Pengalaman Menyewa Rumah Puaka

Hai, Assalamualaikum. Saya Ahmad. Ya pertama kali saya cuba menulis di fiksyen shasha. Aku tinggal di Batu Pahat, di Taman Sog*. Baiklah, tak payahlah pepanjang, kita straight to the point je okay?

Aku telah menyewa di sebuah rumah ditaman yang telah aku sebutkan tadi tu. Rumahnya dua tingkat sesuai sangat lah untuk didiami oleh aku bersama isteri serta seorang anakku yg masih kecil. “Encik Ahmad ini rumah awak boleh masuk esok okay ini kunci saya bagi sama awak, deposit tak perlu.” terang tuan rumah yg berbangsa india kepadaku. “Aikk rumah murah deposit pon takpayah kejilakaan apakah ini?” aku mengomel didalam hati. “Ahhhh lantak ahhh asalkan murah kahkah.” ketawaku sendiri.

Maka dgn itu bermulalah operasiku dan isteri ku untuk mengemas rumah, menyusun perabot semua. Penat oi haha. Siap semua settle aku duduk kepenatan. “sayang you buatkan air sayang, cepat sikit haus ni.” kata ku bila isteriku melintas dihadapan ku. Seronok weh da kawen kau boleh isteri kau itu ini hahaha. Tapi aku bkn jenis yg dayus okay. Isteri ku terus melangkah ke dapur dan aku membelek fon yg aku tak tgk dri pagi.

“Abang baikkan jiran kite tu bang ni dia ada bagi lauk sikit ni.” kata isteriku yg muncul di pintu hadapan. Melihat dia yg muncul dari pintu hadapan zupppppp buluku naik smpai ke atas. Bila masa pulak bini aku ni keluar padahal dia kt dapur tadi, nak kata pintu belakang masih bermangga dan kunci ada pada aku. “The F? Where are you from honey?” tanya ku terkejut. “Sayang tadi kemas depan rumah lepas tu jiran tegur itu yg sayang ke rumah dia sekejap berkenalan. Dah kenapa bang?” tanya isteriku. “Takde pape la.” jawabku yg penuh persoalan dikepala hotak smbil merenung anakku yg syok tiduq di sebelah.

Malamtu aku naik ke atas untuk membuang hajat, almaklumlah tandas kt atas je yg okay yg bawah ada kerosakan sikit. Aku pon buang ler hajat dan selesai haha cepatkan? Well. Aku pon menutup pintu tandas tu. Korang tahu tak pintu tandas yg jenis kene selak lpstu ad keluarkan bunyik *krekkkkkk* haaa pintu tulah. Aku pon turun mengikuti tangga. Tak sampai setengah tangga ehh berbunyik plak pintu tandas tu. *krekkk *krekkk. Aku ragu² nk pusing tgk belakang ke idok. Yelah takut kot gile tak takut mau terberak lagi aku kt situ. Aku buat keputusan untuk turun je tak pandang belakang walau nk thu sgt apa bende yg bawak main pintu tu. Tetibe bahuku mcm disentuh. Aku toleh belakang. “Alamak aku da tertoleh belakang.” betahku dalam hati. Terkejut hawau bile melihat pintu tu bergerak sendiri seperti ad orang mmbuka menutup byk kali.

Aku nk lari ke bawah mendapatkan isteriku. Namun entah taktahu kenapa kaki aku tersekat diskala 6. Takleh gerak langsung. Ya Allah menangis aku dlm hati waktu tu. Baca surah semua bacaannya terus ke laut china selama. Huhu. Maka aku redha dgn apa yg akn terjadi. Ya keajaiban muncul. Isteriku naik ke tangga ditempat aku terpaku. Huhu leganya mse tu, tetapi itu adalah mimpi ngeri sebenarnya. Isteriku hanya berjalan disebelahku tanpa memandangku lalu terus masuk ke bilik air. Haha apekah soal hatiku. Aku mendapat kekuatan semula untuk turun kebawah dan mendapati isteriku ada dibawah bersama anakku nonton tv.

