Realiti atau Imaginasi

Hi admin and readers. Aku I. Asal S Sarawak. Selama ni, aku silent reader je kat page FS ni. Since aku seorang yang sangat sukakan cerita seram, segala aktiviti paranormal dan yang seangkatan dengannya, FS adalah page favourite aku. Bangun tidur, dalam kelas, sebelum tidur, memang page ini lah yang aku hadap sebelum aku lakukan semua tu. Di sini, aku nak share dengan korang pengalaman aku yang mungkin tak berapa seram bagi koranglah. Aku sekadar berkongsi apa yang jadi pada aku sebelum dan selepas si B tiada. Btw, TQ in advance pada admin jika publishkan cerita aku ni. TQ juga pada korang kalau sudi membaca cerita aku ni.

Cerita ni berlaku pada tahun 2016. To be exact, February 12 which is my birthday. Seperti biasa, cuti semester bagaikan hari yang paling bermakna bagi aku sebagai seorang perantau. Btw aku study kat U di semenanjung. U mana, biarlah aku rahsiakan. Masa cuti tu ( Jan-early March ), something bad happen to my bff fiance. Dia m**i accident. Pelbagai khabar angin muncul lepas tu. Ada yang cakap dia dilanggar, ada yang cakap dia mabuk, self-accident. Macam2 lah yang pada aku memang tak logik.

Pertama, tunang kawan aku ( S ) ni bukan peminum. Kedua, dia baik dengan semua orang kecuali aku. Hahaha. Aku memang tak berapa nak berkenan dengan tunang kawan aku ni sebab masa kami satu sekolah dulu, dia ni memang jenis mulut longkang. Aku pulak paling tak suka lelaki macam tu. Bukan sebab aku nak kan dia eh ?. Btw, aku pun dah nak kahwin ?. Dia baik sebenarnya and dia sangat sayangkan kawan aku. At first, kawan aku tak cerita pun dia dengan si B ni couple sebab nak jaga hati aku. Dia tau aku memang tak boleh dengan si B ni tapi lama2 aku tau juga and sebagai seorang kawan, aku patut support kawan kan. Lama2 aku dah bole accept tapi memang tak bertegur. Tak pernah satu kali pun aku tegur dia. Mungkin dia malu ataupun aku yang segan. Entahlah tapi aku memang 100% dah ok aku rasa. Lagipun, kawan aku suka dia kan, why not aku pun buat benda yang sama.

Seminggu lepas aku sampai kat Sarawak Tanah Airku ?, aku dengan bff aku plan nak buat party. Yelah lama tak jumpa kan. Mestilah rindu. So kami decide nak buat party kat kbox. Nyanyi2, bergosip, cerita pengalaman study kat tempat orang and macam2 kami buat. Aku memang jenis yang silent phone, so aku tak tau kalau ada mesej or call. Aku juga jenis yang tak akan layan no yang tak dikenali. Tiba-tiba aku tergerak hati nak check phone, manalah tau encik tunang ada mesej2 rindu gituh??. And yes, takde ?. Tapi ada 4 missed call dari no yang takde dalam contact, so aku biarkan je. But this time, aku letak mode vibrate. Manalah tau, parents aku ke yang call. Tak lama lepas tu, 1 mesej masuk.

‘ Hi I, Aku tok, B. Ka mintak tolong d ulih ka ? Aku nganti baruh’ ( Hi I, Aku ni B. Nak minta tolong kau boleh tak ? Aku tunggu kat bawah )

And I was like,whaaaaaaaaat ?? ? Tak pernah2 nak tegur aku, mintak tolong pulak. Aku tak tunggu lama terus turun bawah dan aku nampak si B ni tengah tunggu aku. Memang akward sangat2 ??. Rupa2 nya dia nak suruh aku bagi hadiah anniversary mereka pada kawan aku. Katanya nak suprise. And dia segan nak naik atas sebab kami ramai sangat. Yes, squad kami ada 9 orang ahli ?. Actually, dia nak propose kawan aku ?. Weh, kawan aku dah nak kahwin. Happy memang happy. Muka si B pun berseri2 je aku tengok. Nampak sangat happy. Seri pengantin ke cemana ? ??

