Bismillahirahmanirahim.
Dengan lafaz bismillah aku mulakan cerita. Nama aku Ika , aku kerja sebagai admin di sebuah syarikat construction di johor bahru. Act , aku masih baru lagi kerja di situ dalam 3 bulan. Sebelum ni aku kerja di sebuah syarikat insurance yang agak terkenal. Tapi berhenti atas beberape sebab.
Untuk pengetahuan semua , office construction yang aku kerja sekarang sebenarnya baru sahaja berpindah di Bandar Baru Uda , sebelum ni di Pasir Gudang. Jadi , aku tak pasti berape perkerja di Pasir Gudang sebelum ni , cuma yang sekarang ini aku seorang sahaja yang berkerja di syarikat construction tersebut dan mempunyai seorang boss , nama nya Mr Lee (bukan nama sebenar) dan boss aku jarang masuk office , dia banyak uruskan urusan di luar office pergi site , atau berjumpa client. Dan hanya masuk office sekali sekala. Ada seminggu tu tak masuk langsung. Untuk urusan kerja kami banyak melalui telefon atau ws , email pun ada. Dan biasanya dia masuk office petang / malam selepas aku balik kerja. Sebab setiap kali aku datang office pasti ada kertas kerja dia meja aku , jadi aku yakin dia masuk selepas aku pulang kerja.
Untuk 2 bulan aku kerja alhamdulillah semua okay , walaupun seorang diri tapi aku seronok ya lah tak perlu layan ragam manusia lain. Soal keselamatan jangan risau boss aku memang sediakan semua yang menjaminkan keselamatan aku. Dan adik aku jugak berkerja berdekatan dengan office aku. Boss aku ni baik orang nya , kami kalau berjumpa di office hanya bercerita soal kerja. Bilik solat disediakan. Baiklah aku nak bagitahu office aku ada 3 bilik ( bilik boss , bilik solat , bilik meeting) tandas dan meja aku betul betul berhadapan dgn pintu masuk office (pintu kaca).
Mari kita mulakan cerita , ada satu hari aku masuk office macam biasa bagi salam and baca doa. Aku pun tergerak hati nak bukak surah ar-rahman sebab surah ar-rahman kan doa untuk rezeki. Jadi , aku bukak guna komputer aku. Volume aku bukak kuat 1 office boleh dengar mungkin office sebelah pun mungkin boleh dengar. Lepas aku bukak aku tinggalkan surah tu berjalan , perut aku sakit pulak time tu untuk buang air besar. Aku lari masuk tandas , pintu ku tutup. Air dibuka , sambil aku buang , otak aku kemana hala. Selepas beberape minit tiba tiba aku terdengar ada suara menangis. Tapi aku buat andaian “ouh mungkin makcik kat bawah , tengah bercerita atau saja buat macam tu” sebab bawah office aku ada kedai makan cina. Yang kerja situ pun makcik indon , dah biasa sngat dengar mereka sembang and selalu bergelak ketawe boleh sampai ke office kalau duduk di bilik solat atau tandas pasti akan dengar. Aku sedapkan hati dgn buat andaian sebegitu.
Tapi andaian aku melesit apa bila tombol pintu di pulas berkali kali dengan kuat , seolah olah ada yang ingin masuk ke dalam. ( ini tombol pintu yang bulat , cubalah pulas sekuat hati dan bayangkan kalian dalam tandas) Allah , aku tersentak bagi roh dibawa keluar pergi. Tergamam seketika tapi dalam rasa takut ku jerit kuat sekuat hati “ siapa kat luar ? Dah nak keluar ni , tunggu jap ! “ sengaja aku buat suara deras supaya boleh lawan rasa takut.
Ku basuh apa yang perlu terus pintu ku buka dan aku lari untuk check setiap bilik ( semua bilik ) aku check tanpa tinggal. Pintu office masih tutup rapi , sebelum keluar tandas aku fikir mungkin boss tapi boss aku kalau masuk office aku boleh dengar pintu depan di bukak oleh kunci sebab “klik” kunci tu kuat bila bunyi.
Ya bunyi tu boleh sampai ke tandas dan boss aku takkan masuk ke arah tandas kalau aku tak ada kat tempat aku. Sebab dia sangat menghormati dan jaga batas. Dan untuk masuk dalam office beberapa saat tu mustahil boss aku dah agak berumur , aku selalu perhatikan dia kalau bukak pintu memang lambat. Mostly! Biasa kalau dia nak masuk pasti aku lari bukak pintu dahulu jika aku di tempat aku. Dan kalau dia masuk , dia memang akan masuk ke dalam bilik dia terus , untuk buat kerja. Dia bukan seorang yang datang and patah balik tanpa sebab.
