Pengalaman Terserempak Dengan Jin Islam

Hi semua. Salam sejahtera.

Aku nak share cerita sikit kisah pertemuan aku dengan jin islam yang hanya berlangsung beberapa minit. Tapi kesan dari peristiwa tu memang aku rasa sampai mati pun aku tak boleh nak lupakan. Mungkin bagi sesetengah orang pengalaman aku neh tak la seberapa and seseram mana. Tapi bagi aku yang mengalami neh, pergh. Ngeri dia tu sampai ke tulang sum sum.

Long story short.

Aku perempuan. Bujang. Hari tu aku balik kerja lambat. Aku kerja office hour. Tapi hari tu memang aku balik lambat gilos. Dah malam baru aku keluar dari opis. Memang kebiasaan kalau balik lambat aku tak balik sendiri. Just naik LRT dari opis, then turun kat stesyen LRT Awam (bukan name stesyen LRT sebenar. Lol) then suruh tunang aku ambik and hantar ke rumah. Kiranya stesyen LRT Awam neh nearby je la dari rumah tunang aku.

Malam tu aku sampai kat stesyen LRT Awam dalam pukul 10 lebih la jugak. Aku call tunang aku, tanya dia kat mana. Dia cakap dia baru nak gerak keluar dari rumah. Means ada la dalam 15 minit la jugak dari rumah dia tu nak sampai ke stesyen LRT Awam neh. So aku neh pulak dengan badan dah penat nak matikkk aku cadang nak rehat je la dulu kat dalam surau stesyen LRT Awam neh. Baring-baring dulu lek lek dulu sementara nak tunggu tunang aku sampai. Pukul 10 lebih malam kat stesyen LRT, of course sunyi, lengang and tak ramai orang.

Aku tahu tak semua pembaca dalam Fiksyen Shasha neh sedia maklum macam mana sebenarnya sistem LRT neh. So aku explain sikit la ye untuk bagi korang dapat gambaran yang lebih jelas. Semua stesyen LRT ada sediakan kemudahan tandas. Tapi tak semua stesyen LRT ada sediakan surau. And kalau ada surau pun, kebanyakan surau tak ada tempat untuk ambil wuduk kat dalam surau tu. Means korang kena ambik wuduk kat toilet, and baru pergi surau untuk solat. Tapi ada jugak la certain stesyen LRT yang memang dah disediakan tempat ambil wuduk dalam surau tu. And dalam kes aku neh, surau stesyen LRT Awam neh tak ada tempat ambil wuduk dalam surau. Then surau and tandas neh adalah dalam kawasan LRT, yakni kawasan sebelum korang check out. And situasi aku neh, surau and tandas kat stesyen LRT Awam neh agak jauh dari tempat check out. Ok aku harap jelas kat situ.

Aku masuk surau, bukak lampu. Aku duduk sorang-sorang kat situ sambil main phone. And tiba-tiba ada sorang mak cik neh bukak pintu, jalan laju-laju masuk surau. Aku duduk betul-betul kat tepi pintu. Terkejut jugak la aku. One thing yang aku dah start heran dengan mak cik neh, dia DAH PAKAI TELEKUNG SIAP-SIAP. Means dia masuk surau tu dalam keadaan dah bertelekung. Aku pelik la. Kene ambik wuduk kan kat toilet. Mak cik neh pakai telekung siap-siap dari dalam toilet ke? Semangat betul. Ahh biarlah.

Aku sambung main phone. Mak cik neh badan dia besar and tinggi. Dada dia bidang. Even dia bertelekung, still boleh nampak yang badan dia memang besar. Bukan gemuk tau. Tapi besar, and tinggi. Mak cik neh pakai telekung warna macam biru-biru gelap kehitaman. Dia masuk, ambik sejadah, and start nak bentang sejadah. Aku nampak semua tu just sekadar sambil lalu je dengan ekor mata. Sebab aku tengah main phone kan. Aku memang tak ada rasa pelik ke aneh ke apa ke. Rasa biasa je. And kebetulan waktu tu aku tengah period.

