“Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka” (QS.Al-A’raf:27)
Aku merupakan seorang pelajar di universiti dekat shah alam. Setelah setahun enam bulan, Alhamdulillah hasil ikat perut aku selama ini, mampu membeli sebuah kereta secondhand, walaupun secondhand, aku tetap bersyukur disebabkan hasil titik peluh aku selama ni, sekarang aku dah boleh berulang-alik ke rumah aku yang terletak jauh di utara tanah air.
Seperti biasa, sejak aku mempunyai kereta setiap dua minggu pasti aku akan pulang ke kampung halaman aku. Aku bukanlah homesick, tapi ada satu ceramah tentang ibu bapa menyebabkan aku terasa wajib untuk selalu berada di sisi mereka. Aku akan bergerak pulang ke kampung halamanku sekitar jam 3 petang pada hari khamis. Khamis merupakan kelas akhir aku untuk setiap minggu, jadi selepas habis kuliah, aku akan terus bergerak pulang. Pada hari ahad, selepas solat asar, baru aku bergerak pulang ke shah alam.
Cuma hari ini aku terlalu leka sehingga jam telah menunjukkan 6 petang, baru lah aku kelam kabut nak balik shah alam. Aku masuk highway sekitar jam 7 petang. Lebih kurang 7.45 petang, aku telah memasuki kawasan gua tempurung. Aku memang jenis spesis yang memang jarang sangat nak berhenti di RnR. Jadi aku berazam nak teruskan perjalanan aku ke universiti dan apabila sampai di sana, baru aku akan jama’ solat aku.
Keadaan tetiba menjadi agak pelik apabila kereta aku sampai di kawasan RnR Gua Tempurung. Aku terperasan apabila hanya kereta aku sahaja yang ada di highway. Aku agak hairan dengan situasi pelik macam ni, tapi aku abaikan perasaan pelik aku ni. Dalam 2 minit selepas aku perasan, aku terasa kereta aku macam terlalu berat ketika sedang memandu. Perasaan ini pun aku abaikan juga sebab kalau aku layan perasaan ni, mungkin aku tak mampu meneruskan perjalanan yang masih ada lagi 2 jam.
Kereta yang agak berat menyebabkan aku persoalkan semula dekat diri aku. “kereta aku rosak ke, something happen dekat tayar kereta ke, pecah? Macam tak mungkin, hadooiii apa pulak masalah ngko ni kereta oi”, aku bermonolog sendiri. Orang kata, bila kita abaikan petanda petanda yang diberi, petanda ketiga pasti ada. Memang ada, dan petanda ketiga adalah bau. Aku memang pelik. Bau ni aku pernah bau sebelum ni. Cuma agak kuat dari biasa. Sebelum tu, untuk pengetahuan pembaca, kereta secondhand aku tidak mempunyai aircond. Jadi, nak ke taknak, buka tingkap satu satunya jalan aku tidak lemas di dalam kereta tu. Oleh sebab itu, aku cepat bau benda benda pelik atau busuk.
Setelah seketika aku yakin bau itu memang bau lori bawa ayam. Aku yakin. Cuma bau dia agak kuat seolah-olah aku dikelilingi oleh ayam-ayam tu. Dan petanda ketiga ni menyebabkan aku tak senang duduk. Mana taknya, dah 3 petanda dapat, masih nak buat macam takde apa apa yang berlaku? Apa yang aku mampu buat ialah kuatkan suara radio aku untuk menenangkan hatiku yang resah.
