Pengalaman Rumah Sewa semasa Di Universiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca sekalian. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada Admin FS sebab publish cite aku yang hari tu (Pengalaman Di Kamsis Politeknik). Terharu rasanya sebab ada yang sudi baca dan komen ingatkan tak ada orang baca dah. Terima kasih sangat-sangat. Kat sini aku nak sambungkan pengalaman aku kene kat universiti tapi yang ni aku khaskan untuk cerita dirumah sewa. Lain-lain cerita nanti aku sambung kalau aku rajin. Macam ni ceritanya.

Lepas habis diploma aku mohon la nak sambung ijazah kat universiti. Lebih kurang 2 bulan lepas aku tanam anggur akhirnya dapat la aku sambung buat ijazah kat salah sebuah universiti teknikal di selatan tanah air. Dari sem 1 sampai sem 3 Alhamdullilah tak ade apa-apa yang jadi walaupun kat kolej aku duduk tu macam-macam cerita aku dengar. Masuk sem 4 aku duduk kat rumah sewa dengan lagi 5 orang kawan Rumah tu rumah semi-D dan rumah ni baru siap kiranya kitaorang yang first duduk kat situ. Tapi yang tak bestnya rumah ni jauh dari jalan utama dan rumah sebelah lagi tu tak ada oarang sewa. Lepas tu depan simpang nak masuk kawasan rumah tu ade rumah buruk yang tak penghuni. Yang lain-lain semua kawasan kelapa sawit. Rumah jiran ada tapi agak jarak sikit. Masa mula-mula masuk tu kawan aku dah suruh dah ayah dia azan ape semua rumah tu kira selamat la.

Tapi kejadian pertama berlaku belum pun sampai 6 bulan kami kat situ. Malam tu kebetulan roomate aku tak ada kat bilik jadi aku tidur sesorang kat bilik (Dalam rumah tu 1 bilik 2 orang). Aku tak tau pukul berapa tetiba kau tersedar sebab dengar orang bukak pintu bilik air. Bilik aku ni dekat dapur betul-betul depan bilik air jadi segala apa orang buat kat dapur ke kat bilik air ke aku boleh dengar dari dalam bilik aku. tapi aku heran la pulak kenapa la dorang ni kuat sangat buka pintu bilik air, dalam hati aku cakap ā€œroboh jugak la pintu bilik air tuā€. Baru je aku nak sambung tidur tetiba dengar ā€œklung klang klung klangā€ bunyi macam orang tengah memasak. Aku ingat kawan aku la sebab sehari sebelum tu dorang ramai-ramai nak puasa sunat. Aku sambung la tidur macam biasa. Bangun pagi macam biasa aku memang jenis masak sarapan siap-siap. Tetiba kawan aku tegur ā€œLa kenapa tak masakan sarapan untuk saya sekaliā€. Aku cakap la kat kawan aku ā€œ bukan semalam korang cakap nak puasa ke hari ni?ā€ kawan aku jawap ā€œ memang la tapi kami bangun lewat tadi tak sempat nak sahurā€. Aku macam dah blur, yela aku dengar bunyi dok masak kat dapur tapi dia cakap dia tak sahur. Aku pun tanya lagi ā€œ habis saya dengar masak pagi tadi tu ape?ā€. Korang tau kawan aku cakap keempat-empat dorang lambat bangun jadi dorang Cuma panaskan air guna heater je mana ada masak. Lepas kawan aku cakap macam tu aku diam je la kiranya aku anggap aku mimpi je.