Aku sambung main phone and aku still dapat nampak mak cik tu nak bentang sejadah melalui ekor mata aku. Then tiba-tiba entah kenapa aku rasa macam berminat nak perhatikan mak cik neh. Dia berdiri betul-betul menghadap aku. Tapi senget ke kiri sikit (kiranya aku tak ada la duduk kat arah tempat dia sujud). Aku perhati je dia ambik sejadah kat ruang sejadah, and hamparkan ke lantai.

And this is where IT BEGINS.

Once sejadah dia cecah je lantai, SURAU TU BERGEGAR. Aku yang tengah duduk bersila waktu tu rasa macam punggung aku terangkat dari atas lantai. Seolah2 sejadah tu berat ber tan-tan. Serentak dengan tu terus mata aku neh pergi meliar pulak nak memerhati mak cik tu betul-betul. Aku terpandang tangan dia yang still tengah adjust sejadah atas lantai. Aku ingat lagi, tangan dia berkedut gilaaaaaaa. Tapi tangan dia putih. Putih bukan yang macam kulit putih manusia biasa neh. Tapi putih-putih jernih macam jelly. Keadaan kulit dia macam moist-moist. Muke dia pulak? Putih jernih (macam putih tangan). Mata dia sepet gila. Sekali pandang macam satu straight line je. Batang hidung halus and panjang. Mulut kecik and bibir nipis.

Lepas tu dia berdiri and ready untuk start solat. Dia angkat takbiratul ihram,

“Allahuakbar…”

Waktu dia angkat takbiratul ihram tu, ya Allah. Memang menusukkkkkk sangat-sangat ke hati. Suara dia tak kuat, just sayup-sayup, tapi dah cukup untuk buat aku dengar. Seumur hidup aku, aku tak pernah lagi dengar mana-mana manusia dalam dunia neh yang mampu sebut hanya satu kalimah Allah, tapi penuh dengan penghayatan and kesyahduan sampai macam tu sekali. And tak pernah terjangkau jugak dek akal fikiran aku neh yang betapa hati manusia itu mampu “disentuh” dengan hanya satu kalimah dari-Nya, jika diungkap oleh seorang hamba dengan penuh pengertian dan penghayatan yang begitu kusyuk dan tawadhuk.

I don’t know how to explain precisely. Apa yang aku boleh explain, waktu tu aku rasa macam aku dapat sebenar-benar pengertian kalimah “Allahuakbar” tu. Aku rasa macam ya Allah. Betapa agungnya kuasa-Mu. Betapa besarnye kuasa-Mu ya Allah. Sungguhnya sememangnya Kau la yang maha besar. Aku rasa sebak, syahdu, sedih, tapi ngeri pada masa yang sama. Seolah-olah Allah macam nak “bagitahu” aku yang Dia maha besar, dengan memperlihatkan aku akan kewujudan mahkluk-Nya dari alam lain.

Then, part dia baca Al-fatihah tu semua aku tak dengar. Sebab dia baca tak keluar suara. Tapi waktu neh memang kaki tangan aku memang menggeletar gila. Aku takut sangat-sangat. Aku macam beku kat situ. Phone aku pun dah terlepas dari tangan. Longlai. Then dia rukuk, lepas tu dia sujud. Waktu dia sujud tu, againnnnn DUMMMM!!!! Bergegar surau tu. Ya Allah. Aku rasa macam nak terkencing terberak terkincit semua ada. Aku rasa macam nak jerit and nangis kuat-kuat. Aku istighfar, aku pejam mata and tarik nafas dalam-dalam. Aku celik mata, slow-slow aku capai barang-barang aku, and chow.

