Pontianak di Ruang Tamu

Assalamualaikum wbt. Hi, kali ini nak share cerita seram angker masa aku di rumah mertua. Rumah mertua aku di Alor Gajah, Melaka. Kawasan perkampungan yang aman damai, tenang dan redup je. Memang syok kalau dapat balik kampung mertua, aku manfaatkan dengan sebaiknya. Pagi-pagi bangun pergi jenguk kebun belakang rumah petik limau nipis dengan limau kasturi. Kadang tu ikut mak mertua aku pergi ambik rebung kat pohon buluh tepi sungai belakang rumah. Kadang tu pergi ikut suami dan mak mertua memancing di sawah. Petang pulak naik motor round kampung dengan suami, kadang tu dengan adik ipar. Nasib baik dapat suami dan ipar duai yang rajin melayan kerenah aku ni hehe. Sebelah rumah mak mertua aku ni pulak rumah arwah kakak dia. Rumah tu memang dah lama tak berpenghuni, kadang kala je anak arwah kakak mak mertua aku balik bersihkan rumah dan tebas semak belakang rumah. Tapi setakat ni tak ada apa-apa yang seram pasal umah tu.

Tapi dalam tenang-tenang tu jangan disangka tiada angkernya. Dulu pernah jadi satu peristiwa menyeramkan kat family suami aku ni. Okay dimulakan cerita, belakang rumah mertua aku ni pulak dikatakan laluan jin oleh seorang ustaz disitu. Sebabnya ada satu hari tu dorang kena kacau dengan pontianak. Masa ni aku belum lagi mengenali suami aku. Mertua ceritakan pada aku apa yang jadi. Masa tu dorang tengah syok tengok tv cerita cina, jenis mak mertua aku ni memang suka bukak pintu depan rumah luas-luas bagi udara segar masuk. Lagipun selamat kawasan rumah ni, belum ada kes rompak Alhamdulillah. Jadi tengah-tengah syok melayan cerita tv tu tiba-tiba bunyi mengilai kuat sangat. Mengilai dari arah belakang rumah. Bukan kejap tau, hampir 10minit jugak lah. Bunyi dia tu bergema sangat, ibarat ada echo. Mengilai dia tu macam nangis ada, macam gelak pun ada, macam sayu sangat pun ada. Terus la mertua aku ni suruh tutup pintu depan dengan semua tingkap. Tingkap tu tingkap kaca bertingkat ye. Lepas dah penat mengilai tu dia pergi ketuk tingkap pulak kat dapur pulak sebab bahagian dapur tu mengadap kawasan belakang rumah. Apa lagi, diam je semua. Masing-masing baca surah-surah lazim. Nasib ketuk tak lama.

Jam 11 je semua dah masuk tidur. Mak mertua aku tidur di ruang tamu dengan adik ipar aku ( ayah mertua dah lama meninggal dunia ) , sebabnya sejuk sikit. Tidur dalam bilik panas berkuap kata mak mertua aku. Pontianak tu datang lagi mengacau. Malam tu semua tengah syok tidur tiba-tiba mertua aku terjaga sebab dia rasa macam ada orang usik telinga dia macam main cuit-cuit gitu. Mertua aku ni jenis cepat terjaga. Pantang dengar bunyi derapan kaki atau orang pergi tandas dia dah terbangun. Dia pun apa lagi dah seram sejuk terus tarik selimut selubung satu badan tutup kepala semua. Masa tu lah dia dengar bunyi orang gelak tepi telinga dia, gelak mengejek macam tu. Tiba-tiba bunyi mengilai bergema kuat diruang tamu. Mertua aku selak selimut nampak ada sekujur tubuh perempuan rambut panjang berjubah putih di ruang tamu tengah berdiri. Mertua aku bukak je lampu terus bayangan tu hilang. Masa tu tiba-tiba adik ipar aku terjaga menangis meraung macam kena histeria. Mungkin keteguran, mungkin terkejut. Kecoh sekejap la masa tu, suami aku terpaksa telefon ustaz datang rumah malam tu juga. Mertua aku usaha juga tenangkan adik ipar aku. Bila ustaz sampai je mata dia meliar tengok sekitar dalam rumah dan lepas tu dia minta sebotol besar air mineral. Dia baca-baca dan kemudian beri adik ipar aku minum dan suruh mertua aku ambil sikit airnya sapu muka dan kepala adik ipar aku. Lepas tu tengok dia reda dan tenang sikit.

Ustaz tu ajak suami aku ke luar rumah, tolong dia nak pagarkan rumah kami. Suami aku tak cerita la pulak apa jadi masa dia tolong ustaz tu sebab katanya dia takut teramat sangat sampai tak ingat apa yang jadi masa dia tolong ustaz tu haha. Pontianak tu pun dah diusir keluar. Kata ustaz, pontianak tu mengikut jiran ni balik. Jiran tu lalu depan rumah mertua ni jadi entah macam mana boleh tersinggah pulak di rumah mertua aku. Tertarik la tu agaknya seronok tengok semua rancak tengok TV dia pun sibuk nak join. Alhamdulillah lepas ustaz dah pagar rumah dan ubatkan adik ipar aku semuanya kembali tenang seperti sediakala. Kata ustaz, adik ipar aku tu terkejut saja, nasib tak dirasuk. Selepas kejadian tu tak ada lagi dah benda-benda pelik terjadi. Semuanya Alhamdulillah tenang dan baik-baik je. Sekian daripada aku. Maaf kalau cerita ni tak seram tapi cerita ni memang real 100% berdasarkan pengalaman mertua aku serta suami. Takecare guys, lain hari aku share lagi kisah seram nyata yang pernah aku alami.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

theaicles

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

24 thoughts on “Pontianak di Ruang Tamu”

  1. Sbnrnya aku ada pnglmn face to face ngn kak pon ni.. tp by that time, aku nmpk muka dia cantik sgt2.. syukurla dia tk tunjuk muka dia version mak lampir.. aku prnh lukis muka dia.. masih ada dlm simpanan aku..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.