#Dhia
Assalammualaikum. Aku perkenalkan nama aku Dhia. Kisah yang aku nak ceritakan ni adalah kisah yang aku alami sendiri. Semua nama yang diceritakan dalam kisah ni sudah diolah semula untuk mengelakkan kawan-kawan aku terbaca dan mengenang semula tragedi overnight kami. Maaf kerana cerita ini agak panjang sebagaimana panjangnya rasa malam yang kami lalui ni. Aku akan cerita dengan detail supaya korang faham situasi kejadian. Jangan risau, aku akan ceritakan sampai habis, tiada sambungan.
Aku Dhia, pada kisah ni terjadi, aku 21 tahun masa tu. Lebih kurang 6 tahun lepas. Aku perkenalkan kawan-kawan aku, Johan, Fizi, Acap, Ray, Maria, dan Una. Kami semua student sem akhir di salah sebuah universiti terkemuka di Perak. Kami semua ni student fakulti seni lukis dan seni reka. Kami adalah antara student-student yang tak dapat hostel, jadi kami terpaksa menyewa rumah di kawasan sekitar universiti kami. Menjadi kebiasaan setiap penghujung semester, sebelum masuknya musim cuti sem, student-student mesti nak habiskan masa melepak dengan kawan-kawan, termasuklah aku dan kawan-kawan aku, Apatah lagi, ini sem terakhir kami di sini (jika tak de kena repeat la), bermakna ini la sem terakhir kami dapat lepak dengan kawan-kawan. Aku ni serumah dengan Maria dan Una. Setaman dengan kami, Johan, Fizi, Acap dan Ray yang jugak serumah. Jarak rumah sewa kami tak jauh pun.
Satu petang tu masa kami tengah lepak di playground, Johan mencadangkan untuk kami overnight di mana-mana dan spend masa bersama memandangkan kami ada lagi seminggu je di kampus sebelum sem berakhir. Inilah jadinya bila duduk rumah sewa, tak ada pengawalan pak guard, ibu bapak, jadi aku, Maria dan Una ni bersetuju je walaupun kami ni sedar kami ni perempuan, tak patut merayau malam-malam, tapi nak buat macam mana, darah muda, ada ja yang nak dicubanya. Aku dan Maria ni jenis suka overnight lepak-lepak mamak, manakala Una pulak jenis kaki duduk rumah tapi entah kenapa kali ni dia bersetuju pulak nak join kita orang. Mungkin sebab kali terakhir untuk kami lepak kot. Setelah brainstorm punya brainstorm, budak-budak lelaki sepakat nak overnight di Teluk Batik.
Hari esok, kami berpakat untuk bertolak ke Teluk Batik dari rumah sewa. Jarak perjalanan dr rumah sewa, ada la dalam setengah jam hingga ke 45 minit. Teluk Batik ni adalah pantai paling terdekat dengan kampus kami. Tentu-tentu la korang semua boleh agak di mana kampus kami kan. Kami bertolak pukul 8 malam dengan menaiki 2 kereta sewa yang kami sewa semata-semata hanya untuk overnight. Membazir betul lah haiii… Kereta pertama, Johan drive, Acap di sebelah dan Maria di belakang. Dalam kereta aku, Ray drive, Fizi di sebelah, aku dan Una di belakang. Kami bahagikan macam tu supaya balance lelaki dan perempuan, risau kalau apa-apa terjadi di tengah jalan, kot kereta pancit ke, kene tahan dengan orang ke, ish mintak jauh lah.
Kami singgah di Jeti Lumut dulu untuk makan malam di kedai mamak area situ. Sebab kami tau, tiada apa di teluk batik pada waktu malam. Selesai makan dan bergelak ketawa, kami singgah di 7E untuk beli jajan. tiada apa berlaku pada masa ini, dengan penuh excitednya kami bergerak ke teluk batik. Sesampainya di sana, keadaan punya la gelap seolah-olah mati sunyi, tak ada apa-apa kedai yang bukak, mahupun sebarang manusia. Hanya deruan ombak deras dan bunyi cengkerik yang datang dari semak samun di mana-mana. kami parking berdekatan kedai makan yang gelita, hanya ada cahaya dari tiang lampu jalan. Ray mencadangkan kami mencari port yang sesuai untuk kami lepak. Port yang ada sikit cahaya lampu.
“Ha… tu tu… situ port baik tu”, Johan menjerit sambil menunjuk ke arah laluan pejalan kaki yang bersebelahan dengan pasir pantai. Ada tiang lampu yang mempunyai cahaya samar-samar di situ. Kami bertujuh pun bergerak ke arah yang sama ke tempat yang Johan tunjukkan.
“Dhia, aku takut la.. gelapppp je.. kite lepak kat lumut je la. Ade kedai-kedai, tak de la sunyi sangat. Bukan apa, nanti tetiba ada ‘lebai putih’ pulak yang datang”, Una bisik kat telinga aku. Lebai putih yang dimaksudkan tu pencegah maksiat. Aku tahu Una ni memang jenis tak biasa lepak tengah-tengah malam macam ni, kat tempat-tempat macam ni pulak.
“Kau jangan buat spoil mood Una.. nanti diorang semua bengang dengan kau. Kan dah plan nak lepak sini. Lagipun kita bertujuh, nak risau apa. bukan nya buat pape”, jawapan yang aku rasa konfiden habis nak bagi kat Una. Una senyap lepas tu. Kami lepak di tebing laluan pejalan kaki, di bawah tiang lampu. Kami duduk dalam bulatan, ada yang menjuntaikan kaki di bawah tebing laluan, nak merasakan pasir pantai. Air kelihatan surut tapi bakal pasang dalam beberapa jam lagi.
