Rahsia Parang Ilang

Bila aku duduk dirumah keseorangan, teringat peristiwa yang berlaku pada lima tahun lepas. Masa tu aku masih bujang dan duduk rumah sewa dengan rakan rakan aku yang lain. Kami duduk berempat dalam rumah dua tingkat. Pada suatu hari ada offcemate kawan serumah aku datang menyewa rumah kami. Aku namakan dia sebagai Faizal sajalah. Dalam rumah tu kiranya ada 5 penyewa termasuk budak baru. Aku, Faizal, Afiq (kawan yang introduce Faizal as new housemate), Haniff, dan Rizal. Secara kasar Faizal ni standard gila-gila taraf kitaorang jugalah. Gila-gila pun Tuhan tak tinggal bro.

Yang menariknya pasal Faizal ni dia orang Johor, mak dia pun orang Johor tapi ayah dia orang Iban Sarawak yang memeluk agama islam. Tapi adik beradik ayah Faizal, atuk dan nenek Faizal masih lagi orang Iban non-muslim yang menetap di Sarawak. Dijadikan cerita pada suatu hari datuknya si Faizal meninggal dunia maka bergegaslah Faizal balik Sarawak. Selang seminggu balik la si Faizal ke rumah sewa balik. Tapi dia bawak balik juga sebilah parang Sarawak atau parang ilang/Mandau. Faizal cakap atuknya mewasiatkan parang ini kepadanya sebelum dia meninggal. Kata Faizal parang ini peninggalan dari moyang dia lagi. Parang inilah yang banyak m*******l kepala penjajah British dulu. Menurut Faizal lagi, parang ini sangat unik kerana ulu parang ini diperbuat dari tanduk rusa. Hujung ulu parang pula ada bulu bulu binatang namun menurut Faizal datuknya berkata bahawa bulu binatang itu bercampur dengan rambut kepala yang pernah datuknya p*****l waktu zaman penjajah dahulu. Selang beberapa minggu Faizal terpaksa ke Perlis atas urusan kerja selama seminggu. Dua hari sebelum dia pulang aku terpaksa tinggal dirumah sewa kerana semua yang lain pulang kekampung kerana cuti umum selama 3 hari. Manakala aku terpaksa bekerja. Sebagai pekerja retailer aku kerja 12 jam sehari. Masuk pukul 10 pagi balik kul 10 malam. Cumanya tempat kerja aku dengan rumah sewa aku agak jauh, jadi dalam 10.30 malam baru sampai rumah. Bukan aku tak pernah tidur seorang diri kat rumah sewa aku ni, tapi malam ni agak berbeza sedikit. Oh ya rumah sewa aku ni dua tingkat, 3 bilik ,dua di atas dan satu di bawah. Kami kongsi bilik dua orang sebilik. Aku dan Rizal bilik bawah Afiq dan Faizal bilik atas satu lagi Haniff tidur seorang sebab bilik kecik. Aku walaupun ada bilik tidur tapi aku pilih untuk tidur di ruang tamu sebab sana sejuk. Apa susah bentang tilam jela.

Usai aku balik, mandi check e-mail dan main Facebook sekejap tup tup dah pukul 12. Mata pun dah mengantuk, badan pun penat aku baring jela. Tak lama lepas tu aku tertidur. Aku terjaga bila aku dengar bunyi air paip dalam singki menitik. Mengganggu betul la tapi aku bangun jugak sebab aku pun terasa nak terkencing jugak. Tiba-tiba.. Bamm!!! Pintu bilik Afiq dihempas. Terkejut jugak la aku time tu. Aku nak sedapkan hati aku andaikan angin saja. Lepas bunyi hentakan pintu tu keadaan sangat sunyi dan aku perasan malam tu cengkerik tidak berbunyi langsung.

