PENUMPANG
Hai, assalamualaikum. Baru harini berkesempatan nk share sama dengan #FiksyenShasha lovers pengalaman paling seram selama 21 tahun aku hidup. Itu pun kalau cerita ni diterima. Ini tak adalah menyeramkan sangat kot bagi korang tapi cukup seram lah bagi aku hadap bende macam ni sampai seminggu aku demam sampai warded lagi. Buat pengetahuan semua, this is my first time mengarang cerita sendiri, tapi saya akan cuba yang terbaik untuk bagi korang rasa feel seram tu. Hihi. Jangan risau, cerita saya based on true story, tak ada reka-reka, tak ada copypaste. Hanya pengalaman sendiri.
So, let’s begin!
Cerita ni terjadi bulan lepas. Aku ada join event dekat satu mall ni dekat tempat aku. Part time dengan bos aku untuk tiga hari berturut-turut. Tak perlu kot aku mention mall mana, sebab tak penting pun. Haha. Aku buka booth untuk 3 hari sempena festival Ambang Ramadhan. Dah ingat-ingat lupa dah. Sepanjang handle booth dekat sana, dari pagi sampai malam aku akan stay sana. So bila hari terakhir event tu, lepas event habis lebih kurang jam 12:00 tengah malam macam tu, lepas siap-siap kemas semua, dalam 12:30 tengah malam, aku siap-siap nak balik. Untuk hari terakhir event tu, aku terpaksa pergi & balik dengan motor sebab bos aku ada urusan dekat kampung, katanya. So aku balik sorang-soranglah malam tu dengan motor. Rumah aku dengan mall tu lebih kurang 30 minit jauhnya.
Time aku tulis ni pun jam dah pukul 1:00 pagi. Bila teringat balik, meremang habis!
So lepas dah settle kemas semua, aku pun ready berjalan nak balik ke parking lot dekat tempat aku park motor aku. Parking lot mall ni bukan bertingkat ye. Mall ini hanya satu tingkat sahaja, so dia punya parking lot semua dekat luar & kawasan dia agak luas. Bila tengah malam macam tu, korang tahulah kan feel seram dia tu tahap macam mana. Berapa kerat sangat motor yang tinggal? Aku sorang je lagi weh time tu! So aku pun percepatkanlah langkah untuk sampai ke parking motor. Masa siap-siap nak start motor pakai helmet apa semua, aku terpandanglah satu susuk badan ni kat satu pokok lebih kurang 100 meter depan aku. Kenapa mesti time ni datang mood macam-macam?
Memang tak pasti tu apa benda, sebab aku dah mamai campur penat, mengantuk semua, so tak ambil kesah sangat pun. Yang pasti benda tu berkain putih berdiri dekat sebalik pokok. Pejam celik aku duduk perhati benda tu. So aku fikir mainan perasaan je kot. Lepas tu aku starlah motor dan balik. Masa nak balik aku lalu depan pokok tadi dan aku tengok sekilas pandang macam pakcik security guard, but not surelah tapi aku terfikir jugalah, dah kenapa guard tu tercegat tak bergerak langsung. Kaku je. Nauzubillah.
Dalam perjalanan aku balik dari mall, jalan time tu memang dah lengang sangat. Jam waktu tu pun dah nak pukul satu pagi. Sepanjang jalan dari mall ke jalan rumah aku lalu ikut highway, so jalan agak kosonglah. 1:00 pagi kot. Yang lalu pun kebanyakannya bas dan lori sahaja. Jalan pulak malap-malap jer lampu jalan. Ada pulak tu lampu jalan yang tak menyala. So, ditemani cahaya bulan sajalah nampaknya.
