Assalamualaikum. Terima kasih FS sebab sudi publish cerita aku “PENUNGGU KLINIK“. Terima kasih juga kepada semua pembaca. Dalam part 2 ni aku akan cerita lebih lagi berkaitan cerita aku yang sebelum ni, penunggu klinik. Cuma dalam entri ni aku akan ceritakan semula cerita2 orang kepada aku.
Pada penghujung penulisan aku yang lepas aku ada menyatakan selepas kejadian aku terjumpa lembaga tu aku menumpang tidur di rumah Lan memandangkan rumah Lan berdekatan dengan klinik. Bermula dari hari tu aku memang dh tak tidur dirumah transit tu. Aku Cuma akan makan, mandi je kat rumah tu. Malam pulak aku akan menumpang tidur dirumah Lan. Pagi pulak aku akan balik semula ke klinik. Rasanya 2 minggu lebih kot aku menumpang tidur kat rumah Lan. Masa ni lah Lan banyak cerita kat aku pengalaman2 orang kampung yang kebanyakan kenalan Lan sendiri tentang apa yang aku lihat malam tu.
Cerita Lan…
“Nasib kaulah dah jumpa benda tu. Dah lama jugak orang tak nampak benda tu kat klinik. Dulu depan klinik tu ada sepohon pokok sagu. Orang memang selalu akan jumpa kat pokok sagu tu lah. Takpun orang akan jumpa kat tangga klinik tu. Tapi lepas pokok sagu tu kena tebang dan bakar setahun lepas dah jarang dah orang jumpa. Ada satu kisah, pekerja pajabat daerah. Petang tu dia jogging. Dia jogging lalu klinik ni lepas tu terus ke jalan utama tu. Balik dari jogging tu dah dekat nak maghrib, dia nampak ada perempuan duduk kat bus stop kat simpang klinik tu. Dia tegurlah perempuan tu. Tapi perempuan tu senyap and tunduk je”.
“Dia pun dah rasa semacam, dari jogging dia terus pecut balik rumah dia kat kuarters pejabat daerah tak jauh dari klinik tu. Malam tu dia kena ganggu. Teruk jugak dia kena. Sampai dia lari pergi rumah orang kampung tengah malam sebab takut sangat. Cerita ni kira yang femes jugak la kat kampung. Kalau kau tak percaya kau pergi tanya orang rumah yang dia ketuk pintu tu. Rumah orang tu kat depan balai polis tu je. Setahun lepas jugak, ada kemalangan maut kat simpang klinik tu. Budak 2 orang. Adik beradik, sorang tingkatan 1, sorang lagi tingkatan 3. Yang abang bawak motor, adik dia bonceng”.
“Masa tu petang dekat2 pukul 6 petang. Diorang keluar simpang tu, diorang tak perasan masa tu ada lori trailer lalu sebab rumput kat simpang tu panjang sangat. Diorang keluar simpang tu terus kena langgar. Nasib baik dekat klinik. Tapi masa tu dua2 teruk. Yang adik mati dalam perjalanan ke hospital. Yang abang alhamdulillah panjang umur, Cuma sekarang cacat kekal. Dia macam dah tak betul dah sekarang. Tapi masa orang kecoh2 kat kawasan kemalangan tu, ada salah sorang kat situ boleh nampak benda2 halus ni. Dia nampak benda tu dekat bus stop kat simpang klinik tu gelak2 macam suka. Aku nak cerita panjang takut kau makin takut pulak. Takut nanti kau bermastautin terus kat rumah aku sebab takut tinggal kat klinik. Hahahaha”.
“Nanti kau tanya budak2 lain pulak. Rata2 semua ada pengalaman seram kat klinik tu. Kau ingat tak masa malam aku hantar kau gate klinik tutup tu, aku dh sedia maklum dah masa tu. Aku baru ingat nak ajak kau tidur rumah aku je. Tapi tengok masa tu kau dah tengah gagah panjat gate tu, aku pun malas nak tunggu lama. Sebab aku dah rasa seram masa tu. Aku ingat kau faham, tapi kau nampak rilek je. Sebab tu selalu kalau aku nk balik rumah malam2 ramai budak teman hantar aku. Nak mengelak teserempak benda tu lah.”
Aku bagitau kat Lan yang masa malam gate tertutup tu aku memang takde rasa seram ke apa, cuma rasa pelik dan hairan je. Mungkin sebab masa tu aku tak ambik endah sangat dengan cerita2 orang kat aku sebelum ni. So, aku buat tak tahu je lah.
Masa ni jugak aku mula rapat dengan Wan. Dia ni partner kopi aku kat warung. Kalau free je dia mesti cari aku ajak minum. Satu petang tu, kitorang takde futsal memandangkan sebelum tu hujan dan gelanggang futsal licin. So lepas pekena kopi kat warung kitorang plan nk pusing2 kampung. Masa tu Mus ikut sekali dan masa tu aku bonceng motor Mus. Masa lalu kat jalan klinik tu aku tanya kat Mus, “betul ke tempat ni memang seram Mus?”