~Suasana sunyi~

“Thud.. thud.. thud! Thud.. thud.. thud!” Aku terdengar bunyi orang berlari di tingkat atas. Disusuli oleh hilai tawa. Ah sudah ada perompak dalam rumah aku ni. Secepat mungkin aku mencapai handphone aku yang aku charge sebelum aku tidur. Alamak!! Rupa rupanya aku tidak tekan suis on kat plug tadi. Alahai masa masa macam ni la phone bateri habis. Aku dengan berani, sound kuat kuat .. Aku berteriak ‘woii baik kau keluar dari rumah aku kalau tak aku telefon polis”. Sambil sambil aku charge telefon aku, butang on aku tekan juga manalah tahu telefon aku hidup. Kedengaran bunyi berlari tadi semakin perlahan namun bunyi orang bejalan pula. Telefon aku tadi sudah dapat on sambil charge. ‘Baiklah kalau kau tak mahu keluar juga aku telefon polis sekarang”. Amaran aku. Belum sempat aku tekan no telefon polis aku terdengar bunyi tapak kaki menuruni tangga. Aku dapat melihat kaki lembaga yang berbulu lebat dan besar. Sah bukan manusia bisik hatiku. Makhluk tadi hanya berjalan separuh jalan menuruni tangga. Dalam keadaan gelap aku cuba untuk tekan suis lampu namun tidak berfungsi. Sedang aku pegang telefon aku untuk telefon polis aku dapat rasa ada seperti orang bernafas belakang aku. Angin hembusan nafas aku dapat rasakan di leher belakang aku. Aku kaku, kaki makhluk berbulu dekat tangga tadi tidak kelihatan. Tiada apa yang aku mampu lakukan, malah nak berpaling kebelakang pun aku tidak boleh.

Hembusan nafas masih lagi aku dapat rasakan belakang leher aku, tiba-tiba… urghhh!!! Makhluk itu menjerit. Tangan aku yang memegang telefon tadi disentap dan belakang badan aku seperti dicakar. Aku mengaduh sakit dan lari kedalam bilik aku dan mengunci bilik. Aku mengaduh kesakitan. Tombol pintu bilik dipulas pulas seperti hantu itu mahu masuk. Baaamm!! Baammm!! Baamm!! Pintu diketuk kuat .. Allahu kecut perut aku dibuat nya. Masa ini aku cuba untuk membaca ayat ayat suci al-Quran yang aku ingat. Keadaan kembali sunyi. Aku yang duduk di atas katil Afiq mengigil. Selama aku hidup inilah kali pertama aku diganggu sedemikian.

Pang!!pangg!!pangg!! Pinggan dan gelas dipecahkan. Mahluk itu mengamuk. Bangg !! Bang !!! Bangg !! Pintu bilik diketuk lagi.. betul betul terkejut aku dibuatnya. Aku membaca ayat suci al Quran sekali lagi . Ayat pendek pun aku tibai skali. Keadaan kembali sunyi…… Aku menyelimut separuh badan aku, seram kesejukkan sambil mata aku memerhatikan tombol pintu. Sekali…..

Preeeekkk!!! Pintu yang tadinya berkunci boleh terbuka ibarat ada orang yang membuka dari dalam. Aku cepat cepat sembunyikan diri aku dalam selimut. Macam la boleh lari. Aku dapat mendengar tapak kaki berjalan kearah katil.

“Ahh,ahh,ahh” bunyi seperti orang semput yang baru lepas berlari 100 meter tapi bunyinya perlahan dan mendayu-dayu. Yang pasti bunyi itu bukan dari aku. Katil yang aku baring sembunyi dalam selimut sekarang katil Afiq tapi katil aku di sebelah ni digoncang kuat. “ahh,ahh,ahh” bunyi seperti orang bernafas jelas kedengaran. Makin lama makin dekat dengan telinga aku. Aku yang kononya ‘bersembunyi’ dibawah selimut hanya mampu menggigil ketakutan.

“Lapar ” makhluk itu berbisik di telinga aku. Belum sempat aku melarikan diri ,selimut yang tadi ditariknya,kaki aku juga ditarik sampai terjatuh dari katil. Baru saja aku bagun nak keluar dari bilik tu,tiba tiba pintu tertutup dengan kuat. Aku cuba membuka namun ianya seperti dikunci. Dengan perlahan aku memalingkan kepala aku melihat ke belakang. Tiada apa yang aku nampak,nafas aku tercungap cungap. Tiada hantu itu kelihatan.
~Suasana sunyi~

Rupa-rupa nya hantu itu melekat di bucu atas bilik itu. Terbeliak mata aku melihatnya. Bulunya panjang,mukanya seperti terbakar, ada seperti cacair hitam keluar dari mulutnya nemapakkan giginya yang tajam.Lidahnya terjelir panjang. Baunya, masyaallah busuk yang amat sangat. Hantu itu berjalan menghampiri aku, aku mengigil ketakutan,dia merenung tajam kearah aku. Aku menjerit ‘Allahuakhbar’ sekuat hati aku,pintu yang tadinya berkunci terbuka bila aku sekali lagi cuba pulas tombol. Langkah seribu aku lari. Aku ambil telefon dan kunci motor aku terus aku kerumah kawan aku .