Dalam 5 km nak sampai ruma, sampai dekat satu jalan yang dari awal aku memang tak plan nak lalu sebab dah agak jalan ni tengah malam memang horror sangat-sangat. Tapi apakan daya sebab nak cepat sampai aku terpaksa jugak lalu. Shortcutlah kiranya. Sepanjang aku lalu jalan tu memang tiada langsung kereta lalu. Lampu jalan pulak tiap satu jarak bukan main jauh, aku dah start meremang dan rasa macam-macam dah. Jalan yang aku lalu tu kawasan yang agak berbukit dan memang sunyi tahap dewa. Bunyi angin je weh. 1 km lebih jugak baru akan jumpa rumah-rumah dan kedai-kedai area situ. So, kiri kanan adalah bukit. Masa aku lalu jalan tu aku tak pikir apa-apa, cuma… korang fikir, bila kita ride motor, kita boleh bezakan ada passenger ke tak, kan? Masa lalu dekat jalan tu, aku betul-betul rasa semacam. Tak senang duduk aku masa tu. Macam aku ada bawak orang tumpang dekat belakang . Tak adalah rasa berat sangat, but still boleh rasa berat sikit dari awal aku gerak tadi. Hah sudah, cuak time tu bukan main lagi. Aku tak nak Fikir bukan-bukan, cuma untuk hilangkan rasa takut tu aku cuba berfikir positif, kononnya tu faktor tempat berbukitlah kot motor jadi berat sikit (apa kaitan?), sebab yalah, aku tak pernah alami kan? So pikir positif sajalah.
Tengah syok-syok berangan bawak moto sambil maybe ‘ditumpang’ oleh makhluk Allah ke apa, ada sebuah kereta lalu depan aku dari arah depan. Lega tu adalah sikit. Tapi peliknya, kereta tu, masa lalu dekat aku, dia bagi double high-beam. Macam dia cuba bagi hint… kenapa? Ada something wrong ke?
***
Esoknya…
Aku keluar pergi kedai, terjumpalah seorang jiran aku ni, aku bagi nama dia Kakcik. Then dia pun bertanya dekat aku, “pergi mana semalam dik? Tengah malam baru balik, masa akak jumpa dekat bukit sana tu?”
“Oh, balik dari kerja semalam dekat mall. Ada event,” aku jawab.
“Oh… lewatnya balik? Nasib baik berdua, ada kawan temankan. Kalau berdua tu ta apalah lalu ikut sit. Lepas ni, kalau sorang, jangan lalu malam-malam dekat situ. Dah banyalah akak dengar cerita pelik-pelik. Risau jugak tengok kau berdua bawak motor tengah malam lalu situ. Dahlah dua-dua pompuan.“
“Kawan?” Aku jadi tertanya-tanya. “Kawan mana?! Saya balik sorang jer semalam dari mall. Mana ada kawan teman ke apa. Kakchik nampak saya berdua ke semalam?” Aku tanya Kakchik sambil perasaan chuak dan macam-macam time tu.
Kakchik pelik, “aik? Kau ni Nana, biar betul? Akak nampak kau berdualah semalam. Tapi kawan kau tu akak tak cam sangat. Tak nampak muk. Freehair, kan?”
Aihh… main-main pulak Kakchik ni.
“Demi Allah kak… saya sorang je balik semalam. Saya mana ada kawan freehair macam tu. Kawan saya semua bertudun. Lagpun kawan semua dah duduk jauh semua,” macam dah nak menangis dah aku dekat situ. Nak terkencing un ada.
Kakchik pon dah berubah air muka. Dia pun sama; nak menangis. Nak percaya ke tak?
Masing-masing speechless.
Start dari hari tu aku demam panas selama seminggu dan ditahan wad untuk tiga hari. Taubat, memang tak nak dah drive kereta ke, naik moto ke, sorang-sorang, malam-malam.
So, siapa yang tumpang aku malam tu?
#sekian
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
first
Lu nk men first second pg join group mengarut sana! Bkn sini tmpat lu. Blah!!
kau nk sakit pahal??gnggu idup kau ke??lantak dia lah..lagi pun ni free space for commenting…mcm lah kau tu bagus sgt?
