Penunggu Klinik

Hye FS. Actually ini adalah penulisan pertama aku. Aku baca cerita-cerita orang dalam ni seram seram so aku rasa nk kongsi pengalaman seram aku yang berlaku 2 tahun lepas. Dalam cerita ni aku akan gunakan nama samaran untuk menutup beberapa identiti individu dalam cerita aku ni dan tempat berlaku.

Nama aku Irfan (nama samaran), aku bekerja sebagai MA (penolong pegawai perubatan) di sebuah klinik desa disebuah perkampungan kecil di Sarawak. Aku berpindah ke sini lebih kurang dua tahun lepas, penghujung tahun 2014. Sebelum berpindah ke sini, aku berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Selangor.

Masa aku mula-mula dapat tahu tempat berpindah aku, aku ambik keputusan melapor diri lambat sikit untuk sediakan semua keperluan aku kt tempat baru nanti. Selain tu aku ada jugak try google search nama tempat kerja baru aku ni, tapi tak banyak info yang dapat. Banyak cerita tentang sejarah dan keratan- keratan akhbar pasal tempat ni je. Lepas tu aku google map tempat baru aku ni. Aku tengok memang jauh jugak la. Tempat ni kira kampung paling hujung la. Jarak antara kampung ke kampung pun agak jauh. Tempat ni boleh sampai naik kereta.

Masa aku lapor diri untuk bertugas tempat baru ni, aku bawak 3 orang member baik aku teman dan hantar aku. Kitorang gerak dari Kuching tengah hari ahad dan perjalanan ke Sri Aman mengambil masa 3 jam. Oops.. okay la, aku bagitahu nama tempat bahagian je. Nama kampung aku takkan sebut. Sampai Sri Aman kita orang check in hotel then decide nk pergi tengok tempat kerja baru aku ni. Dari sri aman nak ke kampung ni ambil masa sejam perjalanan. Dalam perjalanan tu banyak kali juga kita orang berhenti tanya orang yang ada kat situ. Papan tanda yang menunjukkan arah untuk pergi tempat ni pun kurang dan mengelirukan. Sampai je kat kampung tu kitorang terus singgah kat klinik.

Sebab kedudukan klinik ni kat hujung kampung. So memang akan jumpa klinik dulu baru kampung. Sampai kat klinik tu aku kenalkan la kat MA kt situ yang aku staff baru. Lepastu dia kenalkan aku dengan staff-staff yang ada dan cerita serba sikit pasal kerja. Settle tu kitorang terus pergi pusing kampung. Kat kampung ni ada satu pasar kecil. Yang menariknya pasar ni kelihatan ala-ala pekan koboi dan suasana 90 an. Kitorang duduk kat satu warung tepi sungai. Kawan-kawan aku jadi seronok tengok kawasan tu. Kat muara sungai, kena tiup angin, mana tak syok. Tengah seronok jalan-jalan tepi air, ada orang tua tegur, “hati-hati, kat situ ada buaya”. Hahaha, lepastu kitorang sambung minum dan gerak balik hotel.

Keesokan harinya aku melapor diri kat pejabat dan terus pergi ke klinik tempat baru aku. Masa aku sampai tu ada satu kuarters besar kosong. Tapi Shah (nama samaran) kata rumah tu nak kena tunggu repair dulu baru boleh duduk. Dia cadangkan buat sementara waktu aku tinggal dulu kat rumah transit klinik sementara menunggu MA yang aku ganti berpindah ni kosongkan rumah dia. Lagi satu dia cakap, “kalau kau duduk kuarters nanti kau sunyi, rumah besar tapi duduk sorang-sorang”. Aku pun fikir ada logik apa yang dia cakap. Walaupun rumah yang aku tunggu untuk kosong tu jenis berek je, tapi rumah bersambung tiga sekali. Rumah aku nanti kat tengah dan sebelah menyebelah pun ada orang tinggal, jadi aku taklah sunyi sangat. malam tu ktorang susun tilam banyak-banyak kat ruang tengah rumah transit dan tidur sama-sama. Alhamdulillah, nyenyak tidur.

