KISAH 1: PATIENT YANG HILANG
Assalamualaikum, saya nurse yang share cerita pasal aunty yang bagi buah dulu.
Ni satu lagi kisah yang berlaku ketika mak saya berkerja malam. mak saya juga seorang nurse.
mak saya berkerja di ward geriatrik( ward orang berumur).
pada malam itu ada seorang pesakit yang dah nyanyuk buat bising..kata ramai sangat budak budak kat dalam bilik..dia nak tidur pun tak boleh. jerit jerit nak minta nurse turunkan dia dari katil,masalahnya dia dah tak boleh berjalan.
takde pilihan nurse pun letak la patient ni kat bilik depan.supaya senang nak pantau and tak ganggu pesakit lain.lepas dah settle,mereka pun pergi makan. lepas makan.. tak sampai pun 15min. check balik patient tu.. dah takde kat katil. cari punya cari tak jumpa.terpaksa la panggil coordinator oncall malam tu..kira pegawai yang bertugas malam la..security guard pun datang.
satu hospital mereka cari tapi tak jumpa hanya satu ward yangg ditutup untuk renovation je yang diorang tak check.tapi ward tu berkunci. hanya kontraktor yang kerja di siang hari je da kunci tu.. tapi bila mereka tengok dari tingkap kecik kat pintu tu nampak macam ada bayang orang.terpaksa la pecahkan pintu tu..jeng.jeng…jeng…
APEK TU ATAS LANTAI DUDUK CANTIK PUNYA..
tanya dia …dia cakap da budak budak bawa dia lalu bawah pintu.. yang mana tak mungkin la kan..tapi memang nampak kesan seret tu..dan sangat imposible untuk apek tu jalan and lalu bawah tu kan..memang tak rasional.. tapi untuk yang nampak apa yang jadi malam tu..tu memang benar benar kejadiaan..bukan cobaan…
KISAH 2 – CHALET SERAM
Assalamualaikum..Nama aku N. Tertarik dengan cerita seram pembaca aku juga ingin berkongsi kisah yang tak brp seram. Hujung tahun lepas aku dan adik aku serta ank aku bercuti Tanpa dirancang di sebuah resort. Kiranya cam surprise laaa sbb suami aku xtahu kedatangan aku nie. Dia bertugas luar daerah so alang aku cuti tu..hentam ajelah drpd terperuk duk rumah.
Kami sewa chalet yang agak unik namanya dan aku lihat agak ramai pengunjung di situ. Masa check in tu..aku dh pelik knp suasana sekeliling chalet xde org..pekerja kt situ bgth..tpt tu jer kosong..chalet sebelah sane dah penuh. Ok laaa..xde hal..bgs skit..aman damai skit..hehehe
Seram xmula lagi…baru edisi cuak giler sbb tetiba ank aku setahun lebih yg duk aktif sgt tetiba badan panas dan diam jer..nak peluk aku..merengek dan paling aku cuak..mata dia asyik tgk hujung bilik dan bumbung. Dag dig dug dah jantung aku nie…hrp xde apa walau hakikat aku pon rasa ade something xkena.
Lepas mkn dan jalan2 ngan suami aku..kami balik chalet kecuali laki aku dia ade hal so kami bertiga jer lepak sambil layan tv. Badan ank aku xyah kate laaa..panas giler..muntah..huhuhu..nasib dah ready ubat demam. Keseraman bermula bila pintu bilik kami seolah2 digoncang manja gitu..adik aku yg lepak atas katil tu bertanya kt aku..sape..aku ngan berani yakin..bgth kut laki aku kut..bila aku bukak pintu..xde sapa…nk sedapkan hati angin kut..ase nak nagis pon ade. Xsampai sejam pintu digoncang manja lg..alahai ..yg nie aku dah btol cuak..tp xnk bg adk aku risau..gagahkan diri g intai..pon xde org…ase longgar lutut aku..mahu x..dahlah suasana ala romantic seram..mahu xseram..lam deretan chalet situ..aku jer penghuninya…main plk pintu..aishhhh…adik aku tnya lg sape…aku ckp xde sape..angin lagi kut. Dia dh pandang aku lain sbb aku tahu dia leh rasa benda tu.
