Assalamualaikum pembaca fs.. aku Anis. Pernah hntr beberapa kisah disini.. kalini cerita aku bukan tentang pgalaman aku. Tp pgalaman kawan aku bekerja di pasaraya di ibu kota. Nama kawan aku ni Basir (bukan nama sebenar)
Pengalaman 1,
Basir bekerja di sebuah oulet baju yg agak terkenal di salah sebuah pasaraya terkemuka. Nama oulet? RAHSIA. Hampir semua pasaraya aeon akan ada kedai jenama oulet ni dan ada juga pasaraya besar lain yg ada oulet ni.
Aku cerita sikit psl keadaan oulet ni, masuk jer pintu blah kanan kaunter, terus ke belakang kids section dan sblh kids section tu fitting room. Masuk pintu utama fitting room (bawah signboard fitting room), kalau ke kanan akan nampak stor.
Stor ni mmg takda pintu lopong aje. Dan kekiri barulah deretan pintu pintu Fitting room. Malam tu basir di tugaskan di fitting room. Bagi kad nombor kat orang yang nak try baju. Makna kalau nak masuk dia akan kira jumlah baju yang di bawa lepas tu dia akan bg nombor dan nak keluar kena bagi balik nombor tu pada dia. Kerja yg paling bosan kalau tak ada customer katanya!
Malam tu dalam jam 10 lebih. Pasaraya dah tutup dan kaunter da mula kira closing. Tugas Basir pulak kena cek satu per satu fitting room make sure tak ada baju yang di tinggalkan dan tak ada customer yang belum keluar. Pintu 1 dia tolak, kosong.
Pintu 2 dia tolak, kosong. Pintu 3 dia tolak, lekat! Bermakna berkunci lah ada org di dalam. Dia pun ketuk “miss! Kita dah closed. Minta keluar ya!”
Dia pun pergi ke meja nombor untuk kira kad nombor nak pastikan kad nombor mana yg tak cukup. Boleh lah tahu berapa helai baju customer ni bawa masuk. Tapi heran! Kad tu CUKUP! Tapi basir pasti dia tak tertinggal customer sebab malam tu mana ada ramai orang sangat! Dia pun berlari anak ke fitting room 3 semula untuk tolak pintu fitting room tu.. tada! Tak kunci pulak.
Elok je terkuak masa dia tolak pintu tu. Basir pun malas nak serabut dia pun toleh ke kanan untuk keluar dari fitting section.
Macam aku cakap tadi kalau di belah kanan ada stor kan, hah! Masa Basir toleh nk keluar tu, dekat frame pintu stor yang tak ada pintu tu dia ternampak perempuan rambut pendek paras bahu terapung dengan baju putih lusuh macam ada tompok tanah sikit tengah pandang dia.
Muka berkerut kebiruan, soket mata kosong (tak ada anak mata) senyuman yang sangat lebar di berikan seolah mulut benda tu terkoyak ke telinga, gigi dia tajam2 panjang macam badut filem IT tu. Basir tak tunggu lama, dia pejam mata sambil lari terus ke depan! Berpeluh peluh dia.
Pengalaman 2,
Haritu agak sibuk. Ramai sangat customer sebab lagi 3 hari raya cina. Manager minta basir ke loading bay ambil stock yg sampai tapi belum berkesempatan memandangkan customer yang agak ramai dan sale yang sedang berlangsung. Basir cakap “nanti lah boss, malam lepas closing saya ambil” confident je cakap macam tu sebab dia terlupa peristiwa malam yg di kena kacau haritu.
Lepas closing tepat jam 10 Basir cepat2 ke loading bay sambil tolak troli untuk ambil stock yg sampai bawa ke oulet kedainya. Sambil bersiul manja, dia tolak troli tu ke dalam stor. Masa masuk sahaja fitting section tu basir dah meremang dan trolinya rasa berat! Dia buat tak endah dan tetap teruskan menolak.
Dia kena susun stock tu elok2 sebab stor tak ada pintu! Takkan nak biar customer nampak bersepah. Lampu stor di hidupkan dan Basir mengeluh “bila laa nk tukar mentol malap ni! Stress betul aku” sambil merenung ke siling melihat mentol lampu yang malap. Sebaik sahaja Basir pandang ke bawah (di atas troli) lututnya mula longgar.
Stock yang dia ambil tadi dah TAK ADA tapi di ganti dengan perempuan yang dia nampak haritu. Baik punya landing atas troli tu tengah dok senyum menyeringai kat dia. Apa lagi, tak tunggu dah situ lama lama, laju dia cabut lari tinggalkan ‘stock’ tu.
Esoknya dia mc sebab demam tapi boss dia call marah marah. Katanya Basir tak ambil stock di loading bay. Nasib baik tak hilang. Guard nampak basir pergi loading bay dgn troli kosong dan balik pun dengan troli kosong.
Guard bangla tu pun tak tegur sebab ingat basir jalan jalan makan angin sambil bawa troli kosong. Haih! Baya tu pon… Menung basir, maknanya semalam yg dia angkat letak atas troli tu tah tah benda tu tapi dia nampak macam stock stock baju dia. Oo seronok benda alah tu dpt jalan2 free atas troli ya!
Pengalaman 3,
Dua minggu lepas kejadian troli tu, basir resign. Masa dia ke tempat kerja untuk hantar uniform dan ambil payslip bulan tu, basir jeling sikit ke fitting room.
Oh dah ada budak baru gantikan dia. Perempuan. Macam biasa budak baru selalunya di beri tugas paling remeh dan mudah iaitu jaga fitting room tu lah! Basir pun tegur dekat kawan dia yang jaga kaunter “oii lawa nya budak baru tu”
Kawan dia yang jaga kaunter tu tergelak kecil “kau ingat kau cakap macam tu aku takut macam kau? Budak baru mana doh! Mana ada” Basir senyum kelat sambil angguk “yelah” dan ketawa bersama kawan dia. Padahal Basir baru terperasan yang perempuan rambut pendek yang dia nampak ‘jagakan’ fitting room tu BUKAN MANUSIA sebab kaki tak ada. Haa haa haa
Sekian.. assalamualaikum
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Rasa macam BO.
Memang best and serammmm.
10/10
Not bad
Budak perempuan tu suka kat Basir kot, kuat mengusik. Wallahualam
Silap betui la pi baca sblum nk pi jamban ni… Mula la adengan seram2 manja nk melangkah ke jamban
gila ah.. bukan beshe beshe pengacauan dy ya.. patut pon resign
FOS eah
aduih x psl kena kacau msa kije huhu
Baek aaaa
best… seram…
Brands Outlet ni… hahaha