Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca Fiksyen Shasha. Ini adalah pengalaman secara langsung yang diceritakan oleh mak dan ayah aku kepada kami sewaktu kami tinggal di Sarawak dulu.
Ayah, mak, dan dua orang kakakku pindah ke negeri Borneo kerana ayah diterima kerja di syarikat minyak di sana dan masa itu aku baru sahaja dilahirkan pada tahun 1991. Biasalah, bila kita mula-mula pindah ke tempat orang, banyak benda baru kena teroka dan belajar cari makan sendiri. Hidup keluarga aku bahagia jugak lah sampai lah waktu umur aku 5 tahun.
Rumah kami jenis rumah teres. Ada laman sendiri dan juga balkoni tempat lepak-lepak minum petang. Standard rumah teres disana lah waktu tu. Keluarga kami ada bela sekandang arnab putih mata merah. Waktu tu, mak aku tengah mengandung adikku yang lahir tahun 1996. Jiran belah kiri kami keluarga bangsa Cina, manakala jiran belah kanan kami waktu tu adalah sepasang suami isteri berbangsa Kristian, dari kaum Iban Sarawak.
Al-kisahnya bermula bila ayah aku mula diganggu apabila tiap kali tibanya waktu Maghrib sebab ayah aku selalu balik kerja dan sampai rumah dalam jam 6 petang ke atas. Elok sangat lah time tu untuk diganggu sebab kata mak, syaitan semua keluar time Maghrib.
Pernah sekali tu ayah balik, buka je pintu tengok ayah dah mula nak pitam. Katanya berat sangat kepala macam ada benda bertenggek atas kepala. Mak masa tu tak tahu nak buat mcm mana kan so suruh la ayah duduk kejap kat ruang tamu dan nak ambil minyak panas. Konon ingat sakit kepala biasa lah. Sekembalinya mak ke ruang tamu, tengok ayah dah tak sedarkan diri atas lantai sambil muka menghadap ke bawah. Apa lagi terus mak telefon mak angkat nya – mak angkat kepada mak aku ni orang Sarawak. Kami panggilnya Nenek Lambir. Tak lama lepas tu, Nenek Lambir pun sampai dengan suaminya (sekarang dah jadi arwah). Nama arwah atok angkat aku tu kami panggil dia Pakcik Jack. Keturunan Melanau Sarawak.
“Ya Allah. Dah lama ke mcm ni Ina?” tanya Nenek Lambir pada mak aku sejurus lepas mereka sampai rumah kami.
Mak aku angguk je sambil duduk kat tepi ayah aku. Masa tu ayah aku dah selamat baring atas tilam toto yang mak aku bentang kat ruang tamu. Selalunya tilam toto ni memang ada kat ruang tamu untuk mak aku berehat tengah hari lepas ambil kakak2 aku balik sekolah sampai lah kami dah besar pun memang ada adat tilam toto dekat ruang tamu ni.
“Takpe biar Pakcik Jack yang tengok dia ni,” kata Nenek Lambir aku ni sambil duduk kat tepi dengan mak aku.
Pakcik Jack ni memang orang hutan sebab selalu masuk hutan cari gambir, cari kayu-kayu herba. So dia tahu serba sedikit ayat-ayat pendinding atau baca-baca ni.
Lepas dah ubatkan ayah aku tu, ayah aku dah mula sedar sikit. Masa mengubat tu macam-macam jugak lah benda yang keluar dari mulut ayah aku ni. Dipendekkan cerita, pakcik Jack tu cakap ade orang berkenan kat ayah aku. Yelah, ayah aku ni masa muda-muda dulu hensem trang tang tang gitu. Walaupun dah kahwin beranak-pinak, kehenseman beliau masih lagi terserlah. Haha. Sambung pakcik Jack lagi, orang tu selalu perhati ayah balik rumah on time, selalu habiskan masa dengan keluarga tersayang. Orang tu nak rampas kebahagiaan kami jadi beliau telah menghantar sihir pemisah kepada keluarga kami. Yang kena nya ayah aku lah. Tu target dia. Patut la ayah aku semenjak dua menjak tu memang kuat perengus. Kejap-kejap marah aku, marah kakak-kakak aku. Padahal kami tak kacau dia pun. Standard la anak-anak nak bermanja kan tapi pernah sekali dia tepis aku sampai terpelanting aku jatuh ke bawah sofa. Gila tak sakit. Berhuhu je lah aku masa tu.
