lagi anggota jugak teman aku lah, untung pengetahuan semua ipt tempat aku bertugas ni ada sebuah hospital baharu siap dibina dan sudah beroperasi milik ipt ni jugak lah.
Lebih kurang jam 0130 macam tuu laa ketika kami berdua meronda di kawasan hospital baru ni kami terdengar suara dari tandas di tingkat paling bawah bangunan hospital ni yang terletak di bawah tanah. Suara ni perempuan tau. Dan waktu tuu hospital ni baru lagi beroperasi dan tidak sepenuhnya dan kami dipertanggungjawabkan untuk membuat kawalan keselamatan untuk mengelakkan dari terjadi sebarang kes jenayah melibatkan kecurian dan sebagainya lah.
Berbalik pada bunyi suara tadi, aku dan kawan aku pun pelik lah kan sapa pulak yang berani masuk tandas kat bawah ni tengah2 malam sedangkan tandas dekat lobi utama ada yang sedia ada dan selalu digunakan. Dan Shif aku malam tuu anggota perempuan hanya seorang sahaja yang bertugas. Untuk pengetahuan pembaca semua ketika itu hospital ni macam aku cakap tadi baru jer bukak dan belum beroperasi sepenuhnya so staf department lain semua belum ada lagi pada waktu malam kecuali polis bantuan iaitu kami lah.
So aku buat keputusan untuk call rakan kami yang perempuan tuu risau jugak kut dia yang kat tandas tuu ke terkunci dari dalam ke apa kan. Bila kami call tuu dia angkat lah dan dia pun jawablah dan aku pun tanya “Salam Put (bukan nama sebenar) Kau kat mana tuu? Put pun jawablah aku kat lobi utama ni, kenapa wei? Aku pun terdiam kejap lah.
Untuk pengetahuan semua lobi utama tuu dia dekat tingkat dua bangunan iaitu pintu utama bangunan lah. Kan tadi aku cakap aku sekarang dekat tingkat 1 iaitu dekat bawah tanah bangunan ni dia berbukit kawasan dia. Aku pun dengan member aku dah tak sedap hati dan waktu tu bunyi tuu masih lagi kedengaran lah.
So kami berbincang untuk cuba siasat kut kut ada apa apa ke kan dan kami pun tak pikir panjang terus ketuk pintu tandas tuu dan member aku si Zul ( bukan nama sebenar) tanya sapo dio kat dalam ? Hello ada oghang ke? dan bunyi suara tu terus senyap dalam beberapa macam tuu lah bunyi paip air pulak. Aku pun cakap dekat teman aku ” Chik ni dah lain macam dah ni aku rasa meremang aku bagitau dekat dia. Dan kami pun bukak pintu tandas dan kami dapati takda apa-apa pun kat dalam tu lampu terbukak paip air yang bunyi tadi pun dah stop dan apa yang pelik lantai tandas memang basah macam baru lepas orang pakai. Aku dan Zul (Bukan Nama Sebenar) pun ambik keputusan untuk cepat-cepat keluar dari kawasan level 1 ni.
Untuk pengetahuan korang level satu ni kawasan dia ada pejabat kejuruteraan dekat tengah-tengah, paling belakang adalah stor dan tempat untuk hantar sampel darah, depan sekali plak ada kafeteria dengan dapur sajian untuk masak makanan pesakit-pesakit nantilah. Dan tandas ni adalah berhadapan dengan kawasan dapur sajian dengan kafe. Alhamdulillah takda apa-apa yang berlaku pada kami bedua malam tuu cuma perasaan takut tetap ada dan sedikit pelik lah dengan apa yang jadi.
Kami bedua hanya mendiamkan diri tentang kejadian tuu supaya demi menjaga keselamatan dan tak mahu kawan anggota yang lain takut. Lama jugak lah lepas kejadian tuu berlaku baru kami ceritakan pada kawan-kawan yan lain.
So aku nak cakap satu lah kita hidup dekat dunia ni bukan kita manusia jer kita jugak berkongsi dengan makhluk Allah yang lain. So jaga lah adab dan hormat lah jugak pada benda-benda ghaib ni. Sekiranya cerita aku ini diketengahkan oleh pihak admin fiksyen shasha aku harap korang semua enjoy dan aku minta maaf kalau cerita kalini tak seseram mana berbanding dengan pengalaman yang aku pernah kongsikan sebelum ini. Sekian Terima Kasih Assalamualaikum bye bye…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Seram juga lah. Kalau ada lagi pengalaman lah, cerita lah. Ya lah, seronok juga lah baca ceritanya lah. Tq lah
Sahlah ini di UiTM Puncak Alam. Hospital Al Sultan Abdullah. Terima kasih PB jaga harta benda dan keselamatan warga.