Kejadian ke2 berlaku waktu cuti sem yang panjang tu. Masa tu walaupun cuti sem tapi aku masih ada dekat universiti lagi atas sebab aku masuk badan beruniform. Jadi bila cuti ade la kursus la latihan la pertandingan la. Sebenarnya pihak pengurusan sediakan bilik dekat kolej tapi aku dengan kawan aku tu malas nak packing barang jadi kitaorang ambil keputusan duduk kat rumah sewa je. Nak jadikan satu cerita ade sebelum pertandingan team aku diberi cuti rehat untuk latihan sesi malam. Oh ye lupa nak bagitau kawan aku tu dia team kemahiran lain jadi jadual latihan dia tak sama dengan aku. Memandangkan dah dapat cuti ada la seorang teammate aku ni kebulor nak makan KFC. Katanya anak cacing dalam perut mengidam nak makan KFC. Plan awal pukul 9 malam jumpa kat tempat latihan sebab alang-alang aku hantar kawan aku pergi latihan. Tapi langkah kitaorang tersadung bendul. Sampai tempat latihan semua disuruh dengar perutusan dari pegawai. Mula-mula kitaorang bagi alasan macam-macam tak nak pergi tapi pegawai tu sendiri datang cakap ā€œ ala saya cakap sekejap je nanti awak boleh pergi KFCā€. Tapi tu semua janji melayu tak ada maknanya nak sekejap dari pukul 9 lebih sampai 12 tengah malam. Disebabkan dah pukul 12 jadi aku cakap la kat teammate aku tu tunda esok tp dia tak nak katanya anak cacing dia lapar la, mengidam tahap dewa la. Dah alang-alang tu aku ajak kawan aku sekali tapi dia kata dia letih nak tidur dan suruh aku hantar dia balik rumah sewa kitaorang dulu. Lepas hantar dia aku keluar balik dan aku balik rumah sewa aku pun dah pukul 2 lebih macam tu la. Aku balik terus aku ketuk-ketuk pintu suruh kawan aku bukak pintu, tetiba aku dengar kawan aku cakap ā€œ kejap, kejap. Saya datang dah ni nak bukak pintuā€. Aku macam pelik tadi kawan aku tu punya la ngantuk siap mata pom dah merah tapi bila aku suruh bukak pintu bukan main ceria lagi suara siap gelak-gelak tu. Aku pun tunggu la. Aish dah 10 minit dah tak buka lagi, aku dah cuak sebab kawasan luar rumah aku tu seram yang amat. Tetiba aku teringat yang masa aku ketuk panggil kawan aku tadi aku tak bagi pun salam dan kawan aku pun ada pesan masa aku hantar dia balik td, dia cakap ā€œ nanti balik telefone saya tau sebab saya takut saya tak sedar jeā€. Lagi aku cuak. Aku cuba bagi salam ā€œ Assalamualaikum… saya dah balik ni buka la pintuā€. Senyap je tak ada balasan. Aku ulang 2 3 kali sama juga tak ada balasan. Aku pun telefone kawan aku. 2 kali telefone dia angkat ā€œhello… urmmmā€, korang tahu suara kawan aku baru bangun tidur. Aku suruh dia buka pintu, dia buka memang betul muka dia dengan serabainya baru bangun tidur. Aku masuk rumah terus pergi mandi apa semua lepas tu tidur. Lepas kejadian tu terus nak masuk rumah je aku bagi salam dan aku akan pastikan kalau keluar malam aku balik awal. Aku tak ceritakan pun kat kawan aku, lepas masuk sem baru, baru aku cerita kat kawan aku. Marah dia kat aku sebab tak cerita awal-awal kat dia.

JojoDenka

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

20 thoughts on “Pengalaman Rumah Sewa semasa Di Universiti”

  1. Macam tak tau takut je kau ni kan JojoDenka…
    Kalau saya agaknya roboh dah pintu depan tu panggil-panggil tak nyahut…
    Seram. Kongsi lagi ya…
    Terima kasih.

    Reply
  2. Huhuhuhu maaf la kalau tak faham… Aku ni jenis nak bercerita tapi aku tak reti nak karang mengarang nih… Jadi aku mintak maaf banyak2 la kalau tak faham… Satu lagi, cerita tu memang habis kat situ je sebab gangguan dia tak banyak kat rumah tu…

    Reply
  3. okay la crita bersahaja tpi boleh tahan berani juga ehh jojo hahah rilek jer balik lewat mlm even dah taw suasan rumah sewa tu cmne,so crita mesti ada smbungan lagikan? thnks for sharing!

    Reply
  4. kenapa ramai tak paham? aku baca ok je paham? korang sekolah tak abis ek? kahkah sorry gurau jer.. tp aku paham je lah cerita dia..

    Reply
  5. knp ada yg x fhm erk/??? aku fhm jer… cerita x laa seram mne… tpi okay laa ada gak pengalaman tuu.. pengalaman mendewasakan kita… hihiii

    Reply
  6. i feel u.. tp aq selalu kena masa sebelum tukar bilik. sbb hostel kolej aq tu.. dorm atas luas dia siap boleh main nyorok2..
    masa aq tukar bilik bawah,, kawan aq nampak aq pergi toilet pakai baju putih tapi jd misteri sbb masa tu aq da balik rumah……

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.