Assalamualaikum. Hi warga FS. Ni kisah kedua aku. Aku la yang buat kisah “Kerana Pendinding Hijab Aku Terbuka” aritu. Konklusi is barang tu dah buang. Cuma kesan kat aku still ada lagi la. Still boleh merasa. Kalau dapat tgk tu rezeki namanya. Sorry la kisah yang 1st tu lagi teruk dari crita tv3. Haha. Kadang2 sekadar baca tapi tak de pengalaman tu aku rasa better korang berdiri kat tempat kami semua ni ha. Tengok sakit x sakit. Hahaha.
Ok la. Pasal cerita kedua aku ni, ianya mengisahkan mengenai asrama Politeknik aku. Masa tu tahun 2010. Orang cakap tempat yang bakal aku duduk tu bekas tapak hutan masa zaman jajahan. Aku taknak bgitau Politeknik mana. Kitaorang panggil Kamsis Politeknik. Haaa. Sepanjang aku di sana, mesti x pernah terlepas dari diganggu. Setiap hari selasa dan khamis, student kena pi masjid. Fyi, kamsis aku ni ngam2 sebelah dengan masjid. Nak tarik anak muda pergi sejid. So bagi perempuan., sesapa yang tak dapat solat tu (cuti) kena berkumpul kat surau blok G.
Nak dijadikan cerita, aku duk blok H, aras bawah sebelah toilet. Masa tu hari selasa. Aku ingat lagi. Aku budak junior masa tu, budak baru masuk la katakan. Aku pun minta izin dengan AJK yang ada kat situ untuk bagi pelepasan x nak pergi sejid sebab badan aku sengal2 start asar petang tu. AJK tu arahkan aku pergi surau kat block G. Aku jawab la ok ja. Masa aku keluar dari bilik, koridor bilik aku blackout. Aku ni rabun. Tapi acah2 malas la nak pakai spek. Tapi still nampak samar2 kalau aku kecikkan mata. Masa otw pergi surau tu, aku terdengar macam ada yang panggil namaku. “Nur! Nur! Tunggu aku. Nak pergi sekali”.
Seingat aku masa tu blok semua kosong sebab deme sume da pergi sejid kan. Aku abaikan. Aku dah lambat sangat masa tu nak pergi kumpul kat surau. You know what, langkah aku terhenti bila aku ternampak perempuan berbaju putih kat blok F nak menghala ke blok G. Kena libas (lalu) lorong blok F. Aku pergi dekat sikit sebab x pakai spek kan. Masa tu AJK blok dah tegur, “kau nak pergi mana tu?”. Aku cakap lah, “akak, ada budak x pergi sejid lagi la. Maybe dia uzur dia malu nak pergi surau kot. Tu ingat nak ajak dia sekali”. AJK blok dah pucat mukanya dan cakap, “akak nampak kau sorang je dik. Kau jangan nak main2”. Aku dengan kebingungan just akur n bla dari situ.
Esok harinya, time maghrib aku kena teruk. Badan aku sakit yang amat. Aku mengadu kat roommate aku. Roommate aku pun AJK blok. Aku cakaplah, “kak, sakitnya badan saya”. Tak lama tu aku diam. Roommate aku cakap aku menangis. Dia pkir aku menangis sebab sakit badan. Sangkaan dia meleset, sebab aku dah terkena. Goal kan. Lepas isyak dorang buat bacaan yassin kat dataran. Aku 50, 50 masa tu. Aku sedar tapi aku tak boleh kawal diri aku. Diorang bawak aku pergi pejabat warden. Masa tu Tuhan je yang tau betapa sakit sesakitnya badanku makin bertambah sakit.
Ustaz cakap, benda tu nak berkawan dengan aku. Aku jawab lah, “nak buat apa berkawan dengan bende x berupa”. Dah habis semua, roommate aku hantar aku balik bilik. Time tu da jam 1 pagi. AJK2 lain pesan supaya hantar aku dan tak pergi mana-mana. Roommate aku kata dia nak ke tandas. Aku cakap la, “Jom la saya teman. Saya jnji saya tak bagitau AJK lain sebab temankan akak pergi toilet”. Aku dengan roommate aku masuk la. Seram tu tetap ada sebab blok dah sunyi. Budak2 dah tido. “Kau jangan pergi mana2 tau. Tunggu akak kat sini diam2”, kata roommate aku. “Ye kak, cepat masuk cepat keluar”, jawab aku sambil mata melilau tengok sekeliling.
Tengah aku menunggu roommate aku ni, tetiba dengar orang gelak pulak kat dataran. Kuat weh. Aku sedapkan hati. Mungkin student luar kot weng2 moto sambil gelak2.Tak habis lagi tu. Angin baik je pagi buta tu. Sejuk je aku rasa. “Kak cepat la. Kenapa diam je”, cakap aku. “Jap dik. Nak siap dah nii. Kau x nak membuang ke?”, jawab akak tu. “Tak rasa nak membuang. Saya rasa nak blah ni kak”, jawabku terketar2. Sebab apa terketar2? Sebab masa tu aku toleh ke cermin. Aku tak nampak muka aku sendiri. Aku nampak benda tu. Hitam. Muka x ada rupa. Nak menangis aku dibuatnya. Pastu roommate aku pun dah selesai. Dia tarik tangan aku terus balik bilik laju-laju sebab masa tu dia tengok aku kaku pucat.
Tq FS sbb publishkn cerita ni.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mengejut sungguh ending ekau ni…
Huhuhuuu…
hahaha..sy pun terkejut!!
terkejut kan?hahhaah
Dpt tgk mkhluk halus tu bg kau rezeki tp bg kmi yg xnmpk ni tu bukn rezeki tp malapetaka xde sp yg nk rezeki mcm ko tu
Kawan aku pernah kena camtu…
Lebih kurang
Ko tau apa perasaan aku bila aku abis baca citer ko dek non?
Umpama tgh sesedap tgk Star Wars, tetiba org dtg tukor channel.
Memang mcm nak hempok je dengan sofa.
Sekian.
mana ending nya
xda ending kah
ending dia boleh tahan ah hahahah
Nk tergelak bace komen dowg ni tapi memang betul pun,ibarat tgh tgk cite best tetibe org tukar siaran mmg rasa nk carut je
la…ape ni…tergantung sepi gitu je..tgh2 klimaks tetibe abis
content here
content here