Kami mulakan aktiviti overnight kami dengan bersembang dan bergelak ketawa tak ingat dunia. Sempat pula kami main true or dare, ada yang berceritakan kisah memalukan, dan ada pulak yang kena berdiri dan menari di dalam bulatan. Gelak punya gelak, Una bersuara…
“Dhia, teman aku gi cari toilet. Tak tahan la, sejuk”. Aduhhh.. Una ni. Dia ni lah sejenis kawan yang dalam satu malam entah berapa kali nak masuk toilet. Tadi dalam perjalanan pun dah singgah. Kat kedai mamak pun dah. Kat sini pun dia nak cari toilet lagi. Aku malas nak banyak bunyi, aku mintak salah seorang budak lelaki temankan. Jadi, Acap volunteer nak temankan. Aku, Acap dan Una pun memusing nak mencari toilet. Kami ternampak public toilet dari jauh. Tapi kelihatan malam. Memandangkan aku rasa Una dah tak tahan sangat, dia redah je toilet tu. Aku dan Acap tunggu kat luar pintu toilet. Sesekali, Una bersuara untuk mengesahkan yang kami masih menemani dia. Risau gamaknya.
Jarak toilet ade la dalam 100 meter dari tempat lepak kami, bermakna kami lepak di hujung pantai, toilet tu pulak ada di sebelah lain. Dari nak berjalan kaki sambil mengikut persisiran pantai, ada la dalam 10 minit berlenggang. Angin malam makin kuat. Aku berjalan di tengah, Acap di kiri dan Una di kanan. Tiba-tiba aku rasa tangan Una mencengkam pinggang aku. Bila aku toleh ke Una, Una menunduk ke bawah sambil mencengkam lengan aku untuk berjalan lebih laju. Aku tak pula bertanya apa, aku hanya memikirkan yang Una ni penakut yang amat je. Yelah, kena lalu bawah2 tiang lampu yang samar, ada tiang lampu yang x bercahaya, keadaan depan yang samar-samar, dengan angin yang kuat, mana la dia tak takut.
Sesampainya di tempat lepak, aku tengok Fizi, Johan, Ray dan Maria tak ada di tempat lepak. Acap cuba call Johan nak mengesahkan, kat mana budak berempat ni. Kalau ke toilet, takkan la kami tak selisih. Kali pertama call, tak berangkat, kali kedua call, baru Johan angkat.
“Weh.. tunggu jap. Kitorang nak amik air botol dalam kereta. Tadi lupa nak bawak keluar.” Menunggu punya menunggu, dalam 15 minit tak sampai-sampai jugak diorang ni. Aku suruh Acap call lagi. Tapi Acap tak nak, katanya “alah, diorang gi pusing-pusing amik angin kejap kot. Jap gi sampai la tu.” Biasalah, lelaki.. sejenis kaum yang chill dan tak kesah..
Dalam minit ke 20, aku boleh nampak susuk mereka berlima berlari ke arah kami. Dengan keadaan tercungap-cungap, Ray dengan Johan…
“Wei, wei jom balik wei. Jom balik cepat. masuk dalam kereta”. Kami bertiga blur dan Acap bertanya kenapa nak balik cepat. Jawab Johan dengan termengah-mengah,
“Jom, masuk je kereta, nanti-nanti je aku cerita”. Kitorang tak banyak cakap, terus bergerak ke arah kereta, tapi kami bertiga seolah tertinggal di belakang sebab Johan, Fizi, Acap dan Maria macam berlari laju di depan. Aku pun terpaksa la berlari laju mengejar diorang. Dalam masa mengejar tu, mata aku tertoleh-toleh jugak kiri kanan, risaukan kot lebai putih mengejar kami ke. Dalam tertoleh-toleh tu, terpandang sesuatu dari arah kanan atas. Allah. Ada susuk putih yang berterbangan seiringan dengan kami. Aku alihkan pandangan aku ke depan. Pertama kali aku melihat dengan jelas, tidak la aku punya mata hijab terbuka. Tapi, pandangan yang aku lihat tadi buat jantung aku punya la laju berdegup dan makin laju aku lari sampai Una pun tertinggal di belakang. Terasa macam jauh pulak kami parking kereta. Aduh.. Kami masuk dalam kereta mengikut keadaan asal kami datang.
Ray cuba menghidupkan enjin kereta. Tak jadi apa. Kereta tak nak hidup, sedangkan kereta sebelah dah ready nak gerak. Una dengan peluh dan cuak, pegang lengan aku tapi tak bercakap apa-apa. Ray menyebut bismillahhhh….. enjin berjaya dihidupkan, dan kereta kami ready untuk keluar dari teluk batik. Keluar sahaja dari parking, [sta_anchor id=”cont” /] di persimpangan pertama untuk belok ke kiri, mata aku tertoleh pulak ke arah satu pokok yang jauh sikit dari tiang lampu jalan. Disebabkan aku duduk di seat belakang, belah kiri dan pokok tu pulak di sebelah kiri, aku rasa aku seorang je yang fokus ke arah itu. Ada sekujur tubuh berbalut dan berikat longgar di tepi pokok. Aku pejamkan mata aku, kali kedua aku bukak mata, benda itu seolah melompat-lompat dan berlalu pergi. Allah… apa lagi ni. Kenapa dua kali ni…
Alhamdullilah, kami berjaya keluar dari kawasan Teluk Batik dengan selamat. Kami berbalas call dalam kereta dan decide untuk ke Lumut sahaja. Una bertanya apa yang sebenarnya berlaku, tapi soalan tak berbalas jawapan. Semua senyap. Sampai di Lumut, kami singgah ke kedai mamak 24 jam yang sama kami singgah sebelum ke teluk batik tadi. Adoi. terasa malu pulak, dalam satu malam, 2 kali lepak kedai yang sama sampai mamak yang amik order pun dah cam muka. Siap je order, Johan dan Maria mula bukak cerita.