Esok nya demam teruk aku dibuatnya. Sehingga tak bekerja dua hari. Bila semua housemate aku balik dari cuti baru aku balik . Mereka mempersoalkan keadaan rumah bilik bersepah. Aku menceritakan apa yang berlaku pada mulanya Afiq,Hanif, Rizal tidak percaya,hanya Faizal yang masih mendiamkan diri. Akhirnya, Faizal membuka mulut. Dia berkata mungkin parang itu betul berpenunggu kerana selepas m*******l kepala orang, pemilik parang harus membuat satu ritual supaya roh si m**i tidak menggangu pemilik parang. Ritual itu termasuklah menyembelih kambing hitam dan melumurkan d***h kambing ke bilah parang. Ritual ini dilakukan sekurang kurangnya sekali bagi seorang pemilik parang tersebut. Jika tidak buat, mengamuklah roh orang terakhir yang d*******l kepala. Pada mulanya Faizal ingat benda itu hanyalah cerita datuknya untuk menambah perasa cerita. Namu tidak sangka benda itu betul-betul terjadi. Selepas kejadian itu, Faizal menelefon bapa saudaranya dari Sarawak dan menceritakan segala galanya yang terjadi. Bapa saudara Faizal menasihatkan Faizal supaya parang itu beralih kepada tuan baru yakni parang itu dihadiahkan kepada bapa saudaranya. Supaya bapa saudaranya dapat membuat ritual yang pernah diajarkan kepadanya. Faizal bersetuju lalu mengutuskan untuk pulang ke Sarawak untuk menyerahkan parang itu kepada bapa saudaranya. Selepas kejadian itu tiada lagi bunyi-bunyi pelik rumah kami. Kami semua dtinggal dirumah itu selama 3 tahun sebelum masing-masing berpindah sebab kahwin. Menjadi persoalan aku selama bertahun-tahun ialah adakah Faizal sengaja tidak tinggalkan parang tersebut di Sarawak bila atuk dia meninggal? Apa motif dia bawak balik kerumah sewa? Sampai sekarang aku masih lagi tidak tahu jawapannya.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
Tsam

47 thoughts on “Rahsia Parang Ilang”

  1. Kesiannyer ko…x pasal2 jadi mangsa kne kacau ngn penunggu parang tu..patutnyer faizal yg kne..dia yg punyer parang tu…tp si faizal nie pun 1 gi bwa parang lama tu balik umh sewa dh knapa..ke dia sengaja je tu…?

    Reply
  2. Die bawak blk sbb tu wasiat atok die kan…
    Lg pon kan selama ni die x percaya dgn misteri dan mistik berkaitan parang tu…
    Sbb Faizal beragama Islam, mungkin sedaya mungkin dia cuba menidakkan unsur khurafat ttg parang tu…

    Sbb tu lah bile benda tu dh jadi, cepat2 jer die amik inisiatif utk menukar hakmilik tu pd pakciknya…
    Wallahualam…

    Reply
    • Kannn. Pendapat sy pn mcm kak yulie…
      Kalau kak yulie dpt pusaka peti harta karun, sanggup x nk bt ritual mcm tu?? Hehehehee..

      Reply
    • Kalau setakat harta karun akk nk sgt dik…
      Tp klu dh sedia tau ade unsur mistik khurafat bagai, mmg akk letak kat Muzium Negara jelah…
      Dok ler sana dendiam, kengkwn deme pon ramai kan kat situ…
      Untung2 Muzium bayar akk CASH yg xyah nk kena perasap kemenyan bagai…
      Huhuhuhuuu…

      Reply
  3. Tak pasal pasal je kau yang kena. Weh tp seram eh bila kau cakap pedang tu ada bulu binatang yg bercampur dengan rambut kepala yang pernah datuk kawan kau tu p*****l waktu zaman penjajah dahulu. Seriau aku baca

    Reply
  4. Seram weyh.. dahla tinggal sengsorang. X expect plak nak kene. Kene plk dengan benda yang menghuni parang, yang dah lama m******h orang. Fuh.. tetiba minx diberi makan. Lari awal2!!

    Reply
  5. seram juga kena kacau puaka pedang ilang tok..mmg kebanyakkannya berhantu (orang sarawak kata ‘ngutik’) pedang pahlawan ni..siapa pernah pergi kuching, cuba pegi muzium lama sarawak..masuk jer, mmg meremang. kesian awak, mungkin waktu tu mmg waktu untuk diberi makan mambang tu & kebetulan awak seorang saja di rumah, jadi terkena..

    best pengalaman seram tok..

    Reply
    • Bpk kmk berisik pedang ya juak dolok..org ninggal datok kmk polis, zaman ya polis gk make sloa pedek… Time ya xtauk ny oleh dr cne.dh ny ninggal dbrik ngn bpk kmk n ny simpan jk. XDa dbrik mkn xda d jaga..kmk salu mrasa x slesa asal ngga parang ya.lbih2 gk bila time sorang dirik d umah😂

      Reply
  6. baca sensorang kt opis..tetiba je terasa lain mcm kt blkg..pantas ku menoleh..nasib baik xde apa…berdiri bulu romaku..seram sejuk wehhh…barang peninggalan orang² lama biasa ada penunggu kan..

