Penunggu Resort Mewah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca Fiksyen Shasha. Tak tahu lah kalau kisah aku ni dikira normal sangat bagi mereka yang terbuka hijab atau tak. Keluarga aku memang keluarga yang lain sikit daripada keluarga biasa. Kami dianugerahkan untuk terbuka hijabnya, walaupun hanya segelintir daripada kami dapat melihat namun kami semua dapat merasa kehadiran makhluk ghaib ini. Okey, kembali kepada cerita sebenar yang aku nak kongsi.

Hal ini berlaku awal tahun 2016, kira-kira hujung bulan Januari macam tu lah. Pihak jabatan ada mengadakan program keusahawanan di salah sebuah resort mewah di Kuching, Sarawak. Sekolah aku menghantar wakil 8 orang daripada murid-murid Tingkatan 5 ; 3 lelaki, 5 perempuan dan 2 orang guru pengiring. Pertandingan ini diadakan dalam 4 hari 3 malam. Jadi, kami bermalam di resort itu walaupun rumah kami dekat dengan tempat tu. Apabila menjejakkan kaki kali pertama di resort tu, suasana sangat meriah kerana ramai jugaklah sekolah yang ikut serta. Tapi meriah ni tak kekal lama untuk aku.

Selesai sahaja pendaftaran dan ceramah sikit, terus kami diberi kunci bilik untuk check in kejap, hanya untuk menghantar bag-bag kami lepas tu sambung balik program kami. Bilik kami yang perempuan-perempuan ni terletak di lereng bukit, yang laki-laki pulak dekat depan swimming pool tak jauh daripada lobi. Mungkin rezeki kami takda kot masa tu. Ambil masa jugak nak ke lereng bukit tu sebab jalan kaki. Dalam 10 minit dah boleh sampai, tapi kalau semput naik bukit tu ambil masa lah. Masuk jer dalam bilik, aku terus rasa pelik. Entah rasa apa. Kawan aku kata, ada bilik yang tak jauh dari bilik kami tu ada tempat orang pernah berlaku pembunuhan, tapi kes tu lama dah tutup. Jadi, aku malas lah nak ambil kisah sangat.

Hari pertama tu, okey lagi kot. Mungkin sebab aku tengok benda biasa aku tengok. Hari kedua, dah mula dah. Petang hari kedua tu, kami tak balik bilik sebab program memang penuh satu hari tu. So, kami kira nak balik ke bilik lepas makan malam. Kira lepas maghrib lah. Balik macam biasa lagi masa tu. Lagi nak gelak-gelak, lagi nak bergossip.

Bila sampai je dekat bilik kami, aku dah tak sedap hati. Aku tanya geng-geng aku, ada rasa apa-apa tak sebab bau bangkai busuk dah mula bermain dekat hidung aku. Mereka mestilah tak rasa apa-apa. Bila nak buka pintu bilik tu, kad pertama tak masuk. Masukkan lagi kad yang kedua. Dia tak nak jugak. Aku dah dapat rasa benda tu dekat sangat dengan kami. Aku tunduk sebab aku tahu bila aku angkat kepala, 100% sure aku memang akan tengok makhluk ghaib ni.

Kawan aku dah buntu, 5 kad kami guna, 5 kad tu jugak pintu reject. Bila aku angkat kepala sebab nak tolong, ada lah satu ‘pakcik kebun’ ni, dia datang dari arah hujung kaki lima. Siap bawak cangkul dekat bahu. Kalau siapa yang hijab terbuka ni, memang dah dapat bayangkan rupa iblis tu macam mana. Yang paling parah, makhluk ni tidak ada kepala. YA, TAKDA KEPALA. Aku mula baca Ayatul Kursi, tapi tersekat-sekat. Entah kenapa. Aku masih cuba baca ayat lain pulak.

