Perempuan Tanpa Muka

Assalamualaikum, hai semua. Biarlah aku kenalkan diri sebagai Ayaa je.

Aku antara peminat setia fiksyen syasya. Tapi lepas jadi satu kejadian kat rumah sewa aku baru baru ni sebab baca fs malam malam buta, so aku selalu la postpone niat nak baca fs tu waktu bukan tengah malam. Hahaa. Tapi tu bukan cerita yang aku nak kongsikan hari ni. Sebab terlalu pendek dan bukan ganggu aku, dia ganggu kawan aku yg melibatkan aku, paham tak ayat ni? Wakakakakak. So taknak la cerita hahahahaha.

Cerita ni jadi pada tahun 2013, waktu tu aku semester 2 di UMK (UMK kampus. Mana aku taknak bagitahu. Nanti semua junior aku takut. Hahaa) mungkin lepas baca cerita ni kawan kawan aku yang mungkin terbaca mesti tahu siapa ‘Ayaa’ ni hahaa.

Okay, taknak panjang meleret leret membebel, aku nak start cerita dah ni.

Kejadian ni berlaku waktu semester 2 jam 2 pagi. Waktu tu kitorang semua study week so memang boleh kira berapa orang je yang tinggal kat kolej kediaman waktu tu. Aku yang sepatutnya tinggal dalam rumah seramai 20 orang cuma tinggal 5 orang sahaja. Waktu tu 2 orang Johor, sorang Melaka, sorang Kedah dan sorang Terengganu. Kami ni memang jarang balik study week walaupun duduk U tak study pun. Selama 3 hari melalui study week tu dengan barisan rumah kami tinggal tu cuma rumah kami je yg ada orang okay je, tak ada kena apa apa pun. Normal.

Aku pun selamba lepak kaki lima tepi semak tu sebab nak on call dengan ibu and bf aku (sekarang dah ex) masa tu (sebab dalam rumah takde line) sampai 2 ke 3 pagi. Aku jenis tak berapa kisah sangat sebab aku ni ada kelainan sikit dari family aku yang mana aku jenis senang nampak alam selain dari alam manusia tapi tak selalu boleh nampak. Kadang kadang tengah baring ke tengah jalan ke tiba2 nampak. Alhamdulillah la. Kalau nampak selalu boleh gila agaknya. Hahaa. Okay balik semula cerita, housemate aku yg sorang ni budak Terengganu tu sangatlah penakut, so dialah yg paling kuat bebel kalau aku lepak luar sampai pagi buta. Tapi setakat 3 hari tu Alhamdulillah memang tak ada apa apa yg jadi.

Sampailah malam ke empat, aku dengan housemates yg tinggal tu tiba tiba rajin nak pergi study kat kampus. Jarak kolej kediaman dengan kolej dalam 500 meter tak silap aku tapi nak pergi tu kami terpaksa lalu sebelah kawasan lapang yang ada pondok lama (pondok lama tu ada kisah jugak, tapi lain kali aku cerita). Malam tu kami pun geraklah ke kampus lepas isya’ dan start study kat satu bilik studio kalau tak silap. Entahlah aku pun lupa. Dah 4 tahun kan.

Time tu kitorang banyak main la dari study. Online la, nyanyi nyanyi la. Sebab takde orang kan, so tempat tu kitorang yang punyalah. Punyalah leka rupanya da jam 1 lebih kami masih belum balik. So kami pun packing la barang barang semua and balik ramai ramai. Masa balik tu memang langsung takde rasa takut pun memasing, kitorang sempat main main, gelak gelak. Sampailah kat blok lelaki kitorang decide untuk lumba lari sampai lah rumah. So berlarilah kami semua sambil terjerit jerit suka.

Sebelum sampai kat rumah (no 2 dari hujung yg semak tu) kitorang akan lalu depan rumah pantry. Rumah tu ada tv, sofa, mesin basuh, macam macam la. Masa lalu tu akak housemate aku bebel apa tah tak jelas dan masuk dalam pantry tu. Kebetulan pantry memang betul sebelah rumah kami so memang jadi tanggungjawab kami untuk pastikan pantry tu okay. Sebelum akak housemate aku masuk pantry tu aku nampak ada perempuan yang pakai seluar tracksuit blue black, tshirt biru lengan pendek yg dinaikkan lagi dengan bahu tu, tak reti nak explain macam mana. Rambut lebat bersanggul duduk atas lantai antara sofa dengan tv. Dia duduk muka ditakup dekat lutut and tangan dia peluk lutut. So korang tau tak macam mana dia duduk tu? Yang peliknya rambut dia terlalu lebat sampai aku tak nampak kulit muka dia.

Kakak housemate matikan lampu pantry. Aku terus tercengang kenapa matikan woii, ada orang tapi belum sempat bagitahu akak tu bukak balik lampu dan keluar. Aku dengan bangganya gelak sekuat hati lepastu cakap, “apa tak nampak ada orang macam tengah putus cinta dalam tu ke nak tutupkan lampu bagai? Dah perasan baru bukak balik. Kesian orang tu”. Lepas tu semua tercengang. A
Housemate lagi sorang terus genggam tangan aku and tarik aku ke pintu pantry. Dia dengan muka pucat terus pandang aku “takde orang dik” aku terkejut sebab orang tu masih ada dengan posisi yang sama. Yang aku nampak tu memang bentuk orang cuma rambut dia tebal sampai tak nampak kulit muka.

Aku dah tak puas hati da. Aku tanya yang matikan lampu tu, “ada orang. Tu haaa, kalau tak nampak kenapa matikan lampu lepas tu hidupkan balik?”. Akak tu jawab, “sebab akak nak matikan kipas je. Malam mana pernah tutup lampu pantry ni. Akak tak nampak orang pun dik”.

Housemate aku yang paling penakut tu apa lagi, dia tarik tangan aku terus pecut balik sebab aku dah macam tak sedar bila seboleh boleh tegakkan ada orang. Sampai nak patah kunci rumah masa diorang nak buka pintu sebab takut sangat. Malam tu semua tidur sebilik dan aku mimpi perempuan tu muka dia memang penuh rambut.

Lepas dari kejadian tu ada jugaklah aku kena gangguan lain cuma kalau kena sorang la tak melibatkan orang lain yang boleh buatkan diorang traumatized hahaa. Tapi seriously aku memang tak takut masa tu sebab masa tu aku rasa dia memang betul orang. Housemates aku semua dah macam apa ketakutan masa tu.

Sorry kalau tak best. Hahaa, inshaa Allah kalau ada kesempatan lagi aku akan cerita satu kisah seram yang memang sangat menakutkan bagi aku.

4 thoughts on “Perempuan Tanpa Muka”

Leave a Comment