Pontianak Tergantung

Hai dan Assalamualaikum kepada pembaca dan juga fiksyen shasha . Terima kasih fiksyen shasha yang molek kerana sudi pamer story saya .InsyaAllah yang mana kurang saya perbaikikan . Terima kasih pembaca saya yang sudi juga melemparkan komen komen murni suci .maaf kepada pembaca FS dan FS jika salah sepanjang penulisan karangan ni. Bermula lah kisah aku tentang cik pontianak tergantung.

Okay di sini aku mula nak bercerita tentang pengalaman aku sepanjang aku mula membesar di kampung hingga dia bandar sekarang ni . Banyak kisah yang terjadi tapi aku cerita yang mana ingat saja .

Kisah ini bermula bila aku duduk di kampung aku kedah. Tempat kampung aku ni tak ada lah dalam sangat tapi perumahan dia satu satu . Rumah opah aku ni tak besar sangat . Maklum lah bukan nya dari orang berada . Belakang rumah ada banyak semak samun dan satu rumah kosong yang lama ditinggalkan oleh mak cik aku . Kisahnya ni dari saka atok aku lah . Bila raya semua sepupu sepapat dan seangkatnya dengan akan balik rumah opah sebab tempat nya memang best tapi yang tak best bila LINE kau menunjuk kan NO SERVICE . Dengan itu kami semua redha atas LINE phone sebegitu .

Bukan itu yang aku nak cerita . Masa aku kecik memang atok aku dah meninggal tapi aku tak tahu yang dia tinggal kan beberapa saka untuk kami dan cucu dia atas dasar untuk jaga kami . Kawasan rumah opah aku ni besar boleh muat 6 ke 7 kereta ( kau rasa besarr mana kawasan tu ??) Pagar yang nak masok ke rumah opah aku dia dah dikunci oleh saka atok aku (saka baik wey bukan jahat) jadi siapa yang nak masok dengan niat jahat tak akan jumpa jalan keluar . Ha padan mukaa kau nak sangat buat jahat . Terjadinya saka semua tu muncul bila aku berusia dalam lingkungan 7 tahun macam tu .

Mula lah kisahnya berlaku .Tengah seronok main drama apa tah dengan cousin aku nih perut aku memulas teruk wey . Dah lah masa tu jamban dekat luar . Tak kira kau budak ke apa ke nak melepas hajat ke luar ye . Kencing pon dekat luar ye . Tandas mandi pulak jangan cerita lah memang sekali luar tapi tak jauh dari hutan belakang . Ni kau tahu jamban dekat semak samun lah . Tapi aku kecil masa tu mana nak ingat takut semua tu , ye lah waktu tu siang . Aku pon dengan selamba itik nya pergi jamban . Yang dajey aku ni lagi bangang siap cakap macam macam dalam tu .

“Eh hang nak pi mana tu “ jawab cousin aku . “ lah nak pi tandas la .hang tak nampak aku tengah sakit perut ni . Kang aku suruh hang tadah baru tau “ selamba aku jawab . Cousin aku lagi balas “ hang pi lah belakang tu ada babi tiba tiba sondol hang kaa baju putih dok ataih hang ka baru taw hang lari dengan taik tu . Eiii geli aku “ . “ mulut hang jangan cibai sangat na . Kang hang kena balik baru tau kot lari tak cukup tanah “ memang aku nak pi berak kena dulu dengan beleter dengan mulut dia tu . (Dalam hati ni sebenarnya takot dah tapi berak lagi penting)

Tengah sedap meneran nih . Ada satu bunyi ketuk pintu . Aku pon jawab dalam hati “hang pon hantu jangan lah kacau time ni . Berak aku tak habis lagi ni “ . Tapi korang nak tahu siapa ketuk pintu sambil bunyi mengilai tu ? Weyy cousin aku weyy . Dajey betul diaa . “Woi ! Aku nak berak tak senang ! Hang jangan buat lagu tu kak “. “ hehehe saya hantuuuuu!” Aku dah syak tu suara dia . Aku pon mula lah jeritt .”Makkkkkkkk tengok kak nih dok kacau orang berak ni “ . Si cousin punya gelak pastu di cabut lari masok rumah .

Sepanjang berak Alhamdulillah tak ada kacau kecuali cousin bangang tu . Dah lepas berak tu aku sambung lah main drama bodoh bodoh tu . Hahaha . Masa tengah sibuk drama tu aku nak pergi ambik barang (lupa barang apa masa tu nak ambik ) tengah dalam bilik tu muka aku berdepan dengan cermin tingkat bilik tu . Haa kau tahu apa aku nampak ? Yes satu budak kecik berambut pendek baju putih berlari laju depan mata aku .