Lepas dah berubat satu kali tu, pakcik Jack tu kata dia kena datang lagi ubatkan ayah aku. Masa dia nak blah dari rumah aku malam tu, dia ada titipkan satu botol kecil macam botol yang orang calit-calit minyak attar kat badan tu. Yang peliknya, dalam botol tu ada kain kuning kecil dengan minyak apa entah dalam tu. Dia bilang macam ni,
“Botol ni kau lekat kat belakang pintu depan ni. Lekat dengan kertas ni sekali,” sambil pakcik Jack tu hulur kertas bentuk A5 kat mak aku.
Ada tulisan jawi kat dalam tu tapi mak aku tak pandai baca jawi. Aku masa tu pun umur 5 tahun lagi, umur 7 tahun baru masuk sekolah agama nak mengenal jawi nye pun. Jadi, aku tak tahu apa isi kandungan kertas tu sehingga lah waktu umur aku 20 tahun. Nanti aku cerita bab ni kat next episode kalau cerita ini mendapat sambutan yang hebat. Haha.
Lepas pakcik Jack dengan nenek Lambir aku tu balik, mak aku terus lah ambil pita pelekat dan lekat botol kecil tu kat atas belakang pintu depan rumah kami. Mak aku cover botol tu guna kertas tulisan jawi tu. Maka lekatlah beliau di atas sana sampai lah …..
Jeng jeng jeng.
Nak tau apa dia? Makin menjadi-jadi angker di rumah kami tu walaupun pakcik Jack ada datang ubatkan ayah aku sampai 3 kali. Sampai aku juga terkena tempiasnya. Aku masa kecil memang ada asthma. Kadang-kadang bila aku di tadika, guru besar tadika aku tu selalu sangat terpaksa telefon ayah atau mak aku suruh bawak balik sebab aku muntah-muntah kat tadika. Muntah aku bukan muntah kosong, kadang-kadang tu ada darah keluar sekali. Bila bawa pergi check doktor, depa bilang aku punya asthma ni kategori teruk jugak lah. Sebab tu selalu muntah-muntah.
Ayah aku masa tu pun masih lagi kerap sakit-sakit badan tapi tak teruk sangat.
Since benda tu berpindah kat aku, maka ada juga rasa macam “bunuhlah aku , bunuhlah aku” gitu. Rasa sakit macam mencucuk-cucuk kat bahagian tapak kaki aku selalu berlaku time Maghrib. Lepas Subuh sakit tu hilang. Pernah sekali aku nak berak, dulu-dulu kan tandas cangkung, nak berak tu punyalah azab macam berak tahi batu. Lepas mak aku bagi minum air zam-zam baru lah boleh nak melabur tu pun luka-luka kot bontot aku, sorry 18sx sikit.
Oh ya, masa kejadian ni kakak-kakak aku pun selalu juga kena pernampakan kat bahagian atas rumah kami. Pendek kata kami semua kena kacau. Mak aku lah kesian. Masa tu pulak baru lepas lahirkan adik aku. Adik aku tu selalu sangat lah nangis macam kena sampuk hantu. Timing nangis dia tu cantik. Awal Maghrib dan juga sebelum masuk waktu Subuh. Terpaksalah mak aku tanggung sorang sebab ayah aku tu kejap ok kejap tak ok. Nasib baik tak meroyan. Pendek kata, berbulan jugak lah kami tanggung benda ni semua.
Dah fedup sangat dengan semua ni, mak aku cerita benda ni kat kawan dia. Kami panggil dia Aunty J. Mak aku kenal dia masa lahirkan aku dulu, satu wad, tapi dia beranak lambat sikit. Sempat lah jadi geng bersalin masa tu. Aunty J ni ada ramai adik beradik. Salah seorang adik beradik dia tu kahwin dengan Ustaz. Ustaz Arif nama dia dan berasal dari Sumatera, Indonesia. Diorang ni baik sangat dengan kami sampai mak ayah kepada Aunty J ni jadi mak ayah angkat kepada mak ayah aku. Bayangkan betapa rapat dan baik sekali mereka-mereka ini.
Ayah aku pun pelawa ustaz tu datang rumah kami. Jadi satu hari tu, dia datang rumah kami sekali dengan Aunty J dan suaminya. Sebelum masuk rumah kami tu dia dah siap pagarkan pintu depan dan pintu belakang (pintu dapur) rumah kami. Hebat juga la ilmu dia ni jangan memain.
Ni semua cerita dari mulut ustaz tu sendiri ye. Dia bilang bila kakinya melangkah je masuk rumah kami tu, serasa macam ada benda yang besar mendengus dari dalam rumah, macam tak suka ustaz ni datang rumah kami. Aura yang tak best. Tapi ustaz tu masuk jugak dan ayah aku belum sempat nak salam ustaz Arif tu terus terjelopok jatuh macam orang kena sawan. Terus kena angkat letak baring atas toto yang ada kat ruang tamu tu. Dekat rumah aku ni ada satu sudut tu memang tempat letak segala patung-patung mainan aku – dari patung beruang kecil, patung McDonald, patung budak perempuan. Ustaz tu dia kata masa dia masuk tu aku dah ada duduk di tengah-tengah antara patung-patung tu semua sambil mata jegil kat dia.
