Assalamualaikum.
Namaku S. Aku pernah hantar cerita aku di sini. Tetapi bukan rezeki aku agaknya sebab admin tak siarkan lagi. Barangkali tidak menepati piawaian seram yang mereka mahu. Seperti sebelum ini aku hanyalah ‘silent readers’ page ‘Fiksyen Shash’ ini.
Cerita yang aku kongsikan hanyalah fiksyen tetapi berdasarkan kisah benar yang telah di olah dan di ubah suai dari segi latar, masa, tempat dan watak yang terbabit. Kebanyakan cerita aku hanyalah dari perkongsian daripada arwah ayah aku dan juga pengalaman rakan-rakan.
Aku pula, setakat ini aku memang tak pernah Nampak dan pernah jumpa. Aku tiada kebolehan mata ketiga ataupun ‘six sense’ seperti beberapa rakan yang berkongsi kisah dalam ‘page’ ini. Tetapi aku mempunyai gerak hati yang kadangkala tepat walaupun tidak dapat memastikan apa jenis gerak hati yang aku dapat. Biasanya kalau ada sesuatu yang buruk atau tidak elok aku boleh rasa sesuatu. Tapi barangkali ramai orang mempunyai kebolehan atau gerak hati begini kerana ia adalah naluri semula jadi yang Allah kurniakan.
Baik cerita aku kali ini masih berkisar pasal cerita dari arwah ayah aku. Jadi watak dalam cerita ini aku hanya namakan sebagai ‘aku’ untuk watak utama dan juga beberapa watak sampingan lain.
Pocong atas bumbung.
Tahun 1960an adalah tahun awal-awal selepas zaman selepas kemerdekaan. Waktu ini pembangunan di sesetengah kampung masih di tahap mundur. Jadi kebanyakan penghuni kampung masih lagi hidup dengan bersumberkan cahaya pelita minyak tanah. Menggunakan air sungai dan perigi sebagai sumber air bersih.
Rumah kampung juga berkedudukan jarak-jarak dan biasanya akan di pisahkan dengan kebun getah dan juga dusun. Aku pula setiap malam akan berlatih silat di rumah Tok Awang yang terletak di hujung kampung. Gelanggang silat Tok Awang di buat di hadapan rumahnya. Tok Awang bukan sahaja di kenali sebagai Guru Silat. Malah dia juga bertindak sebagai ‘Pawang” bagi orang kampung yang masih tebal dengan kepercayaan mistik.
Hari itu aku, Ali Murai, Amat keding dan Dol smart masing-masing bersaingan balik berjalan kaki dari belajar silat dari rumah Tok Awang. Dalam ramai-ramai antara kami mulut Si Ali Murai inilah paling celupar. Nama Murai itu di tambah sebab dia memiliki seekor burung Murai Batu yang boleh mengajuk orang bercakap. Tapi Murai batu itu dah lama mati kena makan ular.
“Woi..kau orang ada dengar tak pasal Nek Biah meninggal balik rumah?” tiba-tiba sahaja Ali murai buka cerita.
Masing-masing berpandangan. Tak guna punya Ali Murai. Malam-malam macam ini buka cerita seram. “Kau ni taka da cerita lain ke?. Seramlah” rengek Dol Smart yang kerjanya asyik membetulkan jambul ala P Ramlee. Sampai kena tegur dengan Tok Awang. Maklumlah hendak buka langkah silat pun sempat sikat jambul.
“Yalah..” sampuk Amat keding. Matanya melingas kiri kanan. Amat keding ni penakut sikit. Aku tersengih sahaja melihat gelagat kawan-kawanku itu.
“Alah..orang dah matilah. Aku tak percayalah dia balik. Mengarut semua tu” balas Ali Murai sedikit sombong.
“Ali jangan cakap besar. Tak baik. Kalau kau jumpa macam mana?” ejek aku. Sebenarnya aku tak gemar sangat dengan lagak dia bercakap itu.
“Kalau aku jumpa aku nak mintak dia tunjuk harta zaman jepun. Aku dengar harta orang putih di tanam dek tentera jepun kat hutan nu..” balas Ali tersengih-sengih sambil matanya di halakan pandang kea rah hutan di kaki bukit belakang rumah Tok Awang.
“Bodohlah kau Ali. Kalau ada harta tu lebih baik Tok Awang yang pergi cari. Dia tu kan pawang” sampuk Amat keding.
Kami semua tergelak. Ya tak ya juga. Kami masih berjalan beriringan untuk pulang ke rumah masing-masing. Rumah kami semua agak berdekatan sebab aku dan mereka masih ada pertalian saudara sepupu, dua pupu dan kupu-kupu. (hehe..yang ni penulis tambah).
Ketika melalui halam rumah arwah Nek Biah mata si Amat keding terpandang sesuatu atas bumbung rumah arwah. Gatal pula mulut dia menegur. “Woi..kau orang Nampak tak tu apa?” dia sedikit menjerit.