“Tadi sebenarnya kitorang suruh gerak balik sebab masa kitorang dekat kereta nak amik air tu, si Fizi nampak benda. Benda putih duduk berdiri tegak kat tiang lampu depan kereta. Dia pegi tegur, dah semua pegi tengok benda tu. Dalam berapa saat, benda tu hilang. Kitorang terus decide nak balik. Tapi takde sape pun yang berani nak pergi gerak ke tempat korang untuk bagitau korang. Kitorang call-call korang, semua tak dapat. Tak tau la pasal apa. Kitorang duk tolak-tolak, semua tak nak pegi, tapi sebab risau gila benda tu datang lagi, semua lari ke tempat korang”. Aku pandang ke Fizi. Senyap, pucat dan kaku je… Sambil mengangguk lemah. Sesekali Ray menenangkan Fizi. Aku agak Fizi ni adalah Una version perempuan je. Kami bertukar-tukar cerita tentang apa yang terjadi. Aku berceritakan tentang apa yang aku nampak, semua tergamam dan terkejut. Malah Una pun bercerita tentang apa yang dia nampak.
“Dhia, tadi kan.. masa aku tarik tangan kau.. sebenarnya sebab aku nampak ada benda tengah jalan sebelah Acap. Aku tak tau apa, tapi macam benda itam tak de muka, dia ikutttt je kita jalan dari toilet tu. Tapi bila sampai dekat tempat lepak tu, dia hilang.” Acap rasa geram dengan Una sebab Una taknak bagitau awal-awal tadi. Dua-dua duk bertekak. Tiba-tiba aku teringat, masa aku nampak Ray, Johan, Fizi dan Maria berlari tu, kenapa aku rasa seolah ada 5 orang padahal diorang ni berempat je? Aku senyapkan saje hal tu, aku taknak menambah ketakutan diorang.
Jam beransur pukul 1.30 pagi. Lama jugak rupanya kami lepak. Kami bergerak balik ke arah rumah sewa. Untuk balik ke rumah sewa, kami kena melalui jalan yang gelap, sunyi, panjang dan tak banyak kereta. Sesiapa yang duduk di Perak ni, mesti tau jalan ke arah Lumut ni macam mana dia punya sunyi. Kami bergerak dengan kelajuan lebih kurang 80km/j. Tak nak laju sangat sebab takut tiba-tiba ada binatang melintas ke, dah la gelap kan. Kereta aku di depan. Tak berapa lama… Ray bersuara..
“Korang, aku rasa kereta ni macam taknak gerak je. Dah habis aku tekan. Macam tak laju-laju”.
Bayangkan, gear dah masuk nombor 5, dah tekan habis laju, tapi kelajuan tetap sama je macam tu. Ray cuba turunkan gear, dari 5, ke 4, ke 3, ke 2, ke 1, kelajuan tetap sama, malah sampai makin slow, hampir ke 40km/j je. Kereta Johan kat belakang sampai dah hilang sabar nak follow kitorang, siap bagi lampu tinggi. Aku rasa Johan dah hilang sabar, mana taknya, kalau kayuh basikal lagi laju aku rasa. Aku tengok kereta Johan nak potong kami dari sebelah kanan. Jalan ni 1 lane je, jadi Johan kena cross masuk lane sebelah. Masa tengah potong tu, aku menoleh ke arah kereta diorang, mana la tau kot kot diorang ingat kitorang main-main ke..
Astaghfirullah, kenapa berdua. Siapa pulak yang duduk di sebelah Maria di seat belakang. Aku diamkan je sebab aku tengok Una dah mula risau. Memandangkan kami dah dipotong, kereta kami agak ketinggalan di belakang. Ray makin cuak. Kami bergerak dengan kelajuan macam tu hampir 20 minit. Aku sebenarnya dah rasa ada sesuatu yang menumpang di atas kereta. Tayar seolah-olah taknak pergi, ibarat disekat dari berpusing, sampaikan keluar bunyi “sreeeeetttttt” disebabkan geseran. Sampainya kami di kawasan bercahaya dan berlampu jalan, baru lah kereta kami terasa ringan. Una aku tak payah cakap la. Dah nak menangis aku rasa, lengan aku naik lebam sebab kena cengkap. Kami dalam kereta tak banyak cakap sebab masing-masing tengah cuba hadam apa sebenarnya yang berlaku.
“Cap, sampai kat Taman Maju nanti, singgah ler mana-mana mamak jap, aku tak nak kita semua balik dulu.” Aku call acap sebab aku rasa seakan ada sesuatu yang tak kena. Ye la, kalau la kata benda tu ade ikut balik, tak ke naya. Sekurangnya kalau kami singgah di mamak, ‘benda’ tu boleh la drop by kat mamak dulu, tak de la dia nak ikut balik gamaknya. Firasat aku la.
Sampai kat mamak, dalam pukul 2.30 pagi, semua dah keletihan. 1 jam perjalanan, masa jadi panjang disebabkan kereta kami yang tak nak pergi laju. Itupun syukurlah tak terjadi apa-apa sepanjang perjalanan. Dekat sini, kami sambung lagi bercerita apa yang jadi. Kata Acap, kereta kami seolah ditumpang sebiji batu yang sangatlah besar di atas bumbung, batu tu tak nak bergerak. Sebab tu Johan cuba bagi high beam kat kitorang. Sembang punya sembang, bulu roma makin berdiri. Una tak sudah-sudah gelisah, semua bingung dengan kejadian malam ni.
“Orang-orang tua cakap kan.. kalau rasa ada benda tu ikut, kalau balik rumah, jangan terus masuk rumah, kene pusing taman dulu 3 kali, bagi ‘dia’ sesat dan pening.” Fizi punya idea. Nak tergelak pun ada, tapi sebab masing-masing tengak cuak lagi, semua setuju je. Ape ke pelik la malam-malam kami tawaf taman perumahan kami 3 kali. Una dan Maria kata mereka masih tak sedap hati, jadi budak-budak lelaki bersetuju untuk temankan kami di rumah kami. Angin macam bertiup kuat malam tu, seolah-olah nak hujan, tapi tak hujan. Suasana jadi seram sejuk. Kami dapat rasakan sesuatu yang kami tak boleh nak gambarkan macam mana, masing-masing tak nak cakap apa-apa. Bayangkan kami punya takut sampaikan tiba je kat depan rumah sewa kami, kami bertujuh ni pegi tawaf pokok mangga depan pintu pagar kami. Ini semua Fizi punya pasal la..