Makin hari makin kerap aku diganggu sehinggakan kadang² aku tak yakin bila bersama isteriku. Yelah dah dia asyik menyamar jadi bini aku je kn. Haha tetapi kalau da terlanjur abang redha je kahkah. Apa yg aku perasan selalu adalah baju yg isteriku siap sidai pasti mengembang seperti ada orang yg sedang memakai. Sekali takpe ni berhari-hari kot. Haha mngkin bende tu nak merase jugak pakai bju huhu. Kadang² aku rasa dihempap sesuatu ketika tidur bila aku baca ayat kursi bende tu pun ikut sekali malah lebih lancar. Tipulah kalau aku tak rasa malu. Ya Allah tahu dlu tak mboh ponteng kelas mngaji.

Aku menceritakan semuanya pada isteriku. Isteriku juga pernah terkena gangguan rupanya selama ini. Yelah dia senyap je kan cool macam takde apa. Jadi kami buat keputusan untuk memanggil ustaz. Bacaan yasin dibuat didalam rumah dan kami hanya memanggil keluarga terdekat. Semasa majlis yasin dibacakan, satu lembaga hitam muncul di penjuru dinding ruang tamu. Ustaz yg kami panggil segera bangun membaca sesuatu pada air lalu merenjis ke arah lembaga terbabit. Yang powernya lembaga tu mengelak der hahaha. Beberapa kali direnjis namun dia elak dgn mudah. Lepastu dia lesap entah kemana.

Ustaz menyarankan kami sekeluarga mencari rumah lain kerana rumah yg kami diami ni sebenarnya ditumpangi jin islam. Yelah walaupun jin islam, sebaik-baik jin tu sejahat-jahat manusia. Ustaz tu puas nego dgn jin tu tapi dia takmau keluar jadi sebelum apa² jadi better kitorang keluar sbb kitorang ada anak kecil. So jadi kami amik keputusan untuk keluar dri rumah tersebut. Sebelum keluar dari rumah tu sempat aku sidaikan beberapa baju dlm rumah tu. Yelah bkn apa kesian bende tu suke main baju hahaha. Okay sampai situ jela cerita aku. Banyak lagi pengalaman aku yg aku akan ceritakan pada masa akan datang caw cin caw Assalamualaikum!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#Ahmad

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

47 thoughts on “Pengalaman Menyewa Rumah Puaka”

  1. Boleh lah. Aku baca pn skip2. Just tak berapa syok banyak huhu haha,..
    Tapi, elok la ko anak beranak pindah. Cari rumah lain. Dah dapat rumah baru, masuk tu buat la ‘cuci’ rumah tu sikit. Mende tu kat mana2 pun ade. Ok

    Reply
  2. Best jugak ler wlupun kdg kala ayat mcm terabur sikit dan kdg kala ase geli sikit membace nye apepun sy bagi 3/5.. sbb ade unsur2 suspen+seram..

    Reply
  3. Ok la tu jin Islam.. dibuatnyer jin bkn Islam lagi nahas ko kena.. btulla apa yg ustaz tu gitau ko.. elok cari rmh lain before jd something..

    Reply
  4. baik ler bagi baju tu..jgn tibe2 benda tu jejak korg sudah ler..kehkeh

    anak kamu x nampak ke?salunya budak kecik senang je nmpk bnde2 gini kan..

    Reply
  5. terbaek. nak lagi.

    (aku suka gaya bahasa ko menulis. kelakar tapi ada point. bukannya huha huha haha yang tak tentu pasal. very good bro)

    Reply
  6. sapelah next yg sewa rumah tu….

    u ade tanya penyewa sebelah, rumah u duduk tu, penyewa sebelum sanggup tgal berapa lama sebelum angkat kaki?

    Reply
  7. Ohh ni la brader yang suka haha huhu tu.. Teman baru je baca kisah di pejabat tu. Kisah2 brader ni punya la scary tapi dia punya humour tu tak leh lawan. hahahuhu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.