Aku xleh pk apa dh..terus msg laki suh temankan kami tidur sini..klu ikutkan ati aku yg agak penakut nie..mmg aku check out jer. Tp pk ank aku demam nie..sabau ajelah. Lam kul 11 malam..br laki aku dtg..aku cerita A sampai Z kt dia..jawapan dia angin tu..asihhhh..geram aku..adik aku tokok tambah gak..jwapan tu gak..angin…Mlm tu aku, laki aku n ank aku tidur lam kelambu..aku ske bawak kelambu mcm khemah tu..xdelah nyamuk sgt walaupon aircond. Malam tu aku tido tepi (bkn tepi dinding) ank tengah laki aku tepi dinding. Nak jadikan cerita seblm tidur..mmg aku suka pasang ayat ruqyah alunan tu sampai lena. Adik aku biasalah cit cat walau keadaan seram.
Dalam jam 2 pg..ank aku tetiba nangis dan bdn dia mmg ckup panas. Aku mandikan dia..jelung xyah ckp lah..abis basah.
Tetiba aku bgth laki aku nak tidur tepi dinding sbb aku rasa mc made benda duk perati aku. Lam kul 4 pg tu..laki aku mmg terkenal ngan dengkuran kuat buat aku terkejut..aku pelik..kejut dia xbgn2..tp bunyi tu kuat..aku tepuk kuat lam suara dia gitu..dia suruh aku bukak ayat tu sampai pg…huhuhu..bila aku tny knp..sempat dia bgth aku benda tu ade kt luar kelambu kami tidur..huhuhu..hp plak duk cask t luar kelambu..berpeluh aku merangkak ngan 90darjah bulu roma aku berdiri. Bila aku bukak alunan ayat ruqyah tu..siap repeat lg..sempat aku tnya camne rupa nyer..laki aku suh tido..heheheh.
Esk pg..saat aku tunggu..aku tnya laki aku benda tu camne..dia bgth bentuk kepala harimau..menyeringai btol atas kelambu..huhu..klu aku tido situ..xthu apa jdi kat aku. Adik aku plk bgth..slps abis ayat ruqyah lam hp aku..setiap pintu dan tingkap lam chalet tu slih berganti bergegar. Last dia tarik selimut tutup muka dan tidur…mls nak layan bunyi tu. Ake cerita kt akk cleaner situ..dia leh ckp aku merepek xde benda camtu..bila suh dia duk sorg mlm nie..xberani plk. Huhuhu ..itu saje aku nak cerita..sebenarnya banyak lg kisah seram aku nak cerita. Terima kasih sbb sudi baca.
KISAH 3 – DILAWAT OLEH SIAPA
Assalamu’alaikum & salam sejahtera..Nak share jugak la kisah seramku yg mungkin tak berape nak seram pada sesetengah pembaca..Aku pun tak berapa nak ingat dah kejadian ini terjadi pada tahun bila..Tapi time tu aku masih lagi belajar di sekolah menengah..Kira zaman gila-gila remaja gitu..hahaha…
Al-kisahnya time tu familyku & sedara mara yg lain berkumpul dirumah tok(sesetengah panggil opah)..Tak silap masa tu time hari raya haji..Bila dah ramai-ramai berkumpul,memang macam-macam la aktiviti sukarianya..Mandi laut,berbarbeque,masak memasak & lain-lain lagi acaranya..
Yang mana kanak-kanak riang pulak,duk buat aktiviti sukaneka diorang bersama-sama..Memang riuh sangat..Ok..Pendek cerita,bila nak tido malam,memang penuh bergelimpanganlah umat manusia kat dalam rumah tokku ni..
Satu family depan tv…Satu family kat ruang tengah..Satu family kat depan pintu..Manakala kanak-kanak ada yg buat puak tido dalam bilik..Kira ikut suka hatilah mana rasa nak berbaring..Mak aku pernah la story..Biasanya bila dah ramai-ramai berkumpul macam tu,akan ada yg akan datang melawat tengok anak cucu cicit..Time tu aku tak amik port sangat sebab tak faham pun sebenarnya..