Keesokan hari, kawan-kawan aku balik ke Kuching. Yelah, diorang bukan boleh cuti lama semata-mata nk teman aku je. Masa tu diorang gerak pagi sebab hari tu aku dah start kerja macam biasa office hour balik pukul 5. Balik kerja tu aku terus mandi dan berehat. Masa ni aku tak bawak kenderaan lagi. Sebab tengah urus perpindahan bawak balik kereta ke Sarawak dari semenanjung. Lepas isyak baru aku masak dan makan. Masak bujang je, janji perut berisi. Lepas makan tu aku cuci la pinggan. Kat sinki pulak ada jendela yang menghadap jalan utama nak ke kampung ni. Cuma pemandangan kena tutup dengan pokok-pokok menjalar dan rumput panjang, jadi tak nampak la jalan tu.

Masa aku tengah cuci pinggan tu aku perasan yang aku macam nampak cahaya terbang kat luar tingkap. Aku buat tak tahu je. Sebab aku anggap cahaya lampu kereta. Padahal aku tak dengar pun bunyi kereta melintas masa tu. Cahaya je pun, ape nak takut. Esok tu, masa aku tengah sibuk-sibuk buat kerja, aku terdengar Shah berbual dengan pesakit dekat ruang menunggu pesakit klinik. Aku curi-curi dengar yang mereka tengah bercakap pasal polong. Aku terus menyampuk perbualan diorang, “yang aku nampak malam tadi, polong ke?”. “Kau nampak jugak ke?”, Shah tanya aku. Aku pun ceritalah kat dia pasal cahaya yang aku tengok malam tadi. Lepastu dia cakap kat la kat aku, “kau rilek je, ada orang kat sini masih amal ilmu ilmu pelik ni. Kau jangan buat hal dengan diorang je”. Aku Cuma mampu mengangguk faham padahal aku bukanlah orang yang percaya sangat dengan benda benda tahyul macam tu.

Lebih kurang seminggu kat situ aku dah membiasakan diri dengan tempat tu. Mula bergaul dengan orang-orang kampung dan dapat kawan- kawan baru. Cuma aku pelik sikit, sesetengah orang akan tanya aku soalan yang sama bila terserempak dengan aku. “Tinggal dalam kawasan klinik ke? Tak takut?”. Soalan ni biasa ditnya oleh orang-orang yang aku baru berkenalan. Ada juga yang bercerita tentang benda-benda seram yang pernah berlaku kat kawasan klinik tu. Kebanyakan cerita adalah dari pengalaman mereka sendiri. Aku pulak, jenis dengar jer percaya ke tak tu belakang cerita. Sebab aku ni bukanlah jenis yang penakut sangat, berani pun tak sangat. Aktiviti aku malam malam biasanya melepak dengan kawan-kawan baru aku kat warung. Kitorang biasa lepak sampai pukul 11 malam je, paling lewat pun 1 pagi kalau hujung minggu.

Biasanya diorang yang akan ambik dan aku kat klinik kalau aku nak keluar melepak. Bias nya aku akan tumpang ‘Lan’ (nama samaran), sebab rumah dia tak jauh dari klinik. Satu malam tu aku dan Lan balik lepak dalam pukul 12 tengah malam. Macam biasa dia akan hantar aku sampai depan klinik. Tapi malam tu pagar klinik tertutup. Aku tengok pagar tu siap bermangga. Sampai aku nk masuk ke kawasan klinik pun terpaksa panjat pagar tu. Masa tu aku dengan Lan punya hairan jangan cakap la. Siapa yang tutup pagar? Setahu aku pagar klinik tak boleh tutup. Sebab takut ada kes kecemasan luar waktu pejabat. Aku cuma sedapkan hati aku mungkin ada staff yang tutup sebab taknak bagi anjing liar masuk ke kawasan klinik dan menyelongkar tong smpah.

Keesokan pagi tu aku pergi klinik lebih awal. Seawal 7 pagi lagi aku dah turun kerja. Aku yakin masa tu akulah orang pertama yang turun kerja. Tapi pagi tu aku tengok pagar klinik dh terbuka luas. Aku yakin memang tak ada yang datang lebih awal dari aku pagi tu. Lepas tu aku naik klinik, kemas apa yang patut dan tunggu staff lain datang. Bila semua staff dah ada kt klinik aku tanyalah sorang-sorang kot ada yang tutup pagar klinik malam tadi. Semua bagi jawapan sama, tak ada sorang pun dari mereka yang tutup pagar tu dan semua tahu yang pagar klinik memang tak boleh tutup. So, siapa yang tutup pagar?

