Pengikut misteri

Assalamualaikum dan hai FS ^_^ Saya nak ceritakan kisah seram sy semasa di sekolah rendah. Maaflah kalau tak seram ye.Saya cuma nak kongsikan sahaja ^_^
Let’s get started!

Masa tu aku darjah 5. Kisah ni dah lama dah berlaku tapi aku masih ingat lagi. Masa tu cikgu buat kem kat sekolah sebelum upsr dan budak darjah 6 mula la pulun ulangkaji masa kat kem. Kami yang darjah 5 ni relax je main phone wakaka^_^. Cikgu pulak buat kem masa hari jumaat dan sabtu. Hari jumaat tu balik sekolah terus packing barang dahlah excited time tu.Sampai sekolah terus ada taklimat then masuk bilik tempat kitorang tido tu.Hari hampir senja,kami semua terus mandi dan berlari naik tangga bangunan untuk ke surau. Tapi kan, ustaz dan ustazah lambat pulak naik, pastu ada jugak la kawan kami sorang ni tak naik-naik lagi.Dia ni lelaki dan takleh nak lari kuat sangat nanti semput. Saya fikir mungkin dia jalan lambat.So,kitorang solat lah. Malam tu cikgu-cikgu macam kecoh-kecoh sikit dalam pukul 8-9malam camtu sambil cikgu2 panggang ayam untuk makan malam kitorang hehe. Saya pun curik2 lah dengar, cikgu ada sebut nama kawan saya yang semput tu. Lepas tu saya tak curi2 dengar dah sebab lapar sangat time tu.

 

Malam tu dalam 11-12malam, kami semua tak dapat nak tidur. Memandangkan ayam panggang masih banyak lagi,kami pun pulun la habiskan. Lepas makan main phone then tidur. Ouh lupa nak cakap yang budak2 darjah 6 yang study tengah malam tu ada rancangan nak jadi hantu. Tu pun saya tau sebab ada salah sorang drpd dorang cakap. Saya abaikan jelah. Lepastu ada sorang cikgu ni suruh tidor cepat dengan nada marah. Cikgu tido di bilik yang lain. Tapi diorg masih lagi berjaga. Dalam pukul 1 pagi, saya terjaga sebab nak ke tandas. Kami darjah 5-6 ni pergi ramai2. Yang darjah 3-4 dah lena dah. Tiba2 ada sorang budak laki yang mulut celupar ni buka cerita yang kawan kami yang semput tu histeria masa otw nak ke surau. Patutlah ustaz dan ustazah tak naik2. Tiba-tiba kami dengar ada bunyi ketukan.Terus tak jadi nak ke tandas dan budak2 darjah 6 yang nak jadi hantu tu terus tarik selimut dan tidur haha.

 

Esok hari tu dah nak balik. Diorang cerita punya cerita la sampai lambat balik rumah. Pastu hari Isnin selepas kem tu hantu yang masuk dalam badan tu katanya dah berpindah ke tandas lama sekolah. Pindah pulak kat tandas murid lelaki! Nasib baik bukan tandas perempuan fuhh. Dahla tandas perempuan lama tu kami yg darjah 5 selalu pergi. Tu je tandas yang paling dekat dengan kelas kami. Rupanya hantu tu marah sebab baru ni guru besar arahkan tebang pokok kat sekolah kami. Belakang sekolah kami ada kuarters guru. Kuarters tu memang pun berhantu hehe. Hantu tu sempat cakap masa rasuk kawan saya tu, selagi dia takde tempat untuk menetap, dia akan bunuh sesiapa kat sekolah tu.Setakat itu sahaja.Terima kasih ye kerana membaca.Maaf sekali lagi kalau ada tersilap/tak seram ^_^

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Pengikut misteri”

Leave a Comment