Malam kedua dikampung,aku decided nak tido kat dalam bilik dengan sepupu sepapat gegirl yg lain..Sembang punya sembang sampai dah dekat pukul 11 malam..Rumah tok ni biasanya semua pun tido awal..Pukul 10 malam tu biasanya dah senyap sunyi..Tau-tau dengar bunyi berdengkur yg bermacam-macam irama..Jadi,kami pun amik keputusan nak beradu..
Entah macam mana,tengah sedap-sedap lena diulit mimpi tu,boleh pulak tetiba aku terjaga..Agaknya kalau nak jadi sesuatu yg seram,memang itu tindakan refleks dari badan kita kut..Dalam gelap malam tu ditambah bunyi dengkuran-dengkuran yg maha merdu,telingaku terdengar macam ada bunyi orang berjalan..Lupa nak bagitau yg kami ni tido tak tutup pintu bilik..Jadi pintu bilik terbuka luas..Boleh nampak ruang tengan rumah tok tu..
Terdengar bunyi “tuk..tuk..tuk” seolah-olah bunyi seperti orang berjalan menggunakan tongkat..Aku terus memasang telinga sambik memejamkan separuh mata..Maklumlah..Secara automatik bulu roma berdiri tegak macam terkena renjatan elektrik..hampir seminit dengar bunyi berjalan tu..Kemudian hampir 2 minit diam..Kemudian dia bebunyi lagi & kemudian diam..Seolah-olah berjalan sebentar & berhenti..
Tiba-tiba,dalam keadaan mataku yg tertutup separuh seolah-olah macam lagu mengintai dari tirai kamar tu,aku lihat ada sesusuk tubuh lelaki yg berjalan menggunakan tongkat..”tuk..tuk..tuk..” bunyi tongkat tu..Dia berjalan menuju ke arah pintu bilik yg terbuka luas tu..Sampai di muka pintu bilik,dia berhenti & memerhatikan seorang demi seorang yg berada didalam bilik yg ku tidur tu..Akj hanya mendiamkan diri sambil membaca ayat-ayat suci didalam hati..Sambil-sambil tu mengharapkan dia tidak sedar yg aku sebenarnya tidak tidur pada ketika itu..Hampir 2,3 minit dia memerhatikan kami..Tapi rasa macam 20 minit..Fuh..Debar takyah cerita le..Sepupu sepapatku semuanya tido bak sleeping beauty..Betui punya lena depa ni..Akhirnya dia tu berjalan menuju ke arah dapur & tak tahulah ape yg dibuatnya..
Memang berpeluh time tu..Tapi syukur sebab dia hanya tengok saja tanpa membuat sebarang tindakan yg boleh memengsankan orang..
Dengan gaya pakaian seolah-olah zaman seangkatan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..Zaman 60an punya pakaian..Cuma wajah sahaja tidak nampak..Seolah-olah kabur..Kalau nampak,tak tahulah macam mana..Mungkin betul kate makku..Dia datang untuk melawat anak cucu cicitnya yg berkumpul..Tamatlah kisah seram saya..Terima kasih pada yg sudi membaca..??
HANTAR KISAH ANDA: FIKSYENSHASHA.COM/SUBMIT
Bosan bace cerita ko sebab ayat ko tunggang langgang. Ejaan ko terabur mcm budak tak pergi sekolah . Kelaut . Malas nak teruskan membaca .
tu la…cam x logik juga dye lalu bawah pintu
kisah 1 – tak smpai kepada seram
kisah 2 – typo byak n cite tunggang langgang
kisah 3 – die nak tgk lah tue sapa yang dating ramai2 nie..
kisah 2. kalo nak berciter pun jangan lah bawa budaya tulisan wechat, wasaap wal msj ke dalam penulisan. ak bagi 1/10 ok bye
Kisah 2 tu buat aku migrain.Lain kali jangan pakai shortform. Kurang semangat readers nak baca fs. Sekian. Keep it upp.