Pengalaman Seorang Askar

Assalamualaikum,

Di sini aku nak kongsikan pengalaman2 yang diceritakan kepadaku oleh bapa mertuaku sendiri berdasarkan pengalaman beliau sepanjang berkhidmat dalam angkatan tentera di era insurgensi pada tahun 70-an sehingga 80-an dahulu. Beliau berkhidmat di dalam batalion infantri yang banyak menghabiskan masanya memburu dan bertempur dengan pengganas komunis di dalam hutan belantara sehingga berbulan-bulan lamanya. Untuk makluman, bapa mertua aku ini juga boleh dikatakan memiliki sedikit kepandaian dalam hal2 berkaitan ‘ilmu2’ yang tidak diajar di sekolah / universiti ni. Di sini aku ceritakan sedikit kisah yang dia pernah kongsikan dengan aku.

#kisah 1 – salam perkenalan..

“Ada satu kisah dimana sewaktu platun aku (‘aku’ merujuk pada bapa mertua) diarah untuk menjejak pergerakan pengganas komunis di Hutan Belum, Perak pada awal 80-an. kami telah bergerak dalam hutan belantara yang sangat tebal selama 6 hari, sehinggalah pada hari yang ke 7 berlaku satu demi satu insiden yang menguji kekuatan iman dan mental anggota2 kami.

kami telah mendapat arahan untuk berhenti dan berehat tapi kekal dalam keadaan siap siaga. selepas kira2 20 minit, ketua platun kami yang berpangkat Leftenan Muda (LT) telah memanggil semua ketua2 seksyen dan sarjan (SJN) platun. aku masa tu selaku kopral telah berkumpul untuk mendengar arahan  dari beliau. Dengan muka yang agak resah, beliau meminta semua melihat jam di tangan masing-masing.

Alangkah terkejutnya kami, jam di tangan kami masa tu seperti menggila – jarum jam bergerak tak tentu arah malah ada yang bergerak ke belakang. menurut LT, kompas juga tak dapat digunakan. lebih merisaukan LT, sewaktu beliau nk berhubung dengan markas TEK utk memberi laporan, dalam radio tentera tu kedengaran suara orang dalam marah2  tetapi dalam bahasa lama.. dengan tidak semena2  ketika LT sedang bercerita, bau2an yang sangat wangi menusuk hidung masing2. sarjan platun (SJN) meminta kebenaran dari LT utk take over situasi ini.

Dia terus mengajak aku utk membuat pagar keliling lokasi mereka. sambil kami bergerak ke setiap kedudukan anggota2, mulut kami tak berhenti membaca doa2 pendiding sambil mengarahkan anggota agar duduk rapat2 dan berwaspada. ketika itu aku tengok mulut anggota2 juga berkumat-kamit membaca doa/ayat suci. Tak kurang juga yang bukan beragama islam, mereka juga dilihat berdoa mengikut cara mereka kerana mereka juga sedar akan sesuatu yang pelik sedang berlaku.

selesai aku dengan SJN memagar kedudukan kami, tetiba LT berbisik, “jen, kabus”. ya, kali ni datang pulak kabus yang datang entah dari mana mengelilingi kedudukan kami. tapi yang peliknya, kabus tu seperti tak dapat masuk ke dalam lokasi kami. bau2 yang wangi tadi terus bertukar menjadi bau busuk yang amat. angin yang kuat tetiba membadai kami seperti keadaan ketika ribut hendak melanda namun langit tidak pula gelap.

namun, apa yang lebih menghairankan, kabus2 tadi seperti tidak terkena angin yang kuat mebadai. setelah agak lama keadaan tidak juga surut, SJN mengarahkan kami agar buat tak tahu dan  bersiap untuk bermalam disitu. menjelang malam hingga ke subuh,  tak ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku ke atas anggota2 kami  kecuali gangguan2 biasa seperti suara orang seakan2 sedang marah2 / menyanyi / bergurindam / menangis juga bunyi paluan gendang yang sayup2 juga kedengaran silih berganti sehingga pagi. 

malam tu aku pasti tak ada seorang pun anggota yang tidur kecuali SJN yang selamba tidur dengan nyenyak sehinggalah pagi menjelang. Aku tahu yang ketika ini SJN bukan sedang tidur biasa2. Kabus dan bau busuk/wangi telah menghilang menjelang pagi dan SJN telah memberitahu LT yang semuanya sudah selesai dan selamat dan kami dah dibenarkan untuk terus bergerak. Kulihat jarum jam dan kompas juga telah bergerak seperti biasa.

Pagi itu juga buat pertama kalinya radio juga dapat digunakan dan aku lihat teruk LT kami kene bambu dengan pegawai2 di markas Tek setelah semalaman xdapat berhubung dengan kami.