So , aku yakin tu bukan boss aku. Tapi siapa ? Puas aku cari semua bilik tapi tiada siapa. Bulu roma masih naikk ketika itu , aku terus duduk di meja. Surah aku berhentikan dahulu. Telefon aku ambil , aku call no adik aku. Dia kerja dekat dengan area office aku bersebelahan beberapa bangunan sahaja.
Aku : “Sarah, datang jap office aku ! Cepat sikit “
Sarah : “Asal ? Ada orang ke kat office kau ? “
Aku : “Haah , datang jelah. Cepat sikit”
Tak berapa lama sarah datang , dia tanya kenapa ? Tak ada pun orang kat office kau ? Aku diam sahaja. Rasa tenang seketika ada peneman. Aku cuma cakap sarah kau stay kejap. Aku nak sambung buang air besar. Adik aku macam masih tertanya tapi dia macam memahami perasaan aku ketika itu muka nampak air muka aku. Aku pergi tandas semula , walaupun takut aku lawan jugak. Sebab perut sakit tu lagi seksa sebenarnya.
Selepas selesai urusan kat tandas tadi , aku pergi kat sarah. Sarah masih di tempat duduk aku , dia tanya semula. Asal kau ? Kau okay tak ? Aku cakap okay. Then aku bukak cerita terus. Dia terkejut and nasihat aku. Benda tu tak suka kau buka surah tu lah. Adik aku pesan tak payah lah bukak.Yalah kau kan seorang kalau apa apa jadi susah. Kene fikir keselamatan kau jugak , ya lah walaupun benda tu mahluk halus jeh pun. Tapi faham faham lah maybe ni tempat dia dulu. Kau kerja jeh macam biasa , waktu solat pun dia tak ada kacau kau kan ? Ya aku angguk. Alhamdulillah selama aku solat kat office takde langsung ganggu apa apa cuma harini aku bukak surah tiba tiba macam tu. So adik aku cuma cakap faham faham lah sendiri.
Lepas tu adik aku mintak izin untuk balik office dia sambung kerja.
Aku sambung buat kerja dan duduk di meja satu haritu. Selepas adik keluar , aku dah tak masuk tandas. Habis waktu kerja terus aku balik dan esoknya aku demam.
Aku cuti sehari dan aku masih kerja disitu sampai saat ni tapi selepas kejadian tu aku buat biasa sahaja. Tandas aku masih masuk macam biasa , Walapun ada secalit rasa takut tapi mak aku ada pesan waktu aku cerita dekat dia , kalau benda macam tu berlaku lagi cakap dekat dia
“ aku tak kacau kau ,kau jangan kacau aku. Aku cuma buat urusan aku”
dan apa apa terus hubungan adik aku mintak dia datang office.
Jadi sampai sini untuk saat ini , berani kita biar bertempat. Takut pun biar berpada. Semoga boleh jadi iktibar untuk kalian. Terima kasih.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Patut la dkt tmpt aku kerja pegawai aku de pesan jgn bukak surh.kalau nk baca ke apa meana dia ckp sndr2 la.kalau kuat tu kira kt kacau dia.mula2 aku mcm bantah ape dia ckp tp lama2 n aku baca kisah ko.bru aku paham.offc aku ni mmg angker..
Hantu pun tau protes, macam orang jugak diorang ni
berak punya pasal pun mau gado ka…. pigi cuci sudah hilang laa….
Dia..inchek..kapla dalam..ada batu banyak busar
Saya pulak hari2 pasang rukyah di opis setiap pagi sebab dtg awal kul 7 pagi nak elak jem.. Kawan opis semua dtg kul 9 pagi.. Mmg pun akn dgr bunyi mcm2.. Bunyi benda jatuh la.. Bunyi plastik dikerenyuk la.. Saya wat tak tau je.. Sambil pasang rukyah sambil baca yasin.. Apa nak takut makhluk setan dlm tu.. Lagi kita takut lagi dia suka duk situ.. Bukan la saya berani sgt tp bila marah di ganggu.. Takut tolak tepi.. Kan elok opis diterangi dgn bacaan Al quran.. Malaikat pun akn dtg..
Kt site sy ni pun ada nama Mr Lee.. Org dia kecik2 jee.. Naik triton sy rasa.. Rajin dia mai sini tgk pekerja2 dia..