“Aku rasa tak sedap hati la. Bagi nak kasi halau betul-betul, kita keliling la pokok ni 3 kali, mana tau dia dah tak nak ikut”. Masing-masing punya la lurus, ikutttt je apa si Fizi ni cakap. Yelah, tengah seram sejuk, angin bertiup kuat kat luar, semua dah tak boleh nak fikir waras.
Kami masuk ke dalam garaj, kereta kami semua di luar rumah. Hujan turun selebat-lebatnya. Disebabkan garaj kami tempias dengan hujan, kami semua masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu. Pintu kami biarkan terbuka, takut pulak orang tuduh kami buat bukan-bukan, walaupun kami sebenarnya ketakutan. Budak-budak lelaki nak temankan kami sehingga azan subuh. Kami duduk di ruang tamu. Rumah kami tiada sofa. Cuma ada meja makan dan 4 buah kerusi makan di tepi dinding. Semua duduk di lantai kecuali Fizi yang berada di atas kerusi.
Tak sampai 10 minit kami duduk…
BANG!!!!!! Pintu rumah tertutup kuat seolah dihempas kuat. Aku dan Una terjerit sebab terkejut. Una dah mula nak menangis. Maria mula datang dan peluk aku. Kami bertiga duduk berpeluk lutut rapat-rapat. Tiba-tiba cawan kat dapur pecah dibaling ke dinding. Rumah kami ni tak ada divider, dari ruang tamu, boleh terus nampak ke dapur. Rumah sewa murah la katakan.. dari tempat kami duduk, kami boleh nampak kaca bertaburan di tepi dinding.
Una dah menangis.. “tolong weh.. tolong… aku nak balik.. aku nak mak ayah aku…”
“Aku rasa kita masuk kampus la malam ni, tak sedap la macam ni. Lantak la kalau pak guard tak bagi ke, nak marah ke, janji kita masuk jugak”, idea Johan. Semua angguk setuju walaupun hujan kat luar tengah lebat dengan angin macam nak ribut. Johan bangun cuba nak bukak pintu, tapi walau ditarik sekuat mana pun, pintu tak nak terbukak. Semua menyaksikan kejadian tu, walaupun dengan bantuan Acap dan Ray, pintu masuk tak boleh terbuka, sedangkan tak berkunci. Una dah makin kuat menangis. Geram pun ada dengan Una ni.
Johan, Acap dan Ray duduk kembali. Kami duduk dalam bulatan, berdekatan antara satu sama lain sebab takut sangat-sangat. Fizi masih di atas kerusi, kaku, pucat dan bingung.
“Hoi makhluk! Kalau kau ada disini, berikan kami tanda. Aku tak nak kau main-main macam ni!”, Johan memekik. Elok je Johan cakap macam tu, aku ternampak Ray yang duduk kat sebelah menggeliat memegang leher. Di belakang Ray aku nampak cahaya halus sepintas lalu dengan laju dan lesap macam tu je. Selang seketika, Maria menjerit. Katanya dicakar di bahu. Selepas Maria, turn aku pulak. Kali ni aku rasa cakaran halus di tengkuk. Bagaimana ‘benda’ tu boleh cakar dalam tudung aku pon aku tak tau. Cakaran halus yang pedih aku rasa.
Dalam 5 minit, Fizi kelihatan kejang di kerusi.
“Ggggggghhhhrrrrrrr…..”, suara Fizi bertukar garau. Wajahnya bertukar pucat lesi, mata hitamnya melihat ke atas sampai dah tak kelihatan lagi, badannya mengejang keras, tangannya juga mengejang seolah ingin mencengkam sesuatu, Fizi membongkok seperti haiwan yang dengan kepala mendongak ke siling rumah. Fizi cakap sesuatu yang kami tidak tahu apa. Masing-masing menoleh sesama sendiri. Una dah berlari ke pintu sambil menangis pekik-pekik minta pintu dibukak. Malangnya apa yang jadi makin teruk. Maria menangis tak tentu hala, aku seakan mahu je teriak tapi perasaan ingin melepaskan diri lebih kuat dari perasaan nak menangis.
Lampu ruang tamu kami berkelip kelip. sekejap terpadam dalam 10 saat, kemudian menyala semula. berulang-ulang kali macam tu. Apabila terpadam, setiap kali tu jugak Maria dan Una menangis-nangis menjerit. Budak-budak lelaki panik tapi kami hanya mampu duduk di tepi dinding ketakutan. Melihatkan Fizi keras kaku begitu, kami makin menggigil. Fizi merangkak seperti binatang yang laju cuba mencengkam Acap. Elok sahaja bahu Fizi dicengkam Acap, Acap juga bertukar seperti Fizi. Membuatkan kami hilang pertimbangan, kami mengetuk-ngetuk tingkap, pintu dan segala yang ada mintak dibebaskan. Johan menjerit…
“Jangan ganggu kami la! Kau nak apa! Keluar kau dari sini”. Serasanya ‘benda’ tu semakin marah. Banyak pinggan mangkuk di dapur yang berterbangan dan pecah bertaburan ke lantai. Apa yang aku ingat, ada cawan yang cuba dibaling ke arah aku, tapi sempat aku mengelak dalam samar-samar cahaya. Kaca pecah disebelah aku dan Maria. Lupa aku nak ceritakan. Rumah kami adalah rumah sebelah corner lot, sebelah rumah kami (rumah corner lot) dibiarkan kosong tanpa penghuni. Rumah sebelah kiri pula adalah rumah bujang lelaki, tetapi entah kenapa malam tu seperti tidak ada siapa menghiraukan kami yang menjerit macam nak gila. Mungkin kerana hujan lebat dan bagai nak ribut, suara kami tenggelam tak kedengaran.
