R & R Lebuh Raya Utara-Selatan

Kejadian ni jadi masa aku dengan family on the way nak pergi Port Dickson. Saja jalan2 sana. Aku dah tak berapa ingat kejadian ini jadi masa aku umur berapa, dalam form1 tak pon masih sekolah rendah. Untuk pengetahuan semua kami dari Penang so haruslah kan lalu lebuh raya utara-selatan.

Kami bertolak malam masa tuh, so dalam Jam 3 or 4 pagi mcm tuh ayah kata nak berhenti rehat kejap sebab dia mengantok (that time ayah je yang boleh drive). So kami berhenti dekat satu perhentian nih. Perhentian nih aku xmau gtau lah dekat mana tapi yang pasti sebelum R&R Restoran Jejantas Sg. Buloh tuh kalo bertolak dari Utara.

Setelah ayah berhenti kereta, semua pakat keluar ke toilet. Disebabkan aku dah tidor dari masa bertolak tadi sampai lah kami berhenti dekat sini, so mata aku jadi segar and tak boleh nak sambung tidor dah. Bila yang lain balik dari toilet pon semua pakat sambung tidur dan tinggal aku saja duk layan perasaan sambil tengok persekitaran perhentian tuh.

Dalam duk layan perasaan sorang2 tuh, tiba2 mata aku tertumpu dekat satu susuk tubuh lelaki berdekatan lori2 besar yang parking dekat situ. Mula2 aku tak syak apa sebab samar2 ja bayang dia pon. Ingat pakcik2 lori ja. Then, aku perhati balik baru aku perasan lelaki tuh tak ada kepala. Tubuh dia semua lengkap kecuali tiada kepala and cara pemakaian dia pulak macam uniform orang kerja dekat pelantar minyak.

Aku cepat2 toleh kot lain, pastu pejam2 mata. Takot aku silap tengok or bayang2 saja. Lepas tuh aku tengok balik ke arah lelaki tuh. Dia still ada dekat situ. Badan dia menghala betul2 ke arah aku. Masa tuh serious aku tak rasa apa. Seram pon tidak, takot pon tidak. Aku perhati ja susuk tubuh lelaki tuh. Tak bergerak pon dia. Sampai lah ada satu kereta lalu, lampu kereta tuh suluh ke arah lelaki tuh then lepas ja kereta tuh berlalu susuk lelaki tuh pon hilang dari pandangan aku. Tapi yang pelik mata aku terus jugak tertumpu dekat kawasan lelaki tuh berdiri tadi walaupon dia dah hilang.

Tiba2, ayah aku bangun dari tidur (tempat duduk aku dalam kereta betul2 belakang pemandu, belakang ayah aku lah kira dan ayah aku juga time tidur tuh muka menghala ke luar). Cuma aku tak pasti sama ada aku saja or ayah aku jugak perasan kelibat lelaki tuh. Then ayah gerak mak yang tidur di sebelah ajak gerak sambung rehat dekat R&R Sg. Buloh. Ayah kata dekat sana lebih selesa then Subuh pon dah nak dekat. Aku pon tersedar tiba2 pastu terus toleh ke arah depan, tak tengok dah ke tempat tuh. Kami pon gerak ke R&R Sg.Buloh.

Kejadian ni tak pernah aku cerita dekat sesapa termasuk mak ayah aku. Sampai dekat R&R Sg. Buloh pon aku diam ja. Sebab masa tuh aku jadi mcm blur tak tahu apa yang aku tengok tadi betul ataupon hanya khayalan or bayangan aku saja. Tapi sampai sekarang aku tak boleh lupa kejadian tu. And ayah pon sekarang kalau nak jalan jauh dah tak bertolak malam. Selepas Subuh baru bertolak.

Begituh la cerita aku, tak tahu seram ke tidak bagi hampa. Tapi yang pasti bila aku teringat balik peristiwa ni sekali sekala, meremang weii.. hehehehe

NIA

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]
NIA

9 thoughts on “R & R Lebuh Raya Utara-Selatan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.