Pengalaman di Rumah Pusaka

Assalamualaikum. Aku Shah/Wak. Pada sesiapa yang dah baca cerita aku “Pengalaman di Rumah Sewa Corner Lot Baru“, kali ini aku nak cerita pengalaman aku dan member-member serumah bermalam di rumah Am.

Pada cuti study week semester 2, aku dengan member-member berpakat nak pegi kampung Am sebab kampung Am ni tepi laut. Rumah Am pulak ada sungai kat sebelah. Lagipun kampung Am tak jauh sangat dari kolej. Dalam 40-50 minit perjalanan je. So kitorang plan nak stay 2-3 hari (muka tak malu duduk rumah orang) since Am cakap family dia semua pegi Negeri Sembilan nak melawat mak sedara dia yang tengah sakit. So lepas pack barang apa yang patut, dalam pukul 11 pagi kitorang bertolak pegi kampung Am.

Jalan nak ke kampung Am ni, awal-awal je nampak meriah. Dalam 3-4 kilometer macam tu, dah start belah kanan pokok sawit, belah kiri hutan. Sebatang lampu jalan pun tak nampak dah. Dengan keadaan jalan sunyi. Terdetik jugak aku macam mana si Am ni boleh rilek je balik kampung naik motor sorang-sorang sepanjang kitorang study ni. Lepastu dia boleh bedal balik lepas maghrib ke atas pulak tu. Alasan dia, kalau balik siang, panas. Kalau aku, aku lagi sanggup panas dari seram sejuk.

Sampai je kampung Am, terbentang luas pemandangan laut dengan suasana kampung nelayan yang bagi aku cukup-cukup nyaman. Rumah Am pulak, rumah jenis separuh batu separuh papan. Katanya rumah pusaka. Sungai kat sebelah, depan ada hutan bakau, belakang rumah pulak penuh dengan pokok-pokok mangga and rambutan. Macam dusun dah. Rumah-rumah jiran pulak jarak dia jauh-jauh. Maklumlah rumah kampung.

Siang haritu penuh dengan aktiviti mandi manda and keliling kampung. Memang best. Yang tak bestnya bila malam menjelma. Dah penat macam ni, dengan coverage internet kat kampung Am ni kurang memuaskan, apalagi, masing-masing pun dah start nak prepare tidur lah.

Rumah Am ni boleh tahan besar. Ada 3 bilik yang cantum dengan ruang tengah dan ruang tamu. 1 bilik kat belakang cantum dengan dapur. Ruang dapur dengan ruang tengah dipisahkan dengan pintu. Yang kat dapur tu bilik Am. Antara banyak bilik, bilik Am yang paling kecik and fully papan dengan keadaan belah beam atas tu lopong boleh nampak pokok kelapa kat luar dengan kunci pintu bilik pakai selak kayu and dinding plywood. Bilik tu bekas stor sebenarnya kata Am, tapi dia pilih nak bilik tu sebab sejuk(aku syak Am ni bukan berdarah panas, tapi berdarah sejuk, tu yang suka tempat sejuk).

Oleh sebab kitorang ade 7 orang, so kitorang tidur kat ruang tengah. Am tidur dalam bilik dia sorang-sorang. Dalam pukul 9-10 jugak kitorang dah start lelapkan mata. Aku pun tak pasti aku terlelap pukul berapa, tau-tau aku tersedar dek bunyi tingkap kena ketuk. Mula-mula aku ingat aku tengah mimpi. Tengok jam dinding, pukul 12.30 malam. Budak-budak ni aku tengok semua tidur rapat-rapat gila. Aku kena himpit tengah-tengah. Mungkin dorang sejuk kot dalam fikiran aku. Aku sambung balik nak lelap mata. Jap lagi eh boleh ade bunyi orang berdehem kat tingkap. Aku dengan bulu roma dah naik, try bukak sikit sebelah mata usha tingkap. Aku perasan kat celah-celah langsir tu ada macam lelaki baju kuning tengah usha-usha kitorang tidur. Terkejut aku beb. Nasib baik tak terkucil dengan keadaan malam sejuk gitu. Apesal la aku kena sorang-sorang ni. Aku try ignore benda tu dengan pura-pura tidur. Jap lagi aku dengar suara gelak halus kat tingkap tu pastu bunyi tapak kaki dia jalan keliling rumah sambil main cakar kat dinding macam tau-tau je aku dah tersedar. Pastu aku dengar bunyi tombol pintu depan macam kena pusing. Peh bersepah ayat-ayat Al-Quran aku baca dalam hati, hat tajwid kemana sabdu kemana pun aku tak tau dah. Malam tu aku tidur-tidur ayam je.