Ray mengazankan rumah kami sekuat mungkin. Selesai sahaja azan, pintu rumah kami terbuka, lampu menyala seperti biasa, tetapi Fizi dan Acap masih seperti tadi. Mengeras kejang dan seperti haiwan. Kami berlima keluar dari rumah dengan Una yang menangis teresak-esak nak balik rumah keluarganya. Kami berbincang macam mana nak selesaikan hal ini. Maria offer diri untuk call seorang ustaz yang juga merupakan warden di kampus kami.
Selesai sahaja call, Maria bagitau yang Ustaz Arif akan datang dalam masa setengah jam. Jam masa tu dah pukul 4.00 pagi. Ustaz Arif sampai dalam pukul 4.30 pagi bersama-sama dengan dua warden perempuan yang juga merupakan pensyarah dari fakulti kami dan fakulti lain. Ini part yang aku rasa nak marah pun ada, tapi nak buat macam mana, keadaan tengah panik, aku pendam saja. Sesampainya Ustaz Arif di muka pintu rumah kami…
“Ya Allah, maksiat!!! Maksiat!!! Ini rumah siapa? Kenapa kamu semua lelaki semua bercampur di rumah ini?? Ini semua maksiat! Kamu nak jadi apa? Ini semua zina!”. Tidak sedikit pun ayat Ustaz Arif yang aku lupakan pada malam tu. Kami ditempik dengan teguran sebegitu. Bukankah keadaan Fizi dan Acap masa tu lebih penting?
“Ustaz, ni rumah kami. Kami sebenarnya dari luar, tapi sebab rasa macam terbawak benda balik, kawan-kawan lelaki kami ni teman kami kat sini sampai azan subuh. Kami taktau macam mana boleh jadi macam ni”, aku depan menjawab. Ustaz Arif membalas…
“Haaaaa… ini lah yang aku malas! Budak-budak sekarang semua tak guna, perangai mengalahkan setan! keluar bercampur lelaki perempuan lewat malam, bila dah jadi macam ni, baru nak panggil aku, maksiat, zina ni semua kau semua tak tahu ke? Kau semua ni fakulti apa? Biar aku report kat koordinator masing-masing! memalukan nama fakulti”. Allah, tersentak aku dengan ayat Ustaz Arif. Sementara Ustaz Arif menegur kasar kami ni, tidak pun kakinya melangkah masuk, malah Ustaz Arif lebih fokus nak syarahkan kami yang kat luar ni.
Kami diarahkan untuk tunggu diluar manakala Ray dan Johan disuruh untuk membantu Ustaz Arif di dalam. Aku tidak tahu apa yang terjadi di dalam. Maria tunduk sugul di sebelah aku. Barangkali malu dengan Puan Masitah dan Puan Rozita agaknya. Puan Masitah bertanyakan macam-macam kepada kami. Una menangis tak henti-henti kepada kami. Dek kebendulannya, diceritakan semua yang terjadi kepada Puan Masitah dan Puan Rozita, bermula dari cerita kami overnight di teluk batik, sampai lah macam mana kami boleh jadi macam ni. Puan Masitah dan Puan Rozita berkali-kali menggelengkan kepala dan berkata,
“kamu semua ni cari nahas ni”. Una masih menangis tak berhenti-henti.
Sebaik keadaan reda, Ustaz Arif dan Johan keluar dari rumah, Ray pula menjaga Acap dan Fizi yang nampak kelihatan di dalam. Johan nampak macam mengangguk-angguk di sebelah Ustaz Arif.
“Kau semua ni memang cari pasal. Kalau tau macam ni, aku tak nak datang tengok kau orang ni. haihhhhhh. Kau orang semua tunggu aku report kat koordinator. Ni kamu ni! (sambil tunjuk ke aku, maria dan Una yang menangis), dah tau perempuan, nak keluar malam! Patut jaga diri! Bukan buat benda bukan-bukan, melepak sampai lewat malam! haih!”. Ustaz menempik kepada kami. Tersentap kami dengan teguran Ustaz Arif. Memang salah kami.
Ustaz Arif balik bersama Puan Rozita dan Puan Masitah. Sebelum balik, dia berpesan kepada budak-budak lelaki supaya balik rumah terus, jangan lama-lama di rumah kami. Mengundang fitnah katanya. Tak lama lepas Acap dan Fizi mampu bangun dan berdiri, mereka balik ke rumah mereka. Tinggallah aku, Maria dan Una. Sejujurnya kami masih merasa saki baki seram di dalam rumah kami. Melihatkan keadaan rumah yang tunggang langgang, kami jadi tak berani nak masuk ke bilik masing-masing. Kami terlelap di ruang tamu bertiga.
Siang harinya kami mengemas rumah yang dah seperti kapal karam. Banyak kaca bertaburan, langsir bilik yang tertanggal dan kerusi yang tunggang terbalik. Aku ingat lagi, 3 hari selepas kejadian malam tu, aku sering merasa takut untuk mandi. Aku rasa macam ada sesuatu yang tengah perhatikan aku. Malah kalau tidur dalam bilik sorang-sorang pun, aku rasa macam aku ber’teman’. Aku ada cerita kepada Maria, rupanya Maria merasakan benda yang sama. Kami sepatutnya habis sem dalam masa seminggu lagi. Waktu itulah sepatutnya kami berpindah keluar dari rumah ini.
Tetapi, belum sampai seminggu, keluarga Una dah datang mengambil Una dan membawa Una pergi. Aku ada tanya pada Una, kenapa dia tak tunggu sampai hari majlis perpisahan di fakulti, dia jawab “aku ada hal Dhia.” Tapi Una kelihatan lain. Lepas dari kejadian malam tu, Una tak banyak cakap, selalu duduk sorang-sorang dalam rumah. Kalau diajak pergi keluar makan sama pun, dia taknak. Selalunya Una bukan macam tu. Una ni jenis penakut tinggal sorang-sorang kat rumah. Tapi waktu-waktu terakhir ni berbeza.