Dalam sekelip mata, budak tu lari macam nak keluar dari kawasan tu . Bulu roma tiba je naik terus lingtang pukang aku lari dekat cousin aku. “Wey hang nampak dak satu budak kecik rambut pendek baju putih lari dekat depan ni .(masa tu cousin aku duduk di beranda so bila orang lalu akan nampak lah) cousin aku dah muka cuak “ hang ni merepek apa tengah petang lagu ni . Mana ada budak lari depan ni . Kita ja ada budak dekat rumah ni . Hang jangan nak melawak pulak wey !” . “ Ya Allah aku nampak bende tu lari depan mata biji aku nih . Time bila aku nak melawak pulak “ .

Kami pon dah cuak terus panggil opah dengan lari ke dapur . Sampai dapur mengah tu macam lari 100 kilometer padahal dekat dapur je. “Opah opah tadi kan kami nampak ada satu budak baju putih dekat kawasan ni opah “ . “ hampa ni merepek apa . Tak ada budak aih dekat sini . Hampa ja . Haih mak hampa pon satu tak reti reti ajaq budak nih helok sikit kaa “ . Tudia mukadimah opah panjang lagi aih . Lepas tu opah buat macam tak endah rasanya dia dah tahu apa mende tu . Lepas tu kami lari dekat bilik satu lari pergi ambik Al-Quran letak dekat ruang tamu . Ya la takut dah masa tuh (masa tu budak mana nak reti baca ayat Qursi lagi ) . Kami dua duduk depan Al- Quran tu .(aku boleh bayangkan balik zaman tu rasa nak tergelak ada ) . Memang rapat duduk lah sambil peluk .” Ha itu lah hang dok suka kacau orang berak lagi kang dah kena ! “ . “ aku mana nak tau wey dia betui muncul huhuhuhu .”

Dalam 10 minit kami berpeluk tu ada lah sampai berpeluh . Opah datang depan .” Ya Allah apa hampa buat nih cu oii !” . “ kami takut opahh tu kami letak lagu nih “ jawab kami sambil mengigil . “ dah bangkit lekaih .letak Al-Quran tu balik dalam bilik “ . Jawab opah dengan tangan ketuk dahi . Kami ingat kan sampai itu je dia kacau rupanya malam tu ada lagi dia kacau . Hadoi hantu ni pon nak kacau tu kacau lah orang lain.

Malam tu kami dua ni tengah gelak sakan lah sebab pak su buat lawak jamban dia tu . Pak su tu memang kalau ada kami dia buat lawak sampai nak terkeluar anak tekak ni . Selamat anak tekak tak nak keluar . Tengah gelak mengekek ni tiba tiba ada satu macam buah kelapa jatuh atas bumbung . Tapi kawasan rumah opah satu pon tak ada pokok tinggi atau pun pokok kelapa . Terus senyap kami sampai bunyi cengkerik je dengar . Cepat cepat kami lari dekat mak dan opah . Ayah ayah sekalian pergi mengopi dekat kedai pak mat . Yang tinggal mak aku , mak cousin aku ni dan opah . “ mak apa benda jatuh tuh makk .” Aku jawab dengan pandang atas bumbung .(bumbung tu kau tahu lah bumbung kampung kan tak ada syiling syiling bagai nih .kalau hujan memang tempias sampai kena tadah dengan baldi . Moden sangat rumah opah nih) mak aku digelar kan mak lang dan mak cousin aku digelarkan mak ngah . Opah aku terus jawab “ Alang Angah hang bawa depa dua ni pi depan “ . Kami dua pun dibawa depan tinggal opah dibelakang . Sementara tu dengar bunyi mengilai dekat luarr . Dah lah kuat bunyi tu memang aku rasa time tu takut sampai nak terkencing lah . Lepas bunyi mengilai ada pulak bunyi baby nangis dalam bilik belakang .

