PENYAMAR

Terima kasih FS sebab dah post story aku (Tandas Lama Masjid). Terima kasih jugak kepada yang membaca. Memandangkan kisah pasal ayah aku dekat Merapoh ni ringkas sahaja, aku tambah sikit kisah seram dari abang aku. Aku ingatkan awal-awal, yang cerita aku ni bukan seram tahap hardcore. Biasa-biasa sahaja. Hanya ingin berkongsi cerita.

Aku story dulu kisah masa ayah aku kerja di Merapoh. Ni pun waktu aku sekolah rendah lagi. Ayah aku je yang stay Merapoh ni. Mak aku, aku dengan adik bradik lain tak ikut. Bila cuti sekolah panjang je kami datang. Ayah aku kerja PERHILITAN (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) or kita panggil wild life officer. So, kawasan dia ni tersorok sikit. Kena masuk ke dalam sikit. Biasalah hutan simpan kan. Tempat ni best sangat sebab flora dan faunanya masih terjaga rapi. Dalam kawasan tu ada pejabat dan kuaters pekerja. Dari simpang nak kawasan ni ada lah dalam 1km. Aku agak je ni. Aku pun dah lupa. Yang penting aku rasa jauh haha. Kiri dan kanan jalan hanyalah kelapa sawit. Membuatkan jalan tu lagi terasa jauh. Kalau lalu malam-malam memang aku keraskan kepala aku untuk pandang depan je. Takut weh.

Tapi aku datang kali ni, pokok kelapa sawit sudah ditebang. “Wahhh kalau macam ni tak la takut sangat. Terang sikit”. Kata ku didalam hati. Petang tu pakcik aku ambik aku lepak rumah dia. Dia duduk dekat kuaters polis. Dekat je. Dalam 200 meter dari simpang. Ni pun aku agak je ni. Yang penting aku rasa dekat hahaha. Aku lepak sampai malam. And malam tu ayah dengan mak aku datang ambik aku. Benda ni aku nampak masa otw nak balik ni. Since pokok-pokok dah di tebang, diterangi cahaya bulan, memang cerah la area kelapa sawit tu. Sepanjang jalan tu aku tengok luar tingkap. Tunggul-tunggul pokok yang tersisa tu macam sudah dibakar. Tengah ralit menikmati tunggul kelapa sawit, mata aku terpandang satu tunggul pokok yang tinggi dari yang lain. Aku pelik kenapa tunggul yang ni kesan terbakarnya hanya separuh, separuh lagi macam ada kesan tanah.

Aku perati lama-lama, perghhh itu bukan tunggul, tapi pontianak. Dia berdiri diantara tunggul-tunggul pokok tu. Yang aku nampak kesan terbakar separuh tu rambut dia. Berjurai ke bawah menutupi muka dan tangannya yang seakan berpeluk tubuh. Yang kesan macam tanah tu badan dia. Putih lusuh bertompok2 tanah. Sampai teleng kepala aku perati ke natang tu. “Biar betul apa aku nampak ni. Dia menyamar jadi tunggul sawit ke?”. Perasaan aku masih sama macam kisah di tandas masjid. Tak takut tapi curious nak tahu. Sampai rumah, ayah dropkan aku dengan mak depan rumah. Ayah aku pergi parking kereta. Kunci rumah pulak dekat ayah aku. Cantekkk sangat. Berdirilah kami dalam kegelapan sementara tunggu ayah aku. Tiba-tiba mulut aku dengan pantas nya, “bau wangi lah, umi”. Mak aku jawab, “bau bunga ni ha”. Aku pun, “hmm.. ye kot”. Boleh tahan tak boleh tidur jugak aku malam tu. Memikir ke ‘tunggul’ tadi. Alhamdulillah tiada gangguan lain selepas tu. Ayah aku stay Merapoh tak lama. Then ayah aku dapat tukar Pahang balik. Ayah aku banyak jugak kisah seram yg dia cerita. Sebab dia selalu keluar masuk hutan. Macam-macam dia jumpa.