Malam terakhir sebelum keluarga Una datang ambil dia tu, aku nampak Una duduk di depan muka pintu dengan pintu terbukak luas, memeluk lutut sambil duduk tegak memandang ke luar rumah, pada pukul 3 pagi. Ya, pukul 3 pagi. Aku taknak tanya apa-apa dah semenjak kejadian malam tu sebabnya kami tak nak mengungkit balik apa yang dah jadi. Hari terakhir Una di rumah, ketika keluarganya menolong mengangkat barang keluar dari rumah, aku sempat bertanya kepada mak Una, kenapa awal sangat ambil Una. Tahu apa mak dia jawab?
“Una telefon mintak ambil. Dia dah tak tahan”. Mulut aku ni gatallll sangat nak tanya “tak tahan apa” tapi tak tau kenapa tak terkeluar rasanya. Aku diamkan terus macam tu. Aku bagitau pada budak-budak lelaki yang lain pasal hal ni, semua kelihatan pelik. Itu lah hari terakhir aku melihat wajah Una.
Inilah kisah yang aku ingat sampai bila-bila. Kisah yang memisahkan aku dan Una, kawan serumahku. Sampai sekarang, tak ada sesiapa antara kami yang berjaya contact Una. Masa waktu ni, friendster adalah medium social media yang tengah trend. Kami semua berhubung menggunakan friendster. Tetapi lepas Una balik, friendster Una tak lagi aktif sehinggalah sekarang. Aku ada bertanyakan pada kawan-kawan yang mengenali Una, dimanakah dia sekarang. Tidak ada jawapan yang pasti pernah aku dapat. Sehinggakan sewaktu kami nak sambung degree, Una tak mendaftar sambung. Kami tak pernah tahu ke mana Una walaupun Una pernah bagitahu yang dia mahu sekelas dengan aku dan Maria masa degree nanti.
Sekiranya ada kawan-kawan aku yang terbaca dan tahu aku tengah bercerita tentang mereka ni, aku haraplah sangat yang kita semua dapat berjumpa lagi dan aku harap Una ada pada masa tu.. dalam keadaan yang baik.
Wallahualam….
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
boleh tahan seram cerita ni….salah korang gak, g keluar “bermaksiat” malam2 hari..hahah..cuma ustaz tu tak perlu kot nak kecoh2….ubatkan ler dulu kawan2 yg kena rasuk tu..
yng ny aq sokong .. org lain tgh tkt ustaz to sibuk nk bg ceramah cm baik sngt kt sto…
x jugak, yg tu psycology la… disebabkan mrh kat ustad tu, kurg/hilang rasa takot… bila kurg/hilang rasa takot, maknanya dah x lemah… bila dah x lemah, susah benda tu nk bt kacau & hasilnya, ok ja
Yup betul tu. Memang lah salah diorang dok melepak malam2 bercampur lelaki perempuan, tapi ustaz tu tak patot sound diorang macam tu.
Ubatkan lah dulu yang kene rasuk tu. Bagi keadan tenang sikit, baru tegur salah diorang. Haisyyhhh.
Anyway cerita ni best tapi seram n ganas gila hantu dia. Kesian Una. Hmmm…
BESTLAH CERITA INI…SERAM JUGAK BOH!!
serammmm… paham perasaan remaja2 ni nak enjoy kan.. memang cari padah tapi best kot dok lepak2 sebab dah nak habis study kan..
sian Una.. harap penulis dapat contact Una semula..
budak Bandar U la ni. zaman2 dia ni pegi teluk batik, mmg la malam takde ape2 area situ. skrg ni malam2 ramai dah melepak situ.
Skrg klu g teluk batik dh mcm siang..ade je org dkt situ..dlu2 je yg agk sewram skit
siap kedai makan kat ujung tu ada karaoke singgit 1 lagu. tapi resort sebelah kiri lepas turun bukit sebelum parking teluk batik tu gerun jgk. dah la belakang dia bukit.
jdi kes mcm sy la .dlu kt teluk batik gk.. tp tike ni tiga org jr konvoi motor.. time tu mmg sunyi.. kami tido kt pondok .. ad gk yg kne cuit la kne tarik kaki.. klo mcm aq kne bisik hahah last aq ckp sblm aq tido ‘ko nk maen,maen esk jela ‘, time tu mmg penat terox .. esk harinye .. mmbr ad ckp dia tido dia pelok bantal haha naya ktenye selasa bantal tu.. hahah ..
Ustaz2. sepatutnya nasihat secara berhemah .. tengking2 mcm tu tak mcm ustaz pulak. mmg lah ckp baik2 kdg2 tak jalan tapi maki2 mcm tu pun elok ke ?
p/s: faham naluri remaja br nak up ni .. tapi Insyaallah bila dah dewasa , rasa nk enjoy2 tu berkurangan n fokus pd komitmen n tanggungjawab je .. 🙂
cari nahas kalo pi overnight kat sana.. time member kena pi training kat sana, diorg kena buat solo camp dalam hutan berhampiran teluk batik.. ada yang kena baling batu dan yang paling ngeri, kena tarik keluar dari khemah by unseen hands/things.. menangis kekawan aku… aku kena masa mandi di pantai teluk batik… berbelas tahun lepas insiden tu baru aku berani mandi laut (takat pinggang je pun sbb aku x reti berenang).. jaga-jaga la sapa mandi laut tu.. walaupun sekadar main air di kawasan cetek separas lutut ko pun, belum tentu ko akan selamat dari ‘usikan’ dia…
tahun 2011 kami pacak khemah kat sana. ada lebih dari 10 orang. dari pukul 6petang sampai 12tengah hari esok tu . kami bermalam di sana. bukan cakap besar ke apa ke tapi memang tak ada apa2 gangguan. alhamdullilah. kami siap berbbq , mandi laut pukul berapa pagi. lagi bising juga kami masa tu, kami pacak khemah jauh sikit dari chalet kayu yang sebijik2 tu
tu lokasi lain tu.. members tu kena buat solo camping dalam hutan dekat teluk batik.. tempat camping diorg dah mcm kat lereng bukit.. aku ada gak lalu masa buat hiking dengan member lain tak lama lepas insiden tu.. memang seram skit..