    Reply
  7. baca time member kuar lunch, keseorangan di office… tiba2 tercium bau yang kurang enak & ada hembusan nafas dibelakang… beranikan diri menoleh… damn!!! ada member yang tak keluar lunch curi2 tumpang baca & dia terkentut sembunyi yang hanya mengeluarkan bunyi… menyakitkan hati sungguh!!!

    setiap kaum & bangsa mempunyai pegangan & kepercayaan masing2, Faizal berpegah teguh kepada ajaran agama nya. kemungkinan dia membawa pulang parang tersebut adalah untuk kenangan dan dia menolak tepi cerita mistik. kepada saudara-saudari yang berminat mengetahui lebih banyak cerita mistik atau melihat rupa parang ilang bolehlah datang ke Sarawak untuk melihatnya. kepada yang ala2 “GHOST HUNTER” saya cadangkan anda cari rumah panjang asal dan try bermalam. mistiknya rare… yang biasa kita dengar “cik pon” & “mr.chong” tapi jika anda bernasib baik akan bertemu dengan “overseas” punya edition. ini promotion untuk “GHOST HUNTER TEAM” sahaja. kepada yang ingin merasa vacation ala2 “TWILIGHT” cer google “MENDUNG ESCAPE RESORT”…

    *jangan marah ahhhhh

    Reply
  8. Dah tentu2 bpenunggu sebab dah byk mkn nyawa..pedang lama plak tu.ada sejarah dia tsendiri.

    Xkn xterdetik kat hati korang2 masa faizal bwk balik tu..xd sebarang bantahan? Akak bc pun seriau..xtawla ni ikut perspektif akak sbg pmpn ofkosla tkut..korang semua llki2 sado okela kot kan..behave n bajet2 berani ker apa akak xtawla..tp jiwa kntal jgkla akak tgk korang..da kne baru taw..hehe.xper..jadikn pngalaman so sweet sblm korang kawen.

    Citer Best! Kipidap!

    Reply
  9. Aku menjerit ‘Allahuakhbar’ sekuat hati aku,pintu yang tadinya berkunci terbuka bila aku sekali lagi cuba pulas tombol. Langkah seribu aku lari. Aku ambil telefon dan kunci motor aku terus aku kerumah kawan aku .

    sempat lagi ambil hp n kunci motor…
    klu eucca mmng xpjak tanah dah…

    Reply
  10. kalau aku. da dapat barang warisan. barang atok yg sayang kita dab wasiatkan ke kita. aku pun akn angkut ke mana aku pegi. atas dasar sayang kat atok sbg mana atok tu sayang ke cucu dia. cumanya aku bukan mcm faizal la, senjata lama dedulu biasanya berpenunggu. parang terbang la hapa la

    Reply
  11. Arwah atok aku dulu ada bg aku parang juga.. aku bawa balik rumah sewa sama mcm yg faizal buat..lepas tu masa aku da kluar dr rumah tu..parang atok aku tinggal kat sana.. lps setahun lbih bru ingat balik pasal parang tu.. tp parang tu x da penunggu la sbb atok guna utk p****g korban je.haha

    8/10 kipidap too penulis

    Reply
  12. 9/10
    seramm… wlaupun “ahh,ahh,ahh” bunyi seperti orang bernafas jelas kedengaran. (lbih seram)
    hehehe…

    Reply
  13. Arwah abah plak tinggalkan tombak pusaka nenek moyang. Tapi bukan kat aku, dekat adik aku. Saja nak bagitau. Hehe… cerita kau syeremmm….kot ada masa kau free, kau pegi muzium sarawak. kat sana bukan setakat parang ilang, tengkorak korban parang pon ko dapat tengok. Syeremm…

    Reply
  14. Dulu arwah tokwan aku ada keris, tapi sorang pun tak tahu pun kewujudan keris tu, sampaila adik mak aku tu kena kacau macam-macam smpai berubat sana-sini. Sorang ustaz kata ada something pasal keris tu,dia tahu diisimpan katna. ustaz tu suruh buang, dan kami pun buang. Alhamdulillah adk mak aku tu pun skrg dh ok

    Reply
  15. Think positif ….. Maybe betul Faizal x tau.. Dia ingt citer turun temurun.. Ye la masa dia ngan atuk dia dulu maybe benda tu x kuar dpn mata dia…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.