Gua ckp ngn lu ke? X kan! Jgn semak bleh? Brmbus sana!
Aah dah knp hasani, dh takde kje lain, nk sakit ht ng org apa ada hal bro
yg kau ni panas apahal. kalau taksuka jangan komen ,
menyemak je bang. bini tak bgi ke smlm . meroyan pulak .
Ko memang suke cari gaduh ke ape bro?kt komen semua cerita la ko nk cari gaduh..ni mst akal kat lutut ni
Kira ko kuat semangat gak dik.lau akak rasa Kat parking tu dah gigil dulu 😆😆
Ke-3 haha pun jadi
ouh dia nk tumpang gi kedai depan tu kot yg kau ckp dlm 1KM tu..dia malas terbang or jalan or whatsoever…tu yg tumpang kau tu…tpi dia kejam lah..tumpang org,tpi xbgi duit minyak…apa punya hantu dahhh
Hasani, pernah kasut jungle masuk mulutmu secara mengajut kh??
Hahaha..garang nye 😂
3 kali mention kul 1.. Hantu tu sian tgk awak balik sorang2.. Niat dia baik.. tu pasal dia teman..
hahaha baca time sahur ke tok?
hahaha iya..
Haha sikit je lagi tu tok. Go tok!! Fight tok!!hahahah
wat lek wat pis yo.. dapat je tok trus g holiday haha
haha over nau.. hahaha
Alhamdulillah..ade jugak hantu yg baik zmn skg ni..huhu😋
kau cakap sapa tu bam? haha
Hahaha..sape yg perasan hantu tu la..hehehe😆
Nasib baik dia tumpang je tak apa-apakan kau dik..at least sampai rumah dgn selamat pape pun seram gak cite kau ni..
Kire kuatlah semangat awak tu Nana. Dan kire berhemah jugalah dia temankan awak. Mungkin kesian awak balik sorang pagi2 buta.
Aku rela die x teman..makin diteman makin seram..😂
hahaha kalau writer tau dia pun tak rela bam. nasib baik hantu tu duk diam je..
nasib baik hantu tu tumpang kt blkg moto..kalo tumpang kt bakul depan tak ke naya..huhuhu
aku rase kalau tumpang kat bakul depan.. writer tak tulis dah citer ni.. trauma. haha (gurau)
WAalaikumussalam….buleh tahn jugak cte ni .siap bayangkn lagii setiap2 part2 cte ni haha
Waalaikumsalam, pernah kena mcm ni, mmg betul2 seram aih. Tapi fikir positive je, mungkin ‘dia’ berniat baik nak temankan, yelah, mana tau ‘dia’ nak hindarkan perompak ke apa. haha
cikpeah penah kene rase berat sangat moto smpai piker nak berlari jer tingal kan moto…
Seram sangat wei
terasa seramnye.. aku pun selalu balik naik motor waktu dekat malam naik motor..perasaan seram tu
Naik keta sorg2 pun seram..ni kan plk kalo naik moto sorg mlm2..dabel seram..👻
Boleh tahan seram..huhu..berani nye naik moto sorg2 pagi2 buta..bahaya okey..zmn skg org pun ade perangai hantu..hati2 ye..7.5/10
ye bam seram.. aku baca sahur tadi pun jadi takut nak tutup lampu kahkahkah
Aku x takut sgt sbb perangai aku pun sama mcm nasa..ehh..😌💅🏻
serius la kau ngaku ni bam? aku nak ss ni.. hahaha
best! berani awk ye balik sorang…
Tabik sebab awk berani…
Berani apa mcm tue?
betul tu hasani tapi mak tak marah ke ejek orang tak ingat mak ajar apa ha
mungkin sbb tu mat rempit suka meniarap bawak moto. taknak kasi tumpang letteww
hahaha.. ni kelakor komen ni..
hahaha asal aku gelak sekali baca komen korang dua ni
dia sorang je la yg kelakar..haha
out of box dia punya imajinesen haha
*LIKE*
sbb sini takde button like, so kita like secara manual je.. kikiki
Haaa nanti muke ni lah yg pnuhkan kotak carta mcm dlu. Pffft. Geng mengarut keh keh keh
problem???