yup, aku pernah kena waktu kecik2 dulu, mandi2 kat tepi laut ,tetiba terasa pegang sesuatu… lembut…pastu rasa pedih sangat, bila dah besar baru tau, kena sengat obor2 rupenye(>.<)
aku pon dok area dkt teluk batik gk..slama ni overnight kt teluk batik smpai kol 3 pagi..Alhamdulillah xd pape..hehe..siap bakar2 lg..tp cerita ang mmg seram
masa awal bulan April hari tu, pernah gak konvoi satu kelas overnight kat teluk batik.. malam² sunyi gila wehh.. satu manusia pun takde. lagi teruk lampu kat pantai pun takde. tak silap aq tandas ngan surau pun tutup.. haa bayangkan nak terkucil kat mana.. dr pukul 3 petang. tp smpai pukul 1 pg jelah..sebelum tu siap mandi dekat ulu lichin, beruas lg. alhamdulillah takde apa y berlaku.. siap bergambar kat pantai lg sblum balik tu. kitorg campur lelaki pompuan gak , tp ramai, adalah dlm 30 org semuanya..
sian lak kat una…umah dia jauh ke korang?try la cri adress dia..kot2 nak tau ape perkembangan terkini..gitew
Seram. Tapi rasa macam tak patut ustaz marah sampai tengking mcm tu sekali.
yg kagum ustaz terus pk maksiat maksiat…zina zina…tak terpk ke diorg dtg nak tolong korang seme time tu? takpe la…typical ustaz dulu2 mmg camtu kot…
Bukan mengiyakan atau menidakkan sesape…
Tujuan kamu bercerita utk berkongsi kisah+pengalaman seram yg berpunca dr kelalaian dan perbuatan kamu sendiri…
Namun, dengan bercerita tindakan ustaz tu seolah2 mencipta satu isu yg boleh menyalahkan ustaz+ustazah dan mengaburi kesilapan kamu dan kawan2…
Mungkin teguran ustaz+ustazah tu agak kasar, namun kamu semua harus mengakui kebenaran kata2 mereka tu…
Kamu semua harus merasa bersalah dan meminta maaf ats kesilapan dan tindakan yg membuatkan org bersalah sangka…
Di saat bergembira berseronok, tak endah apa orang nak kata…
Di saat susah terdesak, kita mengata pulak org yg sanggup ke sna ke mari pkl 4pagi utk menolong kamu…
Akk bercakap berdasarkan pengalaman akk yg selalu stay up pepagi buta since diploma, degree sampailah keje…
Stay up sbb masalah yg cube dielakkan akk x kesah…
Tp klu sbb masalah yg mmg sengaja diundang, mmg akk rase kecewa…
Bile kita nasihat, dimomokkan, diejek2, dimaki2, ditoreh2 kereta akk…
Bile susah, mane pegi kawan2 dan org sekeliling yg sporting2 tu semua…????
Fikirkanlah…
Setuju sgt dgn kak Yulie….
Betul tu kak..rasanya x perlu cerita cane ustaz tu marah2 apa semua..dah masalah tu punca dr kelalaian diri sendiri..kitakan umat islam.pergaulan sedemikian kalau siang boleh terima lg, tp dah lewat malam kut huhu..
Kadang dlu akk tanye gak students ni klu kat umah korg balik 3-4pagi, depan mak pak berguling laki pompuan, time dinner teguk arak, dok dlm bilik smoking, layan ectasy ghase2 mak pak korg marah tak…????
Setuju…
Nafsu mmg susah menerima kebenaran…
betul ckp kak yulie, berani buat berani tanggunglah akibatnya, dah mintak tolong orang, terimalah tegurannye… and semua orang x sama, x boleh nak expect sume orang boleh terima apa yang kita buat
Akk ni ar salah sorg pegawai HEP yg kejenye siang malam jaga, pikir, runsingkan anak2 org…
Kekadang masalah bebudak camni akan ditambahburuk lagi bile mak pak back up setiap kesalahan anak diorg…
Mak pak tak tau yg akk ni kdg tdo sehari sejam dua jer, kadang x sempat makan, nak sms asben pon terlupa2 dibuatnye dek sebok punye pasal…
Kita tegur, amik tindakan kat anak2 deme udahnye akk yg nk disaman masok court, diserang kat opis dimaki hamun…
Tapi nnt kalau anak tu sakit pepagi buta ke, kena tahan polis ke, sambot bufday smpi jatuh berguling kat tangga ke, termengandong ke, sape yg dipersalahkan…???
Kami ni lah yg dituding jari…
Akk keje 24/7…
Kdg baru nk lelap tetbe kol 1-2pagi dh ade kes…
Tup2 kang 4-5pagi dok huru-hara uruskan kes, kdg tersengguk2 menggu depan emergency ward…
Rase2nye relevan tak utk kami para staff ni utk merasa hangen dgn masalah2 yg disengajakan ni…????
Kalau betol sgt jiwa remaja tgh nk up utk mencube itu ini, sila cuba di depan mak pak memasing…
Nak tengok sejauh mana penerimaan dan kesabaran diorg…
Sory akk emo sesangat…
Akk bekeje dlu mendambakan seluruh komitmen utk kemajuan kebajikan anak bangsa…
Tapi akk sedih ble jerih perih tu dianggap sebagai sesuatu yg annoying…
Seolah melepaskan anjing yang tersepit…
Setuju kak ?