Mus; “betul lah, banyak cerita hantu kat kampung ni banyak tertumpu kat sini. Dari kuarters tinggal jabatan perikanan dan pejabat daerah ni sampai lah kt klinik tu. Aku tak pernah jumpa. Kau tanya Wan, dia pernah jumpa dua kali.”
Lepas tu kitorang berhenti kat klinik and lepak borak kat bawah klinik. Aku tanya Wan apa yang dia pernah nampak.
Cerita Wan..
“Malam tu aku lepak dengan Khai. Sampai lewat malam jugak kitorang lepak. Khai masa tu tinggal kat rumah lama diorang lagi tak jauh dari klinik seberang jalan utama. Aku rasa kitorang balik lepak tu dalam pukul 2 pagi kot. Aku hantar Khai balik. Ikut jalan klinik ni la. Masa nak sampai depan klinik tu, dari jauh lagi aku nampak ada benda berdiri kat tangga klinik. Baju putih lusuh rambut dia panjang cecah lantai. Muka dia tak nampak sangat. Masa tu simpang masuk depan gate klinik ni takde pokok kecik dan rumput panjang yang menghadang penglihatan ke klinik ni lagi. Dari jauh jugak aku perhatikan benda tu sebab nk pastikan benda tu apa”.
“Dh sampai kat gate klinik tu aku memang dah pasti dah benda tu hantu. Khai masa ni tak perasan lagi kot. Sebab dia siap nyanyi2 lagi. Masa ni Khai bawak motor. Aku tepuk bahu dia cakap, cuba tengok kat tangga klinik. Dia tanya apa benda. Aku cakaplah ada orang sebab tak nak dia takut. Dia pun toleh la kat klinik. Dia pun perhati benda tu lama sebab nk pastikan apa yang ada kat situ. Sampai motor tu meleret ke tepi, nyaris2 nak terbabas masuk longkang. Nasib baik masa tu dia bawak slow je. Dh lepas klinik tu boleh pulak dia ajak aku pergi kejar hantu tu. Tak tahu keberanian apa yang ada kt kitorang malam tu. Lepas hantar dia balik rumah aku terus balik. Tapi aku tak guna jalan klinik tu dah, aku guna jalan utama”.
“Kali kedua aku jumpa benda tu kitorang bertiga. Aku, Khai dan Bang Jali. Dia bertenggek kat tangga klinik tu jugak. Masa tu Bang Jali bawak motor kat depan, aku dengan Khai follow belakang dia. Terkejut sampai depan klinik tu Bang Jali terus pecut motor. Aku tak sedap hati jugak masa tu. Bila toleh kat klinik, kali ni dia bagi tengok muka. Tak tahu mana pergi keberanian aku dengan Khai dulu. Kitorang pecut jugak. Sampai rumah Khai, semua terus lari masuk rumah dia. Muka Bang Jali masa tu memang pucat. So malam tu kitorang tumpang tidur rumah dia. Pagi tu sedar2 motorsikal malam tadi kitorang biar on je sebab takut. Tinggal motosikal dengan enjin masih on. Dua kali tu je lah aku jumpa. Memang jelas jugak apa yang aku nampak.”
Yang ni pula cerita selepas Shah berpindah. Kekosongan Shah diganti dengan seorang MA perempuan. Junior aku masa kat kolej. Masa dia baru sampai sini pun sama macam aku jugak, kena duduk rumah transit dulu. Hahaha. Tapi aku takde lah cerita kat dia pasal benda2 seram ni semua. Sebab dah tau dia perempuan, takut nanti dia jadi takut la nk tinggal or kerja kat situ. Aku namakan dia dalam cerita ni Aminah. Tapi dia duduk rumah transit tak lama, tak sampai 2 minggu aku rasa. Sebab dia jenis yang tak memilih, dia pilih rumah kuarters yang besar tu. Dalam hati aku cakap, berani ke dia duduk sorang kat rumah tu. Dahlah rumah tu besar.
Rumah kuarters ni pulak jenis rumah bertiang tinggi. Lokasi dia pulak betul2 kat belakang rumah transit tu je. Kalau berdiri kat dalam rumah kuarters ni kita akan sama paras dengan rumah transit. Sebab rumah transit tu jenis rendah. Aku pernah masuk kuarters tu. Tingkap ruang tamu dia betul2 mengadap bumbung rumah transit. Lepas dia masuk kuarters tu barulah kuarters tu kena renovate sikit2 bagi keselesaan dia. Dia dah kahwin cuma suami dia kerja jauh. So most of the time dia duduk sorang la kat kuarters tu. Dalam sebulan dua dia tinggal kat situ takde pulak dia complaint or cerita apa2 kat aku.
Sampai la satu petang tu masa aku baru balik kerja, aku terserempak dengan dia tengah punggah barang2 dia dari kereta. Banyak jugak barang dia masa tu. Masa ni dia baru balik cuti dari kampung. So aku ringankan tangan aku untuk tolong dia. Dalam banyak2 barang aku bawak tu, aku tertengok dia ada bawak sejenis kulit kayu. Kulit kayu gaharu kot kalau tak silap. Aku memang dah sedia maklum akan kegunaan kulit kayu tu. Satu, dibakar untuk halau gangguan nyamuk. Kedua, dibakar untuk halau gangguan makhluk halus. Hahahaha. Bau asap kayu ni kalau dibakar wangi, ala2 bau kemenyan.