Berlumba lh lu org dpt carta. Semak!
Dah semak tu diam2 lah!! Lagi nak kecoh sana sini
Terasa ke? Dh rupa nenek lu ni
Well gaisss nampak tak dia tu dengki kot nak rebut carta juga kn??
Aku consider yg kau ni peminat la ni..
Kena husnujon ke ni tok? Haha
kau ni kurang kasih sayang ke? atau gila mungkin? tiba2 org tak petik, kau dtg menagih maki kat komen org.. yg nampaknya mcm kau tu yg batak carta, semua komen org semua kau balas..
at least diorang ada geng.. kau ada apa? ada sikit menyampah je kot..
dah.. aku tak kuasa nk layan makhluk mcm kau.. dipersilakan mencari perhatian di tempat lain..
atau org putih ckp “go f*ck yourself”
sokong!!!!!!!!! anti HASANI!!!!!!
hasaniiiiiii mengarut caja cubalah baca quran ke solat ke
betul jugak kn. spidermen bagai tu, maknanya taknak bagi mende lain tumpang la tu.
spiderman bukan ke gaya mencangkang (cangkung + kangkang)? musykil lak aku ni haa.. hahaha.. kita tau superman je.. spiderman ni mungkin style 2018..
saya sokong
Ok ni win. Hahaha
ko ingat kalau mat motor meniarap, hantu tak boleh bertenggek kat belakang dia ke?
😅😅👴
Not bad
kakcik ni pun satu.. xkan la x pakai helmet kawan dia ni.
alhamdulillah tq admin sudi post crite sayee hahaha.. nape bnyakk je typo erkk , rase taip sume daa ok😂😂 .. rmai yg komen ckap braninye blik2 sorang . brani laa sbab tak tau & tk prnah alami bnde mcam ni . klau tk blikk kang nak tido mne .. terpaksa jgk balik bertemankn akak ponti . hahahaha nauzubillah mntakk jauhh laa pasni
ko tak ingat nak baca ayat qursi ker.. al fatihah ker… seremm weehhh mujur ko tak bersemangat waja toleh belakang ek..
banyakkan zikir2 insyaallah setan tak kacau
Fuyoo dya nak kawan ngn ang laa tuh sbb tuh dya tumpang 😂
Ok
Walaikumsalam….
Brani ko ye….
Aku penah jugak balik s’org pkai mtor kul4 pg… Sal t’lajak lepak x sdar jam dh nak subuh…. Tggu ferry lma sgt tkt xda jugak… So ambik k’putsan blik pkai highway…. So fa… X pnh lg t’kne….
Tp mintak2 la x pnh kn kne….
M’nyeramkan….
8/10 seram tu smpai….
Lain kli cite lg ye….
Huntong ler ade yg teman. bhahaha
FUHHH SERAM GAK WEIIIII
Best gak citer nye… Sory..juz nk tnye… Sy ade citer seram yg nk dikongsi kn..tp sy xpndai nk mngarang citer..ade sape2 bley bantu..
kalau aku, kena tumpang mcm tu tym ride sorang2..hmm.. ku bwa ya arah semak.. Jarih ya ku doggy.. lapik lapik eeh.. blo in.. wachaaa..
ok la seram gak
Baik je hati kau bagi dia tumpang
lain kali tendang je kalau cikpon tu naik
Aku baca pun seram weii series aku terbayangkn haishh
Seram beb…cuba klu kt kna confirm pecah jantung bebbbbb….!!!
Mmg seram ar kan..
Time2 mcm ni short-cut pun dah rase mcm long-way dah ni…