Seterusnya kisah ringkas dari abang aku pulak. Abang aku pun kerja sama macam ayah aku, wild life officer. Masa ni ayah aku dah pencen. Memang harapan dia nak anak lelaki dia kerja sama macm dia. Alhamdulillah, abang aku dapat join PERHILITAN jugak. So macam biasa lah. Tempat kerja dia pun suasananya sama macm tempat kerja ayah aku dulu. Dikelilingi hutan simpan. Tempat kerja abang aku dekat Perak. Aku lupa pulak nama tempat nya. Dah dekat-dekat nak ke Selangor seingat aku.

Ada satu malam, abang aku melepak dengan kawan-kawan dia. Tengah syok berborak, tiba-tiba diorang dengar suara perempuan sayup-sayup mintak tolong. “Tolong…. tolong…. tolong”. Suara tu datang dari arah hutan. Lepas tu diikuti suara menangis. Diorang pun buat tak tahu jela. Mungkin dah biasa kot. Orang kata kalau dengar suara tu perlahan, maknanya benda tu dekat je dengan kita. Kalau dengar kuat, benda tu jauh. So, macam aku dengar suara mengilai kuat nak mampos dalam tandas tu, makna nya natang tu jauh la. Sejauh mana tu tak tahu lah. Ntah ada je natang tu belakang aku waktu tu kan hahaha. Aku je tak nampak. Waktu belajar dulu aku selalu kena tindih. Sampai satu tahap aku biarkan saje bila benda tu tindih aku. Aku siap boleh cakap, “haa.. datang dah.. datang dah.. nak tindih la tu”. And aku biar kan je. Keadaan aku macam dalam sedar tak sedar. Aku cuba panggil kawan aku, tapi tak boleh langsung nak bersuara. Kadang-kadang aku fikir, mungkin system badan aku gagal fungsi waktu aku tidur. Sebab tu rasa tak boleh nak gerakan badan. Atau pun d***h aku tersekat dekat mana-mana time aku tidur ke hahaha. Aku rasa setiap orang ada experience kena tindih ni. Betul tak?

Okay geng, sampai sini jelah kisah aku kali ni. In shaa Allah, nanti aku share lagi kisah-kisah #seramsuamkuku yang aku ingat. Gerak luu.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Darim

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 2.3]

67 thoughts on “PENYAMAR”

  1. Tq baca. Alaa bosan ye. Mungkin kalau saya muncul depan awak, cerita depan-depan baru tak bosan hihihihihihi. Tak pun baring sebelah awak sambil tu cerita . Nanti saya perbaiki lagi cara penceritaan saya ^^

    Reply
  2. 7/10. Sebab kau tak pecahkan perenggan yang dekat part setori abang kau & kau dengar bunyi ngilai tu. Dua isi berbeza dalam satu perenggan tu.

    Reply
    • Haih kalau betul la tu org yg sesat, takpelah kita cari dia esok pagi jela hahaha. Tak koser nak cari malam2 gitu kahkah.

      Reply
  3. Dik, nanti cerita la lg pasal pengalaman ayah awak tu pulak. Mesti bestΒ².

    P/S: Laki akakpun keje Perhilitan dekat Perak, nakΒ² ke Selangor gak. NtahΒ² tempat sama ngan abg awak. Hihi..

    Reply
  4. “Ayah aku stay Merapoh tak lama. Then ayah aku dapat tukar Pahang balik.”

    maaf tanya, Merapoh tu mmg kat Pahang kan.

    Reply
  5. “Memandangkan kisah pasal ayah aku dekat Merapoh ni ringkas sahaja, …”

    aku punya la cari kisah pasal ayah hang, tapi xde pun. tu kisah hang yg nampak, bukan ayah hang.

    penceritaan xbest sgt

    Reply
  6. Mujo le kak pon tak ngikut blik ye…penat oo kalo asik kene tindih…cikpeah lak kalo tibe2 rase mengantok teramat sangt bile tertido je mmg sah kene tindih..

    Reply
  7. Abg anda masok keja PERHILITAN mmesti pakai ‘kable’ nih… 😜😜😜😜
    Maap Penulis cerita.. Gurau2 ja. Tp cerita anda best (story line).. Memang seramnya kat mna ya??? (curi ayat Shuib Sepahtu)..
    πŸ‘πŸ‘πŸ‘K

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.