Terima kasih sbb memahami…
Faham…tu la parents ni kene diberikan kesedaran bab ni… Klu terlalu menyokong Anak smpai salah pun defend…last² anak2 jg yg rosak
Ade mak pak yg kadang dh mati kutu bile berdebat ngan akk pasal anak2 diorg yg ‘baiiikkk’ ni kan, diorg ckp “kenape puan nk bising2…saya sebagai parents pon tak kesah…”
Akk balas nk bg mati kutu jd mati akal “Kalau puan rasa cara saya menjalankan amanah tu salah, saya minta maaf… Dengan ini, sila ambil anak puan bawak balik rumah dan didik ikut cara yg puan rasa betul… Sebab, selagi anak puan berada di kawasan saya, itu tanggungjawab saya…”
Haaa…itu jam terus senyap baru tau nk mintak maap…
7 org kena kacau dari teluk batik sampai rumah…….sorang pun takde baca ayat2 pendinding????(mengikut perjalanan cerita). Situasi dah kritikal baru sorang ni nak azan. Still takde bacaan2 yang mengingatkan kita kepada Allah. Hmmmmmmm…..
Ya ya.. sudah kritikal barulah mengingati allah.. perkara yg nyata berlaku di depan mata pun sukar untuk mengingatinya.. apa pula yg akan trjadi jikalau benda yg ghaib berlaku.. contohnya kematian.. astaghfirullah
Kaannn…
Akk memule dlu nk komen gak psl tu…
Kot sensorg mmg kdg x terpikie, tp ni TUJUH org kan…
Tapi…
Nnt ade plak yg tukang back up kate:
“mestilah ade bace2…xkan semua benda nk tulis detail…name pon cerpen…nk detail g ar beli novel…semua benda nk komen…”
Kann.. Taw tape.. Pewh lha sala nyew baca Ayat Qursi kewh.. 3Qul kewh.. Lahai.. Takod cane skaly pon.. Ayat pendinding dri lha yg trbaekk.. Yg mmpu melindungi dri kitaa dr makhluk halus..
Aku Una..
Aku okey..
Ko jangan risau..
Aku tengah berubat
Macam troll je. Lol
Kan dh kena dgn bentaraguru kak long fs. Salah tetap salah.Xpe,ambil sbg pengajaran pengalaman lalu. Jgn buat lg ea
Haahahhaha…
Naik pangkat dh plak ekkk BENTARAGURU Kak Long Kawasan…
Bkn nk marah bkn nk tjk bagus, tapi berdasarkan pengalaman UiTM Di Hatiku…
Hehehehehee…
aku suka ko kak yulie.
komen2 ko sangat membina.
kak, ko pulak takde pengalaman seram ke?
kalau ada, ko tulis la pulak kak.
Dah ala2 kem bina semangat plak ekk komen2 tu…
Hahahahahah…
Ade jugak benda2 mistik jadik kat akk+family…
Tp jenis gangguan yg one shot, xde berpanjangan atau berulang…
Pastu ktorg jenis seram time tu pastu buat derrkkk jer dah…
Tambahan plak akk patern jawa mudah lupe, nk citer detail tu mmg x dapek dah…
Cume ingt point2 penting jer dik…
seram dan sedih sangat bila baca. seperti dapat rasakan pengalaman yang sama seperti penulis alami. harap dapat bertemu una suatu hari nanti 🙁
Untung ko kak yulie komen.
Aiikkk…
Untong tang mane tu dik…
Heheheheheh…
Nak lepak tu tak salah tapi kenalah hormat ‘penghuni²’ lain dekat situ. Gelak sakan sampai tak ingat dunia waktu macam tu, diorang tak suka. Diorang terganggu. Ustaz tu marah sebab tidur dia terganggu sebab korang lah tu. Sabar jelah. Alhamdulillah, dah banyak kali pergi TB..tak ada perkara² yang tak diingini berlaku.
Sme la dgn sy…mmg tiap2 bln akn ke TB…da jd rutin bulanan da pn…tp part ustaz tu pn btl jg…pergaulan antara lelaki dgn perempuan blh mengundang fitnah org ramai…sbb diorg cme blh nmpk ap yg SEDANG TERJADI…BKN sblm kejadian…
Jangan kata benda halus, kita yang hidup ni pun x berapa gemar bila gelak sakan gitu rupa mengganggu ketenteraman orang lain
kadang2 manusia ni tahu komen je…kita bukan di situasi mereka, so don’t judge from the cover okey… agaknya kalau kita berada di situasi mereka, agaknya kita lagi teruk…
Aku pun ada juga kisah.seram masa duduk asrama,masa ikut ptogrem PLKN..
tapi tak tahu mcam mana nak buat cerita mcam ni..
Satu jela aku tertanya.. Ustaz tu kawin dua ke? Ke bini org dua org yg dia bawa tu?
Kalau korang faham la kenapa aku tanya soalan ni.
Pengalaman yang sangat menakutkan. Tapi besar hikmahnya. Pengajaran yang sangat berkesan rasanya. Pergaulan bebas dalam Islam memang sangat dilarang. Haram pun hukumnya. Faham sangat hasrat orang muda namun, perlu selalu beringat-ingat untuk patuh pada syariat dan aktiviti riadah cukuplah disiang hari ataupun petang-petang. Memang lah rasa tidak seronok kalau buat waktu siang tapi ingatlah bahawa perkara maksiat ini memang syaitan akan hias menjadi cantik dan asyik di mata kita.
Ikm lumut ?
Macam mna keadaan una.. Xda update mn tmot tnggal dia ker.. Tringin nk tau psl una..
Saya terbaca cerita ni ketika google mencari campsite di tlk batik.. sgt menyerankan juga jln cerita nya. Ending pun sgt bagus dgn persoalan apa terjadi dgn Una hingga sekarang… jika betulah cerita ini.. pergi lah cari Una.. saya suggest pergi ke student info dptkan alamat nya. Perlu ada closure dlm cerita ni
Seram weyh. Rumah aku ke teluk batik satu jam. Dulu aku pernah sekali pergi malam ke teluk batik. Nasib tak ada apa2 Alhamdulillah lahh. Selalu pi waktu siang je. Macam mana keadaan una sekarang ni
Betul