And guess what, seminggu lepas tu dia takde weh ?. Sentap tak sentap. Masa kami pergi ziarah dia, family dia tak bagi bukak keranda sebab muka dia hancur otak berkecai. Kawan aku meronta2 nak tengok dia. Masa ni kami memang heart broken sangat. Tak sampai hati tengok kawan aku. Kalau aku ingatkn pun, memang nangis. Kesian sangat. Tapi apa boleh buat, yang pergi tetap pergi. Mungkin family si B ni tak sampai hati tengok kawan aku menangis, meratap meraung, mereka bagi tengok juga. Tu pun berapa kali dia pengsan. S, kalau kau baca cerita aku ni, aku doakan kau kuat. Kau tabah. Banyak sangat penderitaan yang dah kau alami. Aku pasti, sesuatu yang indah dan secebis rasa bahagia pasti akan datang pada kau nanti. Jangan risau sebab aku ada. A, M, C, K, J, N, D ada. Kami sentiasa ada untuk kau sahabat.

Seminggu lepas si B takde, aku start mimpi yang pelik2. Dalam mimpi aku, dia datang jumpa aku suruh aku tengok-tengokkan si S. Dia cakap dia rindu sebab mesej terakhir dia pada malam sebelum kemalangan, si S tak reply katanya. Aku cerita pada kawan aku. And dia cakap dia memang tak reply sebab dia tengah package barang customer and phone tinggal kat bilik atas. Dia menyesal sebab itu mesej terakhir daripada si B. Yang aku pelik, si B ni muncul dalam mimpi aku seorang je. Sedangkan dia lebih rapat dengan kawan2 aku yang lain. Si S pun takde mimpikan dia. Aku tak pernah pun tegur dia melainkan dekat kbox dua minggu yang lalu.

Feb 12. Birthday aku. Tunang aku decide nak buat party. Jemput kawan2 rapat kami je. Small gathering gitu2 je. Just nak raikan hari tua ?. Adalah dalam 3 4 jam kami borak2 sebelum decide nak balik sebab dah lewat sangat. Dalam pukul 1 or pukul 2 tak silap aku. Lepas siap2 kan apa yang patut, bayar2 apa yang patut, aku dengan tunang aku pun balik lah. Lalu jalan biasa yang kami selalu lalu. Masa nak masuk simpang, kereta tunang aku tetiba padam. Eh pulak. Kunci kereta tu dah terpusing. Macam di padamkan kalau kita dah sampai destinasi. Macam tu lah. Aku pn tak tau nak describe macam mana. Tunang aku pun pelik sebab dia tak padamkan. Banyak kali cuba start, pun tak boleh.

Last kami giveup, keluar kereta sebab panas sangat. Masa ni memang tak fikir apa2. Kami just assume masalah engine or something wrong somewhere dengan kereta tu. Tiba2 aku nampak macam satu lembaga hitam. Melambai2. At first aku ingatkan kayu2 ranting2 kat situ je so aku abaikan. Tapi aku lihat makin dekat makin jelas. Si B ! Aku tengok dia macam menangis. Aku dengar dia memang menangis. Sayu sangat. Sampai sekarang aku ingat. Mendayu-dayu. Aku tetiba rasa sedih. Makin lama makin dekat. Tiba2 aku rasa belakang aku kena tepuk kuat. Ouch ! Tersedak makkkkk. Rupa2 nya tunang aku. Dia cakap aku froze je kat situ pandang dia. Dia panggil2 nama aku dan goncang aku tapi aku takde respon katanya. Aku just pandang dia dengan muka pucat. Aku menangis dia cakap.

Sebab tu dia tepuk belakang aku. Masa tu, kami masing2 dah rasa semacam. Dengan lampu jalan yang hidup segan m**i tak mahu tu lagi. Last2, kami decide masuk kereta dan try lagi hidupkan. Boleh pulak ! Memang geram. So, kami teruskan perjalanan ke rumah aku. Sampai je kat rumah aku terus meluru masuk. Tunang aku pun tak tunggu lama, terus blah. Takde goodnight kiss or what so ever. Masing2 dah cuak ?. Bukak kasut pun tak menyempat. Masa aku dah masuk, sayup2 aku dengar nama aku kena panggil. Aku dah rasakan bulu roma aku semua naik. Angin tiba2 menerpa laju dekat muka aku.

Memang lain macam sangat rasa dia. Aku dapat rasakan ada someone dekat belakang aku. Kalau orang tiba2 ada kat belakang kita, mesti bulu tengkuk tetiba naikkan. Hah, macamtu lah rasa dia. Aku tarik nafas perlahan. Inhale. Exhale. Beberapa kali aku buat cuba tenangkan diri. Dalam hati dah cakap ‘ no such thing ‘. Cuba nak sedapkan hati. Masa aku dah tenang sikit, aku pusing belakang. See, takde apa2. Aku cakap dalam hati. Perlahan aku naik masuk bilik. Mandi2 tidur. Benda ni jadi beberapa hari juga. Tapi aku abaikan. Mesti si B ni aku cakap dalam hati.