Pagi tu lepas mandi and sarapan nasi goreng yang Am buat, member sorang nama Put ni start bukak cerita pasal malam tadi. Rupanya bukan aku sorang je kena. Semua kena. Patutlah semua tidur melekat. Yang Put kena, time dia terbangun nak turn down kipas duduk tu sebab sejuk, dengan mamai-mamai dia hulur tangan kat suis kipas tu, tetiba dia terpegang macam tangan orang kat suis tu. Terus segar biji mata dia tak citer banyak baring balik mengesot lekat kat member sebelah. Ada yang dengar bunyi orang tutup bukak pintu lah, ada yang dengar orang main sepak-sepak bola kat dinding rumah lah. Yang penting masing-masing dapat bahagian masing-masing. Am sengih sambil cakap ” Okaylah tu, buat jadi pengalaman. ” Otak diaaa pengalaman, nasib baik kau besar tinggi bro. Kalau tak aku dah smackdown-2 kau hahahaha. Am cerita dulu time dia sekolah menengah, dia terbangun dari tidur malam-malam, tengok kat dinding bilik dia ada pocong yang kain kapan dia just ikat belah atas kepala and belah leher je. Yang bawah semua dah terbukak. Pocong tu macam melekat dinding tu tak jejak lantai. Pocong tu tengok dia, dia tengok pocong. Oleh sebab ngantuk, Am cakap dia tak sempat nak halau and terus tertidur balik. Am cakap benda-benda ni datang lepas rumah arwah nenek sedara dia yang kat belah belakang sana kena roboh dengan anak-anak dia sebab nak buat kebun. Am cakap, bukan nak mengaibkan sesiapa, tapi arwah dulu banyak membela. Arwah pakcik Am dulu meninggal umur 6 tahun sebab hati dia kena makan dek polong belaan arwah nenek sedara dia. Tapi dalam cerita-cerita gitu, Am tetap tekankan cakap yang ajal arwah pakcik dia dah sampai, bukan sebab polong. Am cakap, semua ketentuan Ilahi. Tak bergerak barang seinci sekalian alam melainkan hanya dengan kehendak-Nya. Itulah lebih kurang yang aku ingat Am cakap.

Sampai sini jelah aku cerita, sebab takde malam kedua ketiga. Kitorang dah balik rumah sewa balik sebab tukar plan tengok wayang pulak hahaha. Faham-fahamlah kenapa. Assalamualaikum.

21 thoughts on “Pengalaman di Rumah Pusaka”

  1. Seronok betol dpt kmpg mcm tu…tak best nya ada momok ler pulk…
    Cerita lah lagi pngalman yg lain yea…seronok baca cerita awk..

    Reply
  2. alaaa shah, kenape tak sambung tido lg barang semalam dua? kalau tak mesti ada sambungan lg . cik panda bg 10 bintanggg . best2

    Reply
  3. Masa baca tadi saya dalam kelas. Pelajar tengah ‘mock exam’, baca cerita seram tapi puas simpul senyum sebab nak tergelak. Nanti pelajar fikir bukan-bukan pulak. Bagaimana pun, cerita ini sangat menarik. Penulisan yang santai tapi jelas. Kongsi lagi, ya. Terima kasih.

    Reply
  4. Hek eleh. Ngah sedap2 baca tetiba nantj sambung. Smackdown gak kang. Hehe. Gurau je. Anyway, penyampaian yg santai tp best. Teruskan ye. Tahniah

    Reply
  5. best wehhh cerita nii…alor…rugi laaa pengalaman tuu kejap je…hhahah….cerita lagi yee sbb sy nak baca…hahahah

    Reply
  6. Cite bgus, cara penulisan bgus.. Aku byk pengalaman xnk tlg tulis ke.. Nk karang sendiri xreti.. Hahaha. Btw sila smbg lg pengalaman2

    Reply
  7. Sambung la lgi kalau ada pengalaman. Pls dong. macam lawak pun ada tapi yg penting menghiburkan dan ser ser serammmm

    Reply
  8. cerita suasana kmpg tue dah best tapi part yang kate rumah2 jiran jauh2 tue bg aku seram dah..part kene gangguan tue keras betol gangguan die..

    Reply

Leave a Comment