Aku tanya dia, dia nak buat apa dengan kulit kayu tu. Dia cuma cakap buat halau nyamuk. Tapi macam lama jugak dia fikir sebelum jawap soalan aku tu. Tapi rumah dia tinggi takkan nyamuk sampai atas tu jugak kot? Lagi satu masa ni kuarters dia dah renovate sikit. Tingkap dengan netting tingkap memang dah diganti dengan yang baru, takkanlah nyamuk masuk lagi. Aku diamkan je, tapi dalam hati aku dh agak memang dia dh kena or jumpa jugak ni. Dalam sebulan selepas aku tolong dia angkat barang2 dia tu, baru lah dia cerita kat aku.
Cerita Aminah..
“Kau selalu kalau oncall malam pernah rasa seram tak? Bukan apa, kau ingat tak masa kau tanya aku kenapa aku bawak kulit kayu tu. Sebenarnya bukan nk halau nyamuk, takde nyamuk. Tapi sebab aku nampak lembaga baju putih bertenggek kat atas bumbung rumah transit tu. Masa tu tengah malam, aku nak pergi toilet. Masa aku lalu kat ruang tamu tu aku boleh tertoleh kat tingkap yang menghadap bumbung rumah transit tu. Aku nampak benda tu berdiri betul2 kat atas bumbung rumah transit. Aku tak tau lah masa tu sebab aku mamai bangun tidur ke apa, aku boleh lagi kecikkan mata aku sebab nk jelaskan penglihatan”.
“Memang sah la hantu. Tapi masa tu dia bagi belakang. Tak nampak muka, rambut dia panjang. Satu lagi masa aku lepas makan cuci pinggan, kau tahukan yang dapur aku mengadap ke rumah berek korang. Aku nampak sekali lagi benda tu kat pokok mangga sebelah berek tu. Tapi kali ni dia duduk. Yang kali ni lama jugak aku perhatikan dia. Mula2 aku tak sure benda yang aku nampak tu batang pokok mangga ke apa. Tu yang aku dok perhati lama. Lepas dah tahu yang tu hantu, cepat2 aku cuci pinggan then masuk bilik”.
Nasib baiklah Aminah ni jenis yang bukan penakut. Dia ni sorang yang tegas. Pesakit tak makan ubat dia akan marah. Hahaha. Mungkin sebab ketegasan tu yang buat dia jadi seorang yang kuat semangat kot. Aku cerita jugak apa yang aku pernah nampak dan cerita2 orang kampung semua. So aku simpulkan apa yang aku nampak tu samalah dengan apa yang orang2 kampung ni nampak. Banyak lagi cerita pasal penampakan benda tu kat klinik. Cuma versi dia lebih kurang sama je. Bagi aku itu lah antara pengalaman seram aku. Yelaa, first time jumpa hantu. Hantu yang typical orang jumpa. Baju putih rambut panjang. Hahahaha. Banyak lagi kisah seram aku tentang klinik ni. Mungkin aku akan sambung lain hari tentang pengalaman kat rumah berek klinik aku pula. Kat sini lagi banyak gangguan yang aku alami. Kalau FS publish cerita ni aku akan sambung. Assalamualaikum..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
yeah… nak… plss sambung lagi..
Cerita yang bagus…ayat tak tunggang langgang dan bahasa tak bercampur baur…cerita disusun dengan rapi…siap boleh imagine lagi…haha
Kalau dapat snap gambar atau ambil video best ni. Hantu tu just tunjuk keberadaan dia kan? Tak menyakat/gurau kasar. Ok ler tu.
” Hantu yang typical orang jumpa. Baju putih rambut panjang.” uikss jangan diminta yg lain. matilanakkk hahahaha
sambung lah lgi.. sronok bc citer kamu plus tetiba terkenang kan arwah ayah sy yg penah kerja sebagai MA dlu..
Kesian Kak Ponti tu…
Dtg siang die segan nnt org geli tgk die serabut kusut masai baju kotor…
Dtg malam plak org takot, klinik pon ttp…
Cer tanye ape saketnye tu…
Ke benornye carik kedai gunting rambot…???
Yg peliknya..napa tak diusahakan sesuatu supaya benda tu pergi?napa dibiarkan aje benda tu berligar2 kat area klinik? Cer ajak org kg ke staff klinik ke baca Yassin atau Rukyah kat tangga klinik tu..takkan nak dibiarkan aje makhluk tu kat situ forever..pelik aku…huhuhu
kadang2 bende mcm tu mungkin tapak klinik tu tempat asal dia . tu yg payah sangat die nk pegi .
yang lawak enjin motor tak tutup tu ahhahaa
aku rasa tu dua beradik kemalangan yang abg dia tu tak mati tu la tapi sakit mental. dia yang selalu bertenggek tu agaknya. tapi sebab takde org buat apa2 so tahu tu hantu ke orang ke.
ingat ni hantu kak limah ke.. hahahahaha.
seram
nasib hantu xbersuara
#cumel