Ustaz tu pun pasang lah pagar, baca Kursi 7 kali, baca Alfatihah, baca segala ayat-ayat ruqyah yang ada. Mak aku masa ni peluk erat kakak-kakak aku tapi yang hairannya dia tak peluk aku pun. Rupa-rupanya mak aku dah tahu yang ada benda dalam badan aku tu yang dia tak sentuh aku langsung. Takut kena gigit sebab aku kecik-kecik kuat gigit orang.
Masa ustaz tu ubatkan ayah aku, dekat ruang tamu aku ni ada tingkap besar menghadap ke balkoni luar rumah. Langsir masa tu tak tutup pun so memang boleh nampak luar dengan jelas. Ustaz tu perasan ada benda tu nak masuk dalam rumah tapi sebab ustaz dah pagar rumah tu, dia cuma boleh jenguk dari luar tingkap tu je. Tapi masa ustaz tu ubatkan ayah aku, ada satu ayat ni keluar dari mulut ayah aku.
“Kau tidak tahu apa yang di depan dan di belakang, di kiri dan kanan bahkan di atas dan bawahmu. Kau tidak akan tahu wahai manusia..”
Lebih kurang macam tu la ayat dia. Berpeluh-peluh jugak la ustaz ni ubatkan ayah aku walaupun ruang tamu tu berhawa dingin. Dialog diorang lebih kurang gini lah aku ingat-ingat lupa.
“Dari mana asal usulmu? Siapa yang menghantarmu?” Ustaz Arif mula berdialog.
“Tidak kau tahu asal usulku? Aku datang dari jauh.” Suara ayah aku bertukar jadi macam orang tua beratus tahun. Mata ayah aku semua putih je masa ni.
“Kau tidak perlu berteka-teki sama aku. Siapa kau dan siapa yang menghantar kau ?”
“Aku cuma ingin orang ini. Aku ingin memiliki orang ini. Dia milik aku!” jerit ayah aku. Bergema jugak lah rumah aku masa tu.
Dah bila benda syirik tu kata macam tu, dah sah-sah lah sihir pemisah tu masih lagi ada walaupun dah berubat dengan pakcik Jack. Lepas dah rawat ayah aku, sihir tu pun dah dibuang (power beb ustaz ni), ustaz tu beralih kat aku pula.
Masa tu aku dah menangis-nangis. Terasa syahdu di hati ini tapi kadang tu rasa nak marah. Lepas tu, rasa nak jerit kuat-kuat. Nasib baik tak kena gigit. Ustaz Arif bilang, dia rawat aku ni senang je. Benda tu singgah rumah aku disebabkan oleh sesuatu yang ada dalam rumah tu. Cara yang paling senang untuk dia duduk dalam rumah aku ni sudah semestinyalah masuk badan aku yang lemah ketika itu sebab aku ada penyakit asthma kan.
Lepas ustaz dah rawat semua termasuk mak dan kakak-kakak aku sekali untuk pulihkan semangat diorang, dia kata rupa-rupanya banyak yang berkeliaran dalam dan luar rumah aku. Sebab ada benda yang buat diorang tertarik untuk kacau rumah aku.
Lepas dah habis rawatan tu, dia buat bacaan yassin dan pagarkan seluruh rumah aku. Air penawar diberikan kepada kami semua. Alhamdullilah lepas dah buat rawatan tu, kami sekeluarga dah kembali bahagia.
First
kalau nak comment, comment jela pasal cerita org tu . nie tak, asyik first second third mende tah . eh naik menyampah pulak aku . haha
Samaaa.. Saya pn mnyampah.. Tak dpt hadiah pn kalau first 2nd third comment
best. nak lagi.
Hehe. terima kasih. insyallah cerita sambungan akan menyusul.
Sambung lagi kisah tu..nak tahu juga.saya tggu nak baca story awak..
Hehe. terima kasih. insyallah cerita sambungan akan menyusul.
Alhamdulillah, dengan izinNya, doa ustaz itu maqbul dan keluarga Ninot berjaya dipulihkan. Tentu ada lagi pengalaman menarik, kongsi lagi ya…😊
Hehe. terima kasih. insyallah cerita sambungan akan menyusul.
