Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat setia FS. Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah yang telah memberi rahmat (aku rase korang mesti nyanyi kan) hehehehe. Kan dah terkene. Semangat sangat nak bace cite aku nie kan. Ok2, tanpa membuang mase lagi, jom kite same2 menghayati kisah yang aku nak kongsi nie. Ehhh, lupe nak say thanks to admin coz siarkan cite aku nie. Sorry taw, lebiuu ah dekat admin (ambik hati. Haippp, bukan bodek auww. Jangan pikir bukan2. Dose. Masuk api neraka yang terbesar sekali cop) huhuhuhu.
Tanpa melengahkan waktu lagi jom aku kenalkan diri aku. Nama aku Seri. Kisah nie bermula mase aku darjah 5, dalam tahun 2000 kot. X ingat dah. Bermula lah detik2 yang kalau diberi pilihan, aku pon x hingin taw(flip shawl). Macam biase, aku bangun sekolah mesti mak aku tolong kejutkan. Entah nape la hari tu mak aku kejutkn aku awal giler wei. Rabak mata nie oiiii. Pukul 5 camtu la. Aku cakap la, “mak, awal lagi la mak”. Mak aku cakap, “xpe, bangun la siap-siap, mandi dlu”.
Aku pon bangun, sambil termenung dulu dan mengenang nasib diri ini. Hahaha. Rupa-rupanya mak aku kejutkn aku sebab nak o’oh rupenye. Atau dalam bahasa mudah nak g melabur. Banyak emas lettew. Hahaha. Pandai mak kan. Dan2 suh mandi awal, padahal nak suh teman g jamban. Buat pengetahuan korang. Rumah aku nie rumah kampung. Jamban dan bilik air dekat luar.
Jeng jeng jeng. Detik mak aku melangkah masuk jamban, disitulah bermulanya saat-saat ngeri dalam hidup aku. Aku pon duk la kat luar jamban tu. Duk atas tangga sambil sedang enak mengira bintang di langit. Bajet2 macam cite kuch2 hota hei katenye. Masa tengah syok kira bintang sambil buat keja sendiri, tiba2 aku pon secara tidak sengaja terpandang satu lembaga. Korang jangan pikir lembaga hasil dalam negeri ye. Yang dapat hasil mak ak dalam nun. Aku nan hado hehehe. Ok2, sambung balik. Jangan marah ye. Xleh gurau duk surau huuhuh.
Aku pon terkaku kat situ. X berkelip mata, terdiam, terpaku. Dia elok je macam elok baru melintas depan aku. Tapi macam brek kejap sebab tau aku ada dekat situ kot (eeeeee terkejut aku, time typing ada orang jual kasut dalam fb antar message. Macam kene karen pun ade. Zezzzz. Ongek. Nasib baik x mati ja huhuhu). Dia pon berhenti tanpa memalingkan mukenye. Masa ni aku btol2 menghadap dia, dalam jarak 5 kaki camtu. Ada juga lah dalam 15 minit main mata dengan ‘dia’. Perghhhhh, sumpah x syok weiiii.
Aku tilik mata dia, muka dia, badan dia. Dia nie ala2 macam mak cik. Pakaian putih, pakai tudung slempang (muslimah gettew hihihi). Ala, tudung macam style nenek-nenek pakai dulu tu. Mata dia bercahaye macam torchlight. Tangan macam org tua. Dah xde collagen, xbergetah. Hahaha. Kaki opkos lah xde. Dia terapung di awang-awangan. Dia tengok aku dari hujung mata dia. Aku mana lah tahu pape time tu. Aku duk tengok je lah. Lama2 tu aku rase seram pula. Aku pon undur slow2. Undur2 sampai masuk dalam rumah.
Nasib baik dia x sergah aku. Kalau x, maunye aku tendang jamban tu g kat mak. Lantak la nak jadi ape. Korang mesti nak taw ape jadi dekat mak aku kan? Aku tinggal je dia sambil dia meneruskan aktiviti dia tu. Hahaha. Jahat x aku. Last2 aku peluk je tiang dalam rumah tu. Dalam 10 minit camtu juga. Mak aku pun masuk rumah. Dia pun tanya lah, “nape kakak tinggal mak sorang2?”. Aku mampu pandang dan x cakap pape. Pastu aku g sekolah lah pagi tu.
Balik dari skolah barulah aku cite dekat mak aku. And then mak aku cakaplah mungkin orang belakang rumah aku kot punye. Sebab sehari sebelum kejadian dia meninggal, nak cecah 100+++ umurnya wei. Orang dulu kan suke bela-membela nie. Mungkin dia balik rumah jap kot makan nasi hihihi. Demam aku seminggu asyik teringat benda tu je. Sejak dari hari tu, aku mudah nak nampak entiti2 nie. Nanti aku cite lagi ye. Dan aku x nak pon diberi camni. X syokkkkk, debo sokmo huhuhu.
Ok lah, pesanan aku, jangan tinggal solat dan rajin g mengaji. Tu je pendinding dan senjata umat Islam. Jangan takut sangat dan jangan nak eksen kamen nak jadi hero sangat. Stay humble je. Dan last sekali, jangan tinggal mak korang sorang2 macam aku buat. X helok. Kesian dia. Kalau boleh masuk sekali kalau penakut. Hahaha.
Jumpe lagi..
Wasalam
-KauYangBernamaSeri-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tggl pon xper sbb mak tu dh cukup kompiden tenang melabur sbb ingt kan kat luor ade org tggu…
Haahahah…ampuunnn mak…
alolo cian
nasiblah rumah kg aku tandas dia bukan kt luar. mahu naya kalau kt luar sbb aku selalu gak nk melabur tengah malam hahaha
Kejamnya… hahaha tggl kn mak sow2
siot je tinggalkan mak sorang2..tak patut tak patut..hahhahaha
tu la kan bila tandas kat luar ni…huuu….zaman skrg kalau tandas diluar alamat kena kidnap/kena rogol/kena skodeng la bila pergi malam2 atau subuh2…bukan takut dgn hantu aje…takut dgn manusia jahat..eeee…