Makhluk ghaib ni perlahan-lahan gerak dekat arah kita orang semua. Kawan aku masih berusaha nak buka pintu. Aku nangis sebab ketakutan sangat. Memanglah aku slumber jer tengok benda-benda macam ni sebelum tu, tapi yang ni memang lebih kuat daripada biasa. Dia takda kepala. Aku pertama kali tengok yang takda kepala, memang menangislah hujungnya. Kawan aku cuba nak pujuk aku, sebab mereka tak tahu lagi kehadiran makhluk tu. Mereka hairanlah tengok aku.

Makhluk tak berkepala ni datang makin dekat. Nasib baik dapat buka pintu bilik, terus aku orang pertama yang masuk. Dalam bilik tu panas gila walaupun aircond bilik tu tak pernah tutup dari pagi tadi. Aku terus call mak aku, ceritakan apa yang berlaku. Masa tu aku tak dapat nak fikir. Kalau aku cerita dengan kawan aku pun, bukan mereka rasa apa yang aku rasa. So, mak aku tenangkan aku dalam telefon. Mak baca Ayatul Kursi, aku ikut apa dia baca. Bila aku dah rasa tenang sikit, baru aku cerita dengan kawan-kawanku. Mereka pun ketakutan lah. Aku lagi menangis tengok makhluk tu, apatah lagi mereka yang tak tahu apa-apa tu.

Kawan aku yang muslim dua orang tu temankan aku baca ayat-ayat Al-Quran. Yang dua orang lagi non-muslim, so dia orang sembahyang cara mereka. Aku dapat panggilan daripada cikgu aku, dia ajak tidur dengan mereka sekali dekat chalet apabila cikgu-cikgu aku tahu aku kena kacau. Mak aku yang ceritakan dengan dia orang. Aku taknak sebab aku takut keluar daripada bilik tu. Program malam tu, kami yang perempuan ni tak join. Kawan aku tak putus-putus tenangkan aku sampai aku tidur. Kesian jugak aku tengok geng-geng aku ni, mereka letih-letih tapi masih nak temankan aku. Siap tak nak join program malam tu sebab nak tolong temankan aku.

Keesokan pagi, aku okay sikit lepas dah rehat malam tu. Muka aku pucat gila sebab perasaan takut tu masih ada. Lepas apa yang berlaku tu, yang geng-geng laki temankan kami yang perempuan ni untuk balik ke bilik, takut ada apa-apa yang terjadi macam sebelum ni. Mak ayah aku hantar air zam-zam dan air pendinding dengan aku hari tu. Barulah aku okey.

Banyak lagi makhluk yang aku tengok dekat resort tu, tapi yang ‘pakcik kebun’ ni paling power. So aku ambil pengajaran, jangan tegur benda pelik-pelik sebarangan. Mungkin masa aku kena kacau tu, aku tegur bau bangkai busuk tu tapi aku tak sedar yang aku tertegur bau tu.

Jumpa lagi untuk kisah-kisah lain pulak nanti. Assalamualaikum.

Alya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4]

9 thoughts on “Penunggu Resort Mewah”

  1. just nak bagitau je…

    tu bukan anugerah tp tu ke’malang’an
    anugerah adalah sesuatu yang baik dan semua manusia menginginkan nya..
    tetapi ‘anugerah’yang ko fikirkan tu sorg manusia pun tknk..
    jadi tu bukan anugerah…
    ingat tu.

    Reply
    • tapi bagi saya ia tetap satu anugerah….. tak da satu manusia pun yang teringin nak tgk MEREKA, tapi hakikat yea MEREKA tetap wujud….. dan ALLAH beri anugerah pada penulis dan ahli keluarga dia mungkin bersebab…. pandanglah dari sudut yang positif….. kadang2 kita diberi anugerah begini, satu ari nanti mungkin anugerah ini dapat menolong orang lain…..

      Reply
    • tu kire anugrah lah jugak. in case org nak anta shirr paling kurang pun kite nmpk dlu atau rse dlu. sbb sy pn hijab mate ni trbkak jgak.

      Reply
    • Burit ko.nk ckp tu bek2 r skit lahabau.bis sape yg bg tu semua.atok ko ke.yg ko nk ckp malang tu b**i.ckp nk sedap je.lahabau.puih kat muka ko.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.