Setelah kira-kira 5 hari selepas kejadian itu berlalu, kawasan rondaan kami telah di take over oleh platun lain dan kami telah diarah kembali ke markas TEK. sewaktu platun kami sedang mencuci senjata utk dipulangkan, LT bertanyakan kepada SJN tentang hari kejadian tu, macam  mana SJN bole tau semuanya dah selamat dan dibenarkan utk bergerak pada paginya tu.

pada masa ni lah muka SJN berubah, dahinya berkerut seperti marah. sambil memanggil beberapa anggota yang aku lihat adalah anggota2 boleh dikatakan ‘fresh’ dari pusat latihan asas. setiap seorang dari mereka telah ditanya oleh SJN sama ada mereka ada membuat sekian sekian kesalahan, pada waktu yang sekian, dilokasi sekian2.. mereka mengaku ada membuatnya..  menurut SJN, sepanjang perjalan, mereka ini telah tidak mengindahkan nasihat yang telah diberikan sebelum kami masuk ke hutan dulu.

mereka telah membuat onar – ada yang membuang air kecil dan besar di tempat yang salah malah ada juga yang bermulut celupar sewaktu dalam hutan. kemudian aku telah bertanyakan SJN tentang apa yang berlaku semasa SJN dalam tidur.. menurut SJN,  dia telah cuba berhubung dengan ‘ketua hutan’ tersebut dan sewaktu itu lah SJN ditunjukkan oleh ‘benda’ tu anggota yang mana dan apa kesalahan mereka. menurut SJN lagi, platun mereka amat bernasib baik kerana ‘benda’ tu telah sudi memaafkan kesalahan mereka. namun begitu menurut SJN mereka2 ini dilepaskan beserta dengan amaran – jika anggota yang telah dimaafkan itu melakukan lagi kesalahan, maka memang buruk padahnya yang mana menurut SJN mereka jika berulang, mereka ini mungkin akan disorokkan atau ditimpa sesuatu yang buruk.

namun bagi ketua platun kami LT – inilah pengalaman pertama yang dialaminya sejak mula memimpin platun ini 6 bulan yang lalu. begitu jugalah dengan anggota2 (freshmen) yang baru tamat latihan asas. namun ini bukan beerti sebuah pengalaman yang buruk, kerana jika dilihat betul2 ianya suatu pengalaman amat berguna dan membuatkan kami sentiasa beringat semasa dalam hutan yang tebal, bukan sahaja ada musuh, malah ada penghuni2nya yang lain dan sememangnya telah tinggal di situ sejak dahulu lagi.

Namun, sudah pastinya  kisah pengenalan ini bukan pengalaman terakhir yang mereka alami. ada beberapa lagi pengalaman mistik yang lebih ‘advance levelnya’ yang ayah mertua aku pernah alami dan ceritakan sepanjang berkhidmat dalam askar dan akan aku kongsikan nanti.. sekian.. part 2: https://fiksyenshasha.com/pengalaman-seorang-askar-2-kisah-bini-askar/

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

31 thoughts on “Pengalaman Seorang Askar”

  1. Bakal suami saya pn askar infantri.. Setiap kali dia balik ops je, mesti sy akn tanya cite2 horror dia dlm hutan.. Best dgr dia cite pengalaman dia sendiri.. Penah sekali tu dia dpt line dalam hutan, kteorg pun bergayut la setelah hampir seminggu lebih x dpt berhubung.. Mse tu dlm pukul 11 lebih malam mcm tu.. Tetiba je dia cakap ‘Sayang, abg nak tdo bole walaupun abg x ngantok’ Dari ayat dia sy dh tau ada yg x kena.. Keesokan harinya dia kata mse kteorg tgh berborak tu, ada kakak cantik datang dari arah belakang dia.. Mula2 dia buat bodo je (Dia ni piaaww cket orgnye) tapi makin lama kakak cantik tu makin dekat, sekali dia toleh, kakak cantik tu btol2 belakang dia.. Ptong stim btol la kakak cantik ni.. Kteorg nak bergayut lama cket pun x bole.. Jelezz la tu.. Haha…

    Reply
  2. Ala….Bole sambung lagi..xya sekerat2.tulis panjang2 n full story mcam misteri yurizawa tu.puas baca..satu slot habis terus.sampai 2 fasa akak stop sebab pnjang.tapi puas hati.lain kali xyah sambung2 k..kuciwa akak..?

    Best! Akak bg 5 star!

    Reply
  3. Pls sambung aku suka betul cerita cerita macam ni. Pengalaman dari seorang askar mesti banyak lagi kan yang berkaitan dengan hutan.

    Reply
  4. Cerita rekaan sahaja.
    Baca pun dh tau…
    Bapak metua ko cerita xkn detail mcm ni ko tokom tmbh bg sedap

    Xbest lgsg crita rekaan

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.