Alhamdulillah, aku dah boleh control semula diri aku yang baru sebentar tadi agak resah. Tetiba ada rambut yang kena hidung aku. Aku tolak rambut tu kat atas kepala aku semula. Kali kedua, masih kena hidungku yang agak mancung. Aku masih menolak ke atas kepala aku. Tetiba aku tersedar, yang rambut aku baru je dipotong petang semalam. “Jadi rambut sapa yang kena batang hidung aku ni” bisik hatiku. Aku menoleh ke sebelah kanan aku, ternyata rambut tu bukan hak milik aku, rambut tu berterbangan di tingkap kereta kancilku. Apa lagi, aku terus pandang ke depan dan fokus memandu. Sekarang aku pasti semua yang aku fikirkan berkenaan kereta aku yang rosak, sebenarnya salah, rupanya ada makhluk Allah yang cuba menguji aku. Jujur aku katakan, aku tak mampu harungi ujian begini. Dalam hati aku berdoa, “Ya Allah, tolong la hambaMu ini, Ya Allah, jangan la bagi dimuncul didepan aku. Tolong la Ya Allah”. Doa aku berterusan.
Aku kuatkan diri aku untuk melihat semula ke tingkap kereta sebelah kanan aku. Rambut tadi sudah tidak kelihatan. Aku berasa senang, tapi aku dapat rasakan yang ‘dia’ masih ada di atas bumbung kereta aku. Beberapa ketika, aku melihat sebuah lori treler dihadapan aku, rasa macam nak menangis sebab akhirnya aku jumpa juga makhluk yang sama jenis ngan aku iaitu manusia. Aku bersyukur sangat, jadi aku ikut rapat di belakang treler tersebut, apabila aku menghampiri treler, baru lah petanda-petanda tadi mula hilang. Mula dengan bau, kemudian kereta yang tadi berat dah kembali macam biasa. Baru lah aku start nampak kereta dalam dua buah macamtu.
Sampai je aku kat universiti, aku tidak terus keluar dari kereta, tapi aku berdoa supaya ‘dia’ tak ikut aku. Perlahan-lahan aku buka pintu kereta. Langkah kaki kanan ke tanah diikuti kaki kiri aku. Aku beranikan diri untuk melihat bumbung kereta aku, Alhamdulillah, tiada apa-apa. Sekarang barulah aku yakin yang makhluk itu telah berhenti menjadi penumpang kancil aku. Hati aku sudah kembali normal. Perasaan takut telah diambil alih oleh perasaan lega. Aku berjalan seperti biasa menuju ke kolej aku yang jarak hanyalah 500 meter dari parkir kereta. Sampai di kolej, aku terus mandi. Niat di hati selepas mandi, aku nak cerita kejadian tu dekat kawan-kawan aku, tapi hasrat terkubur disebabkan penat dek perjalanan yang hampir 3 jam setengah. Lalu aku masuk ke bilik aku dan tidur.
“Ya Allah, sesungguhnya Kamu telah menunjukkan kekuasaan-Mu dengan perkenankan doaku untuk tidak nampak makhluk itu,” bisik hati aku sebelum menutup mata.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Hey Bro UiTM Puncak Perdana ?
Aku pernah sekali terkena kat sini,masa tu otw dari kedah nak ke kajang masa lalu jer area gua tempurung ni dalam jam 9 malam.
Bila sampai je betul2 area gua ni telinga aku dapat tangkap bunyi pintu kereta bahagian belakang seperti ditutup pastu dengar org bernafas seperti kepenatan dan tetiba kereta jadi berat dan siaran radio terus hilang so dalam 1km lepas tu aku suruh member aku stop tepi highway tu n aku buka pintu belakang suruh dia turun aku cakap ”cukuplah setakat ni aku tumpangkan kau jangan ikut aku lagi” aku terus ludah kat tepi jalan n blah Alhamdulillah kereta jadi ringan dan sampai kajang semuanya selamat.
memang kena ludah ke bro? sorry xtau adat2 bila jumpa si ‘dia’ tu.. hehehe.
hahaha ko jangan ludah muka dia plak kang dia tak nak lepaskan ko plak
Kentall bwk kete mlm2 sorang2..kan da kena kaco.biase dia tu.amboiii
alhamdulilah.. tak pernah kene spnjg lalu kat gua tempurung tp pnah dgar mcm2 cerita..
8/10
?
nasib baik takde gangguan berlebihan
Mak aik..kena ludah bagai…
Ok nice cerita..