Lepas kejadian pagar tu aku menjalani kehidupan macam biasa. Pertanyaan dan cerita-cerita orang kampung aku buat masuk telinga kanan keluar telinga kiri, sampailah satu malam. Entah kenapa malam tu aku rasa taknak keluar melepak. Balik kerja hari tu lepas mandi, makan, solat semua aku cuma layan youtube dalam handfon. Sampai satu tahap aku terlelap sekitar jam 11 malam. Masa aku baru terlelap tu aku perasan yang aku tak pergi tandas buang air dan cuci muka lagi. Kebiasaan aku sebelum tidur, aku akan ke tandas dan pastikan semua pintu ditutup rapat dan berkunci. Jadi sebelum aku lena lebih jauh, aku bangun dan perkara pertama yang aku buat nak cek pintu depan. Sebab masa tu aku tidur kat ruang tamu tu lagi dan pintu tu memang dh dekat dengan aku.

Aku pulak jenis kalau nak pastikan pintu tu betul-betul tutup rapat, aku akan bukak dulu pintu sikit dan tarik kuat-kuat lepas tu baru tekan kunci tombol pintu. Takut nanti, pintu tutup tak rapat cuma lock tombol pintu je. Masa aku tengah bukak pintu tu jugaklah anak mata aku nampak ada satu lembaga berdiri dekat tangga depan pintu tu. Dia berdiri dalam jarak tiga langkah dari pintu. Masa tu aku memang tutup terus pintu dan masa tu jugaklah aku cuba ingat balik cerita-cerita orang kampung kat aku sebelum ni. Apa yang aku nampak malam tu, lembaga berbaju putih lusuh dan berambut panjang. Cuma aku tak pasti aku tengok dari depan atau belakang, sebab aku memang tak nampak muka lembaga tu masa tu.

Lepas tutup pintu, aku batalkan terus niat aku nak pergi tandas. Aku terus baring atas tilam dan tutup seluruh badan aku dengan selimut. Masa tu aku baca je semua surah yang mana melintas dalam fikiran aku. Cuma aku tekankan ayat kursi dan surah an- Nas. Malam tu lewat jugak aku lelapkan mata. Memang aku tak keluar langsung dari selimut. Aku siap pasang bacaan ayat-ayat Quran dalam youtube. Masa tak boleh nak tidur tu jugaklah aku teringat cerita-cerita orang dekat aku. Apa yang aku nampak tu memang sebijik macam yang orang kampung ni pernah tengok kat kawasan klinik ni. Ada yang pernah nampak benda tu duduk kat tangga klinik, bawah klinik, atas atap klinik. Tak sangka pulak malam tu dia boleh lepak dekat rumah transit klinik pulak. Hehehe. Aku rasa malam tu pukul 3 pagi jugaklah baru aku dapat lelapkan mata. Bermula keesokan hari tu jugaklah aku decide taknak tidur dekat rumah tu dah. Untuk hari-hari berikutnya aku menumpang tidur dekat rumah Lan.

Aku rasa buat masa ni, cukup untuk aku cerita sampai ni je. Cerita pengalaman aku dekat rumah transit klinik. Kalua ada masa, insya Allah aku akan cerita tentang pengalaman aku lepas duduk kat berek klinik pula. Sebab kalau nak cerita habis kat sini memang panjang.

12 thoughts on “Penunggu Klinik”

  1. Seb bek zaman dok kuarters sensorg dlu xde plak yg ghajen dtg ‘beraya’…
    Nak nak plak time students cuti sem, mmg tingkat 4 tu aku yg punya sunyi sepi…
    Kot jd mcm ngko ni dik, terjongol member depan pintu umah, mau akk terjun bawah gune pili bomba…
    X dayo nk turun tangga dah…

    Reply
  2. Soalan yang sama orang tanya aku masa mula-mula duduk kuarters.

    “Tak takut ke duduk sorang hujung minggu”

    Aku naif,takut orang jahat pecah masuk rumah je sebab rumah pon tak safety mana. Hujung minggu,semua orang yang duduk kuarters akan turun ke bandar termasuk housemates kau.Maka, tinggal aku sendirian. Rupa-rupanya takut hantu yang orang maksudkan sebab rumah ni banyak kisah angkernya.

    Alhamdulillah, 4 tahun duduk rumah ni takde apa-apa berlaku. Cuma,lepas dengar cerita seram rumah ni,memang takut juga nak duduk sorang. 2 kali hujung minggu keseorangan, Allah bagi kawan hujung minggu yang sampai harini yang akan teman aku pada setiap hujung minggu.

    Reply

Leave a Comment