Sy rasa bende tu makin byk Ada kene mengena dgn botol kuning yg ditampal Kat pintu .?
Hehe. Aah. Sbb tu semua permulaannya saya cerita dalam ni dulu. Cerita sambungan akan menyusul . 🙂
Ye la.. Ingatkan last sekali ada sambungan pasal botol dan kertas tu.. Tapi hampa… Berhuhu je la..
Sbnrnya memang sy ada tulis ada sambungan tapi kena potong lak. hehehaha
Ninot, awak duk sarawak berapa tahun?? Mesti stail sana tak sama ngan kat semenanjung kan
Hi Mas. 10 tahun saya duk sana. Aah. Sana best, barang2 pun murah time tu la. Skrg taktau hehehe.
Tak sama mcm mana pula style nya dkat sarawak?? Keliru pula dgn soalan ni. 🤔 Klau nak tahu lebih dlm lagi, datang saja ke Sarawak. Banyak tempat2 menarik disini… Mayb tahun 90s dulu memang blum maju lgi, tpi skrang tidak ada beza nya dgn negeri2 di Semenanjung… Harga brg ada naik sikit berbanding dulu… Ohya…. Sya lahir tahun 90 n asal Sarawak n berbangsa Iban.
hi Steve! hehe. miak sawak? diam sine? kamek dlu di miri. hehe. oh harga brg dah naik tu standard la kan. dulu2 murah lagi. slalu beli keropok ayam yg sedap tuh. hehe. 😀
weyh da pukul bpe aku tak prasan hahahaha ptut seram sejuk aku baca hee
Hehehehe. jangan baca lewat malammm. haha.
scroll fb,scroll twter then baca FS tak prasan da nk pukul 2 pagi hee..takpe lagi feel bila membaca nya dgn suasana sunyi gelap sorang2 tak pasti ada yg teman atau tak..heee
hahahaha jangan pandang belakang! 😀
hmm tanak pndang tutup mata hee
mcm mna dgn botol kaca + kertas yg diletak blkg pintu tu?
ustaz tu x buang ke?
Ha . yg tu akan diceritakan dalam kisah sambungan. Hehe. 😀
ada lagi yang masih keliru antara bangsa atau agama. btw cerita best.
ye saya tahu silap saya dan saya dah betulkan kat next story. terima kasih.
cpt skit sambung…penuh misteri nie..
insyallah . dah siap dah next story ni. hehe
Nottt, cepatlah sambung lg.
Btw, sapakah identiti yg menghantar entiti jahat itu.
baik lah cik W-dabel yu. mwah ciked.
Cerita hangpa memang first class la.. Continue please…..
thanks Azie. insyallah dah siap dah next story. tunggu nak hantar ni .
hurm..ada sorg perawat ni dtg rumah saya pon beri 4 botol kecil macam tu, suruh gantung di 4 penjuru rumah. was-was sudah. Dalam masa yg sama, mak saya kerap dirasuk. Agak2 perlu tak sy, ambil senyap2 buang???
Sy rasa baik awak bagi Ustaz tengok botol tu. Jangan buang dulu. Kaji dulu botol ape tu.
Girl let me correct you right there. it’s not “bangsa Kristian, kaum Iban ”
Bangsa = Race
Agama = Religion
So it should be Agama Kristian, Bangsa Iban , Kaum Dayak.
Do your research before you wanna write something.
ye baik cik/encik. itu adalah kesilapan saya dan saya mengakui silap saya. dan saya dah correct it on my next story. stay tune yerrrrrrrrrrrrrr. terima kasih .
Tolong sambung tau… Pasal botol tu
insyallah akan menyusul cerita ni.
Sambung please.
hi awak. dah sambung. boleh tengok kat Pindah Ke Borneo: Selepas Berubat. thanks! 😀
Sekarang macam mana? masih tinggal di Sarawak ke? dulu tinggal dekat mana?
hi awak. skrg dah tak stay kat srwk. skrg kat kl dah. 🙂
Kalau ada minyak2 dalam botol tu better jgn simpan dlm rumah. Kita xtahu mantera apa dibaca atau khadam dalam tu. Perawat Islam jarang bagi minyak2 yg perlu digantung etc tu..selalu nya bg air botol mineral & limau tu je buat minum/renjis/mandi..
Tak dinafikan di tempat sana masih banyak yg percaya tangkal & azimat. Lebih2 lagi zaman dlu.. 20 tahun yg lepas.. sekarang ni insyaAllah semakin ramai generasi perawat2 rukyah yg ada.. Sy pun duduk di sarawak 🙂
yep betul tu. kat sana mmg kuat benda2 mcm ni kan. 🙂
Cerita lah lagi….