Dari surau nak ke tempat check out (tempat touch card/masuk coin) tu aku berjalan rasa macam dah tak jejak tanah. Sedetik pun memang aku tak toleh belakang dah. Lepas check out, aku duduk kat kerusi-kerusi bahagian luar. Nampak ada banyak bas-bas rapid dengan pakcik-pakcik driver rapid sembang-sembang. Lega sikit hati aku. Aku stay on the phone dengan tunang, sampai la kereta dia betul-betul ada kat depan mata aku.

Tu la pengalaman yang memang aku tak akan boleh lupa la sepanjang hayat. Aku pernah terserempak dengan makhlus-makhlus halus. And now terserempak pulak dengan jin islam neh. Aku tak tahu la apa beza dua golongan neh (yang aku tahu beza dari segi gama je). Tapi yang pasti, vibe terserempak dengan dua-dua golongan neh memang berbezaaa gilos. Bila aku cerita kat orang-orang lain, kebanyakannya dari dorang suggest aku stay sampai mak cik tu habis solat. Sebab dorang cakap, selalunya kalau dalam keadaan macam tu, jin tu sebenarnya ada something yang dia nak sampaikan kat aku. Tapi ada jugak yang cakap nasib baik aku blah awal-awal. Sebab kalau tak nanti ada kemungkinan jin tu akan ajak aku ikut balik ke alam dia. Entah la noks.

Tapi lepas beberapa hari kejadian tu berlaku, aku baru perasan yang ada dua perkara pelik :

1. Aku neh sebenarnya rabun jauh. Power speck aku 500++. And waktu kejadian tu aku tak pakai speck. Tapi aku heran macam mana aku boleh nampak jelas keadaan kulit and jugak muka dia. Sebab selalunya orang yang bercakap dengan aku dalam jarak 1.5 meter pun aku tak nampak jelas muka orang tu. Kedudukan mak cik tu pulak dengan aku waktu tu dalam 2 meter or maybe 2 meter lebih.

2. Aku baru perasan yang mak cik tu solat salah arah kiblat. Sebab aku memang biasa solat kat surau stesyen LRT Awam tu. So aku dah tahu betul arah kiblat nya ke mana. Mak cik tu solat membelakangkan arah kiblat. Aku rasa dia memang saja nak buat aku tegur dia ke hape? Damn. Seram betul.

-Anggun

.

Anggun
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

21 comments

    1. Duduk blh je Bob..tpi kena pastikan pad x bocor la…sebenarnya blh je pompuan uzur masuk masjid…cuma tak digalakkan sebab takut bocor kot kena tempat nk solat je…

      1. salah. ijmak 4 mazhab, perempuan haram masuk masjid. takde khilaf. sebab kotor pada perempuan bukan kotor zahir. sedangkan org yg dlm junub diharamkan masuk masjid. sedangkan org junub bukannya keluar darah.

        1. Suka hati kan kata salah. Perkara ni ada dibincangkan balik oleh ulama fiqh. Cuba lah cek, ada khilaf dalam hal ni. Saya nak kata lebih tak boleh sebab saya sedar diri ilmu ni tak dalam mana.

        2. Ade khilaf .. Ade ulama kate bole ade yg x.. Ade ulama langsung x benarkn sampai ddk anjung msjid pun x bg. Terpulang nk ikut yg mn.. Klu surau bole je period masuk klu masjid ada khilaf.

  1. Aku dpt agak..ni mesti lrt universiti yg dkt ngn UM tu..mmg surau dia dlm, jauh ckit dr touch card/coin..n ade bnyk bas2 rapid..huu….teringt zmn dok um dulu..6-7 thn leps,,

  2. Surau atau masjid hukumnya sama iaitu tempat bersujud atau solat. Hukum yang dipegang oleh kebanyakan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid. Ada pun melintasinya, kebanyakan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid.

    Jadi, sebaik-baiknya bagi wanita yang sedang haid elakkanlah duduk di dalam masjid atau surau. Begitu juga dengan lelaki atau wanita yang berjunub (belum mandi wajib). Wallahu ‘alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.