Jarinya di tuding atas bumbung rumah arwah Nek Biah.
Kami semua menoleh. Dalam samar cahaya bulan aku terpandang sseperti sebiji bantal golek sahaja sedang terbaring melintang atas tulang bumbung. “Er… tu macam…” mulut Dol Smart tergagap.
Ali Murai sudah terkebil-kebil memerhati benda yang melintang tersebut. Barangkali sedar di perhati Benda yang asalnya hanya terbaring memanjang itu tiba-tiba berdiri. Masa ini kami sudah jelas Nampak. Benda putih macam bantal golek tersebut adalah pocong.
Masa ini si Dol Smart dan Amat keding sudah berterebas lari dahulu. Tinggal aku dengan si Ali Murai yang terpaku memandang pocong yang kini sudah berdiri macam pokok kelapa di tengah bumbung rumah.
Aku pandang pocong tersebut. Di baluti kain kafan yang masih baharu dan elok berikat kemas. Aku sedar wajah pocong tersebut hampir menyerupai rupa arwah Nek Biah. Wajahnya pucat lesi, dengan mata yang sudah hampir lompong. Hidungnya masih elok bersumbat kapas. Pocong tersebut tegak memandang aku dan Ali Murai.
“Syaitan!” aku membentak. Serentak dengan itu aku mendengar bunyi dentuman keras. Pocong tersebut sedang laju bergolek dari bumbung meluru ke bawah. Aku cuba mengajak Ali Murai lari. Tapi saat ini apa yang aku sedar keadaan Ali sudah kaku. Mulutnya berbuih. Tubuhnya kejung seperti tidak mampu lagi bergerak.
Berpeluh-peluh aku cuba mengheret Ali kerana di selubungi rasa gemuruh dan takut yang datang menerpa. Lupa terus mahu membaca apa-apa sahaja ayat yang di ajar oleh arwah atuk untuk mendinding diri dari hantu dan syaitan.
Susah payah aku cuba mengheret Ali yang sudah tersampuk. Lagi laju aku lari lagi dekat pula aku rasa makhluk berbungkus tersebut mengejar. Kadangkala aku rasa berlari seperti beriringan pula dengan dia.
Sumpah seranah sudah tidak terkira. Kalau ikutkan mahu sahaja aku tinggalkan Ali yang sudah tersampuk itu. Tapi tak sampai hati pula. Takut mati pula si Ali ni di cekik hantu. Sampai di hadapan Rumah Ali aku menggendang pintu seperti mahu roboh.
Sebaik sahaja pintu di buka aku hanya boleh menyebut “pocong!!!!” sebelum turut rebah kepenatan. Mahu tak penat badan Ali bukanlah sasa tapi tembun. Takut punya pasal badan Ali yang tembun tu boleh aku pikul balik.
Aku sempat menoleh sebelum Nampak kelibat pocong menyerupai Nek Biah itu menghilang. Kecohlah satu kampung kisah Nek Biah bangkit jadi pocong. Tentang Ali, Tok Awang lah yang mengubat dia. Kata Tok Awang Ali di sampuk pocong sebab mulutnya yang celupar.
Tok Awang dan juga imam kampung kemudiannya membuat sedikit upacara agar gangguan dalam kampung dapat di hentikan. Selepas peritiwa kami etrserempak pocong atas bumbung itu banyaklah juga rumah di ganggu oleh pocong tersebut. Ada yang di ketuk untuk minta makan. Ada yang di cakar-cakar. Ada juga yang mendengar benda bergolek-golek atas bumbung.
Pendekkata huru-hara jugalah orang kampung di ganggu jelmaan pocong tersebut. Selepas Tok Awang memagar kampung. Dan Tok Imam mengetuai bacaan Yaasin dan tahli di masjid selama 40 hari. Lenyaplah gangguan tersebut.
Apa yang aku dapat tahu awah dahulu ada memakai susuk. Tapi bukan susuk cantik. Susuk pendinding. Itu sebabnya dia pulang berharap ada orang dapat membuang susuknya. Apapun yang pasti bukanlah arwah yang pulang. Tetapi syaitan yang hanya mahu menyesatkan anak Adam dan Hawa.
Pesan arwah ayah. Kita hidup jangan bergantung kepada bantuan iblis dan syaitan. Tempat yang paling layak kita meminta hanya Allah taala sahaja.
Sekian terima kasih.
Jika ada masa akan aku kongsikan lagi. Itu pun jika admin nak siarkan cerita aku. Kalau tak inilah kali terakhir aku hantar. Hahaha.. merajuk konon.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
best
Mulut macam namenye gaakkk…
Kecoh mcm mulut murai…
Heheheheee…
Best…unsur seram tahun 60an
hahaha..x guna punya dol smart dengan amat keding.. awal2 dah buat pecutan
takut punya pasal sampai pikul membe..y lagi 2 ketol awal2 dah cabut hahahhaa
seram dan kelakar..