Opah ni jenis alim dan berani . Dia dah biasa dengan makhlus halus ni. Opah pun cepat cepat baca ayat suci AL-Quran . Dan aku peluk erat mak aku takut punya pasal kan . Lama tu bunyi tu semua hilang . Kami pun pergi dekat opah nak tanya apa terjadi tapi opah hanya diam kan diri dan cerita pada mak mak jerrrrrrr . Lama lepas tu aku cousin aku jerit punya kuat sampai desing telinga aku dibuat nya . Tak guna punya cousin jerit apa tah malam malam ni . Dengar jer dia jerit semua terkejut pergi dekat dia tanya kenapa dengan aku sekali . Dia menangis sambil menunding jari ke arah bilik belakang . Kami semua terkejut . Patut lah dia jerit sampai aku rasa nak ketuk kepala dia rupanya dia nampak cik pontianak tergantung dekat tali. Ehh cik ponti ni kau nak bunuh diri pon jangan gantung diri . Baik kau pergi tengah jalan raya ke apa bunuh . rumah ni juga kau nak bunuh diri . Dengan rambut panjang sampai ke kaki tergantung tepat pada tali yang dah lama tak tanggal dalam bilik tu . Dah lah nampak dengan mata kasar masa tu . Dengar pulak si ponti tuh menangis . Wey meremang weyy . Aku ni sampai terkencing dekat situ juga(melepas juga kencing takut aku ) opah dengan mara kedepan (wow macam pembaca pulak sampai maraa tu) baca ayat Qursi dan ayat Al-Quran dalam terkumat kamit nya . Lepas tu dengar pula opah cakap dengan DIA “ hey kau buat apa ganggu anak cucu aku ha !! Aku dah cakap jangan datang sini ganggu !! ALLAHUAKBAR !!!” Terus hilang hantu tu . ( hai hilang terus kedah opah bila cakap dengan hantu tu )

Opah terus terduduk tepi dinding sambil mengucap . Penat gamaknya lawan dengan hantu tu tapi aku tengak dia bercakap pun sampai penat ke ?. Mak Ngah cuba tenang kan anak dia (cousin aku ni ) yang aku dah jadi anak patung sambil tengok air kencing aku tu . HAHA . “ eii apa bau hancing ni ?? “ mak aku terus bersuara .aku dalam hati memang siap tadah telinga dengar dia punya ceramah dia . “ hang tak tau malu ka kencing ataih ni . Hang bangun lekaih basuh. Ei aku jugak kena cuci kencing hang nih . Lain kali nak kencing pi tandas jangan kencing atas lantai . Budak ni aku luku baru ada akai !” Ha aku dah cakap memang dia ceramah panjang . Cepat aku pergi tandas dekat luar tu . Luar pon luar laa aku tak peduli dari dengar beleter mak aku . Hantu memang aku takut tapi lgi takut dengar mak ceramah . Haih mak ni pun dah takut memang terkencing lah . Bukan kira masa nak kencing pun . Yang hantu ni pun sama nak melawak tak kira tempat . Tempt tu juga hang nak mai pun .
Ni semua cousin aku punya pasal pi sebut dia pasai apa kan dah kena kacau . Ambik hang baru tau hantu tu lagumana .

Sekian terima kasih .

12 thoughts on “Pontianak Tergantung”

  1. Penulisan yang sangat lemah …banyak sangat kena perbaiki…kenapa tak guna mak ngah je terus dari awal? perbaikikan? Tempias ke bocor? Saka baik (dengan bangga ada saka jaga)?

    Banyak lagi kena perbaiki…tapi kalau aku bagi direct admin hati tisu block, walaupun asalnya kata block unsur lucah, rasis & agama je tapi bila tengok skang, komen selain unsur lucah, rasis & agama pun admin block…agak kurang fair, readers kena baca sampai muntah apa writer cerita, writer patut tahu yang readers muntah baca cerita dia, so next story takde la berulang lagi …

    Reply
  2. nak bercerita jangan banyak sgt meleret.
    terus guna perkataan makcik orang dah faham, xperlu cerita details
    perlu tahu mana isi penting mana tak penting
    berkarang bukan takat nak score, cukup buat pembaca tertarik dengan cerita tu.
    banyakkan membaca dan teruskan berkarang.

    Reply
  3. cerita burit gini.admin bahlol.bape kali ak nk bilang ,filter dulu cerita2 yg author bagi.jgn men sebat je sbb sangap xde cite dah org nk anto.even cite sini semua free, jgn men belasah je.kualiti kena jaga.btw kite org baca ni internet semua x free.fikir…………..thanks

    Reply
  4. Yes banyak ayat yang berulang dan tergantung.. dan satu lagi saya tidak faham dan jd pening n mule malas baca sampai habis bile die kate tgh dgr paksu melawak tegelaks sampai keluar anak tekak tibe2 terdengar bunyi hempap zink.. dan tibe2 penulis cakap yg ade masa tu mak penulis makcik sepupu dan opah.. habis tu mane pergi paksunyer.. ghooib?? Dan dalam keadaan tengah tegang selamber je mak sruh anak g tandas cuci kencing sendiri tanpa peneman mcm bru td halau beruk liar masuk rumah jer..

    Reply

Leave a Comment