Satu malam tu, dalam 12 lebih macam tu. Aku dapat phone call dari tunang aku. Motor dia tetiba rosak kat tengah jalan. Ni mesti baru lepas berasmaradana dengan DOTA kat cyber cafe ?. Aku pun apa lagi. Terus turun. Start moto pergi tempat tunang aku kat Jalan M. Aku tak pandai drive kereta ?. Adalah dalam 15 minit jarak dia. Masa aku sampai, aku tengok tunang aku slumber je dduk kat bas stop. Tempat tu memang terkenal dengan keseraman dan keangkerannya. Since tunang aku pun agak berani, so mungkin dia tak rasa apa2 kot.

Dia cakap motor tetiba padam. Dah cek semua, takde problem pun. Since he owns a workshop, mesti dia tahu kan bab2 motor ni semua. Tapi lepas cek2, takde apa problem pun. Kami nak balik tapi tunang aku tak nak tinggalkan motor tepi jalan sebab dah banyak sangat kes curi motor berlaku kat tempat kami. Lagi2 motor kesayangan dia. Memang taklah. Aku pun tak sampai hati nak tinggalkan dia. So, dia call adik dia. Dia cakap temankan aku balik. Aku berkeras nak balik seorang tapi dia tak bagi. Bahaya katanya. Tambah2 orang rabun ?. Masa kami tengah tunggu, tetiba aku nampak sebuah motor lalu. Sekali imbas macam motor adik dia. So aku pun lambai2 takut2 dia tak nampak kami kat situ. Tapi motor tu lalu je. Tak lama kemudian, motor yang sama lagi lalu dari arah yang sama. Masa ni memang tak rasa apa2 lagi. So aku cakaplah dengan tunang aku. Kenapa A tak berhenti. Dia tak nampak kita ke.

Tak lama lepas tu, motor yang sama lagi. Eh, tapi kali ni aku tengok si B yang drive. Dia pandang aku. Menangis. Sayu sangat wajahnya. Aku tengok dia berhenti betul2 depan aku. Lambai2 aku. Macam ada magnet pula tarik aku pergi kat dia. Slow2 aku jalan. Tiba2 macam ada suatu kuasa yang merentap tangan aku. Siapa lagi, hero aku lah. ?. Masa ni aku rasa macam susah sangat bernafas. Macam ada something yang menghalang. Lepas aku dah ok sikit, aku tnya tunang aku kenapa. Dia cakap aku menangis2 panggil si B. Mulanya dia tak perasan sebab tengah calling adik dia. Lepas tu dia perasan aku berjalan slow2 pergi seberang jalan (banyak pokok pisang ) sambil jerit2 nama si B. Aku pun pelik. Masa bila pula aku jerit2 ni. Mungkin di bawah minda separa sedar aku kot dimana aku nampak si B.

Actually, dalam adat kami ( Iban ), si m**i belum tahu dia dah m**i selagi ritual ‘ Berserara Bungai ‘ belum dijalankan. Ritual ni macam kita nak bagi tahu si m**i bahawa dia dah m**i dan jangan ganggu lagi. Macam upacara perpisahan lah senang cerita. Dan semua benda2 yang jadi pada aku adalah sebelum ritual tersebut dijalankan pada si B. Mungkin dia nak nyatakan sesuatu or dia rindu kawan aku, sebab tu dia datang jumpa aku. Sebab bagi mereka, mereka belum m**i. Tapi lepas ritual tersebut dijalankan, aku dah ok. Takde apa2 pun yang pelik2. Cuma aku mimpi sekali je pasal si B. Suruh tengok2 kan si S. Katanya dia akan pergi jauh. Tak dapat nak jaga si S lagi. B, Rest In Peace. Aku akan selalu jaga S untuk kau. Aku menyesal sebab tak pernah nak tegur kau. Mungkin sebab aku ego. Aku janji aku akan jaga tunang kau merangkap kawan baik aku sendiri.

Aku akan kahwin awal tahun depan dengan tunang aku. Doakan kami.

R.I.P B. R ( 1994-2016 )

 

Aiiiiii

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “Realiti atau Imaginasi”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.